You are on page 1of 22

SEKOLAH PENDIDIKAN

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


TUGASAN MPPE 1313
___________________________________________________________________________

LAPORAN KAJIAN LAPANGAN

KOD KURSUS : MPPE 1313


KURSUS : MOTIVATION THEORIES
PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN PSIKOLOGI)
PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR

AHLI KUMPULAN

1. KUMARAN A/L PERUMAL MPP191088


2. MAHAIDA BINTI DAHURI MPP191081
3. MUNAUWARATUNNADHIRAH BINTI MOHD NAZAL MPP191120
4. NAZIHAH IRYANI BINTI AZADDIN MPP191018
5. NOR AZILA BINTI ISA MPP191080
6. PARVATHY A/P LOGANATHAN MPP191086
7. SIVASANTHNI A/P RAMACHANDRAN MPP191089
8. VIJAYA NIRMALAH A/P M KANNIAH MPP191094

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI 2019 / 2020

i
PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya kami berjaya
menyelesaikan tugasan kajian lapangan bagi kursus MPPE 1313: Motivation Theories untuk
Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Psikologi), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Univerisiti Teknologi Malaysia untuk Semester 1 Tahun 2019.

Terima kasih terutamanya kepada Prof. Madya Dr. Zainudin bin Abu Bakar selaku tenaga
pengajar bagi kursus ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami
dalam memahami Teori Motivasi secara khususnya. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan
Prof. Zainudin amat berharga buat kami yang masih dahagakan ilmu.

Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang, Johor,
Encik Hanuar bin Misron yang telah memberi kebenaran kepada kumpulan kami untuk
melaksanakan kajian lapangan ini. Penghargaan ini juga turut kami rakamkan kepada guru
pembimbing prasekolah, Cikgu Rosmintan binti Jahuri yang sudi memberi komitmen tinggi
dalam membantu melancarkan tugasan kajian lapangan daripada kumpulan kami. Terima
kasih juga kepada murid-murid kelas Pra Intan dan semua individu yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu memberi pandangan dan buah fikiran
sepanjang proses menyediakan laporan tugasan kajian lapangan ini.

Akhir kata, semoga rangkaian kerjasama yang wujud ini terus terjalin serta kita dapat saling
bertukar informasi dan idea dalam melancarkan tugasan yang berkaitan pada masa-masa akan
datang.

i
ABSTRAK

Kajian lapangan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti serta memahami
faktor atau punca yang menyebabkan murid-murid itu menonjolkan tingkah laku mereka
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar dilakukan di sebuah kelas prasekolah.
Seramai 22 orang responden dari kalangan murid-murid kelas Pra Intan, Sekolah Kebangsaan
Batu 3, Kluang, Johor telah terlibat dalam kajian lapangan ini. Kajian telah dijalankan pada
23 Oktober 2019 (Rabu) jam 9.00 pagi dengan menggunakan beberapa metodologi kajian
berbentuk kualitatif seperti pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Sesi kajian selama 1 jam
ini telah dibantu oleh guru pembimbing, Cikgu Rosmintan binti Jahuri. Kajian lapangan ini
turut memberi fokus kepada tiga kategori tingkah laku murid-,murid Pra Intan iaitu murid
aktif, murid sederhana dan murid pasif.

Daripada pemerhatian yang dilaksanakan, kajian akan turut membincangkan hubung


kait di antara tingkah laku yang ditonjolkan dengan teori motivasi yang pernah dibangunkan
dalam bidang kajian psikologi mahupun pengurusan sebelum ini. Hubung kait ini dibuat bagi
mendapatkan penilaian yang jelas sama ada teori tersebut menyokong atau bercanggah
dengan tingkah laku yang dikeluarkan oleh murid-murid dalam setiap kategori yang
dikhususkan.

Kumpulan penyelidik yang terlibat dalam kajian dan penyelidikan ini adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar kursus MPPE 1313 Theories of Motivation di bawah Sekolah
Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Kebenaran untuk menjalankan penyelidikan dan pemerhatian ini telah diberikan oleh Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang, Johor, Encik Hanuar bin Misron pada 22 Oktober
2019 (Selasa). Sebagai maklumat tambahan, Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang ini terletak
lebih kurang 4.1 km jaraknya dari pusat bandar Kluang dan terdapat beberapa sekolah lain di
sekitarnya iaitu Sekolah Menengah Tengku Aris Bendahara dan Sekolah Menengah Sultan
Abdul Jalil, Kluang.

ii
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ISI KANDUNGAN iii
1.0 PENGENALAN 1
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 2
3.0 ASAS TEORI 4
4.0 METODOLOGI 6
5.0 ANALISIS 10
6.0 PERBINCANGAN 11
7.0 KESIMPULAN 15
RUJUKAN 17
APENDIKS

iii
1.0 PENGENALAN

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan sebuah aktiviti penting untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi kerohanian, jasmani, emosi, keilmuan dan
sosial. Proses ini perlu diselia dan dipantau oleh pihak pengurusan sekolah bagi memastikan
kualiti PdP ini sentiasa dipertingkatkan. Sesungguhnya guru memainkan peranan yang
penting dalam proses PdP bagi memastikan proses tersebut boleh mencapai matlamat yang
ditetapkan. Ini termasuklah aktiviti penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM),
mengendalikan set induksi, penerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK),
kemahiran menyoal serta pengendalian kelas secara keseluruhan. Hal ini adalah bertujuan
untuk membimbing murid-murid serta memberi galakan motivasi supaya mereka berminat
untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam masa yang sama, mereka dapat
menguasai serta meningkatkan kemahiran yang diperlukan.

