You are on page 1of 3

PROGRAM USAHAWAN CILIK MURID PRASEKOLAH SK TELAHAK

TAJUK

Kertas Cadangan Program Usahawan Cilik Prasekolah untuk menanam sayur-


sayuran .

MATLAMAT

Diadakan pada Hari PIBG Sk Telahak. Program ini direka khas untuk membantu
murid dalam Tunjang Sains dan Matematik iaitu pembelajaran berkaitan wang.
Prasekolah akan membuka kedai jualan semasa Hari PIbg. Murid yang terlibat
akan membuat proses jual beli dengan murid dan ibu bapa semasa hari PIBG.
Keuntungan Jualan akan diberi kepada murid yang terlibat.

OBJEKTIF

 Murid dapat menguasai kemahiran jual beli


 Murid dapat memahami dan mengenali fungsi wang dalam kehidupan
 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baharu dalam bidang
keusahawanan dan aplikasi pembelajaran main peranan dalam Standard
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
 Memberi kesedaran kepada murid untuk melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan pada mereka
LATAR BELAKANG

Matlamat utama program luar untuk murid prasekolah bertujuan mengajar


kemahiran yang membolehkan murid mendapat pengetahuan tentang biadang
keusahawan
Di Malaysia pendidikan prasekolah mempunyai kaitan dengan konsep
pendidikan secara langsung yang bertujuan memberi peluang kepada mereka
untuk memperolehi pengalaman dalam urusan jual beli.
Menyedari kepada keperluan melaksanakan program usahawan cilik kepada
murid prasekolah. Pengurusan Prasekolah telah mengambil langkah untuk
melaksanakan program usahawan cilik untuk murid prasekolah. Usahawan Cilik
Prasekolah ini di laksankan murid yang berusia 6 tahun.. Pada peringkat awal,
projek ini akan dibantu oleh guru prasekolah. Murid prasekolah akan mebuat jualan
semasa Hari PIBG sekolah. Program usahwan cilik ini adalah kerjasama daripada
ibu bapa dan murid prasekolah. Makanan Jualan adalah hasil daripada ibu bapa
dan guru prasekolah. Keuntungan melalui projek usahawan cilik ini akan diberi
kepada murid prasekolah yan terlibat..

KOS
1. Keropok Lekor rm5.00 x 20 = rm 100.00
2. Keropok Keping rm1.00 x 100 = rm100
3. Plastik rm3.50 = rm 3.50
4. Kerepek pisang RM1 x 50 = RM50
Jumlah rm253.50

Sumber Kewangan,
Sumbangan Guru Prasekolah
Disediakan Oleh,
……………….
(KHAIRUDDIN BIN CHE ALI)

You might also like