You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH 2014


KATEGORI DEKLAMASI SAJAK
1.0

PENGENALAN
1.1

2.0

1.1.1

Memberikan ruang dan pendedahan kepada


menengah dalam bidang deklamasi puisi.

pelajar

sekolah

1.1.2

Mendekatkan dan memupuk minat dan kecintaan golongan remaja


terhadap bahasa dan sastera Melayu.

1.1.3

Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang deklamasi puisi.

PESERTA
2.1

3.0

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah


Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama
Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan KECUALI MRSM.

PERINGKAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :3.1

3.2

PERINGKAT DAERAH/BAHAGIAN
3.1.1

Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh Pejabat


Pendidikan Daerah/Bahagian SEKIRANYA PERLU.

3.1.2

Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk


kepada arahan Jabatan Pendidikan Negeri.

3.1.3

Seorang peserta yang memenangi pertandingan pada peringkat ini


akan mewakili daerah/bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.

PERINGKAT NEGERI
3.2.1

Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan


Pendidikan Negeri dan DBP (Wilayah dan Cawangan).

3.2.2

Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

3.3

3.2.3

Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke


pertandingan peringkat kebangsaan.

3.2.4

Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan


tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya
kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

3.2.5

Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan


sijil penyertaan oleh pihak DBP.

3.2.6

Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan


minum, sagu hati hakim dan hadiah akan diuruskan oleh pihak DBP
(Wilayah dan Cawangan), kecuali kos perjalanan pergi dan balik
peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

PERINGKAT KEBANGSAAN
3.3.1

Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa


Pertandingan
Peringkat Kebangsaan iaitu DBP ibu pejabat,
Cawangan dan Wilayah.

3.3.2

Enam belas (16) orang peserta yang merupakan juara peringkat


negeri bagi setiap kategori akan bertanding mewakili negeri tersebut
pada pertandingan peringkat kebangsaan.

3.3.3

Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing yang


turut merangkap sebagai guru pengiring.

3.3.4

Sekiranya peserta yang menjuarai pertandingan peringkat negeri


menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan,
peluang boleh diberikan kepada naib juara, seterusnya pemenang
tempat ketiga, dengan syarat penarikan diri peserta dimaklumkan
kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan
akhir.

3.3.5

Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu


hati hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan
diuruskan oleh DBP ibu pejabat.

3.3.6

Kos perjalanan peserta dan guru pengiring dari Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan (sekiranya ada) sahaja akan diuruskan
oleh DBP ibu pejabat.

4.0

PEMILIHAN SAJAK
4.1
4.2

Jawatankuasa pertandingan akan menyediakan teks sajak yang akan dipilih


oleh peserta.
Senarai sajak pilihan adalah seperti yang berikut:
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.

Judul

Aduhai Anak
Bahasa Kita
Berjalan di Bumi Merdeka
Di Sini di Tanah Ini
Hang Tuah

6. Keroncong Merdeka
7. Kita Telah Tinggalkan
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.

Jauh
Dalam Sejarah
Tanah Airku
Namaku Inderaloka
Negeri Ini, Anak
Pada Setiap Kau Tiba, Ogos
Pagi
Perkebunan Tanah Air
Pilihan Kami
Suara Anak Merdeka
www.sibermerdeka.com
Genta Cinta
Bahasa Kita Biarlah Bahasa Cinta
Catatan Buat Serikandi Bahasa
Doa Anak Merdeka
Sebuah Istana Empat Belas Balai
Sajak dari Menara Langit
Lestari
Pohon Ilmu
Bahtera Merdeka

26.
27.
28.
29.
30.