Menyentuh tentang proses pembelajaran pula, ia merupakan aktiviti yang berterusan atau
disebut “life long learning” di dalam kehidupan seseorang individu itu. Ia berlaku secara
formal seperti di sekolah melalui aktiviti membaca dan menulis, dan turut berlaku secara
tidak formal semasa berada bersama keluarga, rakan dan juga pengalaman yang diperoleh
dalam kehidupan persekitarannya. Pembelajaran dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku
seseorang melalui pengalaman yang dilaluinya.

Menurut Fischer dan Fischer (1979), mereka menyatakan bahawa gaya pengajaran guru
adalah berdasarkan enam aspek perlakuan iaitu berorientasikan tugas (guru menentukan
bahan pengajaran), berorientasikan kerjasama (guru merancang kaedah dan matlamat
pengajaran bersama murid), berorientasikan murid (guru menyediakan struktur bagi
membantu murid mempelajarai perkara-perkara yang diminati), berorientasikan mata
pelajaran (guru memberi fokus sepenuhnya kepada isi kandungan mata pelajaran) dan
berorientasikan pembelajaran (guru peka kepada kemampuan dan keperluan murid serta
kehendak kurikulum dan bahan pengajaran).

Setiap gaya pengajaran ini sebenarnya boleh mempengaruhi minat murid untuk belajar
kerana mereka mempunyai gaya pembelajaran tersendiri yang akan mempengaruhi cara
mereka berfikir, bertingkah laku, belajar dan memproses maklumat. Pilihan modaliti
pembelajaran juga merupakan salah satu elemen utama dalam gaya pembelajaran murid.

1
Modaliti yang dimaksudkan adalah rangkaian deria (sensory channels) yang membolehkan
seseorang pelajar itu belajar serta memproses maklumat dengan mudah. Sememangnya
terdapat pelbagai gaya pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasi dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walaupun ada kekurangan dan kelebihan yang perlu
diambil kira tetapi memahami teknik dan kaedah yang wujud ini boleh membantu tenaga
pengajar untuk merangsang motivasi murid-murid serta memberi galakan kepada mereka
supaya meminati subjek yang ingin diajarkan. Dalam masa yang sama, penghayatan kepada
teori-teori motivasi yang pernah dibangunkan oleh para psikologis juga dapat memberi
panduan kepada guru-guru untuk memahami tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-
murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara cekap dan
berkesan. Teori-teori motivasi seperti Teori Hierarki Keperluan Maslow, Teori Keperluan
McClelland, Teori Pengukuhan, Teori X dan Y dan banyak lagi merupakan antara teori yang
terkenal dan masih relevan untuk disesuaikan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran
bagi merangsang motivasi murid-murid di sekolah pada masa kini.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), guru-guru seharusnya mempunyai


kemahiran yang tinggi untuk menarik minat murid dalam sesi pembelajaran. Kemahiran ini
penting bagi mengesan tingkah laku yang dikeluarkan oleh murid-murid untuk mengenal
pasti sama ada proses penyampaian maklumat tersebut mencapai matlamat yang berkesan
atau sebaliknya. Berkemungkinan tingkah laku yang dikeluarkan oleh murid-murid ini
mempunyai kaitan dengan kekurangan dari aspek memenuhi keperluan semula jadi mereka.
Menurut Zeynep dan Mert (2014), Abraham Maslow telah memperkenalkan teori keperluan
yang menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai tingkat keperluan yang harus dipenuhi
sebelum mencapai tingkat keperluan yang lain. Terdapat tiga kateogori ganjaran yang harus
diberikan iaitu (1) tahap tertinggi seperti penghormatan sosial, penghargaan, anugerah
berprestij, pujian sosial untuk mendapat nama baik dan seumpamanya, (2) tahap kedua iaitu
keperluan terhadap penghormatan diri dan (3) tahap ketiga iaitu memenuhi keperluan di
peringkat sosial sehingga fisiologi.

Menurut Tischler (1999), sekiranya tingkat-tingkat keperluan ini tidak dipenuhi, ia akan
menjejaskan motivasi seseorang individu itu untuk meningkatkan tahap kehidupan.

