You are on page 1of 3

PERATURAN

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SJK(C)


PIALA PERPADUAN PERINGKAT NEGERI SABAH KALI PERTAMA
TAHUN 2023

1.0 NAMA PERTANDINGAN


Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Piala
Perpaduan Peringkat Negeri Sabah Kali Pertama Tahun 2023.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan murid-murid SJK Cina bertutur, menguasai serta mempertingkatkan taraf
penggunaan Bahasa Melayu.
2.2 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK Cina di Malaysia.
2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta ‘‘Cintailah Bahasa Melayu’’.
2.4 Membiasakan murid-murid SJK Cina menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pertuturan harian mereka.
2.5 Membina elemen kebudayaan masyarakat Malaysia melalui pertandingan syarahan.
2.6 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin dan berani.

3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN


3.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka dan setiap peserta dibenarkan menyertai
satu (1) jenis pertandingan sahaja dalam Pertandingan Bercerita.
3.2 Penyertaan adalah secara individu. Setiap zon hanya dibenarkan menghantar dua (2)
peserta terbaik bagi Pertandingan Bercerita.
3.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu
(Rujuk Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu
layak mengambil bahagian.
3.4 Setiap zon layak menghantar Dua (2) ORANG peserta sahaja untuk menyertai
pertandingan ini pada peringkat negeri. Salah seorang daripada dua peserta tersebut
mestilah berketurunan kaum Cina.
3.5 Peserta-peserta yang telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan Peringkat
Kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan
ini pada semua peringkat.
3.6 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas Taklimat Pengurus Pasukan yang akan
dikendalikan oleh pihak pegelola pertandingan.
3.7 Setiap peserta dikehendaki menghantar satu (1) salinan sijil lahir kepada pihak
pengelola.

4.0 PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


4.1 Setiap zon dikehendaki menghantar Skrip Cerita setiap peserta kepada pihak penganjur
seperti format berikut:
4.1.1 Skrip cerita mestilah ditaip dalam format Microsoft Word, Arial 11 dan jarak 1.5.
4.1.2 Skrip cerita yang dihantar mestilah tertera nama penuh peserta dan tajuk cerita.
4.1.3 Skrip cerita yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip
MUKTAMAD.
4.2 Para peserta dibenarkan memakai kostum mengikut kesesuaian cerita yang
disampaikan. Kostum dan persembahan tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama,
negeri atau negara. Markah bonus diperuntukan kepada peserta yang memakai kostum.
4.3 Peserta tidak dibenarkan memperkenalkan diri, sekolah dan zon/daerah masing-
masing semasa menyampaikan cerita.
4.4 Pengacara majlis tidak dibenarkan memperkenalkan nama sekolah dan nama
zon/daerah setiap peserta semasa pertandingan dijalankan.
5.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan bercerita dilaksanakan dalam satu pusingan sahaja.
5.2 Kualiti cerita yang dipersembahkan mestilah berdasarkan tema perpaduan dan patriotik
seperti kisah pahlawan, tokoh negara, haiwan dan lain-lain yang tidak menyentuh isu-isu
politik, ras dan agama.
5.3 Sumber bahan cerita boleh dipilih daripada medium berikut:
5.3.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
5.3.2 Cerita daripada hasil karya sendiri, majalah, media massa atau Internet.
5.5 Peserta boleh menggunakan teknik main peranan bagi menghidupkan watak
penceritaan berkonsepkan teater.
5.6 Peserta boleh bergerak di atas pentas semasa menyampaikan cerita tetapi tidak
keterlaluan.
5.7 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
5.8 Tidak dibenarkan menggunakan prop, muzik dan kesan bunyi semasa
menyampaikan cerita.

6.0 HAD MASA


6.1 Masa penyampaian cerita antara enam (6) minit hingga lapan (8) minit sahaja.
6.2 Markah akan ditolak jika peserta menyampaikan cerita kurang enam (6) minit hingga lapan
(8) minit. Satu (1) markah akan ditolak daripada markah keseluruhan iaitu setiap 30 saat
sebelum atau selepas minit yang diperuntukan .
6.3 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-6. Pada minit ke-8 loceng akan dibunyikan
sebanyak dua (2) kali menandakan masa persembahan telah tamat.

