You are on page 1of 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERTANDINGAN
KARNIVAL BAHASA TAMIL
2020
PANDUAN DAN SYARAT

 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL


 SEKOLAH KEBANGSAAN
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
 TINGKATAN 6

1
PERATURAN AM
PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA TAMIL

1.0 HAKIM
1.1 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
1.2 Keputusan para hakim adalah muktamad.

2.0 PAKAIAN PESERTA


2.1 Peserta dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang tidak
menunjukkan identiti sekolah.
2.2 Peserta dikehendaki memakai tali leher.
2.3 Peserta digalakkan memakai blazer.

3.0 PENYERTAAN
3.1 Peserta yang menjadi Johan,Naib Johan dan tempat Ketiga dalam
Karnival Bahasa Tamil 2019 tidak dibenarkan mengambil
bahagian dalam pertandingan yang sama.

4.0 HADIAH – HADIAH


4.1 Hadiah

Johan : Piala dan Sijil Pencapaian


Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat ke 3 : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat ke 4 hingga ke 10 : Piala dan Sijil Pencapaian

4.2 Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan.

5.0 BORANG PENYERTAAN


5.1 Semua borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan di
alamat seperti berikut :

Jabatan Pendidikan Negeri Perak


Unit Bahasa,Sektor Pembelajaran
Bangunan Maybank Trust,Tingkat 14,Jalan Tun Sambanthan,
30000 Ipoh,Perak.
(u.p: Penolong Pengarah Bahasa ( Bahasa Tamil)
Tel: 05-2414000 Fax: 05-2420701
Email: csegaran68@gmail.com
TARIKH TUTUP PADA ATAU SEBELUM 31 MEI 2020.

2
6.0 JOHAN KESELURUHAN
6.1 Penetapan Johan keseluruhan berdasarkan bilangan pingat emas
yang terbanyak. Jika ada yang sama maka bilangan pingat perak
terbanyak akan diambil kira.

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Sebarang pindaan kepada peraturan adalah dalam bidang kuasa


Jawatankuasa Teknik Pertandingan Kebangsaan dengan persetujuan
semua Penolong Pengarah Bahasa Tamil Negeri.

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI SJKT (TAHAP 2)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Mengarang Esei SJKT (Tahap 2).

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan.
2.2 Berkeupayaan menghasilkan hasil tulisan yang kreatif dan kritis.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4 - 6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak


mengambil bahagian.
3.2 Peserta diminta memilih 1 tajuk daripada 3 tajuk esei berfakta yang
diberikan pada hari pertandingan.
3.3 Kertas tulis akan dibekalkan oleh penganjur. Alat tulis harus dibawa
oleh peserta sendiri.
3.4 Jumlah perkataan tidak kurang daripada 150 patah perkataan.
3.5 Masa yang diperuntukkan 45 minit sahaja.
3.3 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik,
peribadi dan sebagainya.

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat


Kebangsaan.
4.2. Semua borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan

5.0 CARA PENGHAKIMAN

3
5.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan rubrik yang disediakan pihak
penganjur.
5.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama,
kedudukannya akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi
mengikut kriteria seperti di bawah:
I. Ejaan
II. Persembahan

4
PERTANDINGAN SYARAHAN SJKT (TAHAP 2)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Syarahan SJKT (Tahap 2).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran berhujah dalam kalangan murid.


2.2 Menggalakkan pembacaan pelbagai sumber.
2.3 Mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif.
2.4 Membantu meningkatkan keyakinan serta potensi diri murid.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid tahap 2 (Tahun 4 – 6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak


mengambil bahagian.
3.2 Syarahan mesti berdasarkan tema yang ditetapkan.
3.4 Tidak mengandungi isu-isu sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi
seseorang dan sebagainya.
3.5 Pusingan kedua: (ucapan spontan)

Semua peserta diberi peluang ke pusingan kedua. Peserta akan


dikuarantin dan tajuk baru akan diberi berdasarkan tema yang
ditetapkan.Penyertaan mengikut giliran nombor semasa pendaftaran.
Jawatankuasa pertandingan hanya akan menyediakan kertas
sahaja.Peserta pertandingan perlu bawa alat tulis.

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat


Kebangsaan.
4.2. Semua borang penyertaan dan teks syarahan hendaklah dihantar
kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.

5.0 TAJUK

5.1 Syarahan mesti berdasarkan tema-tema berikut :


I. Pendeta
II. Bahasa
III. Perayaan kebudayaan India
IV. Kesihatan
V. Sukan
VI. Pendidikan

5
6.0 HAD MASA
Pusingan Pertama

6.1 Setiap peserta diberi masa 5 minit.


6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 4.
6.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.

