You are on page 1of 12

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA

SK DATO KAMARUDDIN TAHUN 2022

1.0 PENDAHULUAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini
merupakan acara tahunan sekolah di sekolah rendah malahan merupakan sukan yang amat mudah
dan boleh disertai oleh semua pelajar. Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat
dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

2.0 TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh : 10, 11 dan 13 Mei 2022 (10 dan 11 merupakan latihan)

Hari : Jumaat (13 Mei 2022)

Masa : 8.00 pagi – 9.30 pagi

Tempat : Sekitar SK Dato’ Kamaruddin

Penganjur : Unit Kokurikulum

Urusetia Pelaksanaan : Unit Sukan

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN


Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. antaranya
adalah untuk :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.

ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu
yang cergas.

iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin
dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk
menjayakannya.

iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga Sekolah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin
tentang alam sekitar.

v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan
murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .

vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.


4.0 KUMPULAN SASARAN
i. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid dari tahun 3 sehingga murid tahun 6
Sekolah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin kecuali bagi murid-murid yang mendapat kebenaran
pengecualian daripada Guru Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit
atau tidak boleh menyertai pertandingan ini daripada Doktor.

ii. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah mestilah memastikan
kesihatan peserta rumah masing-masing semasa sesi latihan dan semasa kejohanan
diadakan.

5.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini dikelaskan kepada 8 kelas dan kategori:-
BIL KELAS KATEGORI BILANGAN PEMENANG
TAHUN 3 LELAKI 2 PEMENANG (EMAS, PERAK )
1.
PEREMPUAN 2 PEMENANG (EMAS, PERAK )
TAHUN 4 LELAKI 2 PEMENANG (EMAS, PERAK )
2.
PEREMPUAN 2 PEMENANG (EMAS, PERAK )
TAHUN 5 LELAKI 2 PEMENANG (EMAS, PERAK )
3.
PEREMPUAN 2 PEMENANG (EMAS, PERAK )
TAHUN 6 LELAKI 2 PEMENANG (EMAS, PERAK )
4.
PEREMPUAN 2 PEMENANG (EMAS, PERAK )

6.0 MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH.


Murid-murid yang menamatkan lariannya secara sah mendapat nombor antara nombor 1 hingga
10 akan mendapat mata bagi rumah mereka seperti berikut:
KEDUDUKAN MATA
1 10
2 9
1 8
4 7
5 6
6 5
7 4
8 1
9 1
10 1
Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang
terbanyak. Piala Pusingan akan di anugerahkan kepada rumah yang mendapat Johan. Markah bagi
setiap rumah sukan akan digabungkan dengan aktiviti sukan yang lain. Markah yang tertinggi akan
dianugerahkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan.

7.0 TREK LARIAN


Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut kategori yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut trek yang salah akan dikira
batal.

8.0 JURI RAYUAN


Sebarang bantahan tentang keputusan pertandingan hanya boleh dilakukan melalui Ketua Guru
rumah kepada Juri Rayuan yang telah dilantik dengan bayaran pertaruhan sebanyak RM 50.00
Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan gagal dalam aduannya.
Segala Keputusan Pertandingan akan disahkan muktamat oleh Juri Rayuan.

9.0 PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


i. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.

ii. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain dengan tujuan
melengahkan kelajuan lawan mereka

iii. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan

iv. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta

10.0 ATURCARA PERTANDINGAN:


TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA 2020

TARIKH : Latihan : 10 Mei 2022 (Selasa) & 11 Mei 2022 (Rabu)

Pertandingan : 13 Mei 2022 (Jumaat)

HARI : Jumaat (13 Mei 2022)

MASA : 8.00 pagi hingga 9.30 pagi

TEMPAT PERMULAAN : Kawasan Pagar Sekolah

TEMPAT BERAKHIR : Padang Sekolah


MASA TENTATIF TINDAKAN
7.30 pagi • Pendaftaran kehadiran oleh Guru-guru Kelas di Guru Tingkatan, Guru
Tapak Perhimpunan Rumah

7.30 pagi • Taklimat Kejohanan kepada Pengerusi Teknik,


Pegawai- Penolong Pengerusi
pegawai Kejohanan oleh Penolong Pengerusi teknik, Pegawai Check
Teknik di kantin. Point, Pencatat Masa,
Hakim Penamat
• Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh
Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan
7.45 pagi • Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point, Pegawai Check Point,
Pasukan Keselamatan Kawalan Lalu Lintas Pegawai Keselamatan
serta Pasukan Kecemasan ke check point Lalulintas
stesen masing-masing

• Sesi memanaskan ba tunjukcara serta arahan


ke garisan permulaan

8.00 pagi • Acara dimulakan dilepaskan mengikut Pelepas, Peronda Mula,


Kategori Peronda Semasa
Kejohanan, Peronda
• Tahap 2 (Tahun 4,5,6)
Akhir, Pertolongan
• Tahap 1 (Tahun 3) cemas

9.00 pagi • Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat


Masa

9.30 pagi • Ketibaan peserta terakhir

11.0 PANDUAN TUGAS GURU


PERSIAPAN TEMPAT

1. Menyediakan mengemaskan semula tempat penamat pertandingan iaitu lorong penamat, kerusi
meja pencatat mengikut kelas kategori peserta.