2
Sebagaimana golongan pekerja, keperluan yang tidak dipenuhi dalam kalangan murid-murid
juga boleh menjadi faktor kepada rasa kurang minat untuk menyertai sebarang program dan
aktiviti pembelajaran yang berfaedah khusus untuk diri mereka sendiri. Menurut Hoffman
(1988) pula, beliau percaya bahawa teori keperluan Maslow ini menjadi penyumbang kepada
tahap pembangunan pengetahuan dan penyelidikan dalam bidang tingkah laku seperti
pembangunan kendiri, kreativiti dan sebagainya. Mk

Sungguhpun terdapat banyak kajian yang menyokong kepada sumbangan teori keperluan
Maslow ini, tetapi dunia globalisasi abad ke-21 telah menjadi sebuah cabaran besar kepada
bidang pendidikan dalam memastikan proses PdP berlangsung dalam suasana yang berkesan
khususnya bagi mewujudkan tenaga pengajar dan murid-murid yang mencapai tahap modal
insan berkualiti tinggi. Di antara transformasi yang wajar dilakukan adalah peningkatan
dalam kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan kreativiti (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2015).

Berdasarkan Pelan Pembangunan Transformasi Pendidikan 2013-2025, profesion keguruan


juga telah dimartabatkan dengan memberikan penumpuan terhadap program dan aktiviti bagi
memantapkan kualiti PdP. Tumpuan tersebut adalah terhadap aspek pedagogi abad ke-21
yang berteraskan motivasi pelajar dalam menguasai sesuatu pembelajaran. Oleh yang
demikian, amalan pedagogi abad ke-21 yang mencakupi penggunaan ICT, pentaksiran,
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), pembelajaran secara kolaboratif dan pembelajaran
berasaskan projek juga perlu diberi perhatian.

Bagi merealisasikan pelan ini, guru-guru perlu mengambil berat terhadap isu latar belakang
murid-murid, kebolehan dan kemahiran yang mereka miliki bagi mengenal pasti faktor yang
menjadi penyumbang kepada tingkah laku aktif, sederhana atau pasif yang ditunjukkan
sepanjang sesi PdP berlangsung. Dalam erti kata yang lain, motivasi seseorang murid itu
mungkin tidak hanya dilihat berdasarkan aspek dalam memenuhi tahap keperluan fisiologi
atau sosiologi mereka semata-mata tetapi mungkin perlu meninjau lain-lain faktor eksintrik
yang berkaitan bagi melihat hubung kait di antara tingkah laku murid-murid dengan faktor
yang mendorong mereka mengeluarkan sesuatu tingkah laku tersebut.

3.0 ASAS TEORI

3
Di antara teori motivasi klasik yang masih menjadi rujukan dan perdebatan sehingga ke hari
ini ialah Teori Hierarki Keperluan Maslow. Abraham Maslow atau nama sebenarnya
Abrakham Harold Maslow telah dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York
merupakan anak pertama daripada tujuh orang adik beradik. Beliau merupakan seorang tokoh
humanistik yang menghubung kaitkan motivasi intrinsik dengan pembelajaran individu
dalam Teori Hierarki Keperluan tersebut. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan
artikel berkaitan emosi, perasaan terhadap kesihatan dirinya dan pandangannya terhadap
insan lain. Abraham Maslow telah menghabiskan usia tuanya di California sehinga 8 Jun
1970 dan meninggal dunia akibat komplikasi dan serangan jantung.

Menurut Maslow, keperluan merupakan kehendak manusia dalam usaha untuk


menyempurnakan keadaan yang kurang dan tidak seimbang dalam diri seseorang individu itu.
Keperluan manusia pula boleh diklasifikasikan di bawah keperluan premier (fisiologi) dan
keperluan sekunder (psikologi) yang mana individu akan memenuhi keperluan asasnya
terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Maslow juga menganggap motivasi
sebagai sesuatu hal yang kompleks melalui tingkah laku luaran yang ditunjukkan oleh
manusia. Beliau menganggap individu akan terus bermotivasi untuk mencapai sesuatu
matlamat yang dianggap sebagai keperluan yang harus dipenuhi tanpa mengambil kira
budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow
boleh dilihat dalam Model Hierarki Keperluan seperti dibawah:

Diagram 1: Model Hierarki Keperluan Maslow

A. Keperluan Fisiologi (Physiological Needs)

4
Pada peringkat fisiologi ini seorang individu itu memerlukan keperluan asas dalam
kehidupan seperti makanan, minuman, tempat tinggal, air, udara, pakaian dan
sebagainya. Keperluan ini bersifat biologikal dan perlu dipenuhi oleh setiap individu
untuk mencapai tahap keperluan seterusnya.

B. Keperluan Keselamatan (Safety Needs)

Setelah keperluan fisiologi tersebut dicapai, manusia mula berhasrat untuk mencapai
keperluan keselamatan dan keselesaaan dalam kehidupan. Mereka menginginkan
kestabilan kerja, mempunyai tempat tinggal, mendapat perlindungan masyarakat,
memiliki kesihatan tubuh badan yang baik, dilindungi akta dan perundangan serta
bebas daripada ancaman luar mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat
diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka.