Pusingan Kedua
6.4 Setiap peserta diberi masa
I. Persediaan : 5 minit
II. Penyampaian : 3 minit
6.5 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 2.
6.6 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.

7.0 CARA PENGHAKIMAN

Pusingan Pertama
7.1 Setiap peserta akan dinlai berdasarkan kriteria berikut :
Isi : 10 markah
Persembahan : 20 markah
Sebutan : 10 markah
Jumlah : 40 markah

Pusingan Kedua
Isi : 30 markah
Persembahan : 20 markah
Sebutan : 10 markah
Jumlah : 60 markah

7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama,


kedudukannya akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi
mengikut kriteria seperti dibawah.
I. Persembahan
II. Isi
III. Sebutan

6
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK SJKT (TAHAP 2)
1.0 NAMA PERTANDINGAN
1.0 Pertandingan Mendeklamasi Sajak SJKT (Tahap 2).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran mendeklamasi sajak


2.2 Menghayati unsur-unsur sastera Tamil.
2.4 Meningkatkan keyakinan serta potensi diri.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4 – 6) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil layak


mengambil bahagian.
3.2 Lima (5) jenis sajak (Marabu Kavithai) akan diberi oleh jawatankuasa
pertandingan
3.3 Peserta hanya dibenarkan memilih salah satu (1) sajak yang telah
sediakan oleh jawatankuasa pertandingan.
3.4 Peserta hanya dibenarkan mendeklamasi sajak yang diberi oleh
jawatankuasa pertandingan
3.5 Peserta dilarang menyanyi dan melakonkan sajak yang dipilih.
3.6 Peserta dilarang mendeklamasi sambil melihat teks sajak.

4.0 BILANGAN PESERTA


4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat
Kebangsaan.
4.2. Semua borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.0 HAD MASA

6.1 Setiap peserta diberi masa 3 minit.


6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 2.
6.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.

6.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinlai berdasarkan kriteria berikut:


Intonasi : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 10 markah
Kelancaran : 10 markah
Persembahan : 10 markah
Jumlah : 50 markah

7
7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama,
kedudukannya akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi
mengikut kriteria seperti dibawah.
i. Intonasi
ii. Gaya

8
PERTANDINGAN NYANYIAN KUMPULAN SK (TAHAP 2)

1.0 NAMA PERTANDINGAN


1.1 Pertandingan Nyanyian Kumpulan SK (Tahap 2).
2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Tamil dalam kalangan


murid.
2.2 Mencungkil bakat.
2.3 Meningkatkan keyakinan diri.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4 – 6) di Sekolah Kebangsaan layak mengambil


bahagian.
3.2 Bilangan ahli kumpulan 4 orang sahaja.
3.3 Nyanyian mesti berdasarkan tema yang ditetapkan.
3.4 Props dan muzik tidak tidak dibenarkan tetapi perkusi badan seperti
tepuk tangan, petik jari, hentak kaki dan bersiul dibenarkan.
3.5 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik,
peribadi dan sebagainya.

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1. Johan peringkat negeri layak ke Peringkat Kebangsaan.

4.2. Semua borang penyertaan dan lirik lagu hendaklah dihantar kepada
Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.

5.0 TAJUK

5.1 Nyanyian mestilah berunsurkan motivasi atau nilai murni.

6.0 HAD MASA

6.1 Setiap pasukan diberi masa 5 minit.

7.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut :


Kelancaran : 20 markah
Irama : 15 markah
Persembahan : 15 markah
Jumlah : 50 markah

9
7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama,
kedudukannya akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi
mengikut kriteria seperti dibawah.
I. Persembahan
II. Isi
III. Sebutan

10
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK SMK (Menengah Rendah)
1.0 NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Mendeklamasi Sajak SMK (Menengah Rendah).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran mendeklamasi sajak dalam kalangan murid.


2.2 Menggalakkan murid untuk menghayati unsur sastera.
2.3 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya sastera.
2.4 Membantu meningkatkan keyakinan serta potensi diri murid.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Kelas Peralihan hingga Tingkatan 3 di SMK layak mengambil


bahagian.
3.2 Lima (5) jenis sajak (Marabu Kavithai) akan diberi oleh jawatankuasa
pertandingan
3.3 Peserta hanya dibenarkan memilih salah satu (1) sajak yang telah
sediakan oleh jawatankuasa pertandingan.
3.4 Peserta hanya dibenarkan mendeklamasi sajak yang diberi oleh
jawatankuasa pertandingan.
3.5 Peserta dilarang menyanyi dan melakonkan sajak.
3.6 Peserta dilarang mendeklamasi sambil melihat teks sajak.

