You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN

PADANG TEMBAK

KERTAS KERJA
KEJOHANAN
MERENTAS DESA

TAHUN 2017
1.0 PENDAHULUAN
Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini
merupakan acara tahunan sekolah. Ia juga memberikan peluang kepada murid untuk terlibat dalam
sukan dan menjalani hidup gaya sihat.

2.0 TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 22 Februari 2017


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi 12.30 tengah hari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Padang Tembak
Penganjur : Unit Kokurikulum
Urusetia Pelaksanaan : Unit Sukan

3.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

Kejohanan Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama.


Antaranya adalah untuk :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.

ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang
cergas.

iii. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Padang Tembak
dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga Sekolah Kebangsaan Padang Tembak tentang
alam sekitar.

v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan murid-
murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah sukan.

vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

i. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid tahap dua iaitu murid tahun 4,5 dan 6 Sekolah
Kebangsaan Padang Tembak kecuali bagi murid-murid yang mendapat kebenaran pengecualian
daripada Guru Besar atau murid-murid yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai
pertandingan ini daripada doktor.

ii. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap ketua guru rumah sukan mestilah memastikan
kesihatan peserta rumah masing-masing sebelum para perserta merentas desa.
5.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini dikelaskan kepada 6 kategori:-

BIL KELAS KATEGORI BILANGAN PEMENANG


LELAKI 10 PEMENANG
1 TAHUN 4
PEREMPUAN 10 PEMENANG
LELAKI 10 PEMENANG
2 TAHUN 5
PEREMPUAN 10 PEMENANG
LELAKI 10 PEMENANG
3 TAHUN 6
PEREMPUAN 10 PEMENANG

6.0 MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH

Para peserta yang menamatkan lariannya secara sah dan mendapat nombor antara nombor 1
hingga 10 akan mendapat mata bagi rumah sukan mereka seperti berikut:

KEDUDUKAN MATA
1 10
2 9
3 8
4 7
5 6
6 5
7 4
8 3
9 2
10 1

Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata
yang terbanyak. Markah bagi setiap rumah sukan akan digabungkan dengan aktiviti sukan yang lain.
Markah yang tertinggi akan dianugerahkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan pada Kejohanan
Padang & Balapan Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 2017.

7.0 TREK LARIAN

Para peserta dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut kategori yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Peserta yang berlari mengikut trek yang salah akan dikira
batal.

8.0 JURI RAYUAN

Sebarang bantahan tentang keputusan pertandingan hanya boleh dilakukan melalui Ketua Guru
Rumah Sukan kepada Juri Rayuan yang telah dilantik dengan bayaran pertaruhan sebanyak
RM 50.00. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan gagal
dalam aduannya. Segala keputusan pertandingan akan disahkan muktamat oleh Juri Rayuan.

9.0 PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


i. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.

ii. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain dengan tujuan
melengahkan kelajuan lawan mereka.

iii. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan.

iv. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta.

10.0 ATURCARA PERTANDINGAN:

TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017

TARIKH : 22 Februari 2017


HARI : Rabu
MASA : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
TEMPAT PERMULAAN : SK Padang Tembak
TEMPAT BERAKHIR : SK Padang Tembak

MASA TENTATIF TINDAKAN


7.45 Pagi Pendaftaran kehadiran murid oleh setiap guru kelas di Guru kelas,
tapak perhimpunan Pengurus Kejohanan
Pendaftaran kehadiran guru-guru di pejabat SKPT
8.00 Pagi Taklimat ringkas kejohanan kepada pegawai-pegawai Pengerusi Teknik,
kejohanan oleh Pengerusi Teknik. Penolong Pengerusi
Taklimat ringkas kejohanan kepada peserta oleh Pengurus Teknik,
Kejohanan di tapak perhimpunan. Pegawai Pusat Semak,
Hakim Penamat
Marsyal
8.15 Pagi Senamrobik Mega. Pegawai Senamrobik
8.30 Pagi Pergerakan Pegawai Pusat Semak, Pegawai Marsyal ke Pegawai Check Point,
stesen masing-masing. Pegawai Marsyal
8.45 Pagi Acara dimulakan dan dilepaskan mengikut Kategori Pegawai Pelepas,
Tahap 2 (Tahun 4,5, dan 6) Marsyal,
Pegawai pertolongan
cemas
8.45 Pagi Aktiviti mewarna Pra Sekolah & Tahap 1
Tayangan video
9.00 Pagi Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim Penamat,
10.15 Pagi Rehat Guru bertugas mingguan,
guru RMT
11.00 Pagi Upacara Perasmian Penutup Kejohanan Merentas Desa Juruacara majlis,
Ucapan Guru Besar dan Penyampaian Hadiah hadiah & sijil
12.00 Bersurai (masuk kelas mengikut jadual) Guru matapelajaran
Tengah Hari
Perubahan masa tertakluk kepada situasi.

