You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

________________________________________________________
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YEONG CHANG
SUNGAI SULOH, 83040 BATU PAHAT,
JOHOR.

KERTAS KERJA

BENGKEL KERJAYA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YEONG CHANG


SUNGAI SULOH, 83040 BATU PAHAT,
JOHOR

TARIKH:

17 MAC 2019 (ISNIN)

MASA:

8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT:
DEWAN SERI TEMENGGUNG IBRAHIM (DST)
IPG KAMPUS TEMEMGGUNG LBRAHIM
JOHOR BAHRU

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) YEONG CHANG, JOHOR
DENGAN KERJASAMA UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM, JOHOR BAHRU
1.0 Tajuk
Bengkel Bimbingan Kerjaya

2.0 PENGENALAN
Pendidikan yang terdapat di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara keseluruhan dan bersepadu bagi membina
insan yang seimbang dalam pelbagai aspek seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
seperti tenaga, masa dan kewangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Menurut
Rohany (2008) dalam Nor Shafrin & Ahmad Amin (2010), pelajar memerlukan kaunselor
profesional untuk membantu mereka memilih, merancang dan menyelesaikan masalah
kerjaya. Oleh itu, program bimbingan kerjaya sebahagian kecil daripada program
bimbingan dan kaunseling telah disediakan oleh kaunsleor supaya memenuhi keperluan
dan minat murid-murid terhadap dunia pekerjayaan secara berkesan dan efektif. Selain itu,
pemilihan aliran atau jurusan di sekolah juga merupakan peringkat awal yang penting
sebelum proses menyalurkan para pelajar ini kepada bidang kerjaya yang sesuai. Jika
perancangan kerjaya dapat diperhatikan, tidak berlakulah keadaan seperti pelajar yang
ingin menjadi akauntan mengambil jurusan sains di sekolah dan pelajar yang
berkebolehan sebagai jurutera pula mengambil bidang perakaunan. Dengan itu,
pendidikan kerjaya perlulah dititikberatkan di peringkat sekolah dan program bimbingan
kerjaya juga perlu menjadi satu keutamaan terhadap murid-murid di sekolah.

3.0 Rasional
Kecemerlangan murid di sekolah bukan sahaja ditentukan oleh kecemerlangan
perancangan aktiviti pembelajaran yang tersusun, tetapi ia juga seharusnya berlandaskan
kepada pemahaman tentang dunia kerjaya oleh murid-murid. Bagi membangunkan
generasi yang cemerlang pada masa hadapan, penekanan kepada potensi individu
pelajar memainkan peranan yang penting. Jika bakat dan kebolehan pelajar dikenal pasti
dan dibangunkan secara menyeluruh dan sistematik jadi mereka akan menjadi sumber
kejayaan pada jangka masa yang panjang. Apabila pelajar mengetahui bakat dan
kebolehan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak
akan membazirkan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan
memudaratkan. Di samping itu, ekonomi masa hadapan yang berteraskan ilmu
pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi individu. Maka, faktor bakat
individu adalah menjadi keutamaan strategik.
4.0 Matlamat
Rebecca Greene (2012) mengatakan bahawa, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh
suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Oleh itu,
matlamat program ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid tahun 5 yang
akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah untuk memilih bidang kerjaya yang
sesuai dengan kemampuan, kebolehan dan bakat yang ada pada diri sendiri mereka dan
juga melahirkan murid yang mempunyai motivasi diri yang tinggi. Matlamat program ini
juga adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat madani supaya membantu proses
pengajaran dan pembelajaran dan interaksi yang berkesan.

5.0 Objektif

5.1 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang wujud dalam kalangan murid dan
merancang pelbagai strategi ke arah bidang kerjaya yang sesuai dengan diri
mereka mengikut keupayaan dan kebolehan yang dimiliki.

5.2 Membangunkan potensi diri murid dalam mengoptimumkan proses pembelajaran.

5.3 Membekalkan pengetahuan tentang cabaran semasa dan akan datang mengenai
dunia kerjaya dan status ekonomi yang memberi pengaruh kepada kerjaya di
Malaysia.

5.4 Membantu murid-murid mengenali personaliti diri dan personaliti belajar supaya
memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan yang tepat.

5.5 Meningkatkan keseronokan dan minat dalam menuntut ilmu kerjaya dalam
kalangan murid-muird dengan mengaitkan pembelajaran dengan bidang-bidang
kerjaya yang tertentu secara bersantai dan berinteraksi bersama dengan guru
pelatih IPG Kampus Temenggung Ibrahim.
6.0 Penglibatan

6.1 Peserta: Semua murid tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang

6.2 Guru Pengiring: Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Guru Kelas Tahun 5

Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Kelas Tahun 5


Pn. Lee Chai Lian Pn. Lim Ai Tong
Pn. Angelina Ann A/P David Pn. Tan Xiao Ai
Pn. Marina binti Oman Pn. Tai Yun Tian
En. Gan Yu Cheng En. Lee Chai Ming