Menggarap Mimpi Kelak


Di Bawah Rimbun Merdeka
Warisan Ibunda
Suara Generasi
Sumpah Anak Bangsa

Penulis

Awang Abdullah
Abizai
Ahmad Razali
Zam Ismail
Suhaimi
Haji
Muhammad
Gunawan Mahmood
di Abdul Aziz H.M.
Dharmawijaya
Djazlam Zainal
Marsli N.O.
Kemala
Jamaluddin D
Rahimidin Zahari
Ahmad Sarju
Zaidin Abadi
Abdul Ghafar Ibrahim
Lim Swee Tin
Peter Augustine Goh
Chai Loon Guan
Shaari Awang Besar
Moh Azam Rezali
Abdul Aziz Mahmood
Ghazali Lateh
A. Ghani Abdullah
Mohd Shahriza Mohd
Tahir
Hanipah Nokman
Saadin Abdullah
Nazri Hussein
Aminudin Mansor
Yusmiyani Yusof

4.3

Sajak yang akan disampaikan pada semua peringkat pertandingan


hendaklah berdasarkan senarai sajak yang telah disediakan.

4.4

Penyampaian sajak selain daripada sajak yang disenaraikan akan


menyebabkan penyertaan peserta terbatal.

5.0

6.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1

Peserta mestilah berusia 13 hingga 17 tahun dan merupakan warganegara


Malaysia.

5.2

Peserta perlu mendeklamasikan sajak yang disenaraikan oleh pihak


penganjur. Pemilihan sajak yang tidak terdapat dalam senarai akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal secara automatik.

5.3

Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan atau alat-alat muzik


termasuk pita rakaman semasa mendeklamasikan sajak.

5.4

Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

5.5

Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan


tema serta bentuk deklamasi.

5.6

Penganjur berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di


atas.

HADIAH
6.1

PERINGKAT DAERAH
DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah.

6.2

6.3

PERINGKAT NEGERI
6.2.1

Hadiah pada peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Wilayah dan
Cawangan.

6.2.2

Semua peserta peringkat negeri juga akan menerima sijil penyertaan.

PERINGKAT KEBANGSAAN
6.3.1

Jumlah hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan peringkat


kebangsaan adalah seperti yang berikut:
Johan

Wang Tunai RM 500.00, sijil penghargaan,


plak dan hadiah iringan berupa buku terbitan
DBP.

Naib Johan

Wang Tunai RM 400.00, sijil sijil penghargaan,


plak dan hadiah iringan berupa buku terbitan
DBP.

5.4.2

7.0

9.0

Wang Tunai RM 300.00, sijil penghargaan,


plak dan hadiah iringan berupa buku terbitan
DBP.

Sagu hati (5) :

Wang Tunai RM 100.00, sijil penghargaan,


plak dan hadiah iringan berupa buku terbitan
DBP.

Semua peserta peringkat kebangsaan juga akan menerima sijil


penyertaan.

ASPEK PEMARKAHAN
7.1
7.2
7.3
7.4

8.0

Tempat Ketiga :

Vokal/suara (40%)
Penghayatan (30%)
Kelancaran sebutan / kejelasan dan intonasi (20%)
Gaya dan kreativiti persembahan (10%)

HAKIM
8.1.1

Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah


dan negeri dan peringkat kebangsaan, termasuk Ketua Hakim.

8.1.2

Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru-guru


dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah.

8.1.3

Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru-guru


dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan
Negeri, Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera atau pegawai
DBP.

8.1.4

Hakim pertandingan peringkat kebangsaan akan terdiri daripada


pakar/aktivis sastera dari dalam DBP dan di luar DBP atau individu
yang difikirkan layak.

8.1.5

Panel hakim perlu membuat keputusan secara kolektif.

8.1.6

Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

PANDUAN KEPADA PESERTA


9.1

Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan reaksi emosi/ tepuk sorak
penyokong.

9.2

Panel hakim tidak akan memilih peserta


yang membaca nota/ teks,
menyentuh isu sensitif, membuat perlakuan/menggunakan bahasa yang
kurang sopan sebagai pemenang.

9.3

Panel hakim akan memerhatikan memek muka, sama ada peserta


memaparkan wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Memek muka itu
hendaklah bersesuaian dengan tema sajak. Jika sajak itu memuatkan
perasaan marah, memek mukanya hendaklah berpadanan dengan perasaan
itu. Sajak yang sinis pula tentulah menyebabkan mimik muka peserta
berbeza. Mimik muka yang lembut, dengan senyuman sekadarnya, sesuai
dengan sajak yang memuatkan rasa gembira.

