You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERIANG

35300 CHENDERIANG
PERAK

Kertas Kerja
Gotong Royong Perdana
2019
Peringkat Sekolah
2019

TARIKH :
15 APRIL 2019
ISNIN

KERTAS CADANGAN
GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERIANG

1.0 PENGENALAN
Pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan
berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan


sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,


Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong
Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Disamping itu, aktiviti ini akan
membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka dan meningkatkan rasa
kesepunyaan sekolah di kalangan ibu bapa.

Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK Chenderiang
akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai
matlamat 3K.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih,indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibubapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.
.
3.0 PELAKSANAAN

TARIKH / HARI : 15 April 2019 / Isnin


TEMPAT : SK Chenderiang
SASARAN : Semua guru, ibu bapa dan murid Tahap 2
PAKAIAN : Pakaian sukan (berkasut sukan)

4.0 CADANGAN AKTIVITI


1. Mengecat tiang susur gajah, tiang kantin dan besi tangga.
2. Membuat dan mengecat laluan keselamatan jalan raya.
3. Membuat mural – Luar kelas dari bilik Pusat Sumber hingga ke bilik SPBT/Tandas.

5.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 -8.30 pagi Pendaftaran
8.30- 8.35 pagi Bacaan Doa
8.35-8.40 pagi Ucapan Aluan daripada Guru Besar
8.45-9.00 pagi Taklimat Gotong Royong
9.00- 10.15 pagi Gotong-royong
10.15-10.45 pagi Rehat
10.50-12.30 tgh Gotong-royong
12.30 tgh Makan Tengahari dan Bersurai

6.0
SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK
GOTONG ROYONG PERDANA 2019
________________________________________________________________________

JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : Pn. Fauziah Bt. Zun (Guru Besar)


Pengerusi : En. Ahmad Basri B. Mohamed
Timb. Pengerusi i : Pn. Noorhuzairy Bt. Abdul Majid
Timb. Pengerusi ii : Pn. Latipah Bt. Ismail
Setiausaha : En. Mohd Taufik a/l Alang
Bendahari : En. Azhar B. Khalid

Juruacara Majlis : En. Meor Azharry B. Aminurashid


Bacaan Doa : En. Mohd Riza Shah B. Shaharudin

Penyelaras : En. Mohd Taufik a/l Alang


Penolong Penyelaras : En. Mohamad Akhbar B. Mohamad Ibrahim
Pendaftaran : Pn. Fauziah Bt. Abdul Rahman
: Pn. Zalina Bt. Munir
Buku Program : Cik Bibi Fazreena Bt. Fazal Mohamed
Pn. Norhayati Bt. Ishak
Makanan : Pn. Zariani Bt. Tamby
Pn Mazlia Bt. Sidik
Pn. Nadiah Bt Mandor
Peralatan : En. Mohd Riza Shah B. Shaharudin
En. Rozali B. Jaafar
PA System : En. Azhar B. Khalid
Jurufoto &
Dokumentasi : En. Mohd Taufik a/l Alang
Kebersihan : Pekerja Swasta
Keselamatan : Guru Bertugas

BIL KAWASAN NAMA KETUA


& SKOP KERJA &
AHLI KUMPULAN
1. Mengecat tiang laluan 1. En. Azhar B. Khalid(K)
susur gajah stesen 2. Cik Bibi Fazreena Bt. Fazal Mohamed
1(laluan ke kantin) dan 3. Pn. Norhayati Bt. Ishak
tiang kantin 4. Pn. Norhafiza Bt. Ismail
5. Pekerja Swasta
6. Ibu bapa

2. Mengecat tiang laluan 1. En. Rozali B. Jaafar(K)


susur gajah stesen 2. Pn. Zalina Bt. Munir
2(laluan ke tahap 1) dan 3. Pn. Rosnani Bt. Mahmud
besi tangga 4. Ibu bapa

3. Membuat dan mengecat 1. En. Mohd Riza Shah B. Shaharudin(K)


laluan keselamatan jalan 2. En. Mohamad Akhbar B. Mohamad Ibrahim
raya. 3. Ibu bapa

4. Mural luar kelas 1. En. Meor Azharry B. Aminurashid(K)


2. Pn. Fauziah Bt. Abdul Rahman
4. Pn. Nadiah Bt Mandor
5. Pn Mazlia Bt. Sidik
3. Pekerja Swasta
4. Ibu bapa

7.0 ANGARAN PERBELANJAAN


a) Murid = 90 orang
b) Ibu bapa = 30 orang
c) Guru = 19 orang
__________
Jumlah = 139 orang
7.1 Makan dan minum untuk makan tengahari
a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM3.50)
b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.50)
Jumlah = RM4.00
Keseluruhan : 139 x RM4.00 = RM 556

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 556.00

7.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Bil Peralatan Harga

1. Cat Lantai (Warna Hitam)


Harga Seunit (3 x RM140.00) RM 420
2. Cat Lantai (Warna Kuning) RM 140
Harga seunit ( 1 x RM140.00 )
3 Cat Minyak (Tiang) RM150
Harga Seunit (3 x RM50.00)
4. Cat Minyak (Mural) RM 180
Harga Seunit (9x RM20.00)
5. Roller Besar RM 80
Harga Seunit (10 x RM8.00)
6. Roller Kecil RM 40
Harga Seunit (10 x RM4.00)
7. Thinner RM 12
Harga Seunit (3 x RM4.00)
8. Bekas Cat RM 40
Harga Seunit (8 x RM5.00)
9. Berus Cat Besar RM 50
Harga seunit ( 10 x RM5.00 )
10. Berus Cat Sederhana RM 25
Harga seunit ( 10 x RM2.50 )

11. Masking Tape Besar RM 40


Harga seunit ( 10 x RM4.00)
12 Masking Tape Kecil RM 20
Harga seunit ( 10 x RM2.00)

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM 1197.00


JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM 556 + RM 1197 = RM 1,753.00

Disediakan oleh,

...............................................................
(MOHD TAUFIK ALANG)
Setiausaha 3K
SK Chenderiang

You might also like