You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA

21700 KUALA BERANG

KERTAS CADANGAN
Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Dan Hari Lahir
Murid Sk Telaga
(Program Amalan Guru Penyayang)

TARIKH :
30 Oktober 2018

MASA :
8.00 pagi – 1.00 tengahari

TEMPAT :
Sekolah Kebangsaan Telaga

ANJURAN :
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Telaga
Unit Hal Ehwal Murid
KERTAS CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
DAN HARI LAHIR MURID SK TELAGA

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia,
dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun. Negara kita Malaysia adalah di antara 150
buah Negara yang menyambutnya pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan
keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut
meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada tahun ini sebagai satu pendekatan yang baik bagi
murid-murid melaksanakan pelbagai aktiviti dalam satu masa.

2.0 MATLAMAT
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan
perlindungan, kebajikan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3. OBJEKTIF
3.1 Bersama-sama meraikan kanak-kanak bersempena dengan Sambutan
Hari Kanak-Kanak Sedunia.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak
dan masa depan kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan
berinovasi.
3.6 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam aktiviti dan permainan yang
diadakan.
3.7 Memberi peluang kepada murid mempamerkan hasil kreativiti mereka.
3.8 Merapatkan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa dalam
aktiviti yang diadakan sepanjang program ini.

4.0 SASARAN
Program Sambutan Hari Kanak-kanak ini mensasarkan seluruh warga SK Telaga,
melibatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 iaitu seramai 367 orang murid.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Program ini dijangka berlangsung pada 30 Oktober 2018 (Selasa), 8.00 pagi hingga 1.30
petang.
6.0 AKTIVITI PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2018

Bil Aktiviti/ pertandingan Catatan


- Lelaki dan Perempuan
1 Anugerah Tokoh Murid Bagi Setiap Kelas
- Thn 1 – Thn 6
- Nyanyian lagu hari lahir
2 Sambutan Hari Lahir
- Acara agihan cup cakes
3 Pertandingan Mewarna - Tahap 1
4 Pertandingan Reka Cipta (kad) - Tahap 2
5 Pakaian Beragam Adiwira Kegemaran - Tahap 1
6 Persembahan dari murid - Tahun 1 hingga 6

7.0 KEWANGAN
Sumber kewangan diperoleh melalui PCG Kaunseling RM 660.60

Anggaran Perbelanjaan

Perkara Kuantiti/Harga Jumlah


Cup cakes 367 x RM 1.80 RM 660.60

JUMLAH BESAR RM 660.60

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn Hj Raseli bin Ismail (Guru Besar SK Telaga)


N/Pengerusi : En Ahmad Kamal bin Ibrahim (GPK HEM)
: En Mohd Hisham bin Muhammad (GPK Pentadbiran)
: En Mohd Hisyam bin Alias (GPK KOKO)
Penyelaras : Pn Noor Haliza binti Wahab
Setiausaha : Pn Supiah binti Said
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengacara Majlis Siaraya & DJ Corner


Pn Suryati binti Abdullah En. Mohd Noor bin Tahir
Pn Haslinda binti Jusoh En. Syed Sukri bin Syed Ismail

Buku Program Pengurus Pertandingan Mewarna


Pn Noor Haliza binti Wahab Pn Faridah binti Sulaiman
Pn. Supiah binti Said Pn. Idayu binti Abdul Alias Bakar

Pengurus Pertandingan Persembahan Murid


Pertandingan Reka Cipta (Kad) Pn. Molinda binti Hamat
Pn. Rosnah binti Jusoh Pn. Nik Muniza binti Setafa
Pn. Yusliza binti Mohd Yusof Cik Wan Rashidah binti Tun Ahmad

Jawatankuasa Sambutan Hari Lahir/ Disiplin


Anugerah Tokoh Murid En Mohd Rozainy bin Gahzaly
Pn. Khalijah binti Yusoff En. Mohd Nizan bin Mat Isa
Pn. Norsuliana binti Jaafar

Fotografi dan Dokumentasi Hakim Pertandingan


En. Mohd Najmi bin Abd Hadi Mewarna – Pn Samihas binti Puteh
Reka cipta kad – Cik Noriah binti Abdul Hamid

Agihan Cup Cakes Backdrop/Pentas/Dewan/


En. Yusof bin Awang Su Pn Dayang Koh Hamidah binti Awang Ali
Pn. Meriam binti Abdul Aziz Pn Norzalina binti Kefli
Pn Wan Muzenah binti Tun Suliman Pn Safiah binti Awang

10.0 TENTATIF PROGRAM

7.45 pagi : Murid berkumpul di Dewan SK Telaga


: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Guru Besar
9.00 pagi : Ucapan Ketua Murid
10.00 pagi : Persembahan Tahun 1
Persembahan Tahun 2
Persembahan Tahun 3
Rehat
Persembahan Tahun 4
: Persembahan Tahun 5
12.00 pagi : Persembahan Tahun 6
: Penyampaian Anugerah Tokoh Murid bagi setiap Tahun
: Penyampaian Cupcakes kepada semua murid
1.30 petang : Bersurai
11.0 PENUTUP

Di harap agar Program Sambutan Hari Kanak-kanak dan hari Lahir murid bagi tahun
2018 ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat mencapai matlamat hasil kerjasama antara
guru dan pihak sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. …………………………
(NOOR HALIZA BINTI WAHAB) (RASELI BIN ISMAIL)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar SK Telaga
SK Telaga 21700 Kuala Berang
LAPORAN BERGAMBAR SAMBUTAN HARI KANAK KANAK

(SAMBUTAN HARI LAHIR)

You might also like