You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN DADAH


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS JAYA 3
13 APRIL 2022

UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS JAYA 3

RINGKASAN EKSEKUTIF

UNIT KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA PANITIA


ORGANISASI PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL SERTA GURU SK
PENGANJUR TAMAN PERMAS JAYA 3

TAJUK KERTAS KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN


KERJA PENCEGAHAN JENAYAH DAN DADAH DI SEKOLAH

JENIS PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

TARIKH PROGRAM 13 APRIL 2022 (RABU)

LOKASI PROGRAM DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS


JAYA 3

MATLAMAT DAN I. MEMBERI KESEDARAN DAN PENGETAHUAN


PENCAPAIAN MENGENAI BAHAYANYA JENAYAH KEPADA
PROGRAM MURID.
II. MEMBERI KESEDARAN DAN PENGETAHUAN
MENGENAI DADAH KEPADA MURID
III. MEMBANTU MURID MEMILIH RAKAN YANG
BETUL

KUMPULAN SEMUA MURID TAHAP 2


SASARAN SEMUA GURU
KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN DADAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS JAYA 3

1.0 PENGENALAN

Program  Pendidikan Pencegahan Jenayah dan Dadah adalah satu


bentuk pendidikan awal kepada murid untuk menghindarkan diri daripada terlibat
dalam penagihan dadah dan terjebak dalam masalah sosial. Berdasarkan sinario
semasa, ramai anak muda yang terlibat dalam penagihan dadah. Kebanyakan
jenayah dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah di
kalangan mereka yang tidak mendapat didikan awal berkaitan dengan
bahayanya penyalahgunaan dadah. Pendedahan dan kesedaran awal dalam
pencegahan dadah ini adalah sangat penting, memandangkan murid di sekolah
rendah adalah golongan yang paling sesuai.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan


dan kelulusan daripada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Permas
Jaya 3 untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Jenayah dan
Dadah. Program ini dilaksanakan bagi memantapkan pengetahuan dan
kesedaran semua murid SK Taman Permas Jaya 3

3.0 RASIONAL/ ASAS PERTIMBANGAN


I. Tahap pengetahuan murid terhadap bahaya dadah dan jenayah masih
rendah.
II. Program ini juga dapat membantu murid-murid dalam mengenali dadah dan
jenayah yang sering berlaku.
III. Program ini dapat memberi kesedaran dan ilmu kepada murid, terutamanya
murid buta mengenai bahayanya dadah dan jenayah.
3.0 MATLAMAT

Program Pendidikan Pencegahan Jenayah dan Dadah ini memberi


kesedaran awal kepada murid-murid di sekolah ini berkaitan dengan bahayanya
penggunaan dadah. Di samping itu, dapat membantu murid memilih rakan yang
betul dan membantu rakan-rakan mereka yang mempunyai masalah sosial. Di
akhir Program Pendidikan Pencegahan Jenayah dan Dadah ini nanti, murid-
murid dapat mengenalpasti bahayanya bahayanya dadah, cara-cara
menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah dan jenayah.
Program ini juga memberi kesedaran kepada murid tentang kesan-kesan jika
terlibat dalam penagihan dadah atau jenayah dan mendapat input berkaitan
dengan masalah sosial semasa.

4.0 OBJEKTIF
I. Memberi kesedaran awal kepada murid-murid di sekolah ini berkaitan dengan
bahayanya penagihan dadah
II. Memberi input berkaitan dengan masalah sosial semasa
III. Membantu murid-murid mengenalpasti cara-cara menghindarkan diri daripada
terlibat dalam penagihan dadah dan jenayah.

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Pelaksanaan
Berikut merupakan butiran pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan
Dadah dan Jenayah

Tarikh : 13 April 2022

Tempat : Dewan SK Taman Permas Jaya 3

6.0 SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Sila rujuk Lampiran 1


8.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Perasmian

8.00 pagi : Taklimat daripada Penyelaras Program

8.15 pagi : Tayangan dan Ceramah Pencegahan Dadah Dan Jenayah oleh

Sarjan Anuar Bin Mat Taib (PPS SK Taman Permas Jaya 3)

9.30 pagi : Perasmian Penutupan

9.0 IMPAK KEWANGAN / BELANJAWAN PROGRAM

Bergantung kepada keperluan program serta aktiviti yang dijalankan.


Jika perlu, peruntukan PCG Panitia Pendidikan Islam dan Moral digunakan.

9.1 SUMBER KEWANGAN

Bimbingan dan Kaunseling

9.2 PERBELANJAAN

IMPAK KEWANGAN / BELANJAWAN PROGRAM

AKTIVITI BAJET
Tayangan dan Ceramah RM 100.00
Pencegahan Dadah dan Jenayah
- Penceramah

- Sijil
Jumlah Keseluruhan RM 100.00

10.0 IMPLIKASI

I. Memohon kebenaran pihak sekolah untuk melaksanakan program di


sekolah
II. Memohon kebenaran untuk menggunakan masa PdP
10.1 SYOR/PENUTUP

Majlis mesyuarat Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 3, diharap


dapat memberi pertimbangan dan kelulusan terhadap pelaksanaan Program
Pendidikan Pencegahan Jenayah dan Dadah bagi semua murid SK Taman
Permas Jaya 3 di bawah anjuran Unit Kokurikulum. Kerjasama daripada
pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan, terima kasih

Di sediakan oleh Di semak oleh, Diluluskan oleh,

____________________ ____________________ ______________


(NATRAH BINTI NOORDIN) (NORAIHAN BINTI JAHURI) (MOHD RIZAL BIN RAHMAN)
Penyelaras Kelab Rukun PK Kokurikulum, Guru Besar,
Negara Dan Didik Bestari, SK Taman Permas Jaya 3 SK Taman Permas Jaya 3
SK Taman Permas Jaya 3
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN JENAYAH

SK TAMAN PERMAS JAYA 3

Pengerusi : Encik Mohd Rizal Bin Rahman


(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Puan Noraihan Binti Jahuri
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Puan Siti Kalthom Binti Salikin
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Puan Faezah Binti Sadik
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Program : Puan Natrah binti Noordin
Setiausaha : Cik Fasihah binti Mat Daud
Dokumentasi : Encik Sharon Nazim Bin Ghulam Mohamed
Pamplet : Cik Nur Fahimah Binti Patlillah
Persiapan Tempat : Encik Mohd Asrul Affendi Bin Bidin
Dan PA sistem Encik Naim bin Abdullah

Tugas-Tugas Khas
Kawalan murid : Puan Eliyana Binti Amat Ismail
Puan Nurul Hidayatul Akmar Binti Che Omar
Cik Prema A/P Raja Mogan
Cenderahati : Cik Khairunisa Suhaili Binti Kamsany
Pengacara Majlis : Cik Siti Najwani Bte Abd Rahim
SK TAMAN PERMAS JAYA 3,

MASAI, JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN
JENAYAH DAN DADAH
SK TAMAN PERMAS JAYA 3
TAHUN 2022

TARIKH:

13 APRIL 2022

ANJURAN BERSAMA:
UNIT HAL EHWAL MURID
SK TAMAN PERMAS JAYA 3

You might also like