7.0 KRITERIA PENILAIAN


7.1 Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti persembahan berdasarkan tema perpaduan
dan patriotik serta menepati kriteria yang telah ditetapkan.
7.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh,
membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan
politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni
sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif.
7.3 Sepuluh (10) markah maksimum sahaja akan diberikan kepada peserta yang membaca
nota atau teks.
7.4 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
i. Isi Cerita - 20%
ii. Bahasa - 30%
iii. Persembahan - 30%
iv. Kawalan suara dan Mesej / Nilai Dalam Cerita - 20%
Markah Penuh - 100%
(Jika berlaku markah yang sama, markah Persembahan yang lebih tinggi akan menang,
diikuti dengan Bahasa, Kawalan Suara dan Mesej/Nilai Dalam Cerita dan Isi Cerita.)

8.0 PROSES PENILAIAN


8.1 Penilaian pada peringkat negeri akan menggunakan sistem markah bersepadu.
8.2 Penilaian akan dilaksanakan oleh tiga (3) hakim yang dilantik oleh pihak penganjur.
8.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERSEORANGAN


9.1 Johan Perseorangan : RM100.00 + piala + sijil
9.2 Naib Johan Perseorangan : RM 80.00 + piala + sijil
9.3 Tempat Ketiga Perseorangan : RM 60.00 + piala + sijil
9.4 Tempat Keempat Perseorangan : RM 50.00 + piala + sijil
9.5 Tempat Kelima Perseorangan : RM 40.00 + piala + sijil
9.6 3 Tempat Sagu Hati Perseorangan : RM 20.00 + piala + sijil
10.0 JOHAN KESELURUHAN
10.1 Zon yang memperoleh jumlah markah yang tertinggi bagi Pertandingan Syarahan dan
Pertandingan Bercerita akan menjadi Johan Keseluruhan dan akan dihadiahkan “Piala
Perpaduan Pusingan” dan boleh menyimpan piala tersebut selama satu tahun. Sekiranya
markah yang diperoleh adalah sama, zon yang mendapat markah yang lebih tinggi dalam
Pertandingan Syarahan akan menjadi Johan Keseluruhan. Jika jumlah markah masih
sama, kedua-dua zon ini akan menjadi Johan Bersama.

10.2 Cara Pengiraan Markah:


Syarahan : Jumlah markah Syarahan X 100% = Markah A
100 markah X 2
Bercerita : Jumlah markah Bercerita X 100% = Markah B
100 markah X 2
Untuk menentukan Johan Keseluruhan: Markah A + Markah B
10.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat Sijil Penyertaan.

11.0 PESERTA SIMPANAN


11.1 Jika berlaku pertukaran peserta, hanya peserta simpanan yang berdaftar sahaja boleh
ditukar dan perlu dilapor kepada pihak pengelola sebelum Taklimat Pengurus Pasukan
berakhir.

12.0 PENYERTAAN
12.1 Semua borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Negeri melalui Google Form. Pautan berkenaan akan
dimaklumkan kepada semua zon.

12.2 Tarikh tutup penghantaran: Sebelum atau pada 18 Jun 2023 (Ahad), jam 11:59 p.m.
borang penyertaan

13.0 PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN


13.1 Pihak pengelola akan bertanggungjawab menyediakan pengangkutan pergi dan balik dari
tempat penginapan (Beaufort) ke tempat pertandingan dan dewan majlis penutupan
sahaja. Kos pengangkutan tambahan ke tempat lain akan ditanggung oleh zon masing-
masing.
13.2 Pihak pengelola akan menyediakan maklumat penginapan. Segala pengurusan dan
perbelanjaan mengenai penginapan akan ditanggung oleh zon masing-masing.

14.0 HAL-HAL LAIN


14.1 Segala pindaan peraturan tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Negeri.

15.0 TARIKH PERTANDINGAN


15.1 Tarikh Pertandingan : 8 Julai 2023 ( Sabtu )

16.0 TEMPAT PERTANDINGAN


16.1 Tempat Pertandingan : SJK(C) Kung Ming, Beaufort

You might also like