You are on page 1of 5

MASJID BANDAR UNIVERSITI

SERI ISKANDAR PERAK


DARUL RIDZUAN

_____________________________________
KERTAS KERJA
SUBUH WARRIOR @ JAGUH SUBUH
MASJID BANDAR UNIVERSITI
SERI ISKANDAR
_____________________________________

ANJURAN
BIRO BELIA
MASJID BANDAR UNIVERISITI
1. PENGENALAN

Sejak 18/3/20, pentadbiran kerajaan telah melaksanakan Perintah kawalan


Pergerakan bagi membendung penyakit COVID-19. Lanjutan daripada itu,
seluruh Masjid dalam negara telah dikenakan syarat-syarat kemasukan dan
ada sesetengahnya ditutup berdasarkan rekod harian jangkitan covid-19 pada
sesuatu kawasan.

Pada 17/11/20, Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) telah


mengeluarkan satu Garis Panduan Perlaksanaan Solat Fardhu Berjemaah
serta Aktiviti Keagamaan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) Bil. 13/2020 yang mana di dalam Garis Panduan tersebut
had umur kemasukan masjid telah diturunkan sebelum ini bermula 15 tahun
kepada 12 tahun.

Sebagai pembakar semangat anak-anak kariah Masjid Bandar Universiti


(MBU) untuk hadir solat berjemaah di masjid terutama Waktu Subuh, Biro Belia
berhasrat untuk mengadakan Program “ SUBUH WARRIOR @ JAGUH
SUBUH “ khas buat anak-anak bermula umur 12 tahun sehingga 17 tahun
bermula dari 16/12/20 (Rabu – 1 Jamadil Awwal 1442) sehingga 14/1/21
(Jumaat – 30 Jamadil Awwal 1442)

2. TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon persetujuan dan kelulusan


Jawatankuasa Induk Masjid Bandar Universiti, dan juga memohon pembiayaan
kewangan bagi menampung keperluan program yang dicadangkan. Selain
itu,ia juga sebagai sumber rujukan untuk gerak kerja AJK serta sebagai bukti
dokumentasi aktiviti yang melibatkan Masjid Bandar Universiti (MBU)
3. OBJEKTIF
Program ini di wujudkan untuk ;

a. Menggalakkan anak-anak ahli kariah hadir solat berjemaah pada


waktu subuh di MBU
b. Menarik minat ahli kariah terutamanya golongan remaja untuk
terus mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh MBU
c. Membantu anak-anak ahli kariah yang terkesan dari segi ekonomi
dan pendapatan keluarga akibat PKP dengan wang ganjaran yang
diperolehi
d. Membentuk jati diri anak-anak ahli kariah dengan suka hadir solat
berjemaah di MBU

4. TARIKH & MASA/TEMPAT PROGRAM

TARIKH MASA TEMPAT

16/12/2020 (Rabu – 1 Waktu Solat Subuh di kawasan Seri Masjid


Jamadil Awwal 1442H) Iskandar, Perak Darul Ridzuan Bandar
sehingga 14/1/2021 sepanjang Bulan Jamadil Awwal Universiti
(Jumaat – 30 Jamadil
1442H
Awwal 1442H)

5. KATEGORI PROGRAM
Bermula umur 12 tahun dan pada tahun 2020 sehingga 17 tahun pada tahun
2020 atau 18 tahun pada tahun 2021 (yang masih bersekolah)

6. SASARAN PESERTA
Anak-anak Ahli kariah MBU dalam kawasan Bandar Universiti, Lakeville,
Lakeville Hill, Ecolake, PPR, Taman Tasik Indah

7. KAEDAH GANJARAN PROGRAM


Anak-anak ahli kariah MBU perlu hadir TIGA (3) kali Solat berjemaah pada
waktu Subuh di MBU untuk memperoleh ganjaran sejumlah RM 10 untuk
seorang. Ganjaran boleh dituntut di Pejabat MBU
8. ANGGARAN PERBELANJAAN & KOS

Bil Perkara Kos(RM)


1. GANJARAN
Jumlah hari program = 30 hari

3X Subuh = RM 10.00 / org

Anggaran Jumlah kekerapan tuntutan dalam tempoh 30


hari = 10 kali

Anggaran Jumlah anak-anak ahli kariah yang menuntut


= 30 orang (tertakluk kpd penyertaan semasa)*

Jumlah anggaran tuntutan = RM 3,000.00*


RM 10.00 / org X 10 kali X 30 orang*

2. PUBLISITI
Banting + Upah poster maya
(RM 50.00 x 1 unit) RM 50.00

3. PERALATAN
Buku Log Panjang + Alatulis RM 10.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 3,060.00


NOTA : TERTAKLUK KEPADA PENYERTAAN PROGRAM*

9. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


BIL. PERKARA PENYELARAS
1. Belia Meor Shakireen bin Hj Mat Amin
2. Belia Mohd Hafiz bin Mat Isa
3. Belia Mohamad Akhyar bin Hj Mohd Noor
4. Belia Mohd Rosli bin Abd Wahab
5. Belia Wan Shahrul Zafran bin Wan Mohamad Sofian
6. Belia Mohd Alif Amin bin Haji Yaakob
7. Belia Mohd Helmee bin Abd Jalil
8. Belia Mohd Khairul Hafiz bin Abd Rashid
9. Belia Khairul Amali bin Abu Hassan
10. Belia Muhammad Aqif Adha bin Hj Azman
11. Belia Muhammad Afiq Syahmi bin Mohd Sani
12. Belia Nurul Afiqah Mokri
13. Belia Nur Wahida
14. Belia Liyana Sulaiman
10. PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar kertas kerja Program ini mendapat kelulusan dan
seterusnya berjaya dianjurkan dengan lancar dan memberi manfaat kepada
semua khususnya kepad ahli kariah MBU

11. PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh :

Meor Shakireen Hj Mat Amin


Biro Belia
Masjid Bandar Universiti Tarikh : .................................

Diluluskan oleh :

Tuan Haji Ar. Azman Bin


Zainonabidin
Pengerusi Tarikh : ................................
Masjid Bandar Universiti

You might also like