C. Keperluan Sosial (Social Needs)

Keperluan sosial amat diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan keselamatan
dipenuhi. Apabila kanak-kanak berasa selamat dalam persekitarannya, mereka
memerlukan hubungan kasih sayang dan komunikasi yang baik bersama ibu bapa,
sanak saudara dan kenalan mereka. Pada peringkat remaja, keperluan sosial ini perlu
dipenuhi melalui rasa penerimaan oleh sahabat dan rakan sebaya. Sekiranya berlaku
perubahan tempat tinggal, sekolah atau tempat kerja, keadaan ini boleh menimbulkan
konflik dalaman diri kerana manusia perlu menjalani proses penyesuaian semula
dengan komuniti dan persekitaran baharu.

D. Keperluan Penghargaan Kendiri (Esteem Needs)

Keperluan penghargaan kendiri merupakan keperluan untuk mendapatkan


pengiktirafan, penghormatan, rasa disanjungi, ingin dikenali dan mendapat kejayaan
dalam konteks hubungan sosial. Sekiranya keperluan ini tidak dicapai, mereka akan
berasa kurang motivasi, putus asa dan mudah menyerah kalah. Dalam masa yang
sama, mereka terlalu bergantung dengan bantuan orang lain, berasa rendah diri, takut,
tidak bertenaga, bimbang dikritik dan cenderung melihat kelemahan diri sendiri.

E. Keperluan Kesempurnaan Kendiri (Self-Actualization)

5
Keperluan kesempurnaan kendiri ini muncul di peringkat selepas pertengahan umur
manusia. Keperluan ini dianggap sebagai keperluan untuk manusia berkembang dan
bertumbuh (growth). Keadaan ini wujud apabila manusia berasa gembira, tenang dan
dapat mencapai kepuasan diri tanpa melibatkan dorongan daripada sesiapa. Perasaan
itu lahir daripada dalaman diri. Di peringkat ini, manusia mula menyedari tujuan
sebenar hidup mereka dan bertindak melakukan sebarang aktiviti yang boleh
mencabar daya potensi mereka demi memenuhi kepuasan diri sendiri tanpa
mengharapkan sebarang pengiktirafan lagi.

Model Hierarki Keperluan Maslow ini telah digambarkan dalam bentuk piramid kerana
Abraham Maslow menganggap keperluan yang lebih rendah dalam hierarki piramid tersebut
merupakan keperluan dominan bagi setiap manusia dan perlu dipenuhi sebelum individu
dapat memenuhi tingkat keperluan yang lebih tinggi dan lebih sukar untuk dicapai. Puncak
piramid itu juga digambarkan sebagai tahap keperluan manusia yang tertinggi dalam usaha
menuju kemuncak status kehidupan manusia yang cemerlang secara keseluruhannya.

Bertitik tolak dari konsep yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow ini, sebuah kajian bagi
melihat hubung kait di antara faktor keperluan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid-murid di sebuah sekolah telah dijalankan.

4.0 METODOLOGI

Kajian lapangan ini dibuat bagi mengenal pasti adakah tingkah laku yang dikeluarkan oleh
murid-murid kategori aktif, sederhana dan pasif semasa sesi PdP berpunca daripada faktor
keperluan fisiologi, keselamatan dan sosial yang telah dipenuhi atau sebaliknya mengikut
Teori Hierarki Keperluan Maslow. Kajian ini telah melibatkan 22 responden daripada
populasi murid-murid prasekolah di dalam kelas Pra Intan, SK Batu 3, Kluang dengan
pecahan 11 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Memandangkan kajian ini
melibatkan populasi murid-murid prasekolah, maka kumpulan penyelidik tidak memberi
tumpuan kepada tahap keperluan tertinggi iaitu Keperluan Penghargaan Kendiri (Esteem
Needs) dan Keperluan Kesempurnaan Kendiri (Self-Actualization).

Beberapa perancangan awal telah diatur oleh kumpulan penyelidik bagi memastikan kajian
yang ingin dilakukan berjaya mencapai objektif yang dibangunkan. Setelah topik kajian
dikenalpasti, kumpulan penyelidik yang terdiri daripada 8 orang ahli ini merancang untuk
mendapatkan maklumat daripada responden melalui kaedah pemerhatian, borang soal
selidik dan temu bual. Enam orang penyelidik telah dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi

6
mengenal pasti kategori kumpulan (1) murid aktif, (2) murid sederhana dan (3) murid pasif.
Dua penyelidik yang lain telah ditetapkan untuk melakukan kerja-kerja rakaman video dan
penyediaan laporan. Setelah borang pemerhatian dan borang soal selidik disediakan,
kumpulan penyelidik mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk melaksanakan
kajian lapangan di lokasi tersebut.