7.0 Butiran Program


7.1 Tarikh: 17 MAC 2019 (ISNIN)
7.2 Masa: 07.30 PAGI – 5.00 PETANG
7.3 Tempat : DEWAN SERI TEMENGGUNG IBRAHIM (DST), IPGKTI

8.0 Ahli Jawatankuasa Program

PENAUNG : En. Ye Feng Shui


Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang

PENASIHAT I : Pn. Eng Chai Lin


PK HEM
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang

PENASIHAT II : En. Lim Jin Xiang


PK Pentadbiran
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang

PENASIHAT III: Pn. Ng Sar Yee


PK Kokurikulum
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang
PENGERUSI : Pn. Lee Chai Lian
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang

NAIB PENGERUSI :Pn. Angelina Ann A/P David


Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang

SETIAUSAHA : Pn. Marina binti Oman


Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang

BENDAHARI : En. Gan Yu Cheng


Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yeong Chang

UNIT PENGANGKUTAN & PERSEGARAN: En. Razak bin Kawai

UNIT PENGURUSAN DISIPLIN & KEROHANIAN MURID: Pn. Lim Ai Tong

UNIT KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN: Pn. Tai Yun Tian

UNIT PUBLISITI & PENDOKUMENTASI : En. Lee Chai Ming

UNIT PROTOKOL, CENDERAMATA & SIJIL: Pn. Tan Xiao Ai


9.0 Tentatif Program
17 MAC 2019 (ISNIN)
Masa Perkara
07.30 pagi - Semua guru pengiring dan murid-murid Tahun 5 berkumpul di Dewan SJK(C)
YEONG CHANG
- Taklimat perjalanan program oleh Guru pengiring
8.00 pagi - Bertolak ke IPG Kampus Temenggung Ibrahim
10.00 pagi - Tiba di IPG Kampus Temenggung Ibrahim
- Pendaftaran dan taklimat peserta
- Minum pagi
11.00 pagi - Ice Breaking
11.15 pagi - Hala tuju kerjaya selepas UPSR (mengenal dunia pekerjaan)
12.15 petang - Ujian psikologi
1.00 petang - Makan tengah hari & Solat Zohor
2.00 petang - Latihan dalam kumpulan (LDK) – “Cara-cara mencapai cita-cita saya”
3.00 petang - Majlis penutupan
3.30 petang - Bertolak pulang ke SJK (C) YEONG CHANG
5.30 petang - Tiba di SJK (C) YEONG CHANG

10.0 Kewangan
10.1 Anggaran Perbelanjaan Program
Bil Perkara Harga (RM) Jumlah (RM)
1. Makanan dan Minuman Pesrta RM 8 x 80 orang peserta RM 640
2. Makanan dan Minuman Guru Pengiring RM 8 x 8 orang guru RM 64
3. Pengangkutan ( RM 10 x 80 orang RM 880
peserta) + (RM 10 x 8
orang guru)
* Dua bas disediakan
4. Kertas Mahjong (Latihan Dalam RM 0.50 x 20 helai RM 10
Kumpulan)
5. Cenderamata Penceramah Tuala RM 30 + Hadiah RM 60
RM 30
JUMLAH RM 1654
11.0 PENUTUP
Kerjaya adalah keseluruhan bidang pekerjaan yang dialami oleh seseorang sepanjang
hayatnya (Mansur, 1987 dalam Nor Saidatul, 1998). Kepentingan menentukan kerjaya
yang sesuai adalah penting. Hal ini kerana ia mungkin menjadi sesuatu yang kekal
ataupun sementara. Program ini juga ditentukan supaya menjadi harapan semua
pihak terutama murid-murid yang menyertai program ini dapat mencapai objektif yang
diharapkan. Oleh itu, diharapkan agar program yang dirancang dapat
dilaksanakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin ke arah peningkatan
aspek bidang kerjaya, kemahiran belajar dan peningkatan motivasi murid secara
keseluruhan dan berkesan.

Tambahan pula, diharapkan juga program ini dapat mengukuhkan semangat


permuafakatan dan ukhwah dalam menjayakan pelbagai agenda pendidikan antara guru-
guru terlibat, pihak sekolah dengan institusi-institusi pendidikan dan masyarakat luar.
Sesungguhnya dengan ikatan kerjasama dan semangat untuk menjulang kecemerlangan
pendidikan dalam kalangan warga sekolah dan sokongan ibu bapa dan masyarakat
sekitar menjadi indikator utama kepada kejayaan dan kekesanan segala program yang
dirancang.
Disediakan oleh: Disemak Oleh:

(Pn. Marina binti Oman) (Pn. Lee Chai Lian)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Bimbingan dan Kaunseling
SJK(C)Yeong Chang, SJK(C)Yeong Chang,
Johor. Johor.

Disokong oleh : Disahkan oleh :

(Pn. Eng Chai Lin) (En. Ye Feng Shui)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Besar,
SJK(C) Yeong Chang, SJK (C) Yeong Chang,
Johor. Johor.

You might also like