You are on page 1of 2

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA


SMK TUANKU ABDUL RAHMAN
2022

1.0 UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dianjurkan di bawah Undang-undang KOAM, Peraturan Am MSSS dan MSSD (yang mana sesuai).

2.0 PERATURAN AM
2.1 Semua pelajar SMKTAR diwajibkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini KECUALI mendapat
kebenaran bertulis/surat daripada pegawai perubatan/doktor atas alasan kesihatan yang munasabah.

2.2 Setiap perserta diwajibkan memakai T-Shirt sukan sekolah atau baju bewarna putih, seluar sukan dan
memakai kasut.

3.0 PENYERTAAN DAN KUMPULAN MURID


3.1 Terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan SMKTAR yang berdaftar dari tingkatan peralihan
hingga tingkatan 5.

3.2 Pelajar yang digantung sekolah (kes disiplin) tidak dibenarkan mengambil bahagian.

3.3 Semua peserta mestilah cukup sihat. Pengurus dan Guru Rumah Sukan mestilah bertanggungjawab dan
berpuas hati di atas kesihatan pesertanya sebelum membenarkan mereka mengambil bahagian.

3.4 Kategori kumpulan murid terbahagi seperti berikut:

TINGKATAN KATEGORI KUMPULAN MURID


Tingkatan 3, 4 & 5 L1, P1
Tingkatan 1,2 & Peralihan L2, P2
Kelas PPKi KHAS

4.0 ANJURAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh Unit Sukan dan Permainan di bawah seliaan Unit Kokurikulum SMK Tuanku Abdul
Rahman.

5.0 JARAK LARIAN


Jarak larian dan kategori kumpulan murid adalah seperti berikut:

KATEGORI KUMPULAN MURID KATEGORI JARAK


Tingkatan 3, 4 & 5 L1 & P1 6.0 km
Tingkatan 1, 2 dan peralihan L2 & P2 6.0 km
Kelas PPKi KHAS 1.0 km

6.0 PEMBATALAN
6.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan disepanjang perlumbaan.

6.2 Peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta lain dengan maksud melengahkan kederasan atau
kelajuan lawan akan DIBATALKAN haknya daripada memenangi pertandingan ini walaupun peserta
berkenaan mendapat tempat kedudukan.

7.0 NOMBOR PESERTA


7.1 Semua peserta yang mengambil bahagian dan mewakili rumah sukan / kumpulan murid, diwajibkan
memakai nombor di bahagian dada dan belakang baju.

7.2 Penyediaan dan pengagihan nombor-nombor peserta adalah tanggungjawab Semua Rumah Sukan masing-
masing.

1
7.3 Pembahagian nombor-nombor peserta mengikut rumah sukan dan kumpulan murid adalah seperti berikut:
7.3.1 L1 & P1 – Pen Marker HITAM

7.3.2 L2 & P2 – Pen Marker BIRU

7.3.3 KHAS – Pen marker MERAH

RUMAH SUKAN NOMBOR PESERTA


Mat Kilau 001 hingga 200
Dato’ Bahaman 201 hingga 400
Dato’ Maharaja Lela 401 hingga 600
Dol Said 601 hingga 800

Contoh Nombor Pendaftaran:

P1 301 L1 201 P2 401 L2 501 K 02 K 01


201 201 201
8.0 HADIAH
8.1 Pihak penganjur akan menyediakan dua puluh (25) hadiah individu untuk pemenang bagi setiap ketegori /
kumpulan murid (lelaki dan perempuan).
8.2 Piala Pusingan untuk setiap ketegori / kumpulan murid (lelaki dan perempuan).
8.3 Piala Pusingan untuk Johan Keseluruhan Kejohanan

9.0 PEMBERIAN MATA UNTUK PENENTUAN JOHAN KATEGORI/ JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN
9.1 Pemberian mata adalah seperti berikut:

L1, P1 L2, P2 L3, P3


KEDUDUKAN
MATA MATA MATA
Johan/Pertama 25 mata 25 mata 25 mata
Naib Johan/Kedua 20 mata 20 mata 20 mata
Ketiga 15 mata 15 mata 15 mata
Keempat 10 mata 10 mata 10 mata
Ke-5 hingga ke-10 8 mata 8 mata 8 mata
Ke-11 hingga ke-20 6 mata 6 mata 6 mata
Ke-21 hingga 60 2 mata 2 mata 2 mata
Ke-61 hingga 100 1 mata 1 mata 1 mata

9.2 Johan Keseluruhan Kejohanan


Johan Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa akan ditentukan melalui jumlah pungutan mata terkumpul
semua kategori dan dicampur dengan peratus kehadiran ahli rumah sukan berkenaan. Jika sama, peratus
kehadiran paling tinggi akan dikira sebagai pemenang. Jika masih sama JOHAN BERSAMA akan diumumkan.

10.0 BANTAHAN DAN RAYUAN


10.1 Semua bantahan dan rayuan boleh dikemukakan kepada Jawatan Kuasa Bantahan dan Rayuan Kejohanan
Merentas Desa SMKTAR secara bertulis dan wang cagaran sebanyak RM 200.00 tunai beserta bukti-bukti
yang kukuh.

10.2 Semua dokumen berkenaan perlu diserahkan kepada Jawatan Kuasa Bantahan dan Rayuan dalam masa 15
minit selepas pengumuman keputusan diumumkan.

10.3 Semua keputusan Jawatan Kuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad.

11.0 UNDANG-UNDANG AM
Segala permasalahan am dan penterjemahan mengenai undang-undang dan peraturan kejohanan ini yang timbul
atau tidak terkandung dalam peraturan ini hendaklah dirujuk dan diselesaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum dan
Pengetua.

You might also like