11.0 AHLI JAWATANKUASA

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017


RABU 22 FEBRUARI 2017

PENASIHAT : Juhari bin Jusoh


PENGERUSI : Adanan Bin Youp
NAIB PENGERUSI : Sabra bin Omar
: Lalithambal A/P Kuppussamy
SETIAUSAHA : Muhamad Ridhwan Bin Azizan
PEN. SETIAUSAHA : Khalid bin Shafie
PENGURUS KEJOHANAN / TEKNIK : Muhamad Ridhwan Bin Azizan
PEN. PENGURUS KEJOHANAN / TEKNIK : Khalid bin Shafie
Mohammad Shayouty bin Mustafa
JURI RAYUAN (SWIPER)
Juhari bin Jusoh (K) Suresh Kumar A/L Subramaniam
Adanan bin Youp (LASTMAN)
Sabra bin Omar
Lalithambal A/P Kuppussamy PUSAT SEMAK (CHECK POINT)
Muhamad Ridhwan bin Azizan Yeap Chew Kim (K) (CP1)
Akmal Adilah binti Dzayaolakmal (CP2)
JEMPUTAN , SAMBUTAN & PROTOKOL Noor Azma binti Ab Rahman (CP2)
Juhari bin Jusoh (K) Shafidah binti Saleh (CP3)
Adanan bin Youp Sivasanthiran A/L Kaniappan (CP3)
Sabra bin Omar Abd Farid bin Abd Rahman (CP4)
Lalithambal A/P Kuppussamy Mohd Firdaus bin Abd Razak (CP4)
Luqman Hakim bin Yaacob (CP5)
REFERI Lee Poh Gaik (CP6)
Muhamad Ridhwan bin Azizan (K) Khaw Gim Chee (CP6)
Suresh Kumar A/L Subramaniam Rosnina binti Abdul Rahman (CP7)
Muhammad Haimi bin Hassan (CP8)
PELEPAS Rosmah binti Rasedan (CP8)
Juhari bin Jusoh (K)
Dasila Alli bin Mahmod (PIBG) KAWALAN MURID
Adanan bin Youp Neoh Jin Wen
Sabra bin Omar Sharon Ng Huey Yuek
Lalithambal A/P Kuppussamy
Ibu Bapa SKPT SENAMROBIK
Shafidah binti Saleh (K)
HAKIM PENAMAT Noor Azma binti Ab Rahman
Zulaina binti Yusuff (K) Sivasanthiran A/L Kaniappan
Suhaida binti Kamis @ Mat Senbagam A/P Logatashan
Noor Ashiken binti Yusof Neoh Jin Wen
Sharon Ng Huey Yuek
PERALATAN JURUACARA
Khalid bin Shafie (K) Akmal Adilah binti Dzayaolakmal
Mohd Firdaus bin Abd Razak
HADIAH & SIJIL
Lee Cheen Ming (K)
MARSYAL LALULINTAS & KESELAMATAN Saguntalah A/P Muniandi
Khalid bin Shafie (PILOT)
PERTOLONGAN CEMAS/ KECEMASAN Senbagam A/P Logatashan
Choong Oi Lin Madihah binti Mohd Fakhirudin
Shamsidawati binti Abu Bakar
BUKU PROGRAM Norizan binti Bidin
Noor Ashiken binti Yusof Najwa binti Hakimi

SIARAYA DOKUMENTASI
Muhammad Haimi bin Hassan Muhamad Ridhwan bin Azizan

BACAAN DOA KEBERSIHAN


Muhammad Haimi bin Hassan SEMUA GURU SKPT

AKTIVITI MEWARNA PRA SEKOLAH &


TAHAP 1 (DEWAN SEKOLAH)
Sharifah Hanishah binti Syed Hussin (K)
12.0 PELAN LALUAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

LALUAN : SK PADANG TEMBAK FRU (dalam kawasan FRU) SK PADANG TEMBAK


JARAK : 1.7 KM

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Butiran Kuantiti HargaSeunit Jumlah


(RM) (RM)
1. Medal 60 3.50 210.00
2. Pensil warna 12 3.90 46.80
Jumlah RM 256.80

Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM 256.80


* sumber kewangan bagi medal adalah sumbangan PIBG
* sumber kewangan bagi pensil warna adalah hasil duit kutipan sumbangan murid.

Disediakan oleh,
______________________________
(MUHAMAD RIDHWAN BIN AZIZAN)
Setiausaha Sukan,
Sekolah Kebangsaan Padang Tembak.

Disemak oleh,

_________________
(ADANAN BIN YOUP)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Padang Tembak.

Disahkan oleh,

_________________
(JUHARI BIN JUSOH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Tembak.

You might also like