9.4

Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta. Peserta yang yakin akan
menumpukan matanya kepada penonton, manakala yang tidak yakin akan lari
ke atas atau ke lantai pentas. Oleh itu, peserta perlu berani memandang
wajah penonton.

9.5

Gaya
Gaya berkait rapat dengan keyakinan peserta. Terdapat tiga faktor yang
menjadikan peserta gagal mempersembahkan puisi dengan gaya yang
meyakinkan. Faktor yang pertama ialah peserta itu memang tidak cukup
berani berhadapan dengan khalayak. Faktor yang kedua, walaupun dia berani
berhadapan dengan khalayak, namun dia tidak tahu tentang seni pentas.
Faktor yang ketiga pula, tingkat hafalannya tidak cukup. Ketiga -tiga faktor

ini menghasilkan deklamasi yang tidak meyakinkan.


9.6

Nada
Nada yang dimaksudkan ialah nada yang ada dalam sajak. Jika sajak itu
bernada marah, maka peserta hendaklah menerbitkan nada itu dalam
deklamasinya. Demikian juga jika nada sajak itu sinis. Nada romantis
hendaklah diterbitkan oleh peserta jika sajak itu tebal dengan keindahan atau
harapan.

9.7

Intonasi
Intonasi bermaksud turun naik dan tinggi rendah suara untuk dipadankan
dengan maksud sajak. Terdapat peserta yang tidak menyedari perkembangan
deklamasi kini, lalu mengucapkan sajak dengan menggunakan intonasi lama,
iaitu intonasi yang sudah menjadi klise. Intonasi yang klise tidak menjanjikan
kemajuan, apatah lagi kecemerlangan.

9.8

Vokal/Suara
9.8.1

Suara adalah pemberian Tuhan yang sukar diubah. Walaupun


demikian, peserta yang bersemangat tinggi akan berusaha
menerbitkan
suara
yang
sesuai
dengan
sajak
yang
dideklamasikannya. Emosi yang ada dalam sajak dapat dipaparkan
melalui permainan kualiti suara. Peserta hendaklah sedar bahawa
suara boleh direndahkan, disederhanakan dan ditinggikan pada
tempat-tempat yang sesuai.

10.0

9.8.2

Yang dimaksudkan dengan kualiti suara ialah penerbitan suara yang


berbeza-beza itu, yang dalam bidang muzik disebut bas, tenor dan
soprano. Intonasi tidak dimasukkan dalam bahagian suara, kerana ia
berada di bahagian nada.

9.8.3

Penerbitan suara yang terasa dibuat-buat akan menyebabkan


deklamasi kurang bermutu. Seseorang tidak boleh meniru suara
orang lain kerana peniruan itu akan melahirkan kesan yang seperti
dibuat-buat.

9.8.4

Selain itu, suara yang terlalu tinggi, iaitu suara soprano, akan terasa
berlebih-lebihan jika dipadankan dengan sajak yang tidak memerlukan
suara yang sedemikian. Ini tidak bermaksud bahawa peserta suara
soprano tidak menjanjikan kemenangan, tetapi sekadar menyatakan
bahawa peserta hendaklah benar-benar pasti bahawa sajak yang akan
dideklamasikannya sesuai dengan penerbitan suara soprano.

9.8.5

Kejayaan peserta mengemukakan teknik, gaya, nada dan suara yang


bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikannya, bererti
kejayaannya menghayati sajak itu.

KELEMAHAN DAN PEMOTONGAN MARKAH


Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas akan muktamad
jika tiada kelemahan dalam deklamasi. Markah akan dipotong jika terdapat
kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang
akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.
10.1

Ketersasulan
Tersalah perkataan berbeza daripada tersasul, kerana dalam hal
tersalah perkataan, tiada pembetulan dibuat. Peserta mungkin tidak
menyedari kesalahan itu, dan mungkin juga membiarkannya demi
menjaga kelancaran. Pemotongan untuk kesalahan begini tertakluk
kepada kesannya. Jika perkataan telah disebut tidak, maka makna
keseluruhan sajak akan berubah. Jika perkataan tidak itu disebut
tiada, makna keseluruhan sajak itu tidak akan berubah.