Pemerhatian

Kajian yang dilaksanakan selama 1 jam (9.00 pagi hingga 10.00 pagi) ini melibatkan
kerjasama guru pembimbing, Cikgu Rosmintan bin Jahuri. Beliau telah merancang dan
menyediakan beberapa aktiviti PdP kepada murid-murid kelas Pra Intan yang bertemakan
makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat. Pada awal sesi pembelajaran, Cikgu Rosmintan
telah menampal sebuah carta bergambar berkaitan makanan. Beliau kemudiannya menyebut
setiap nama makanan yang tertera sambil disahut oleh murid-murid Pra Intan, “Nasi, ayam,
daging, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, telur, biskut, roti, mentega, mi dan bijirin.”

Semasa murid-murid diminta untuk menyebut kesemua nama makanan tersebut dengan
lantang, kumpulan penyelidik cuba mengenal pasti murid-murid yang memberi respon aktif,
sederhana dan pasif sepanjang sesi pertama itu berlangsung. Tingkah laku yang dikeluarkan
murid dicatat dalam borang pemerhatian. Aktiviti pembelajaran kemudiannya diteruskan
dengan permainan bola beracun. Cikgu Rosmintan telah memainkan lagu “Make A Circle
Big And Big” bersama sebiji bola. Semasa aktiviti kedua ini dijalankan, murid-murid yang
telah dikenal pasti untuk menjadi sampel kajian menunjukkan tingkah laku aktif, sederhana
dan pasif yang semakin ketara.

Kemudian, sebuah lembaran kerja bertajuk “Let’s Sort This Out” juga telah digunakan
sebagai bahan pembelajaran untuk murid-murid mewarna, menggunting dan menampal di
bawah kategori makanan berkhasiat atau tidak berkhasiat. Hasil kerja murid dibawah kategori

aktif, sederhana dan pasif ini turut dicatat dalam borang pemerhatian yang disediakan. Secara
keseluruhannya, setiap tingkah laku murid yang telah dikenal pasti mengeluarkan tindak
balas mengikut tiga kategori tersebut telah dicatat dalam borang pemerhatian mengikut
selang waktu tertentu seperti contoh jadual berikut:

MASA AKTIVITI TINGKAH LAKU


9.05 pagi – 9.15 pagi Klasifikasi makanan berkhasiat / Jawab dengan suara lantang dan
tidak berkhasiat yakin.

9.15 pagi – 9.20 pagi Menyanyikan lagu “Make A Menyanyikan lagu dengan
Circle Big and Big”

7
gembira.

9.20 pagi -9.30 pagi Permainan Bola Beracun Menghantar bola dengan aktif
dan laju.

9.30 pagi – 9.55 pagi Mewarna Sangat minat mewarna. Hasil


kerja kemas dan cantik.

9.30 pagi – 9.55 pagi Menggunting Gunting dengan kemas dan


bantu murid lain menggunting.

9.30 pagi – 9.55 pagi Menampal mengikut kategori Menampal gambar dengan
yang betul kemas dalam kotak yang telah
disediakan.

Jadual 1: Catatan pemerhatian terhadap tingkah laku murid E dibawah kategori aktif.

Borang Soal Selidik

Kumpulan penyelidik telah membuat saringan daripada populasi murid-murid Pra Intan
dengan mengambil 6 sampel murid untuk ditemu bual. Kaedah pensampelan bukan
kebarangkalian (secara tidak rawak) ini mempunyai kriteria murid-murid aktif, sederhana dan
pasif. Borang soal selidik yang digunakan bertujuan untuk mengenal pasti faktor pencetus
yang mendorong murid-murid mengeluarkan sesuatu tingkah laku. Dalam masa yang sama,
ia digunakan untuk mengumpul data kerana maklum balas yang diperoleh adalah berhubung
terus dengan murid-murid kelas Pra Intan, SK Batu 3, Kluang.

Pengumpulan data melalui borang soal selidik ini adalah berdasarkan tiga objektif iaitu (1)
mengenal pasti faktor pengambilan sarapan terhadap keperluan fisiologi responden yang
menyebabkan murid mengeluarkan sesuatu tingkah laku, (2) mengenal pasti faktor keperluan
keselamatan yang menyebabkan murid mengeluarkan sesuatu tingkah laku dan (3) mengenal
pasti faktor keperluan sosial yang menyebabkan murid mengeluarkan sesuatu tingkah laku.

Terdapat 12 soalan yang telah dibina dalam borang soal selidik yang digunakan untuk kajian
lapangan ini (Rujuk Apendiks A). Soalan seperti, “Sudah makan?” menjadi kayu ukur bagi
kumpulan penyelidik untuk mendapatkan maklumat daripada responden sama ada keperluan
fisiologi mereka seperti makanan telah dipenuhi atau tidak. Responden juga turut ditanya,
“Siapa hantar ke sekolah?” untuk menilai sama ada keperluan keselamatan murid-murid ini
telah dipenuhi atau tidak. Manakala soalan “Makan dengan siapa? Berapa bilangan adik
beradik? Sayang adik beradik? Sayang cikgu?” menjadi tafsiran bagi kumpulan penyelidik

8
untuk melihat sama ada responden mempunyai hubungan interaksi sosial yang baik dengan
keluarga dan guru di sekolah.

