You are on page 1of 6

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KERTAS KERJA CADANGAN HARI KEUSAHAWANAN DAN KARNIVAL HOKI SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut didirikan pada tahun 1864 oleh Kerajaan British. Ia merupakan sekolah Melayu ketiga di Pulau Pinang yang didirikan sebagai satu pengisian penting dalam pendidikan. Bangunan asal sekolah ini telah didirikan berhampiran Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang. Sebelum dirobohkan pada tahun 1979 untuk pembesaran lapangan terbang. Sekolah yang dirobohkan itu telah digantikan dengan bangunan yang ada sekarang pada 19 Mac 1979 dengan bangunan 3 tingkat yang terletak di Jalan Batu Maung, berhampiran dengan kawasan perindustrian Bayan Lepas. Sebuah bangunan 2 tingkat dan 2 buah bangunan satu tingkat dibina bagi menampung pertambahan pelajar. Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut pernah meraih anugerah Sekolah Harapan Negara (kategori Luar Bandar) pada tahun 1994. Kebanyakan ibu bapa pelajar di sini bekerja sendiri, peniaga kecil atau pekerja industri. Keyakinan masyarakat setempat semakin meningkat, selari dengan pertambahan murid dari setahun ke setahun. Bilangan pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR juga meningkat setiap tahun. Kami yakin pada tahun 2011, jumlah pelajar yang mendapat 5A akan meningkat dan memecahkan rekod prestasi Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut sebelum ini. Sekolah ini juga cemerlang dalam bidang ko-kurikulum, di mana salah seorang pemain bola sepak telah berjaya terpilih untuk menyertai pasukan kebangsaan dan pasukan hoki perempuan pada tahun ini berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan hoki anjuran Maybank di Kedah. Di sebalik kejayaan manis ini, kami juga menghadapi dugaan untuk terus maju secara konsisten. Sekolah ini sudah mencapai tahap tepu, sehingga dewan sekolah dan bilik mesyuarat guru terpaksa dijadikan kelas. Keadaan kelas juga tidak menarik. Demi menjaga harta benda sekolah dan kelas, pihak PIBG tahun ini telah membelanjakan RM5 ribu untuk memperbaiki pintu dan tingkap. Pihak PIBG juga mengeluarkan sejumlah wang kepada setiap kelas untuk menjadikan kelas lebih menarik. Sesungguhnya setiap yang mengunjungi sekolah ini akan bersetuju bahawa sekolah ini memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek. Sekolah ini mempunyai potensi tinggi untuk maju. Kami telah merancang bagi tahun 2012, kami perlukan RM14 ribu untuk membantu dan menganjurkan projek-projek yang boleh membantu sekolah amnya dan menolong pelajar khasnya agar lebih berjaya. Kami merancang untuk mengadakan Hari Keusahawanan untuk memberi peluang kepada setiap persatuan dan kelab menjana dan mengumpul dana untuk 2012.

1 DARI 6

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

1.0 PENDAHULUAN Program Hari Keusahawanan diilhamkan oleh pihak sekolah dan dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut. Program ini akan berlangsung selama satu hari pada hari Sabtu, 12 November 2011. Untuk mendapatkan jumlah kedatangan yang ramai sepanjang hari, Karnival Hoki bawah 12 tahun turut diadakan. Program Hari Keusahawanan diadakan untuk memberi peluang kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengumpul dana sasaran sejumlah RM14,000 untuk aktiviti tahun 2012. Semua persatuan dan kelab di bawah naungan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut berpeluang untuk mengumpul wang yang boleh digunakan untuk aktiviti pada tahun 2012. Melalui aktiviti ini ahli persatuan-persatuan dan kelab-kelab dapat menunjukkan kesungguhan mereka membangunkan organisasi masing-masing. Pihak penganjur juga menawarkan sejumlah gerai untuk penduduk Permatang Damar Laut turut serta berniaga pada hari tersebut. Jabatan Perikanan dan Jabatan Pertanian akan dijemput untuk membuka gerai pameran dan jualan. 20 buah sekolah dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah dijemput untuk menyertai Karnival Hoki. Kami jangkakan sebanyak 20 pasukan lelaki dan 20 pasukan perempuan akan bersaing dalam pertandingan ini. Jumlah peserta lelaki dijangkakan 160 orang. Jumlah peserta perempuan pula seramai 180 orang. Jika setiap buah sekolah disertai oleh 4 orang penjaga dan 2 orang guru, jumlah kehadiran dijangka 400 orang. Acara hoki dipilih kerana sukan ini boleh disertai oleh pelajar lelaki dan perempuan. Program ini dapat memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut. Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut dijemput untuk mengadakan pameran pada tarikh berkenaan. Para pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai bahaya dadah dan segala aktiviti agensi berkenaan. Pihak penganjur mengharapkan jumlah kehadiran yang besar agar program ini berjaya mencapai matlamatnya. Sebanyak 20 buah gerai akan dibuka, meliputi jualan makanan, minuman, baju, buku, produk kampung dan lainlain lagi. Program ini mampu menarik pengunjung bukan sahaja dari Permatang Damar Laut dan Bayan Baru malah dari seluruh Pulau Pinang. Sekolah Permatang Damar Laut mempunyai kemampuan untuk menarik ramai pengunjung. 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah sebahagian dari usaha untuk merealisasikan cita-cita pelajar dan sekolah. Ini adalah salah satu program terakhir Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut bagi tahun 2011. Persatuan memerlukan RM14,000 untuk Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut melonjak kehadapan dalam pelbagai aspek pada tahun 2012. Pihak sekolah telah merancang pelbagai program untuk meningkatkan kualiti pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut demi kemenjadian mereka dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri yang cemerlang.