10.2

Tertinggal Bahagian Tertentu


Peserta yang kurang menghafal, atau yang gentar di hadapan
khalayak, mungkin tertinggal baris tertentu. Ada yang tertinggal terus,
dan ada yang teringat kemudian lalu disebutkan. Hal ini menyebabkan
bentuk sajak itu berubah. Oleh sebab kesannya besar, maka markah
yang dipotong akan tertakluk kepada jumlah baris yang tertinggal itu.

10.3

Perlakuan Negatif di Pentas


Perbuatan peserta yang menunjukkan sikap tidak profesional di atas
pentas akan menyebabkan markah dipotong.

10.4

Membaca teks
Peserta yang membaca nota atau teks akan dipotong markah. Peserta yang
membaca teks secara berterusan tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang di semua peringkat pertandingan.

11.0

12.0

TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


11.1

Peringkat Daerah/Negeri
a)
Tarikh :
Februari- Mei 2014
b)
Tempat :
Ditentukan oleh JPN dan DBP Wilayah/Cawangan

11.2

Peringkat Akhir
a)
Tarikh :
b)
Tempat :

16 hingga 18 Jun 2014


DBP, Kuala Lumpur

JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN


12.1

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh


Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.
Ahli
Jawatankuasa terdiri daripada pegawai Bahagian Pengembangan
Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja serta
wakil daripada DBP
Wilayah/Cawangan.

12.2

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat


keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang
perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan
pertandingan pada satu-satu masa.

10.0

PEMBAHAGIAN TUGAS
Oleh sebab penganjuran pertandingan ini merupakan program anjuran bersama,
maka pelaksanaannya akan melibatkan pembahagian tugas tertentu bagi
membolehkan pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar. Pembahagian tugas
pelaksanaan pertandingan adalah seperti yang berikut:
Tugas Dewan Bahasa dan Pustaka

Tugas Kementerian Pendidikan

1) Mengelolakan pertandingan di
peringkat negeri dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN).

1) Mengelolakan pertandingan di
peringkat daerah.

2) Menyediakan puisi untuk


pertandingan di semua peringkat
pertandingan.
3) Menguruskan pelantikan hakim di
peringkat negeri dan kebangsaan.
4) Menguruskan penyediaan hadiah
untuk peserta di peringkat negeri
dan kebangsaan.
5) Menguruskan penyediaan sijil
penyertaan untuk peserta di
semua peringkat.
6) Menguruskan bayaran kepada
pemenang dan sagu hati kepada
hakim di peringkat negeri dan
kebangsaan.

2) Menguruskan penyertaan peserta


pada setiap peringkat
pertandingan.
3) Menyediakan tempat
pertandingan di peringkat
daerah/negeri.
4) Menguruskan persiapan logistik di
tempat pertandingan peringkat
daerah/negeri.
5) Membiayai perjalanan peserta
dan guru pengiring yang
menggunakan kenderaan darat
(Semenanjung Malaysia).
6) Membiayai kos makan minum
peserta dan guru pengiring
semasa dalam perjalanan pergi
dan balik dari/ke tempat
pertandingan.

7) Menguruskan bayaran makan dan


minum semasa pertandingan
peringkat negeri dan kebangsaan.
8) Mengelolakan pertandingan di
peringkat kebangsaan.
9) Menyediakan tempat
pertandingan di peringkat
kebangsaan.
10) Membiayai penginapan peserta
dan guru pengiring di peringkat
kebangsaan.

11) Membiayai perjalanan melalui


udara bagi peserta dan guru
pengiring dari Sabah, Sarawak
dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
11.0AM
11.1

Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk


kepada pertimbangan DBP.

11.2

Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada


pihak penganjur.

10

You might also like