You are on page 1of 3

LAPORAN HARI KEUSAHAWANAN

SK TELOK MAS
2015

Pada 12 September 2015, SK Telok Mas telah mengadakan Hari Keusahawanan


yang bertempat di Dataran Perhimpunan dan padang SK Telok Mas, Melaka. Program
ini adalah anjuran unit Kokurikulum SK Telok Mas dan telah dirasmikan oleh Yang
Dipertua PIBG iaitu En. Azmi bin Aziz.
Tujuan aktiviti ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru
dan murid-murid mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang
perniagaan dan keusahawanan. Bukan itu sahaja, ia diharap memberi kesedaran
kepada murid-murid untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
lebih baik demi kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.Selain itu, pihak sekolah
juga berharap dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan, hormat-menghormati dan
menghargai di antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.
Beberapa hari sebelum Hari Keusahawanan tersebut diadakan, guru-guru dan
murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan
jualan dan juga menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah.Masing-masing
berganding bahu melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan Hari Keusahawanan
tersebut. Pihak Dettol juga telah berbesar hati dengan memberi sumbangan
kupon,banner, bunting dan papan iklan kepada semua gerai yang mengambil bahagian.
Sebanyak 10 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan.Selain daripada
makanan dan minuman yang dijual,banyak permainan dan aktiviti menarik disediakan
untuk pengunjung yang datang. Antaranya ialah aktiviti memanah, rumah hantu,aktiviti
menunggang kuda, rumah reptilia dan permainan supa doopa.Sebagai menarik
perhatian para pengunjung, aktiviti cabutan nombor bertuah telah diadakan pada para
pengunjung yang membeli kupon. Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguh
memberangsangkan.Ini mungkin disebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-
guru melalui kertas edaran dan gantungan sepanduk.
Hari Keusahawanan telah berakhir pada pukul 2.00 petang. Sebelum bersurai
guru-guru dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan
bergambar. Secara keseluruhannya, pihak sekolah telah berjaya mengutip hasil
pendapatan sebanyak RM17,000. Hasil pendapatan diagihkan kepada peserta yang
mengambil bahagian dalam jualan gerai, aktiviti sampingan seperti rumah
hantu,menunggang kuda dan sebagainya. Secara keseluruhannya program ini berjaya
mencapai objektif yang diingini dan program seperti ini perlu didedahkan kepada semua
guru, murid dan ibu bapa setiap dua tahun sekali.Ini kerana aktiviti dan pengisian
sepanjang program ini merupakan salah satu medium yang terbaik untuk membentuk
insan yang cemerlang. Dengan adanya program ini, ia telah dapat mengeratkan lagi
hubungan di antara semua guru, ibu bapa dan murid-murid SK Telok Mas dengan lebih
akrab.

You might also like