You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN

KEMPEN AMALAN 3S
( SENYUM, SALAM DAN SOPAN)
TAHUN 2022

YBrs. ,PUAN KASMAWATI BINTI OTHMAN


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist, Klang.

KEMPEN AMALAN 3S ( SALAM, SENYUM DAN SOPAN) TAHUN 2022


SK PEREMPUAN METHODIST, KLANG

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Kempen Amalan 3S merupakan salah satu daripada program tahunan Unit Bimbingan
dan Kaunseling. Amalan Senyum, Salam dan Sopan (3S) merupakan sebahagian daripada
amalan yang dipraktikkan dalam program guru penyayang. Amalan 3S ini sewajarnya
dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam membentuk hubungan yang teraputik dan
suasana yang kondusif serta harmoni. Konsep dan amalan 3S ini akan mewujudkan
hubungan saling hormat menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling
dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Tujuan
•Membentuk sahsiah murid yang terpuji
•Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan ceria di sekolah.

3.2 Objektif

•Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah


•Membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di sekolah
•Membentuk sifat hormat menghormati dan kasih sayang
•Mewujudkan keseronokan datang ke sekolah

4. KUMPULAN SASAR
Lampirkan senarai kehadiran murid (peserta program) selepas program dilaksanakan.
Semua murid SK P Methodist, Klang.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 23 Mei 2022
Masa : Waktu Perhimpunan
Tempat : Dataran Perhimpunan
6. JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA KEMPEN AMALAN 3S SKPM TAHUN 2022

Penasihat : Puan Kasmawati Binti Othman - Guru Besar


Pengerusi : Puan Mahanum Binti Adnin - PK Pentadbiran
Naib Pengerusi : Puan Rosnakiah Binti Hosnin - GPK HEM
: Puan Sham Sinar binti Ngarpan - GPK Kokurikulum
: Cik Aminah Amal binti Abdullah - PK Petang
Penyelaras : Puan Emilia Zanariah Binti Ahmad
Setiausaha : Puan Siti Noor Binti Ideris
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Kelas Tahun 1 hingga 6.

7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan – Unit Bimbingan & Kaunseling

7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

ANGGARAN JUMLAH SUMBER


PERKARA KUANTITI
(RM) (RM) KEWANGAN
Hadiah Murid Sahsiah 36 pcs
RM 10.00 RM 360.00
Terpuji (souvenir stand)
Cenderahati murid
1000 pcs RM 0.60 RM 600.00
(keychain)
Booklet Datang Awal 4 buah RM 21.50 RM 86.00
Hadiah Murid Datang PCG B&K
75 buah RM 5.00 RM 375.00
Awal ( Hadiah Stationary )
Bunting Pelancaran 2 keping RM 43.00 RM 86.00
JUMLAH RM 1507.00

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

…………………………………………………………………………………………………

9. PENUTUP
Dengan penganjuran Kempen Amalan 3S ini diharap dapat membantu membentuk sahsiah
diri murid yang beradab sopan dan saling menghormati antara satu sama lain. Semoga ia
dapat menjadi amalan dalam kehidupan mereka kelak.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………. …………………………………………
Nama: EMILIA ZANARIAH BINTI AHMAD Nama: ROSNAKIAH BINTI HOSNIN
Jawatan: Guru Bimbingan & Kaunseling Jawatan: Penolong Kanan HEM
Nama Sekolah: SK (P) Methodist, Klang Nama Sekolah: SK (P) Methodist, Klang
Tarikh: Tarikh:

KERTAS CADANGAN KEMPEN AMALAN 3S SKPM TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Kempen Amalan 3S]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [ Kempen Amalan 3S]

Ulasan: …………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

………………………………………..
(KASMAWATI BINTI OTHMAN)
Guru Besar
SK P Methodist, Klang.
Tarikh:

You might also like