You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

KEM PENGHAYATAN REMAJA


ISLAM

Tarikh
1 3 MAC 2012
Tempat
SEKOLAH MODEL KHAS BUKIT
JENUN, PENDANG, KEDAH
Anjuran
PERSATUAN IBUBAPA & GURU
(PIBG)
SEKOLAH MODEL KHAS BUKIT
JENUN
Bersama
BEKAS PELAJAR
1

KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH


(KUIN)
1.0 PENDAHULUAN
Zaman remaja adalah suatu zaman yang penuh dengan keindahan &
semangat yang tinggi. Zaman remaja ini jugalah menjadi pintu bagi
menghadapi zaman dewasa yang akan mengajar erti kehidupan yang
sebenar. Oleh itu, zaman remaja ini perlu dimanfaatkan sebaiknya agar
tidak menjejaskan corak kehidupan remaja apabila menginjak ke alam
dewasa kelak.
Oleh itu, Kem Penghayatan Remaja Islam ini dianjurkan bagi membimbing
remaja kearah landasan yang betul berpandukan kepada ajaran agama
islam yang syumul.
2.0 OBJEKTIF
Kem Penghayatan Remaja
sebagaimana berikut :

Islam

ini

dianjurkan

dengan

tujuan

2.1 Memberi pemahaman mengenai Islam kepada peserta terutama


mengenai konsep Ibadat di dalam Islam.
2.2 Mewujudkan rasa kecintaan untuk melakukan Ibadat
sempurna serta menepati ciri-ciri Ibadat yang dikehendaki.

dengan

2.3 Mendedahkan kepada peserta suasana mendalami ilmu agama yang


bertepatan dan seterusnya membentuk diri peserta menghayati
ciptaan Allah yang indah dan pelbagai
2.4 Mendidik diri peserta menjadi anak dan pelajar yang berakhlak dan
muslim yang sejati.
2.5 Melatih pelatih berfikiran positif dan menyukai ilmu terutama ilmu
agama.
3.0 SASARAN
3.1 Pelajar-pelajar Tingkatan 4 atau Tingkatan 5. Tertakluk kepada
persetujuan pihak Sekolah.
3.2 Bilangan Peserta dihadkan kepada 160 orang sahaja.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT


4.1
4.2
5.0

Tarikh
Tempat

: 1 hingga 3 Mac 2012


: Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang,
Kedah

ANJURAN
Kem Penghayatan Remaja Islam ini dianjurkan oleh PIBG Sekolah Model
Khas Bukit Jenun, Pendang, Kedah
Dengan kerjasama
Bekas Pelajar Kolej Universiti Insaniah, Kedah (KUIN)

6.0

AKTIVITI-AKTIVITI
Diantara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan adalah :1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Ceramah Agama
Kuliah Maghrib & Subuh
Aktiviti Dalam Kumpulan (ADK)
Qiyamulail
Praktikal Solat Jenazah
Jungle Tracking
Sukaneka

7.0 ATURCARA PROGRAM


Aturcara program yang lengkap adalah sebagaimana di Lampiran.

9.0

BELANJAWAN
9.1

Anggaran Pendapatan
1)
2)
3)
4)

Yuran Penyertaan (RM10 x 160 peserta)


PIBG
Sumbangan Sekolah
Sumbangan Individu & Syarikat
__________
Jumlah Keseluruhan

9.2

RM1,600.00
RM7,000.00
RM1,000.00
RM900.00
RM10,500.0

Anggaran Perbelanjaan
1) Penginapan Pelajar - menginap diasrama

RM 0.00

2) Penginapan Fasilitator - menginap di sekolah


- 6 lelaki & 10 perempuan

RM 0.00

3) Jamuan
RM3,378.00
(Sarapan RM2.00 x 176org x 2kali = RM704)
(Minum Pagi RM1 x 176org x 2kali = RM352)
(Makan Tghari RM3 x 176org x 2kali = RM1,056)
(Minum Petang RM1 x 176org x 1kali = RM352)
(Makan Malam RM3 x 176org x 2kali = RM1,056)
(Minum Malam RM1 x 176org x 2kali = RM352)
(Air Mineral RM12 x 10kotak = RM210)
* Cdgn melalui kantin sekolah
5) Bayaran Penceramah - RM200 x 7 org

RM1,400.00

6) Bayaran Fasilitator - RM150 x 16org

RM2,400.00

7) Bayaran Jurulatih/Jungle Tracking

RM300.00

8) Sijil - RM1.20 x 176org

RM212.20

9) Fail dan Bahan Ceramah RM5 x 176 unit

RM880.00

10)Peralatan & Hadiah Sukaneka

RM500.00

11) Peralatan Pengurusan Jenazah

RM500.00

12)Pengurusan
13)Luar Jangka

RM500.00
RM429.80
__________
Jumlah Keseluruhan
RM10,500.0
SENARAI TINDAKAN & KERJASAMA PIHAK SEKOLAH & PIBG

10.0

Bagi melancarkan program ini, beberapa tindakan & kerjasama diperlukan


daripada pihak Sekolah dan PIBG iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

11.0

Mengesahkan bilangan pelajar yang akan turut serta.


Memberikan nama guru yang boleh dihubungi bagi sebarang
pertanyaan dan persetujuan program ini
Mengesahkan belanjawan yang dinyatakan.
Menyediakan penginapan untuk Fasilitator seramai 16 org bermula
pada 29 Mac 2012.
Memberikan nama, jawatan dan no telefon VIP Majlis Perasmian &
Majlis Penutup
Mengutip bayaran penyertaan daripada pelajar.
Memaklumkan kepada ibu bapa untuk menghadiri Majlis Penutup
seterusnya mengambil pulang anak-anak mereka.
Menyediakan peralatan-peralatan berikut :
a. Dewan ceramah
b. Dewan makan
c. Surau
d. PA System
e. Projektor

PENUTUP
Kem ini adalah penting bagi pendedahan remaja yang masih dibangku
sekolah untuk memahami hidup berlandaskan ajaran agama islam yang
sebenar agar dapat mengharungi alam remaja dengan baik & selari
dengan ajaran islam yang sebenar.
Tanpa kerjasama dan sumbangan dari pelbagai pihak adalah memang
sukar untuk melihat projek ini berjalan lancar apatah lagi untuk mencapai
matlamatnya.Segala sumbangan ikhlas sama ada berbentuk tenaga dan
buah fikiran adalah amat-amat di hargai dan di dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Semoga kem ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta dan
menepati objektif-objektif yang telah digariskan.

You might also like