You are on page 1of 10

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA

SK SUNGAI LENGAN, SIBU (2022-2023)

1.0      PENDAHULUAN
            Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini merupakan
acara tahunan sekolah di sekolah rendah  malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh
disertai oleh semua pelajar. Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam sukan
semasa hayat mereka di bangku persekolahan.

2.0      TARIKH/HARI/MASA/TEMPAT PERTANDINGAN
Tarikh                               : 25 JUN 2022

Hari                                 :            Sabtu

Masa                                :           7.20 pagi – 9.30 pagi

Tempat                            :            Sekitar SK Sungai Lengan

Penganjur                :            Unit Kokurikulum

Urusetia Pelaksanaan  :            Unit Sukan

3.0      OBJEKTIF PERTANDINGAN
Kejohanan Lari Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. antaranya  adalah
untuk :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa  sebagai acara tahunan.

ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi  membentuk individu yang
cergas.

iii. Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Lengan


dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

iv. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Lengan tentang
alam  sekitar.

v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang dalam  kalangan


murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .

vi. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.


4.0      KUMPULAN SASARAN
i. Pertandingan ini diwajibkan kepada semua murid dari pra sekolah sehingga murid tahun 6
Sekolah Kebangsaan Sungai Lengan kecuali bagi murid-murid yang mendapat
kebenaran  pengecualian daripada Guru Besar  atau murid-murid yang mendapat  pengesahan
sakit atau tidak boleh menyertai pertandingan ini daripada Doktor.

ii. Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah mestilah  memastikan kesihatan
peserta rumah masing-masing semasa sesi latihan dan  semasa kejohanan diadakan.

5.0      KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan ini dikelaskan kepada 8 kelas dan kategori:-

BIL KELAS KATEGORI BILANGAN PEMENANG


TAHAP 1 LELAKI 4 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
1.
PEREMPUAN 4 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN GANGSA)
TAHAP 2 LELAKI 4 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN 2 GANGSA)
3.
PEREMPUAN 4 PEMENANG (EMAS, PERAK DAN 2 GANGSA)
LELAKI 1 PEMENANG (EMAS)
5. GURU & STAF
PEREMPUAN 1 PEMENANG (EMAS)

6.0      MATA INDIVIDU UNTUK RUMAH.


Peserta peserta yang menamatkan lariannya secara sah mendapat nombor antara  nombor 1 hingga 12
akan mendapat mata bagi rumah mereka seperti berikut:

KEDUDUKAN MATA PINGAT


1 10 EMAS
2 8 PERAK
3 6 GANGSA
4 4 GANGSA

Kedudukan rumah dalam pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah mata
yang  terbanyak.  Piala Pusingan akan dianugerahkan kepada rumah yang mendapat Johan. Markah bagi
setiap rumah sukan akan digabungkan dengan aktiviti sukan yang lain. Markah yang tertinggi akan
dianugerahkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan.

7.0      JURI RAYUAN
Sebarang bantahan tentang keputusan pertandingan hanya boleh dilakukan melalui Ketua  Guru rumah
kepada Juri Rayuan yang telah dilantik dengan bayaran pertaruhan sebanyak RM   50.00   Wang
pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya pihak berkenaan gagal dalam  aduannya. Segala
Keputusan Pertandingan akan disahkan muktamat oleh Juri Rayuan.
8.0      TREK LARIAN
Semua murid dikehendaki berlari mengikut trek yang ditentukan mengikut  kategori yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Murid yang berlari mengikut trek yang salah akan dikira batal.

Jarak Anggaran : 2 KM( 1 Pusingan) – Murid tahap 1, Guru dan AKP

4 KM (2 Pusingan) – Murid tahap 2

9.0      PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA


i. Peserta tidak harus mendapat bantuan di sepanjang perlumbaan.

ii. Para peserta yang didapati menganggu atau memintas peserta peserta lain dengan  tujuan
melengahkan kelajuan lawan mereka

iii. Peserta yang tidak mengikut trek kejohanan merentas desa yang telah ditetapkan

iv. Sebab-sebab lain yang dapat membawa kemudaratan kepada peserta


10.0    ATURCARA PERTANDINGAN:
TENTATIF KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022

TARIKH                             :          25 JUN 2022

HARI                                 :            Sabtu

MASA                              :           7.20  pagi hingga 9.30 pagi

TEMPAT PERMULAAN  :            Kawasan Pagar Sekolah

TEMPAT BERAKHIR       :            Pintu Pagar Sekolah

MASA TENTATIF TINDAKAN

7.20 pagi  Pendaftaran kehadiran oleh Guru-guru Kelas Guru Kelas, Guru Rumah
di Dewan Sekolah

