You are on page 1of 4

KERTAS KERJA CADANGAN

PERKHEMAHAN BINA INSAN SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT NEGERI PAHANG
TAHUN 2020

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Kokurikulum Negeri pada masa kini merupakan pusat latihan

kepada pegawai pendidikan, guru dan pelajar sekolah sama ada untuk

kegiatan kokurikulum, kurikulum, motivasi dan kepimpinan. Peluang dan

kemudahan yang disediakan untuk tujuan peningkatan ilmu, kecekapan,

kemahiran amat penting dalam mewujudkan pengurusan latihan dan aktiviti

kokurikulum yang lebih mantap di masa akan datang.

Justeru itu, Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Jabatan

Pendidikan Pahang mengambil inisiatif melaksanakan program ini bagi

membina insan yang bersahsiah tinggi dan cemerlang dunia serta akhirat.

2.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta bagi

membentuk dan melahirkan generasi muda yang berketrampilan dan

berakhlak tinggi serta berdaya saing.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi,

rohani (spiritual dan sosial).

3.2 Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas

pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil

tindakan penambahbaikan secara berterusan.

3.3 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak.

1
4.0 TARIKH CADANGAN

Oktober 2021

5.0 TEMPOH MASA

4 hari 3 malam

6.0 TEMPAT

Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah,

Jabatan Pendidikan Pahang.

7.0 SASARAN

7.1 200 Peserta (Lelaki/Perempuan) Murid Sekolah Rendah Seluruh

Daerah di Negeri Pahang seperti berikut :

- 100 peserta lelaki

- 100 peserta perempuan

7.2 Pelajar Beragama Islam Tahun 4,5&6.

7.3 Sihat tubuh badan, cergas dan berdisplin

8.0 ANJURAN

Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah,

Jabatan Pendidikan Pahang

9.0 SUMBER TENAGA

9.1 8 Pegawai dan kakitangan Pusat Kokurikulum SHAH, JPN

9.2 20 Jurulatih Pusat Kokurikulum SHAH, JPN

9.3 10 Jurulatih Pengiring dari sekolah yang terpilih

9.4 Seorang pemantau program (Panel Kejurulatihan Kebangsaan)

2
10.0 PERASMIAN PENUTUP

Disempurnakan oleh :

Pengarah
Jabatan Pendidikan Pahang

11.0 RINGKASAN PROGRAM

11.1 Taklimat Kem

11.2 Ice Breaking

11.3 Perhimpunan Pagi / Aktiviti Kecergasan / Senamrobik

11.4 Kerohanian (Slot Tazkirah dari SPI)

11.5 Ceramah Jemputan

11.5.1 Otak Pintar & Berfikir di luar kotak – Kanselor Azizah

Jabatan Pendidikan Pahang.

11.5.2 Ceramah Mind Setting and Binding True Science

- Chek Siti Asmah Nursusilawati binti Chek Ahmad

11.5.3 Ceramah Anak Soleh – Ust Muhammad Safri

SK Bukit Ridan, Rompin

11.6 Aktiviti Pendidikan Luar :

11.6.1 Aktiviti Aras Tinggi – Flying Fox, Wall Climbing &

Abseiling.

11.6.2 Maze Run

11.6.3 Rempuh halangan

11.7 Permainan Dinamik

11.8 Majlis Penutup

3
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jumlah
Perkara
Bil (unit) Jumlah (RM)
(Perbelanjaan)
x RM

1. Makan dan Minum Peserta 200 orang x RM20 4000.00


2. Makan dan minum Jurulatih 39 orang x RM25 975.00
3. Lanyard / Kad Nama 239 orang x RM5 1195.00
4 Tshirt Peserta dan Jurulatih 239 orang x RM25 5975.00
5. Sijil 239 orang x RM3 717.00
6. Hadiah peserta terbaik
(Lelaki & Perempuan) 2 orang x RM50 100.00

JUMLAH RM12,962.00

13.0 PENUTUP

Perkhemahan Bina Insan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang

Tahun 2021 dirancang dengan teliti bertujuan memberi impak yang besar dan

berkesan kepada peserta yang berpeluang menyertainya. Diharapkan

program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dalam

menerapkan sahsiah diri dan mempunyai akhlak yang tinggi untuk diteladani.

Semoga kesungguhan dan kerjasama dalam menjayakan program ini dapat

diterjemahkan melalui komitmen yang tinggi oleh semua pihak.

You might also like