You are on page 1of 3

Laporan Pemeriksaan Kesihatan Murid Prasekolah di Klinik Kesihatan (KK)

Nanga Jagau.

Berikut merupakan tarikh, masa dan tempat Pemeriksaan Kesihatan Gigi


Murid Prasekolah dan murid-murid tahap 1 serta tahap 2 yang telah dijalankan oleh
4 orang “Dental” atau lebih dikenali sebagai Pakar Gigi daripada Hospital Kanowit
iaitu 1 orang lelaki 3 perempuan.

TARIKH : 4.02.2020 hingga 6.02.2020

HARI : SELASA hingga KHAMIS

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK NANGA JAGAU, KANOWIT.

Pada hari Selasa iaitu bertarikh pada 4.02.2020 hingga 6.02.2020, Sekolah
Kebangsaan Nanga Jagau telah didatangi oleh beberapa pegawai dari Kementerian
Kesihatan Malaysia iaitu Bahagian Pergigian. Hal ini demikian kerana bagi
mendedahkan dan menerapkan penjagaan gigi di dalam kalangan murid-murid
sekolah. Pemeriksaan kesihatan gigi di sekolah perlulah dilaksanakan agar murid-
murid dapat menjaga kesihatan gigi sekaligus mengamalkan tubuh badan yang sihat
dan cerdas.

Tidak ketinggalan juga bagi murid-murid Prasekolah Sk Nanga Jagau untuk


menyertai dan membuat pemeriksaan gigi bersama. Mereka telah diberikan simulasi
bagaimana seorang DR Gigi memeriksa gigi pesakitnya. Murid-murid prasekolah
bersama Tahun 1 telah diberikan pengalaman untuk menjadi DR Gigi dan menjadi
pesakit gigi. Aktiviti sangat menarik dan dapat menyedarkan murid-murid prasekolah
dengan mudah kerana mereka mengalami sendiri, melihat sendiri secara realiti
apakah, bagaimanakah dan macam manakah keadaan gigi yang tidak dijaga
dengan sebaik mungkin.

Maka, sekiranya penjagaan kesihatan seperti ini dapat diterapkan sejak awal
lagi, tidaklah sukar untuk murid-murid membiasakan diri menjaga kesihatan gigi
dengan sebaik mungkin. Malah murid-murid akan menjadi tidak selesa sekiranya
tidak menggosok gigi setiap kali lepas makan, sebelum tidur dan sebagaimya.
Murid-murid sedang tekun mendengar taklimat dan ceramah yang di sampaikan oleh
DR GIGI mereka pada hari itu.

Murid-murid menumpukan perhatian dengan sepenuhnya semasa DR GIGI


menyampaikan maklumat supaya tidak mempunyai gigi yang telah rosak dan
berlubang seperti yang telah ditayangkan oleh DR GIGI.
v

Murid-murid prasekolah didedahkan bagaimana seorang DR Gigi memeriksa gigi


pesakitnya dan mengetahui sebab mengapakah gigi berlubang, ada plak, karies dan
sebagainya.

Berikut merupakan murid yang telah memenani Pertandingan Gigi paling bersih dan
sihat.

You might also like