7.30 pagi  Senamrobik dan sesi memanaskan badan di Jurulatih Senamrobik


dewan sekolah

7.50 pagi  Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh Pegawai Check Point,
Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan Pencatat Masa, Hakim
Penamat dan Pegawai
 Pergerakan Pegawai-pegawai Check Point,
Keselamatan Lalulintas
Pasukan Keselamatan Kawalan Lalu Lintas
serta Pasukan Kecemasan ke check point
stesen masing-masing

 Sesi tunjukcara serta arahan ke garisan


permulaan 

8.00 pagi  Acara dimulakan dilepaskan mengikut Pelepas, Peronda


Kategori Pertolongan cemas
 Guru dan AKP
8.10 pagi  Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat
Masa

8.25 pagi  Acara dimulakan dilepaskan mengikut Pelepas, Peronda ,


Kategori Pertolongan cemas
 Murid Tahap 1 ( Pra Sekolah - Tahun 3)

8.35 pagi  Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat


Masa

8.50 pagi  Acara dimulakan dilepaskan mengikut Pelepas, Peronda ,


Kategori Pertolongan cemas
 murid Tahap 2 ( Tahun 4 - Tahun 6)

9.10 pagi  Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat


Masa

9.30 pagi  Majlis penyampaian hadiah Juruacara majlis, AJK


hadiah

10.00 pagi  Majlis bersurai AJK keselamatan dan


kebersihan
11.0    PANDUAN TUGAS GURU 
PERSIAPAN TEMPAT

1. Menyediakan mengemaskan semula tempat  penamat pertandingan iaitu lorong penamat, kerusi


meja pencatat mengikut kelas kategori peserta.

SETIAUSAHA   PEN.SETIAUSAHA

1. Menyediakan borang keputusan pertandingan,  Kad  pemenang kad Check Point.

2. Membuat laporan pertandingan menyerahkan  kepada  PK Kokurikulum dalam masa seminggu


selepas  pertandingan

HADIAH

1. Menempah, memastikan hadiah mencukupi untuk setiap  acara.

2. Membuat persiapan upacara penyampaian hadiah apabila kejohanan tamat.

PELEPAS

1. Melepaskan peserta untuk permulaan

KECEMASAN

1. Menyediakan alat bantuan kecemasan.

2. Memberi bantuan yang sewajarnya lepada pesakit.

HAKIM

1. Memberikan kad hakim kepada pemenang mengikut  nombor kemenangan kad untuk mata rumah
iaitu No. 1 hingga No.12

KETUA HAKIM

1. Memberi taklimat kepada hakim penjaga masa  (Pencatat)

2. Mempastikan semua keputusan pertandingan diperolehi   menyerahkannya kepada pengacara majlis


untuk  penyampaian hadiah.

PENCATAT   PENJAGA MASA

1. Mencatat  nama rumah pemenang mengikut  nombor kad keputusan hakim,

2. Merekod mata  rumah mengikut masa yang ditentukan  oleh hakim

3. Mengambil masa pemenang pertama pertandingan  mengikut kelas kategori yang diarahkan


untuk  mencatat( berada di tempat permulaan untuk  mengambil masa permulaan).
PENGURUS TREK

1. Mempastikan trek selamat digunakan semua guru  yang bertugas di check point telah bersedia.

2. Memberitahu Referi pelepas untuk acara di mulakan.

3. Menentukan memberi arahan jurutunjuk bagi setiap  kategori.

JURUTUNJUK ARAH 

1. Bersedia dengan motosikal membawa bendera  amaran kepada orang awam (Bendera Merah)

2. Menjadi tujuk arah laluan bagi kategori yang diarahkan oleh pengurus trek.

PENJAGA STESEN/  CHECK POINT.