Kesemua soalan ini dibina bagi mendapatkan maklum balas mengenai faktor yang
mempengaruhi murid-murid tersebut mengeluarkan sesuatu tingkah laku semasa sesi PdP
dijalankan di dalam kelas. Keperluan fisiologi, keselamatan, sosial dan lain-lain ini
merupakan faktor yang dicadangkan oleh Abraham Maslow dalam teori motivasinya bagi
menilai tahap keperluan manusia yang telah dipenuhi sebelum manusia terdorong untuk
memenuhi tahap keperluan yang lain. Borang soal selidik tersebut telah dianalisis secara
inferensi dengan mengambil data daripada sampel untuk dibuat generalisasi atau kesimpulan
tentang hubung kait di antara dua pemboleh ubah tersebut. Borang soal selidik ini juga telah
ditadbir secara temu bual (bukan dilengkapkan oleh responden) kerana murid-murid
prasekolah belum mempunyai kemahiran yang baik untuk menjawab soalan dalam bentuk
soal selidik.

Temu bual

Kaedah temu bual juga merupakan metodologi yang digunakan oleh kumpulan penyelidik
untuk mendapatkan respon daripada 6 sampel dari populasi yang dipilih. Soalan-soalan temu
bual ini turut diajukan berdasarkan soalan yang telah dirangka dalam borang soal selidik.
Memandangkan terdapat murid-murid yang pasif atau pemalu, kumpulan penyelidik telah
menggunakan beberapa gaya soalan yang ramah dan santai bagi menarik minat murid-murid
untuk ditemu bual. Soalan seperti, “Suka tengok cerita Upin & Ipin?” “Suka Spider Man?”
telah menimbulkan rasa sedikit selesa mereka untuk berbual dengan kumpulan penyelidik
yang tidak pernah mereka kenali. Kesemua maklumat yang diterima dicatat dalam borang
pemerhatian, borang soal selidik dan catatan temu bual.

Bermaksud, satu sampel murid akan ada 3 catatan iaitu dalam borang pemerhatian, borang
soal selidik dan temu bual. Tepat jam 10.00 pagi, kesemua aktiviti pembelajaran
ditangguhkan dan murid-murid Pra Intan dikehendaki bersiap sedia untuk sesi makan dan
berehat selama 30 minit.

5.0 ANALISIS

Melalui catatan pemerhatian, soal selidik dan temu bual yang dilakukan ke atas keenam-enam
sampel murid A, B, C, D, E dan F, didapati bahawa Murid A dan Murid B merupakan
kategori murid pasif. Semasa sesi PdP dilakukan, Murid A dan Murid B memberikan respon

9
yang kurang memberangsangkan kerana mereka hanya menggerakkan bibir tanpa
mengeluarkan suara apabila diminta untuk menyebut nama makanan secara lantang.
Manakala dalam aktiviti yang lain pula mereka hanya berdiam diri apabila Cikgu Rosmintan
bertanya soalan. Setiap gerak geri yang mereka lakukan juga menunjukkan reaksi kurang
yakin dan perlahan. Kedua-dua murid ini kurang bersosial di dalam kelas dan hanya
berinteraksi sesama sendiri sahaja. Hasil lembaran kerja mewarna dan menampal juga kurang
menarik. Semasa sesi temu bual dilakukan, mereka kurang memberikan kerjasama kerana
cenderung untuk berdiam diri sewaktu soalan diajukan. Penyelidik terpaksa menggalakkan
interaksi dalam kaedah santai dan ramah seperti “Adik suka aiskrim?” untuk mengurangkan
rasa gelisah mereka bagi mendapatkan respon yang diharapkan. Jawapan daripada borang
soal selidik dan temu bual itu juga mendapati murid-murid kategori pasif ini telah menikmati
sarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran. Mereka juga telah dihantar ke sekolah oleh
ibu bapa masing-masing serta mempunyai jumlah adik beradik yang ramai dalam keluarga
tersebut. Interaksi sosial bagi murid A dan B dengan ahli keluarga mereka dikatakan baik
kerana mereka rapat di antara satu sama lain.

Murid C dan D pula dikategorikan sebagai murid sederhana. Melalui pemerhatian yang
dilakukan, murid-murid ini dapat mengikuti arahan yang diberikan oleh guru serta boleh
menunjukkan minat yang menggalakkan terhadap sesi PdP. Mereka suka memberi respon
kepada soalan-soalan yang diajukan oleh guru. Merujuk kepada analisis borang soal selidik
dan temu bual itu juga, Murid C dan D telahpun bersarapan sebelum ke sekolah. Mereka
dihantar ke sekolah oleh ibu bapa masing-masing. Mereka juga mempunyai bilangan adik
beradik yang ramai dan mengakui sayang ibu ayah dan adik beradik yang lain.

Kedua-dua murid C dan D ini mempunyai cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi pengawai
polis. Mereka juga suka belajar kerana suasana sekolah yang menceriakan dan berasa seronok
dengan penampilan serta persembahan Cikgu Rosmintan dalam sesi PdP.

