You are on page 1of 5

KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK PEKAN 2013

Rujukan : CEA5076 ( )
Tarikh : 5 MAC 2013

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOWLING KELAS PENDIDIKAN KHAS

1. PENGENALAN

Pertandingan bowling Kelas Pendidikan Khas diadakan bagi merealisasikan


hasrat dan menyahut Motto Pendidikan Khas iaitu “Kecemerlangan Insan Istimewa
Kegemilangan Bersama”. Tuntutan untuk menyediakan kesamarataan juga menjadi
tanggungjawab dalam memastikan pelajar-pelajar istimewa di seluruh negara mencapai
tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian dan peluang yang


sewajarnya dalam sebarang aktiviti akademik mahupun ko-kurikulum, maka KPK SMK
Pekan akan menganjurkan pertandingan bowling. Pertandingan bowling Kelas
Pendidikan Khas SMK Pekan diadakan kerana aktiviti ko-kurikulum merupakan satu
landasan ke arah kecemerlangan kurikulum serta memberi peluang kepada pelajar-
pelajar istimewa mempertingkatkan potensi diri dan bakat serta memupuk minat
terhadap aktiviti sukan dan permainan Pertandingan ini melibatkan semua guru dan
pelajar kelas pendidikan khas SMK Pekan sesi 2013.

2. OBJEKTIF

i. Menggalakkan penyertaan pelajar pendidikan khas dalam aktiviti luar bilik


darjah.
ii. Mencungkil bakat pelajar dalam permainan bowling.
iii. Mewujudkan semangat sepasukan dalam kalangan pelajar pendidikan khas
melalui aktiviti ko-kurikulum.
iv. Meningkatkan kemahiran sosial sekaligus mengembangkan minat pelajar
pendidikan khas dalam aktiviti ko-kurikulum.
3. SASARAN

Semua guru dan pelajar kelas pendidikan khas SMK Pekan sesi 2013

4. HARI & TARIKH

Rabu (10 April 2013)

5. MASA

8.00 pagi hingga 5.00 petang

6. TEMPAT

Pusat Bowling Megamall, Kuantan

7. AKTIVITI

i. Pembahagian pelajar kepada 7 kumpulan


ii. Perlawanan untuk menentukan juara
iii. Penyampaian hadiah kepada pemenang
iv. Terapi pasir di Teluk Cempedak (pertandingan membina istana pasir)

8. JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Pn. Hajjah Nor Hasimah binti Abdul Ghaffar


Naib Pengerusi 1 : En. Roslan bin Manap
Naib Pengerusi 2 : En. Mohammad bin Mohamad Amin
Naib Pengerusi 3 : En. Dzulkarnain bin A.Ghani

Penyelaras : Pn. Noor Shahida binti Mohd Salleh


Setiausaha : Cik Siti Mardiana binti Mat Jaya
Bendahari : Cik Noor Diana binti Mokhtar
AJK Kawalan Pelajar : En. Ibrahim bin Zakaria
AJK Pengangkutan : En. Suhaimi bin Sudirman
AJK Makanan : Pn. Nani Surianey binti Zain & Pn. Munyati binti Razak
AJK Hadiah : Pn. Faezah binti Bakar
9. PUNCA KEWANGAN
Semua pelajar, guru dan PPM KPK = 42 X RM 50 = RM 2100

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah

1. Pengangkutan (RM 30 x 6 ) RM 30 x 6 = RM 180


2. Makan dan Minum (RM 10 x 42) RM 10 x 42= RM 420
3. Bayaran Bowling (1 game = RM 7) RM 7 x 3 x 42 = RM 882
(RM 7 x 3 game x 42)
4. Hadiah Pertama RM 70
Hadiah Kedua RM 60
Hadiah Ketiga RM 50
Hadiah Saguhati ( RM 30 x 4 ) RM 30 X 4 = RM 120
Hadiah Individu (RM 20 x 3) RM 20 x 3 = RM 60

JUMLAH RM 1842

11. TENTATIF PROGRAM

Hari/Masa Aktiviti
i. Berkumpul di SMK Pekan
Rabu ii. Bergerak ke pusat bowling
10 April 2013 Megamall Kuantan
8.00 pagi – 5.00 petang iii. Bergerak ke Teluk Cmpedak
iv. Solat zohor dan bertolak balik ke
Pekan

12. PENUTUP

Diharap agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat
kerjasama dari semua pihak demi memastikan perkembangan pelajar pendidikan khas
seiring dengan pelajar di aliran perdana sekaligus melahirkan pelajar yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Disediakan oleh:

..................................................
(Cik Siti Mardiana bt Mat Jaya)
Setiausaha,
Program Pertandingan Bowling Kelas Pendidikan Khas,
SMK Pekan,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

Disemak dan disahkan oleh:

..............................................................................
(Pn. Hjh. Nor Hasimah bt. Abd. Ghaffar)
Pengetua SMK Pekan,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN
Km 3.5 Jalan Pekan – Nenasi
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur
No.Tel : 09-4227661
No.Fax : 09-4227695

Rujukan : CEA5076 ( )
Tarikh : 4 APRIL 2013

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Pekan,
26600 Pekan Pahang Darul Makmur.

AKTIVITI TERAPI BOWLING KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK PEKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kelas pendidikan khas bermasalah


pembelajaran akan mengadakan satu aktiviti terapi bowling.

3. Untuk pengetahuan tuan, aktiviti ini merupakan salah satu proses pengajaran
dan pembelajaran di luar bilik darjah. Berikut adalah maklumat program :

Tarikh: 10 April 2013


Hari: Rabu
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat Bowling Megamall, Kuantan
Kenderaan : Kereta guru kelas pendidikan Khas (6 buah)

4. Perhatian dari pihak tuan, kami ucapkan terima kasih.

Sekian terima kasih

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

..............................................................................
(Pn. Nor Shahida binti Mohd Salleh)
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas SMK Pekan,
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

You might also like