SETIAUSAHA PEN.SETIAUSAHA

1. Menyediakan borang keputusan pertandingan, Kad pemenang kad Check Point.

2. Membuat laporan pertandingan menyerahkan kepada PK Kokurikulum dalam masa seminggu


selepas pertandingan

HADIAH

1. Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap acara.

2. Membuat persiapan upacara penyampaian hadiah apabila kejohanan tamat.


PELEPAS

1. Melepaskan peserta untuk permulaan

KECEMASAN

1. Menyediakan alat bantuan kecemasan.

2. Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

HAKIM

1. Memberikan kad hakim kepada pemenang mengikut nombor kemenangan kad untuk mata
rumah iaitu No. 1 hingga No.10

KETUA HAKIM

1. Memberi taklimat kepada hakim penjaga masa (Pencatat)

2. Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi menyerahkannya kepada pengacara


majlis untuk penyampaian hadiah.

PENCATAT PENJAGA MASA

1. Mencatat nama rumah pemenang mengikut nombor kad keputusan hakim,

2. Merekod mata rumah mengikut masa yang ditentukan oleh hakim

3. Mengambil masa pemenang pertama pertandingan mengikut kelas kategori yang diarahkan
untuk mencatat( berada di tempat permulaan untuk mengambil masa permulaan).

PENGURUS TREK

1. Mempastikan trek selamat digunakan semua guru yang bertugas di check point telah bersedia.

2. Memberitahu Referi pelepas untuk acara di mulakan.

3. Menentukan memberi arahan jurutunjuk bagi setiap kategori.

JURUTUNJUK ARAH

1. Bersedia dengan motosikal membawa bendera amaran kepada orang awam (Bendera Merah)

2. Menjadi tujuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

PENJAGA STESEN/ CHECK POINT.


1. Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal
sebelum masa kejohanan bermula

2. Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi mempastikan keselamatan murid

3. Mengawal mempastikan lalulintas di kawasan tersebut selamat untuk laluan murid.

4. Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari secara yang membahayakan.

JAWATANKUASA PELAKSANA KEJOHANAN LARI MERENTAS


DESA
PERINGKAT DATO’ KAMARUDDIN TAHUN 2022

Pengerusi : Puan Wan Nor Zaleha bt Wan Salleh


Guru Besar SK Dato’ Kamaruddin

Timbalan Pengerusi : En. Redza bin Ahmad

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 1 : Encik Azhar b. Abdul Aziz

Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Tn Hj Mohd Azmir bin Mohd Khalid

Guru Penolong Kanan HEM

Setiausaha Sukan : En. Mohd Safuan bin Abu Bakar Samad


Timbalan Setiausaha : Puan Anis bt Rosli

AHLI JAWATANKUASA KERJA


BIL. AJK / GURU BIG TUGAS ALATAN

1. MAKANAN/MINUMAN • Membuat tempahan makanan/minuman


untuk pegawai-
1. Puan Suhaila pegawai pelajar-pelajar yang bertugas
2. Puan Fadhilah
• Mengagihkan makanan/minuman
kepada pegawai-pegawai pelajar-
pelajar yang bertugas

2. HADIAH, • Menempah hadiah mengikut kategori Hadiah,


CENDERAMATA SIJIL dulang sijil
• Menyusun hadiah untuk acara
1. Puan Junainah Penyampaian Hadiah
2. Puan Zuraida • Menyediakan sijil untuk para pemenang

• Sentiasa berhubung dengan JK


Sumbangan/Tajaan sekiranya pihak
sekolah menerima sebarang sumbangan
yang berbentuk hadiah

3. SIARAYA • Menyediakan alat siaraya di Tapak


Perhimpunan
1. Pn Anis
• Menyimpan semula peralatan yang
digunakan setelah selesai kejohanan

4. DOKUMENTASI • Mengumpul semua maklumat untuk


didokumentasikan
1. Puan Asnida
• Membuat dokumentasi dengan
kerjasama S/U Kokurikulum S/U Sukan

5. KEBERSIHAN • Memastikan persekitaran sekolah


berada dalam keadaan bersih
1. Puan Norihan

6. HOSPITALITI: • Menyediakan pasukan PBSM yang


bertugas di check point stesen-stesen
KECEMASAN yang telah dikenalpasti
1. Puan Sabarina Memohon bantuan peralatan kerjasama

2. Puan Shamsaaiza dari Pusat Kesihatan Kuang

7. KESELAMATAN, • Menghantar surat permohonan bantuan


DISIPLIN, kawalan lalu lintas
KAWALAN LALU
• Mendapatkan maklum balas daripada
LINTAS
Pasukan Polis
1. Tn Hj Azmir Memberi layanan berpatutan kepada
• Pasukan Polis semasa selepas bertugas
2. En. Safuan
3. En. Azhar
4. En. Osman
• Memaklumkan kepada Pegawai
Teknik/Pengurus Kejohanan Pegawai
Pelepas bahawa telah bersedia