1. Berada di tempat check point (Stesen) yang ditentukan  sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal
sebelum masa kejohanan bermula

2. Berada di kedudukan yang sesuai di check point bagi  mempastikan keselamatan murid

3. Mengawal mempastikan lalulintas di kawasan  tersebut selamat untuk laluan murid.

4. Memberi arahan kepada murid sekiranya mereka berlari  secara yang membahayakan.

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEJOHANAN LARI MERENTAS DESA
PERINGKAT SK SUNGAI LENGAN, SIBU (2022-2023)

Pengerusi                         : ENCIK ROSMAN BIN MAT JIDIN

                                                   Guru Besar

Timbalan Pengerusi      :  ENCIK LAU HIENG HAN

                                                   Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi       1      :  CIK SIAW HIEN HSIA

                                                    Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi 2             :  ENCIK MARK JANA

                                                   Guru Penolong Kanan HEM

Setiausaha Sukan       :   CIK FAIZATUL AZIRA BINTI HASSAN

Bendahari Sukan    : PUAN EMILIA EDWARD MUGANG


AHLI JAWATANKUASA KERJA

BIL. AJK / GURU BIG TUGAS ALATAN


1. MAKANAN/MINUMAN  Membuat tempahan makanan/minuman untuk
1. Puan Jeliha pegawai-pegawai pelajar-pelajar yang bertugas
2. Puan Emilia  Mengagihkan makanan/minuman kepada
pegawai-pegawai pelajar-pelajar yang bertugas

2. HADIAH,  Menempah hadiah mengikut kategori


CENDERAMATA SIJIL  Menyusun hadiah untuk acara Penyampaian
1. Puan Shirley Bong Hadiah
2. Cik Faizatul Azira  Menyediakan sijil untuk para pemenang Hadiah,
 Sentiasa berhubung dengan JK Sumbangan dulang sijil
/Tajaan sekiranya pihak sekolah menerima
sebarang sumbangan yang berbentuk hadiah

3. SIARAYA  Menyediakan alat siaraya di Tapak


1.  Encik Juli Perhimpunan
 Menyimpan semula peralatan yang digunakan
setelah selesai kejohanan
4. DOKUMENTASI  Mengumpul semua maklumat untuk
1.    Cik Faizatul Azira didokumentasikan
 Membuat dokumentasi dengan kerjasama S/U
Kokurikulum S/U Sukan
5. KEBERSIHAN  Memastikan persekitaran sekolah berada
1. Puan Bibi Lau dalam keadaan bersih
2. Puan Kumbau
6. HOSPITALITI:  Menyediakan pasukan PBSM yang bertugas di
KECEMASAN check point stesen-stesen yang telah
1. Cik Ling Lee dikenalpasti
2. Puan Catherine  Memohon bantuan peralatan kerjasama dari
Pusat Kesihatan Bawang Assan.

