You are on page 1of 7

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN e-SPORT PES 2021
TAHUN 2021

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran :
Unit Sukan Sektor Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

1
PERTANDINGAN E-SPORT PES 2021

1.0 PENGENALAN

Pertandingan e-Sport Pro Evolution Soccer (PES) 2021 merupakan


pertandingan yang akan dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah
Kuching. Pertandingan e-sukan ini adalah bertujuan untuk melahirkan
pelajar – pelajar yang mempunyai keyakinan diri dan semangat juang yang
tinggi dalam penggunaan peranti teknologi, telefon pintar dan sambungan
internet. Oleh yang demikian, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
akan menganjurkan e-Sport PES 2021 kepada semua murid sekolah rendah
dan sekolah menengah yang bersekolah di dalam daerah Kuching.
Memandangkan situasi negara yang masih di uji dengan wabak pandemik
Covid 19, maka pertandingan ini akan dijalankan secara di dalam talian.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini diadakan adalah bertujuan memberikan


pendedahan dalam kemahiran penguasaan teknologi kepada murid – murid
sekolah. Selain itu, penganjuran program ini juga akan menjadi satu platform
kepada murid – murid sekolah dalam daerah Kuching untuk mencungkil dan
mengembangkan lagi bakat dan kemahiran mereka dalam permainan video
secara dalam talian dengan melibatkan diri dalam Pertandingan e-Sport
PES 2021. Ini secara tidak langsung akan memberikan peluang kepada
murid untuk mempelajari pelbagai perkara, nilai dan unsur positif yang dapat
dipupuk sebagai salah satu bentuk persediaan kearah pembentukan
peribadi seorang individu yang holistic dan cemerlang.

2
3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan semangat kesukanan dalam kalangan murid – murid


sekolah.
3.2 Meningkatkan keyakinan dalam diri murid – murid apabila
menyertai pertandingan e-sukan.
3.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim antara murid yang terlibat
dalam program yang dianjurkan.
3.4 Mengukur tahap kemahiran dan kecekapan para peserta dalam e-
sukan serta penggunaan teknologi dan internet menerusi e-Sport
PES 2021.

4.0 KATEGORI PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid – murid sekolah


rendah dan menengah warganegara Malaysia yang bersekolah di
dalam daerah Kuching.
4.2 Pertandingan ini akan dibahagikan kepada tiga (3) kategori ;
I. Sekolah Rendah : Tahap 2 (Tahun 4 ,5 dan 6)
II. Sekolah Menengah : Kategori 15 Tahun ke bawah
III. Sekolah Menengah : Kategori 17 Tahun ke bawah
4.3 Pertandingan ini akan dijalankan dalam dua peringkat iaitu ;
I. Peringkat Pertama : Perlawanan peringkat kumpulan
II. Peringkat Kedua : Perlawanan kalah mati bagi pusingan
kedua sehingga perlawanan akhir.

3
5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT SEKOLAH


I. Pihak sekolah akan mengadakan pertandingan ini bermula di
peringkat kelas. Pertandingan ini merupakan aktiviti sokongan
kepada pembelajaran mata pelajaran TMK.
II. Dua peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah bagi setiap kategori
ke pertandingan peringkat daerah.

5.2 PERINGKAT DAERAH


I. Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bertangunggjawab
mengelolakan pertandingan ini pada peringkat daerah Kuching.
II. Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Daerah.
III. Peserta yang menyertai pertandingan ini akan mendapat sijil
penyertaan dan pencapaian yang akan diberikan oleh pihak PPD
Kuching.

6.0 HAL – HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat – syarat pertandingan atau
semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh
pihak Jawatankuasa Pengelola pertandingan ini yang mana keputusan
adalah muktamad.

4
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Program : Pertandingan e-Sport PES 2021

Kategori : Sekolah Rendah Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)

Sekolah Menengah Bawah 15 &17 Tahun

Sistem Pertandingan : Sistem Liga dan Kalah Mati

Tarikh : 5 – 12 November 2021

Masa : 2.00 Petang – 4.00 Petang

Tempat : Kediaman masing - masing

I. SISTEM PERATURAN

• Pihak yang berlawan contohnya Kumpulan A, semua pemain yang


berada di dalam Kumpulan A perlu bermain perlawanan melalui
aplikasi PES 2021 yang boleh dimuat turun di telefon pintar masing –
masing menerusi Google Apps atau Apple Apps Store.
• Selepas tamat perlawanan, kedua – dua pemain perlu screenshot
keputusan perlawanan dan menghantar keputusan berkenaan kepada
pihak penganjur menerusi aplikasi Whatsapp.
• Jika salah satu pihak yang bermain tidak memberikan sebarang
maklum balas atau tidak muncul ketika masa perlawanan seperti yang
telah ditetapkan, maka kemenangan 1 - 0 akan diberikan kepada
lawan mereka.

5
• Jika kedua – dua belah pihak tidak melangsunkan permainan maka
keputusan dikira seri 0 – 0.

II. PENYERTAAN

• Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah tahap 2 dan


menengah yang bersekolah dalam daerah Kuching.
• Setiap sekolah boleh menghantar dua (2) orang peserta bagi setiap
kategori.
• Sekiranya pihak penganjur mendapati mana – mana individu yang
gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan
penyertaan peserta berkenaan.
• Keputusan pihak penganjur perlawanan adalah muktamad.

III. SISTEM PERTANDINGAN

• Pertandingan akan dijalankan secara sistem liga iaitu secara liga di


peringkat kumpulan dan sistem kalah mati akan digunakan bagi
pusingan kedua sehingga ke perlawanan akhir.
• Pembahagian kumpulan akan bergantung kepada jumlah peserta
yang menyertai pertandingan ini.
• Dalam perlawanan peringkat kumpulan perkiraan mata yang diberikan
adalah tiga (3) untuk pemenang, satu (1) untuk perlawanan seri dan
kosong (0) mata bagi pemain yang tewas.
• Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai pungutan mata yang
sama, keputusan pemenang akan dikira mengikut kepada perbezaan
gol, pasukan yang memiliki jaringan gol yang lebih banyak atau bolos
lebih sedikit akan mara sehingga ke pusingan kedua.
6
• Bagi peringkat kalah mati, sekiranya keputusan masa penuh adalah
seri. Maka format masa tambahan dan sepakan penalty akan diguna
pakai bagi menentukan pemenang.
• Penentuan juara, naib juara dan tempat ke-3 adalah berdasarkan
pasukan yang berjaya mengekalkan kemenangan pada peringkat
separuh akhir dan seterusnya.
• Masa bagi setiap perlawanan peringkat kumpulan adalah selama 7
minit, 3 – 1 – 3 iaitu 3 minit bagi separuh masa pertama, 1 minit waktu
rehat dan 3 minit pada separuh masa kedua. Bagi perlawanan
pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir, perlawanan tempat ke-3
masa yang ditetapkan adalah selama 9 minit, 4 – 1 – 4 iaitu 4 minti
bagi separuh masa pertama, 1 minit waktu rehat dan 4 minit pada
separuh masa kedua. Manakala bagi perlawanan akhir, peruntukan
masa permainan adalah 11 minit, iaitu 5 minit untuk separuh masa
pertama, 1 minit rehat dan 5 minit untuk separuh masa kedua.

You might also like