Murid E dan F pula dikategorikan sebagai murid aktif. Melalui pemerhatian yang dilakukan
semasa kajian lapangan, murid-murid ini dapat memahami dan mengikuti sepenuhnya arahan
yang diberikan oleh guru serta menunjukkan minat yang tinggi dalam pelajaran. Mereka
sangat aktif dan cepat dalam memberikan respon kepada soalan-soalan yang diajukan oleh
Cikgu Rosmintan. Contohnya semasa permainan Bola Beracun, mereka menghantar bola
dengan cepat kerana memahami konsep ‘Bola Beracun” itu. Murid-murid E dan F ini juga

10
berlumba-lumba melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang disediakan oleh Cikgu Rosmintan.
Hasil kerja mewarna, menggunting dan menampal mereka juga amat cantik dan kemas.
Merujuk kepada analisis soal selidik dan temu bual yang dilakukan, kedua-dua murid E dan F
ini juga telah bersarapan sebelum ke hadir sekolah. Mereka turut dihantar ke sekolah oleh ibu
bapa masing-masing. Mereka menunjukkan tingkah laku yang ceria dan aktif sepanjang
berada di dalam kelas kerana dilihat selesa dan seronok bergaul dengan rakan-rakan yang
ada. Mereka juga kerap berinteraksi dengan Cikgu Rosmintan sekiranya tidak memahami
sebarang arahan atau ingin meminta sesuatu. Mereka turut mengatakan sayang dan suka
kepada Cikgu Rosmintan.

Keseluruhan analisis ini menunjukkan bahawa murid-murid dalam kategori aktif, sederhana
dan pasif telah menikmati sarapan sebelum sesi pembelajaran bermula, kesemuanya telah
dihantar ke sekolah oleh ibu bapa masing-masing serta mempunyai hubungan sosial dan
interaksi yang baik di rumah. Cuma murid-murid kategori pasif sahaja yang kurang
menzahirkan respon aktif semasa sesi pembelajaran berlangsung dan kurang mempunyai
interaksi sosial semasa di dalam kelas.

6.0 PERBINCANGAN

Daripada penemuan dan analisis yang dibuat ke atas kajian lapangan ini, didapati bahawa
tingkah laku yang dikeluarkan oleh murid-murid kategori aktif dan sederhana (C, D, E dan F)
adalah memberangsangkan kerana mereka menunjukkan minat yang mendalam semasa sesi
PdP dikendalikan oleh Cikgu Rosmintan. Murid-murid C, D, E dan F ini boleh dikategorikan
sebagai murid yang bermotivasi kerana boleh mendengar dan memberi perhatian kepada PdP

yang sedang berlangsung. Mereka aktif semasa dalam proses PdP mahupun selepas aktiviti
tamat dijalankan. Mereka mudah bertindak dan bersedia menerima arahan Cikgu Rosmintan.
Murid-murid ini juga boleh berdikari dan membantu rakan-rakan lain sekiranya mereka
memerlukan bantuan. Dalam masa yang sama, mereka ini tidak segan untuk memberikan
pandangan dan pendapat di dalam kelas.

Menurut Teori Keperluan Maslow, manusia akan berusaha untuk menyempurnakan sesuatu
keperluan yang kurang dan tidak seimbang dalam kehidupan mereka. Di peringkat awal,
manusia akan memenuhi keperluan asasnya (fisiologi) terlebih dahulu sebelum memenuhi
keperluan-keperluan yang lebih tinggi dalam hierarki tersebut. Maslow menganggap individu

11
akan terus bermotivasi untuk mencapai sesuatu matlamat yang dianggap sebagai keperluan
universal yang harus dipenuhi tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan
generasi. Dalam konteks pendidikan, Teori Hierarki Keperluan Maslow sememangnya ada
memberikan sumbangan yang menggalakkan dalam proses PdP di sekolah. Aplikasinya boleh
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini yang ditonjolkan oleh murid-murid serta
pendekatan holistiknya mampu menjadikan proses PdP berjalan dengan berkesan. Misalnya,
murid yang letih dan lapar akan berasa sukar untuk memberikan tumpuan di dalam kelas.
Mereka perlu berasa selamat dan diterima oleh rakan sebaya sebelum mereka mampu
mencapai potensi diri sepenuhnya. Maslow juga mencadangkan supaya guru-guru
mewujudkan persekitaran yang dapat menyokong proses PdP serta membuatkan murid-murid
rasa dihargai dan dihormati di dalam kelas. Secara dasarnya, murid-murid yang mempunyai
rasa rendah diri tidak dapat berkembang dalam bidang akademik selagi mana rasa harga diri
mereka tidak diperkukuhkan. Maslow juga berpendapat bahawa pendekatan pendidikan
secara humanistik ini boleh membangkitkan manusia menjadi lebih bersemangat untuk
mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam kajian lapangan yang dilakukan ini, kumpulan penyelidik telah memberi fokus kepada
tiga faktor keperluan terendah dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow iaitu fisiologi,
keselamatan dan sosiologi bagi melihat hubung kait tingkah laku yang dikeluarkan oleh
murid-murid aktif, sederhana dan pasif. Merujuk kepada penemuan kajian ini, keperluan
fisiologi (makanan), keperluan keselamatan (suasana kelas yang kondusif / dihantar ke
sekolah oleh ibu bapa dengan selamat) dan keperluan sosial (hubungan kasih sayang dan
komunikasi yang baik bersama keluarga / kenalan) keenam-enam sampel murid prasekolah
tersebut telahpun dipenuhi. Walau bagaimanapun, interaksi sosial murid-murid kategori pasif

