You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN

MELATI
53100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM “JOM AMAL 3S”

TARIKH :
APRIL 2022 – APRIL 2023

SASARAN:
SEMUA PELAJAR SK TAMAN MELATI

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK TAMAN MELATI
1.0 PENGENALAN

Program “Jom Amal 3S” (Senyum, Sapa dan Salam) akan diadakan bagi membentuk
peribadi murid sekolah agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah serta rakan-
rakan. Selain itu, program ini secara langsung boleh melahirkan murid yang
menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Program ini juga
merupakan usaha para guru untuk membudayakan amalan 3S iaitu senyum, sapa dan
salam dalam kalangan murid.

Di samping itu, program ‘Jom Amal 3S’ turut dilaksanakan bagi memenuhi
tuntutan tugasan praktikum guru pelatih bimbingan dan kaunseling IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan di bawah bimbingan guru bimbingan iaitu En Khairul Azmi bin
Habidin. Program ini dilihat sebagai satu program yang boleh mewujudkan persekitaran
sekolah yang lebih positif dan saling menghormati antara satu sama lain.

2.0       OBJEKTIF

Di akhir program ini, murid-murid akan dapat :

2.1   Memupuk nila-nilai murni dalam diri murid khususnya untuk warga sekolah dan
masyarakat luar.

2.2   Mendidik murid agar berbudi bahasa, bersopan santun, tolong menolong dan
menghormati guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan.

2.3   Merasa dihargai kerana murid yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia akan
diberi ganjaran.

2.4 Mengamalkan sikap tolong menolong dalam kehidupan seharian.

2.5 Memberi galakan kepada murid untuk berusaha mempraktikkan nilai-nilai murni di
peringkat sekolah lagi.
3.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Taman Melati, Kuala Lumpur.

4.0       STRATEGI PELAKSANAAN

4.1       Menyediakan ahli jawatankuasa Pelaksanaan Program.

4.2       Melaksanakan Program Jom Amal 3S pada hari pertama persekolahan pada


minggu ketiga persekolahan 2022.

4.3      Tempat pelaksanaan program adalah di hadapan pintu pagar sekolah atau
mengikut kesesuaian sekolah.

4.4      Jawatankuasa pemantau adalah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah

dan penyelaras program.

5.0       PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Apabila murid sampai ke sekolah, mereka akan disambut dengan senyuman
daripada guru-guru dan pengawas bertugas. Murid turut digalakkan untuk memberikan
senyuman.

5.2 Pada hari-hari tertentu, guru bimbingan dan kaunseling akan menyediakan
hadiah kepada murid yang memberi salam atau menyapa guru di pintu pagar sekolah
sebagai satu bentuk ganjaran dan motivasi kepada pelajar untuk mengamalkan amalam
ini.

5.3 Murid akan menyapa guru dengan ucapan-ucapan yang sopan seperti berikut:

- Assalamualaikum cikgu

- Selamat pagi cikgu


- Good Morning teacher

- Apa khabar cikgu

5.4 Murid juga digalakkan untuk memberikan tanda hormat seperti menundukkan
kepala, membongkokkan badan atau meletakkan tangan di dada.

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Encik Kasniza Jumari Bin Shamsir


( Guru Besar SK Taman Melati )

Naib Pengerusi : Encik Rosli b Juhari


( GPK HEM)

: Puan Azizah bt Ali


(GPK Tadbir dan Kokurikulum )

: Puan Hjh Farina bt Hj Yahya


( GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Nuha Syifa binti Nazri


(Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling)

Naib Setiausaha : Nur Hidayah binti Ahmad


(Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling)

Ahli Jawatankuasa:

En Khairul Azmi bin Habidin (Guru B&K)


Pn Siti Arafiah binti Mohamad Noor (Ketua Aliran Tahun 1)
Pn Nurhidayah binti Adnan (Ketua Aliran Tahun 2)
En Mohd Jasni bin Daud (Ketua Aliran Tahun 3)
Pn Nik Noor Aziella binti Nik Mustafa (Ketua Aliran Tahun 4)
Pn Ady Suhana binti Zulkifli (Ketua Aliran Tahun 5)
Pn Raz Izyantie Wahezar binti Rahman (Ketua Aliran Tahun 6)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERBELANJAAN JUMLAH


1. Bunting ( 4 keping ) x RM25 RM100
2. Lencana Butang (pin) x RM 1.50 x 300 RM450
JUMLAH RM550

8.0    PENUTUP

Diharapkan Program ”Jom Amal 3S” diperingkat Sekolah Kebangsaan Taman Melati ini
dapat berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang hasil kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh:  Diluluskan oleh:


         
          

……………………………….. …………………………………
(KHAIRUL AZMI BIN HABIDIN)          
(KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR)
Setiausaha                                                      
Guru Besar
Program Minda Sihat
SK Taman Melati,
SK Taman Melati
Kuala Lumpur
                                  

You might also like