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan di peringkat negeri sahaja layak ke peringkat
kebangsaan.
4.2. Semua borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan

5.0 HAD MASA

5.1 Setiap peserta diberi masa 5 minit.


5.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 4.
5.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.

6.0 CARA PENGHAKIMAN

6.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut :


Intonasi : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 10 markah
Kefasihan : 10 markah
Persembahan : 10 markah
Jumlah : 50 markah

11
PERTANDINGAN SYARAHAN SMK (Menengah Rendah)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Syarahan SMK (Menengah Rendah).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran berhujah dalam kalangan murid.


2.2 Menggalakkan pembacaan pelbagai sumber.
2.3 Mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
2.4 Membantu meningkatkan keyakinan serta potensi diri murid.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Kelas Peralihan hingga Tingkatan 3 di SMK layak mengambil


bahagian.
3.2 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik,
peribadi dan sebagainya.
Pusingan kedua:
Semua peserta diberi peluang ke pusingan kedua. Peserta akan
dikuarantin dan tajuk baru akan diberi berdasarkan tema yang
ditetapkan.Penyertaan mengikut giliran nombor semasa pendaftaran.
Jawatankuasa pertandingan hanya akan menyediakan kertas
sahaja.Peserta pertandingan perlu bawa alat tulis.

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan di peringkat negeri sahaja layak ke Peringkat
Kebangsaan.
4.2 Semua borang penyertaan dan teks syarahan hendaklah dihantar
kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat
Kebangsaan

5.0 TAJUK
Pusingan pertama :
Peserta harus memilih sebuah tajuk berdasarkan tema yang
ditetapkan.
I. Bahasa
II. Ekonomi
III. Kesihatan
IV. Pendidikan
V. Perpaduan
VI. Alam Sekitar

12
6.0 HAD MASA

Pusingan Pertama

6.1 Setiap peserta diberi masa 5 minit.


6.2 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 4.
6.3 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.

Pusingan Kedua
6.4 Setiap peserta diberi masa
III. Persediaan : 5 minit
IV. Penyampaian : 3 minit
6.5 Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit yang ke 2.
6.6 Loceng kedua akan dibunyikan dua kali untuk menunjukkan tamatnya
masa pertandingan.
7.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinlai berdasarkan kriteria-kriteria berikut :


Pusingan Pertama
Isi (4 isi) : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 5 markah
Kefasihan : 5 markah
Bahasa : 10 markah
Jumlah : 40 markah

Pusingan Kedua
Isi (2 isi) : 30 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 5 markah
Kefasihan : 5 markah
Bahasa : 10 markah
Jumlah : 60 markah

13
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN SMK (Menengah Atas)
1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Menulis Cerpen SMK (Menengah Atas).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan.


2.2 Berkeupayaan menghasilkan hasil tulisan yang kreatif dan kritis.
2.3 Melahirkan penulis cerpen yang berwibawa.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5) di SMK layak mengambil


bahagian.
3.2 Jumlah perkataan tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
3.3 Kertas tulis akan dibekalkan oleh penganjur. Alat tulis harus dibawa
oleh peserta sendiri.
3.4 Setiap peserta akan diberi nombor penyertaan dan mereka perlu
menulis nombor tersebut di atas kertas jawapan. Peserta dilarang
menulis nama diri dan sekolah.
3.5 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik,
peribadi dan sebagainya.
4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan di peringkat negeri sahaja layak ke Peringkat
Kebangsaan.

5.0 TAJUK

5.1 Peserta perlu menulis cerpen berdasarkan tema yang disediakan oleh
pengelola pertandingan.

6.0 HAD MASA

6.1 Peserta akan diberi masa 1 jam 15 minit.


6.2 Peserta akan diberi peringatan 10 minit sebelum masa tamat.

7.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria seperti aspek-


aspek kekemasan tulisan, isi, laras bahasa dan unsur-unsur cerpen.
7.2 Pemarkahan panel hakim adalah mengikut Format Pemarkahan yang
Ditetapkan.

14
PERTANDINGAN FORUM REMAJA SMK (Menengah Atas)
1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Forum Remaja SMK (Menengah Atas).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran berhujah.


2.2 Melahirkan murid berfikiran kreatif dan kritis
2.3 Pembudayaan penghayatan nilai-nilai murni.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5) di SMK layak mengambil


bahagian.
3.2 Bilangan ahli kumpulan 4 orang sahaja.
3.3 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik,
peribadi dan sebagainya.

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan peringkat negeri sahaja layak ke peringkat kebangsaan.

