You are on page 1of 4

KERTAS KERJA CADANGAN

PERKHEMAHAN KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI PAHANG
TAHUN 2021

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Kokurikulum Negeri pada masa kini merupakan pusat latihan

kepada pegawai pendidikan, guru dan pelajar sekolah sama ada untuk

kegiatan kokurikulum, kurikulum, motivasi dan kepimpinan. Peluang dan

kemudahan yang disediakan untuk tujuan peningkatan ilmu, kecekapan,

kemahiran amat penting dalam mewujudkan pengurusan latihan dan aktiviti

kokurikulum yang lebih mantap di masa akan datang.

Justeru itu, Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Jabatan

Pendidikan Pahang mengambil inisiatif melaksanakan program ini bagi

meningkatkan sifat kepimpinan dan semangat jati diri peserta.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta

berkenaan perubahan sikap dan tingkah laku bagi membangunkan potensi

dan jati diri secara menyeluruh.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membangunkan potensi diri peserta ke arah kecemerlangan

yang holistik.

3.2 Meningkatkan semangat jati diri peserta melalui aktiviti yang

mencabar emosi, fizikal dan mental.

3.4 Membina sifat kepimpinan dan melatih peserta semangat

kerjasama dalam kumpulan..

1
4.0 TARIKH CADANGAN

Mac 2021

5.0 TEMPOH MASA

4 hari 3 malam

6.0 TEMPAT

Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah,

Jabatan Pendidikan Pahang.

7.0 SASARAN

7.1 200 Peserta (Lelaki/Perempuan) Murid Sekolah Menengah

Seluruh Daerah di Negeri Pahang seperti berikut :

- 100 peserta lelaki

- 100 peserta perempuan

7.2 Pelajar Tingkatan 3 - 5

7.3 Sihat tubuh badan, cergas dan berdisplin

8.0 ANJURAN

Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah,

Jabatan Pendidikan Pahang

9.0 SUMBER TENAGA

9.1 8 Pegawai dan kakitangan Pusat Kokurikulum SHAH, JPN

9.2 20 Jurulatih Pusat Kokurikulum SHAH, JPN

9.3 10 Jurulatih Pengiring dari sekolah yang terpilih

9.4 Seorang pemantau program (Panel Kejurulatihan Kebangsaan)

2
10.0 PERASMIAN PENUTUP

Disempurnakan oleh :

Pengarah
Jabatan Pendidikan Pahang

11.0 RINGKASAN PROGRAM

11.1 Taklimat Kem

11.2 Ice Breaking

11.3 Perhimpunan Pagi / Kawad

11.4 Aktiviti Kecergasan / Mendaki Bukit Pelindung / Panorama

11.5 Kerohanian/Moral (Slot Tazkirah dari SPI)

11.6 Ceramah Jemputan

11.7 Aktiviti Rekreasi :

11.7.1 Ikhtiar Hidup (Bina Tempat Berteduh/Masakan Rimba)

11.7.2 Orienteering

11.7.3 Aktiviti Aras Tinggi (Flying Fox, Abseiling dan Wall

Climbing.

11.8 Khidmat Masyarakat Setempat (Membersihkan Masjid)

11.9 Permainan Dinamik

11.10 Majlis Penutup

3
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah
Perkara
Bil (unit) Jumlah (RM)
(Perbelanjaan)
x RM

1. Makan dan Minum Peserta 200 orang x RM20 4000.00


2. Makan dan minum Jurulatih 39 orang x RM25 975.00
3. Lanyard / Kad Nama 239 orang x RM5 1195.00
4 Tshirt Peserta dan Jurulatih 239 orang x RM25 5975.00
5. Sijil 239 orang x RM3 717.00
6. Hadiah peserta terbaik
(Lelaki & Perempuan) 2 orang x RM50 100.00

JUMLAH RM12,962.00

13.0 PENUTUP

Perkhemahan Kepimpinan Sekolah Menengah Peringkat Negeri

Pahang Tahun 2021 dirancang dengan teliti bertujuan memberi impak yang

besar dan berkesan kepada peserta yang berpeluang menyertainya.

Diharapkan program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada

pelajar dalam menerapkan jati diri dan mempunyai asas kepimpinan yang

tinggi untuk diteladani. Semoga kesungguhan dan kerjasama dalam

menjayakan program ini dapat diterjemahkan melalui komitmen yang tinggi

oleh semua pihak.

You might also like