You are on page 1of 4

PERKHEMAHAN PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK 2010

1. LATAR BELAKANG

Pelajar merupakan suatu aset yang amat penting kepada negara. Sejajar dengan itu pemupukan
disiplin serta hala tuju kepimpinan perlu dijuruskan kepada perkembang mental,psikomotor,sosial
dan rohani.Acuan yang betul perlu disediakan agar perkembangan pelajar tersebut tidak terjerumus
ke arah perkara yang tidak diingini.

Dalam merealisasikan hasrat ini kerjasama semua pihak dan agensi amat diperlukan untuk
menjayakannya.Sehubungan itu ”Perkehemahan Perdana “ ini diharap secara tidak langsung dapat
membantu sedikit sebanyak hasrat kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam
melahirkan generasi pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik,beretika,berilmu,berkeyakinan
dan mempunyai wawasan.

2. RASIONAL

Memandangkan pelajar dalam usia begitu muda boleh diibaratkan sebagai rebung.Maka rebung
tersebut hendaklah dilentur dari awal lagi agar menjadi bentuk yang dikehendaki.Ruang kosong
semasa berada dialam persekolahan perlulah diisi dengan program atau perkara yang berfaedah dan
dipupuk kesedaran awal agar perkembangan pelajar berada di landasan yang betul.

3. MATLAMAT

Pembetukan bakal pemimpin yang mempunyai ciri – ciri kepimpinan selaras dengan Teras ke -2
dalam PIPP iaitu ‘Melahirkan modal Insan Kelas Pertama’ bertaraf dunia bertepatan dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan bakal pemimpin negara yang mempunyai wawasan tinggi.

4.2 Membantu memperkembangkan bakat kepimpinan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.

4.3 Peningkatan disiplin di kalangan para pelajar secara keseluruhan.

4.4 Membantu pelajar agar dapat mengubah sikap dan bersedia menerima teguran

4.5 Memupuk hubungan yang baik antara ahli kumpulan dan jantina.

1
5. KUMPULAN SASARAN

Pelajar Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak tahun 2 yang dianggap berpontensi untuk menjadi
pelapis kepada pucuk kepimpinan ne gara.

6. BILANGAN PESERTA

150 orang

7. TEMPAT PELAKSANAAN AKTIVITI

Padang Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak

8. JANGKA MASA PROGRAM

3 hari 2 malam

9. PERBELANJAAN PROGRAM

Pendapatan:

1. Sumbangan guru dan Staf RM 640.00

2. Bayaran pendaftaran peserta RM 1480.00

3. Sumbangan PIBG RM 300.00

4. Sekolah RM 1708.00

JUMLAH BESAR RM 4128.00

PERBELANJAAN :

1. Makanan dan minuman peserta dan petugas RM 2416.00

2. Hadiah/enderahati RM 376.40

3. Alatan dan bahan perkhemahan RM 292.00

4. Pertandingan memasak RM 255.00

5. Banner RM 50.00

6. Buku program /dokumentasi RM 50.00

7. Photostat untul LDK RM 66.50

2
8. Sumbangan untuk jurulatih ( En Yassin ) RM 50.00

9. Ubat RM 31.70

10. Runcit RM 89.30

11. Gulai daging RM 450.00

JUMLAH RM 4128.00

10 Perincian aktiviti

 Pendidikan Agama

 Aktiviti fizikal ( senaman pagi )

 Pemupukan semangat bekerjasama

 Kawad kaki

 Bantu mula

 Ikatan

 Latihan dalam kumpulan ( LDK )

 Kraf tangan

 Larian berhalangan

 Jalan lasak

 Malam persembahan

10. PENUTUP

Adalah diharapkan Perkhemahan Perdana ini akan dapat melahirkan bakal – bakal pemimpin dari
kalangan pelajar yang mempunyai disiplin diri yang tinggi,berkeyakinan berdaya saing dan
berwawasan.

Laporan perkhemahan

Sepanjang aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam tiada perkara buruk yang
berlaku.Malahan matalmat dan objektif yang dirancang 90% tercapai. Semangat guru – guru begitu

3
memberangsangkan apabila sama – sama berkhemah di padang dan juga menyertai akiviti yang
dijalankan bersama dengan murid.Untuk penambahbaikan diharapkan agar dimasa – masa hadapan
guru pemimpin unit uniform memberi pendedahan terlebih dahulu hal – hal berkaitan dengan
perkhemahan agar pelajar tidak mengalami kejutan. Begitu juga dicadangkan agar pada masa –
masa hadapan Kem Komandan dikendalikan oleh unit uniform yang berbeza agar dapat memberi
peluang dan juga pendedahan kepada guru unit tentang pengendalian perkhemahan.

Secara makanikalnya perjalanan akitiviti perkhemahan Perdana Sekolah Kebangsaan Guar


Chempedak untuk tahun 2010 ini berjaya dan diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan dimasa
akan datang. Sekalung tahniah juga kepada guru – guru dan juga PIBG yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung di dalam program yang diadakan ini.

Disediakan oleh;

……………………………………………

Mohd Afrizal Bin Zakaria

( Kem Komandan )

Perkhemahan Perdana SKGC 2010

You might also like