5.0 TAJUK
5.1 Tajuk forum harus berdasarkan salah satu daripada tema yang
ditetapkan.
I. Sosial
II. Ekonomi
III. Bahasa

6.0 PERLAKSANAAN / HAD MASA


6.1 Empat orang peserta akan mewakili satu pasukan. Salah seorang
peserta akan menjadi pengerusi untuk mengendalikan forum
tersebut. Tiga orang peserta yang lain akan menyampaikan hujah-
hujah mereka.
6.2 Giliran pasukan akan ditentukan melalui cabutan undi.
6.3 Satu tajuk akan diberikan kepada semua pasukan mengikut giliran.
6.4 Tajuk pertandingan berdasarkan tema-tema yang telah tetapkan
6.5 Setiap pasukan akan diberi masa selama 20 minit untuk menyediakan
teks hujah dan 15 minit untuk menyampaikan hujah.
6.6 Peserta pertandingan dibenarkan membawa bahan-bahan rujukan
yang bercetak dan nota sahaja. Bahan elektronik seperti telefon
bimbit komputer riba dan lain-lain bentuk bahan elektronik
tidak dibenarkan sama sekali dibawa ke bilik persediaan,bilik
menunggu dan bilik pertandingan

15
6.7 Peserta pertandingan tidak dibenarkan mendapkan bantuan luar.
6.8 Loceng pertama akan dibunyikan pada minit yang ke 13.
6.9 Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit yang ke 15 untuk
menunjukkan tamatnya masa pertandingan.
6.10 Markah tidak akan diberi untuk isi-isi yang dikemukakan selepas
tamatnya masa pertandingan.
6.11 Pasukan tidak dibenarkan membawa masuk bahan-bahan rujukan
ke dalam bilik pertandingan kecuali nota ringkas.

7.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Panduan Pemberian Markah

7.1.1 Isi ( 5 isi x 20 markah) = 100 markah


7.1.2 Kemahiran merumus oleh pengerusi pasukan = 20 markah
7.1.3 Persembahan ( 4 X 15 ) = 60 markah
7.1.4 Penguasaan bahasa (4 X 15 ) = 60 markah
Jumlah = 240 markah

16
PERTANDINGAN UCAPAN AWAM (Tingkatan 6)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Ucapan Awam (Tingkatan 6)

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran berhujah dalam kalangan pelajar.


2.2 Menggalakkan pembacaan pelbagai sumber.
2.3 Mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
2.4 Membantu meningkatkan keyakinan serta potensi diri pelajar.
2.5 Menggalakkan pelajar supaya peka terhadap isu global.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tingkatan 6 layak mengambil bahagian.

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan di peringkat negeri sahaja layak ke peringkat
kebangsaan.
4.2 Semua borang penyertaan dan teks ucapan hendaklah dihantar
kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat
Kebangsaan

5.0 TAJUK

5.1 Pusingan pertama :


Peserta harus memilih sebuah tajuk berdasarkan tema yang
ditetapkan.
VII. Bahasa
VIII. Ekonomi
IX. Kesihatan
X. Pendidikan
XI. Perpaduan
XII. Alam Sekitar

Pusingan kedua:
10 Peserta terbaik akan dipilih ke pusingan kedua. Peserta akan
dikuarantin dan tajuk yang sama diberi kepada peserta mengikut giliran
oleh pengelola pertandingan.

17
6.0 HAD MASA

6.1 Pusingan pertama : 5 minit


6.2 Pusingan kedua
V. Persediaan : 5 minit
VI. Penyampaian : 3 minit

7.0 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut:


Isi : 20 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 5 markah
Kefasihan : 5 markah
Bahasa : 10 markah
Jumlah : 50 markah

18
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI (Tingkatan 6)

3.0 NAMA PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan Mengarang Esei (Tingkatan 6).

4.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan.


2.2 Berkeupayaan menghasilkan hasil tulisan yang kreatif dan kritis.

3.0 KELAYAKAN / SYARAT


3.1 Murid Tingkatan 6 layak mengambil bahagian.
3.2 Peserta diminta memilih 1 tajuk daripada 3 tajuk esei berfakta yang
diberikan pada hari pertandingan.
3.3 Kertas tulis akan dibekalkan oleh penganjur. Alat tulis harus dibawa
oleh peserta sendiri.
3.4 Jumlah perkataan tidak kurang daripada 450 patah perkataan.
3.5 Masa yang diperuntukkan 1 jam 15 minit sahaja.
3.4 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik,
peribadi dan sebagainya.

4.0 BILANGAN PESERTA

4.1 Johan dan Naib Johan peringkat negeri layak ke Peringkat


Kebangsaan.
4.2 Semua borang penyertaan dan teks syarahan hendaklah dihantar
kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat
Kebangsaan

5.0 CARA PENGHAKIMAN

5.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan rubrik yang disediakan pihak
pengelola.
5.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama,
kedudukannya akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi
mengikut kriteria seperti di bawah:
I. Ejaan
II. Persembahan

19

You might also like