You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK SELATAN

35600 SUNGKAI PERAK

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MEMASAK
KELAB / PERSATUAN 2018
SKTS

DISEDIAKAN OLEH:

M.I SUZANA BT. ISHAK


SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. PENDAHULUAN

Aktiviti Memasak merupakan aktiviti tahunan kelab dan persatuan yang disertai oleh semua
kelab dan persatuan SKTS.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan mereka
juga perlu memiliki ciri-ciri keyakinan dalam kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang
mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang
aktiviti ini. Di samping itu, semua peserta memasak perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan
dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti
kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

2. LATAR BELAKANG

Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua peserta
dapat menikmati suasana sebenar aktiviti memasak.

Dijangkakan sejumlah 80 orang peserta ( 8 pasukan) akan menyertai aktiviti memasak ini. Program
ini akan melibatkan kesemua guru Penasihat Kelab persatuan beserta kesemua Ahli Jawatankuasa
Unit. Penglibatan semua guru ini adalah bagi melancarkan segala persiapan sebelum dan selepas
aktiviti memasak supaya ianya dapat berjalan dengan jayanya.

3. RASIONAL
3.1 Aktiviti memasak yang dijalankan akan dapat menyemai semangat berpasukan, disiplin yang tinggi
dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
3.2 Tema ialah “ SAYANGI MAKANAN MALAYSIA ”.

4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang
seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek memasak.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri
setiap peserta.
5. PELAKSANAAN

5.1 TARIKH : 24 Oktober 2018 (1.20-4.20 Petang)

5.2 TEMPAT MEMASAK

Perkarangan Kantin Sekolah

6. SENARAI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Baharin B. Mohd Tahir


Timbalan Pengerusi 1 : En. Khumaini B. Md zaini
Timbalan Pengerusi 2 : Tn. Hj. Samsul Ali B. Mohd Basir
Timbalan Pengerusi 3 : Pn. Nor Maziha Bt. Md Saad

Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras : Pn. M.I. Suzana Bt. Ishak


Setiausaha : En. Mohammad Aiman Fahmi B. Abdul Hajid

Ahli-ahli Jawatankuasa:

Nama Guru
1. Persiapan tempat En. Nik Syakina Al-Arif B. Nik Daud (K)
En. Mohd Ali Hanafiah B.
En. Mohamed Sabri B. Mohamed Sarif
2.Hadiah dan sijil Pn. Nur Rafizah Bt. Mohamed Arif (K)
Cik Noor Aisyah Bt. Maad
3.Kepengadilan dan En. Muhammad Azim B. Othman (K)
Teknikal En. Sofian B. Ariffin
Pn. Rabina Bt. Din
Pn. Izathul Sahera Bt. Mustafa
Pn. Nor Azura Bt. Abu Assan
Cik Fazlina Bt. Fahim
4.Juruacara Pn. Rupizah Bt. Nik Abas
5.Disiplin dan Semua guru penasihat
Kawalan Murid
6. Dokumentasi Pn. Norzalina Bt.Mohd Yusop
Pn. Norashiqin Bt. Ismail

7. SASARAN
7.1 Kategori pemilihan peserta:
7.1.1 Peserta yang menyertai aktiviti memasak ini terdiri daripada murid Tahap 2 sahaja.

8. KONSEP PEMARKAHAN

8.1 Setiap aktiviti akan menyumbangkan mata kepada Unit masing-masing.


8.2 Pecahan mata adalah seperti berikut:
Pertama 10 mata
Kedua 7 mata
Tempat ke-3 5 mata

8.2 Bagi murid yang menyertai aktiviti ini akan direkodkan juga di dalam PAJSK.

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Set Alat Tulis (Johan) 10 X RM7.00 70.00

2 Set Alat Tulis (Naib Johan) 10 X RM6.00 60.00

3 Set Alat Tulis (tempat ketiga) 10 X RM5.00 50.00

4 Set Alat Tulis (Saguhati tempat ke5 10 X RM2.00 X 5 pasukan 100.00


hingga 8)
5 Sijil 80 x 50sen 40.00

JUMLAH 320.00

10. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar aktiviti memasak antara Kelab dan Persatuan dapat dijalankan dengan
baik dan berakhir dengan sempurna. Kerjasama daripada para guru dan semua ahli yang terlibat
amat diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Pihak Pengurusan KoKurikulum SKTS 2018.
Semoga tema ”Sayangi Makanan Malaysia”dapat direalisasikan semasa aktiviti dijalankan.

Di sediakan oleh: Di semak oleh: Di sahkan oleh:

..................................... ............................................ ................................


M.I. Suzana Bt. Ishak Khumaini B. Md Zaini Baharin B. Mohd Tahir
Setiausaha KoKrikulum PK Kokurikulum Guru Besar
Sk Trolak Selatan SK Trolak Selatan SK Trolak Selatan

You might also like