8. JURUHEBAH • Menyediakan teks, lagu-lagu selingan


JURUACARA MAJLIS yang bersesuaian mengacara di
sepanjang kejohanan untuk
1. Puan Zulaika
memeriahkan suasana

Mengendalikan aktiviti memanaskan
badan
9. PELEPAS • Melepaskan para peserta Wisel
mengikut kategori di garisan Hailer
1. Puan Wan Nor
permulaan
Zaleha

10. PERSIAPAN TREK • Mencari trek yang bersesuaian

1. Tn Hj Azmir • Menyediakan pelan trek/laluan


2. En. Safuan Kejohanan Merentas Desa
3. En. Azhar • Memasang Check Point di trek.

11. PENYELARAS • Menyediakan lorong-lorong penamat Tali raffia,


LORONGLORONG tempat kedudukan para Hakim Penamat penanda,
PENAMAT sebagaimana pelan gunting
TEMPAT-TEMPAT masking
HAKIM tape
1. Puan Nurashida

• Melabelkan setiap lorong kedudukan


para Hakim Penamat untuk panduan
peserta
• Mengemas semula lorong-lorong
penamat, kerusi meja para Hakim
Penamat selepas selesai kejohanan

12. URUSETIA PENYELARAS • Menyediakan borang-borang


Borangborang
BORANG kejohanan mengagihkan kepada
kejohanan,
PERTANDINGAN setiap Ketua Hakim
alat tulis
1. Pn Zulaika • Memberi taklimat kepada setiap Ketua Kalkulator
Hakim tata cara mengisi borang
kejohanan

• Membuat publisiti Kejohanan Merentas


Desa peringkat sekolah

• Mengaudit markah yang diperolehi


dari Ketua Hakim untuk menentukan
kedudukan Rumah Sukan bagi
setiap kategori keputusan
keseluruhan kejohanan
Menyerahkan keputusan akhir kepada
• Juru Acara Majlis untuk acara
Penyampaian Hadiah
13. HAKIM-HAKIM • Bertugas sebagai ketua hakim penamat
PENAMAT untuk kategori masing-masing

1. Pn Nurashida • Memberi taklimat tatacara mengisi


2. Sukarelawan borang kejohanan kepada hakim-
hakim penamat
• Mengambil kupon kedudukan dari no
1 hingga 100 bagi kategori masing-
masing daripada pencatat masa
• Menyemak kupon check point para
peserta mengagihkan kupon
kedudukan no 1 hingga 10 kepada
peserta yang berjaya menamatkan
larian untuk kiraan markah
• Memastikan hakim-hakim penamat
merekodkan mata merentas desa
mengikut rumah sukan peserta bagi
menentukan pungutan markah rumah
sukan mengikut kategori masing-
masing
• Menyemak menandatangani
borangborang kejohanan yang diterima
dari
hakim-hakim penamat bagi kategori
masing-masing menyerahkannya
kepada urusetia untuk diaudit

14. PENCATAT MASA • Bekerjasama dengan Hakim Penamat Jam randik


dalam menentukan masa kedudukan
1. Pn Nurashida
peserta
2. Sukarelawan
• Mengambil masa bagi kedudukan
pelajar tempat 1 hingga 10 kategori
masingmasing

• Memberi catatan masa kepada Hakim


Penamat bagi kategori masing-masing

• Membantu hakim penamat mengira


pungutan bagi kategori masing-masing
15. PENYELARAS CHECK • Menyelia, membawa menyerahkan
POINT kupon check point kepada peserta
Penanda
• semua guru • Mencatat nombor larian setiap peserta check point
kupon check
• Membawa pulang penanda check point
point
masing-masing letakkan di pondok jaga
Memastikan setiap check point ada
• Pegawai Check Point yang bertugas
sebelum kejohanan dimulakan
Mengawas pergerakan para peserta di
• sekitar laluan trek

16. • Meletakkan penanda bagi setiap Check


PERONDA MULA Point
SEMASA KEJOHANAN
• Meronda trek bersama peserta semasa
1.Pengawal
dilepaskan oleh pelepas
Keselamatan Sekolah
semasa kejohanan

12.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Butiran Kuantiti HargaSeunit Jumlah

(RM) (RM)

1. Medal (Emas) 8 orang 4.50 28.00

2. Medal (Perak) 8 orang 4.50 28.00

3. Minuman Peserta 3 kali 50.00 150.00

Jumlah RM 206.00

Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM206.00

*Sumber kewangan dipohon daripada wang peruntukan BKK atau BSS

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………….. ………………………………

(ANIS BT ROSLI) (REDZA BIN AHMAD)

S/U Kejohanan Merentas Desa Penolong Kanan Kokurikulum

SK Dato’ Kamaruddin SK Dato’ Kamaruddin


Disahkan oleh;

…………………………….

(WAN NOR ZALEHA BT WAN SALLEH)

Guru Besar

SK Dato’ Kamaruddin

Lampiran

Jarak Anggaran : 3.7 KM

You might also like