7. KESELAMATAN,  Menghantar surat permohonan bantuan
DISIPLIN, KAWALAN kawalan lalu lintas
LALU LINTAS  Mendapatkan maklum balas daripada Pasukan
1. Encik Rosman Polis
2. En. Mark Jana  Memberi layanan berpatutan kepada Pasukan
Polis semasa selepas bertugas
 Memaklumkan kepada Pegawai Teknik
/Pengurus Kejohanan Pegawai Pelepas bahawa
telah bersedia
8. JURUHEBAH  Menyediakan teks, lagu-lagu selingan yang
JURUACARA MAJLIS bersesuaian mengacara di sepanjang
1. Puan Susan kejohanan untuk memeriahkan suasana
2. Encik Azreen  Mengendalikan aktiviti memanaskan badan
9. PELEPAS  Melepaskan para peserta mengikut kategori di Wisel
1.    Encik Rosman garisan permulaan Hailer
10. PERSIAPAN TREK  Mencari trek yang bersesuaian
1. Encik Rosman  Menyediakan pelan trek/laluan Kejohanan
2. Encik Lau Merentas Desa
 Memasang Check Point di trek.
11. PENYELARAS LORONG-  Menyediakan lorong-lorong penamat tempat Tali raffia,
LORONG PENAMAT kedudukan para Hakim Penamat penanda,
TEMPAT-TEMPAT sebagaimana pelan gunting
HAKIM  Melabelkan setiap lorong kedudukan para masking
1.Encik Azreen Hakim Penamat untuk panduan peserta tape
2.Puan Catherine  Mengemas semula lorong-lorong penamat,
kerusi meja para Hakim Penamat selepas
selesai kejohanan
12. URUSETIA  Menyediakan borang-borang kejohanan Borang-
PENYELARAS BORANG mengagihkan kepada setiap Ketua Hakim borang
PERTANDINGAN  Memberi taklimat kepada setiap Ketua Hakim kejohanan,
1.    Puan Kong tata cara mengisi borang kejohanan alat tulis
 Membuat publisiti Kejohanan Merentas Desa Kalkulator
peringkat sekolah
 Mengaudit markah yang diperolehi dari Ketua
Hakim untuk menentukan kedudukan Rumah
Sukan bagi setiap kategori keputusan
keseluruhan kejohanan
 Menyerahkan keputusan akhir kepada Juru
Acara Majlis untuk acara Penyampaian Hadiah
13. HAKIM-HAKIM  Bertugas sebagai ketua hakim penamat untuk
PENAMAT kategori masing-masing
1. Encik Rosman  Memberi taklimat tatacara mengisi borang
2. Encik Lau kejohanan kepada hakim-hakim penamat
 Mengambil kupon kedudukan dari no 1 hingga
100 bagi kategori masing-masing daripada
pencatat masa
 Menyemak kupon check point para peserta
mengagihkan kupon kedudukan no 1 hingga
12  kepada peserta yang berjaya menamatkan
larian untuk kiraan markah
 Memastikan hakim-hakim penamat
merekodkan mata merentas desa mengikut
rumah sukan peserta bagi menentukan
pungutan markah rumah sukan mengikut
kategori masing-masing
 Menyemak menandatangani borang-borang
kejohanan yang diterima dari hakim-hakim
penamat bagi kategori masing-masing dan
menyerahkannya kepada urusetia untuk diaudit
14. PENCATAT MASA  Bekerjasama dengan Hakim Penamat dalam Jam randik
1. Cik Khashymah menentukan masa kedudukan peserta
2. Puan Kong  Mengambil masa bagi kedudukan pelajar
tempat 1 hingga 12 kategori masing-masing
 Memberi catatan masa kepada Hakim Penamat
bagi kategori masing-masing
 Membantu hakim penamat mengira pungutan
bagi kategori masing-masing
15.  Menyelia, membawa menyerahkan kupon Penanda
check point kepada peserta check
 Mencatat nombor larian setiap peserta point
 Membawa pulang penanda check point masing- kupon
PENYELARAS CHECK
masing letakkan di pondok jaga check
POINT
 Memastikan setiap check point ada Pegawai point
1.Semua guru
Check Point yang bertugas sebelum kejohanan
dimulakan
 Mengawas pergerakan para peserta di sekitar
laluan trek
16. PERONDA MULA  Meletakkan penanda bagi setiap Check Point
SEMASA KEJOHANAN  Meronda trek bersama peserta semasa
1.Pengawal dilepaskan oleh pelepas semasa kejohanan
Keselamatan Sekolah
12.0     Anggaran Perbelanjaan
Bil. Butiran Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)

1. Hanging Medal 18 4.50 81.00

2. 100 Plus 1.5L x12 3 kotak 54.00 162.00

3. Plastik Cup 2 bungkus 6.80 13.60

4. Gelang Getah 1 bungkus 5.00 10.00

5. Air Horn 2 Set 20.00 40.00

6 Peti Kecemasan 1 Set 150.00 150.00

7. Pingat Johan dan Naib Johan 2 10.00 20.00

Jumlah RM 476.60

Jumlah peruntukan yang dimohon adalah sebanyak RM257.60

*Sumber kewangan dipohon daripada wang peruntukan BKK atau BSS

Disediakan oleh; Disemak oleh;

…………………….......................…….. …......……………………………

(CIK FAIZATUL AZIRA BT HASSAN) (ENCIK LAU HIENG HAN)

S/U Kejohanan Merentas Desa Penolong Kanan Kokurikulum

SK Sungai Lengan, Sibu SK Sungai Lengan, Sibu

Disahkan oleh;

…………………………....................….

(ENCIK ROSMAN BIN MAT JIDIN)

Guru Besar

SK Sungai Lengan, Sibu

You might also like