You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM DI SUATU MASA NAN LALU


PAMERAN TEKNIK PENGAWETAN MAKANAN SEMASA ZAMAN DAHULU

1.0 NAMA PROGRAM


Program Di Suatu Masa Nan Lalu

2.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG PROGRAM


Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut sepanjang bulan Ogos sehingga
penutupan pada 16 September 2023, panitia Sains akan mengadakan satu pameran teknik
pengawetan makanan yang digunakan pada zaman dahulu semasa ketiadaan teknologi seperti
hari ini. Program ini akan memberi pendedahan dan pengetahuan baharu kepada murid-murid
terutamanya murid tahap 1. Panitia Sains mengambil kesempatan sempena Bulan
Kemerdekaan untuk mewujudkan rasa syukur dalam kalangan murid bahawa dengan
kemajuan teknologi yang ada pada hari ini, manusia dapat menikmati hidup dengan lebih
baik. Diharapkan program ini akan memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa Sains
adalah nadi kepada kehidupan.

3.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada semua murid tentang ilmu Sains yang menjadi amalan dalam
kehidupan harian kita.

4.0 OBJEKTIF

 Melahirkan murid yang berminat dengan subjek Sains.


 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan teknologi semasa
zaman sekarang berbanding semasa zaman dahulu.
 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai topik pengawetan
makanan.
 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan ilmu Sains dalam kehidupan
seharian kepada manusia.

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

1. Pameran bahan makanan yang diawet (12 reruai)


2. Dare to Try Challenge (Aktiviti merasa makanan yang diawet)
3. Kopitiam Pak Mat

6.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM


12 September 2023

7.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Sekolah Kebangsaan Tropicana

8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


PENASIHAT : PN. HAJAH MAZNAH BINTI OTHMAN
Guru Besar SK Tropicana
PENGERUSI : PN. ROSMANIAH BINTI AWANG IBRAHIM
Penolong Kanan Pentadbiran
NAIB PENGERUSI 1 : EN. ZALIZAN BIN ZAKARIA
Penolong Kanan Kokurikulum
NAIB PENGERUSI 2 : EN. MOHD SALMI BIN NASHRUDDIN
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
PENYELARAS PROGRAM : PN. MAIZATUL ARDAWIYAH BINTI ABDOL RAHMAN
Ketua Panitia Sains
SETIAUSAHA : PN. SITI ARFIFAH BINTI JAIS
BENDAHARI : PN. NOORZAIREN BINTI AZIZAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA:

PN. NOOR FAUZIATI BINTI MOHD NOOR


CIK JAYA A/P DANDAPANI
PN. NUR FARRAH ANIS BINTI FAIZUL
PN. CHEE YIT YEANG

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL. PERKARA KOS PERUNTUKAN


1. Pembentangan Terbaik :
Hadiah Johan RM50.00 PCG Sains
Hadiah Naib Johan RM40.00
Hadiah Ketiga RM30.00
JUMLAH RM120.00

10.0 PENUTUP
Kami amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan seperti yang dicita-citakan.
Semoga semua pihak yang terlibat memberikan komitmen yang sepenuhnya dan bersama-
sama menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. …………………………….
MAIZATUL ARDAWIYAH ROSMANIAH BT AWANG IBRAHIM
Ketua Panitia Sains Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Tropicana Sekolah Kebangsaan Tropicana
Tarikh : 24 Ogos 2023 Tarikh :

You might also like