2 DARI 6

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Program ini juga memberi peluang kepada pelajar dan guru-guru menghidupkan organisasi masing-masing. Hasil keuntungan boleh digunakan untuk meringankan beban pelajar yang menyertai program anjuran persatuan-persatuan dan kelab-kelab berkenaan. Kelab sukan boleh berdikari menggunakan keuntungan tersebut untuk membeli jersi, peralatan sukan dan lain-lain lagi. Pihak penganjur berharap Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan memberi kesedaran kepada pelajar akan bahaya penyalah gunaan dadah. Semoga semua pihak yang terlibat akan mendapat manfaat daripada aktiviti ini. 3.0 OBJEKTIF

3.1
3.2 3.3

Memberi kesempatan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk menyediakan modal sejumlah RM14,000.00 untuk aktiviti sesi 2012. Memberi peluang kepada semua persatuan dan kelab untuk menambah Memberi peluang kepada ibu bapa pelajar beramah mesra dengan guruMelatih guru-guru dan ibu bapa untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan tabungan masing-masing. guru dan kaki tangan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.

3.4
3.5 3.6

mementingkan diri sendiri. sosial. 4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 12 November 2011 iaitu pada hari Sabtu. 4.2 Dilaksanakan selama 10 jam (mula 8:00 pagi dan tamat 6:00 ptg) 5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT) Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang, Kantin dan Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut;

5.1 5.2 5.3

cukup luas untuk memuatkan 2 padang hoki, gerai-gerai dan semua jemputan mendedahkan keadaan dan perkembangan terkini SKPDL mendapatkan perhatian ibu bapa dan masyarakat demi membangunkan pelajar dan sekolah SKPDL

3 DARI 6

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

5.4

semoga SKPDL mendapat keberkatan dan kejayaan yang konsisten.

6.0 PERASMIAN Pemimpin masyarakat akan dijemput untuk merasmikan program ini akan ditentukan kemudian. Majlis Perasmian akan berlangsung di kawasan Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut. 7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN KARNIVAL HOKI 7.1 Jumlah peserta : 400 orang


7.2

160 pemain lelaki (6 sebelah 8 pemain sepasukan) 180 pemain perempuan (7 sebelah 9 pemain sepasukan) 60 orang guru dan ibu bapa

20 Sekolah dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak yang dijemput:

8.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN HARI KEUSAHAWANAN 8.1 Jumlah Gerai : 20 gerai 10 persatuan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut 10 gerai usahawan Permatang Damar Laut

4 DARI 6

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat Pengerusi Program Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari En. Darasani Bin Ahmad En. Halim Bin Idris En. Zamri Bin Mat Husin En. Azad Bin Aziz Ahli Jawatankuasa Pn. Jalinah Binti Jalil Pn. Sabariah Binti Abdul Kadir Pn. Junaidah Binti Ilias Ahli Jawatankuasa Koordinasi Hari Keusahawanan: Pn. Dalia Binti Johari En. Shahfazrul Bin Abdul Sahbuhan Ahli Jawatankuasa Koordinasi Karnival Hoki: En. Che Suhaimi Bin Hamid En. Shahrizal Azmi Bin Sumsudin En. Tg Mohd. Helmy Bin Tan Ibrahi Pendaftaran dan Makanan: : Puan Salumah Binti Mohd. (Guru Besar) : En. Shahrul Nizam Bin Shahidin : En. Shahjehan Bin Sharkhan : Pn. Nor Azizah Binti Yusof : Pn. Siti Hajar Binti Mohd. Taupit

Ahli Jawatankuasa Pemasaran dan Hadiah:

5 DARI 6

10.0

PERBELANJAAN
kos (RM) 760 3420 680 760 580 300 100 6600

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:


kos penganjuran 1 Sijil Hoki 2 Makanan Minuman 3 Medal dan Piala 4 Cenderamata 5 Promosi & Khemah 6 Pengurusan 7 Lain-lain Jumlah Besar

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk aktiviti 2012:

Kos Aktiviti 2012 kos (RM) 1 Mesyuarat Agong PIBG 250 2 Persediaan UPSR 3000 3 ProgramMotivasi Tahun 4 400 4 ProgramMotivasi Tahun 5 400 5 ProgramMotivasi Tahun 6(Jan) 400 6 ProgramMotivasi Tahun 6(Jun) 400 7 Bantuan untuk pelajar miskin 750 8 Bantuan untuk anak yatim 750 9 Hari Sukan 2500 10 Hari Anugerah 3000 11 Sambutan Hari Kanak-kanak 2150 Penganjur merancang untuk mengumpul dana secukupnya sebelum 1 November 14000 2011. Proses permohonan surat-menyurat dan mengumpul dana akan bermula
secepat mungkin setelah mendapat persetujuan pentadbir sekolah. 11.0 PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Disediakan oleh, . (En. Shahrul Nizam B. Shahidin) Yang Di Pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut

You might also like