You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMA

JALAN KEMPAS, KULAI

KERTAS KERJA

PROGRAM PASCA UPSR 2019

"PERTANDINGAN MEMASAK MENU


SIHAT”

ANJURAN :

PANITIA SAINS

1
1.0 PENDAHULUAN

Panitia Sains akan menganjurkan Pertandingan Memasak Menu Yang Sihat di bawah
Program Pasca UPSR untuk mengembangkan potensi dan kendiri yang ada dalam kalangan
murid di samping memupuk semangat kerjasama murid dalam kumpulan. Program ini juga
dapat menambahkan pengetahuan dan memberikan pengalaman yang sangat berharga
kepada murid-murid. Disamping itu juga program ini dapat memupuk semangat kerjasama
di antara ahli kumpula serta menitik beratkan nilai-nilai kebersihan semasa mengendalikan
masakan.

2.0 MATLAMAT

Memenuhi masa murid-murid Tahun 6 selepas UPSR dengan aktiviti yang berfaedah dan
berinformasi. Selain itu, program-program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri
dalam kalangan murid-murid serta menitik beratkan nilai-nilai murid di antara ahli.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mencungkil bakat dan membina kreativiti murid.

3.2 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid..

3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat.

3.4 Mengetahui bahan-bahan yang akan digunakan supaya berkhasiat dengan

makanan yang dimasak.

3.5 Menitik beratkan nilai kebersihan di antara ahli kumpulan.

4.0 NAMA PROGRAM


Program Pasca UPSR 2019 - Pertandingan Memasak Menu Sihat

5.0 KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada murid-murid Tahun 6

2
6.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Tarikh : 15 Oktober 2019

Hari : Selasa

Tempat : Dewan Terbuka SK Putra Utama

Masa : 7.20 hingga 10.40 pagi

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Haji Ramli bin Ali


Guru Besar SK Putra Utama

Timbalan Pengerusi : Puan Mazlina binti Sahari


Penolong Kanan kurikulum SK Putra Utama

Setiausaha : Puan Norazlina bte Mohamed


Ketua Panitia Sains SK Putra Utama

Bendahari : Cik Sahariza bte Othman

3
8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERINGKAT SEKOLAH

Ahli Jawatankuasa

Publisiti dan Siar Raya : Encik Kamarul bin Ab Rahman

Backdrop : Cik Sahariza bte Othma

Dokumentasi : Puan Norazlina bte Mohamed

Buku Program : Puan Faridah bte Noserawee

Teknikal dan Hakim : Cik Sahariza bte Othman

En. Sufian bin Ngatemin

Persiapan tempat dan alatan : Encik Kamarul bin Ab Rahman

Sijil dan hadiah( cenderamata): Pn. Norazlina bte Mohamed

9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada murid-murid Tahun 6 secara berkumpulan.

2. Setiap kumpulan hanya disertai oleh 6 orang murid sahaja.

3. Masakan yang Bahan masakan hendaklah disediakan dari rumah.

4. Keputusan hakim adalah muktamad.

10.0 ATURCARA PROGRAM

4
26 September - Mesyuarat AJK Induk ( lantikan AJK ) ( PLC Sains)

7 Oktober - Aktiviti promosi

10 Oktober - Taklimat kepada peserta tentang syarat-syarat pertandingan

15 Oktober - Pertandingan dijalankan

11.0 KEWANGAN

Anggaran pendapatan

1. Peruntukan Panitia Sains RM 500.00

JUMLAH RM 500.00

Anggran Perbelanjaan

1. Hamper Alat Tulis


i. Tempat Pertama RM59.00 X 1 RM59.00
ii. Tempat Kedua RM56.00 X 1 RM56.00
iii. Tempat Ketiga RM49.00 X1 RM49.00
iv. Tempat Keempat RM37.34 X 9 RM336.00

hingga Keduabelas

JUMLAH
RM500.00

PENUTUP

5
Adalah diharapkan program yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan lancar
serta memberikan faedah kepada peserta . Sumbangan yang diberikan oleh semua pihak
amatlah dihargai.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................................... .......................................................

(SITI NABILA BTE ISMAIL) (NORAZLINA BTE MOHAMED )

Setiausaha Ketua Panitia

Panitia Sains Sains Sk.Putra Utama

SK Putra Utama

Diluluskan oleh,

.........................................................

( HJ RAMLI BIN ALI)

Guru Besar

SK Putra Utama

You might also like