(A dan B) di dalam kelas adalah kurang memberangsangkan dan kurang menghasilkan


tugasan yang kemas serta menarik walaupun keperluan fisiologi dan keselamatan mereka
telah dipenuhi.

Daripada penemuan ini, didapati bahawa faktor keperluan fisiologi dan keselamatan bukanlah
faktor mutlak untuk menjamin keperluan sosial murid-murid A dan B dipenuhi. Hal ini
kerana, walaupun murid-murid kategori pasif tersebut telah diberikan sarapan dan berasa
selamat semasa berada di sekolah, mereka tetap juga tidak dapat mengeluarkan tingkah laku
sebagaimana murid-murid kategori aktif dan sederhana. Interaksi sosial mereka juga sangat

12
rendah kerana kurang yakin untuk berinteraksi dengan guru, tidak mempunyai lingkungan
sosial yang luas di kalangan murid-murid sebaya, mengeluarkan hasil kerja yang kurang
memberangsangkan berbanding murid-murid lain serta sukar memberi kerjasama semasa sesi
soal selidik dan temu bual dilakukan.

Dalam erti kata yang lain, terdapat faktor sampingan yang mungkin menjadi punca kepada
murid-murid A dan B mengeluarkan tingkah laku sedemikian. Faktor personaliti murid dari
segi baka dan persekitaran (nature & nuture) juga boleh menjadi punca kepada tingkah laku
pasif yang dikeluarkan oleh murid-murid berkaitan. Menurut Bronfenbrener, pengasas teori
perkembangan Bioekologikal, terdapat faktor biologi dan persekitaran yang mempengaruhi
banyak bentuk perkembangan individu itu. Dalam kajian lapangan yang dilakukan, interaksi
sosial murid-murid pasif adalah kurang berkembang. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor
biologi atau genetik yang diperoleh daripada ibu atau bapa mereka yang sememangnya
pemalu atau kurang berinteraksi secara sosial. Faktor persekitaran juga boleh memainkan
peranan dalam pembentukan tingkah laku murid-murid ini sebagai contoh, murid-murid pasif
mungkin berasa lebih seronok apabila berada di rumah kerana rapat dengan adik beradik dan
komuniti kejiranan yang mesra berbanding dengan kawan-kawan di sekolah.

Selain daripada itu, persekitaran juga turut menjadi faktor kepada tingkah laku pasif murid-
murid dari aspek pemakanan. Makanan bernutrisi tinggi mampu menggalakkan
perkembangan sains-neuro otak individu. Sekiranya murid-murid ini menjadikan makanan
ringan atau makanan segera sebagai budaya pemakanan mereka, tentulah perkembangan
fisiologi otak mereka terganggu dan merencatkan perkembangan kognitif yang membantu
murid-murid ini untuk mencapai proses pembelajaran dengan lebih cekap dan berkesan.

Sebagaimana yang telah disebut, Maslow juga mengatakan bahawa keperluan yang lebih
rendah harus dipenuhi sebelum seseorang mencapai potensi diri mereka. Namun begitu,
dalam konteks sosial dan budaya di sesebuah negara seperti India misalnya, sejumlah besar
masyarakatnya hidup dalam kemiskinan, tetapi mereka masih mampu untuk mencapai
keperluan yang lebih tinggi seperti kasih sayang (keperluan sosial). Bagi individu yang
terlibat dalam dunia seni pula seperti Rembrandt dan Van Gogh, mereka merupakan individu
yang hidup dalam kemiskinan tetapi telah dilihat mampu untuk mencapai Kesempurnaan
Kendiri (Self-Actualization).

13
Oleh itu, selain daripada memastikan keperluan fisiologi, keselamatan dan sosial murid-
murid dipenuhi, guru-guru juga boleh mengatur strategi lain bagi menjadikan proses PdP
yang dijalankan berkesan. Dalam kajian lapangan yang dilakukan, kumpulan penyelidik telah
melihat usaha yang dilakukan oleh Cikgu Rosmintan seperti menggunakan kaedah
Pengukuhan (Reinforcement) bagi menggalakkan tingkah laku yang diinginkan. Misalnya
Cikgu Rosmintan telah menawarkan peluang untuk menonton video kartun “Upin dan Ipin”
kepada murid-murid yang berjaya menyelesaikan tugas dengan cepat. Daripada pemerhatian
yang dilakukan juga jelaslah bahawa teori keperluan yang dicadangkan oleh Abraham
Maslow bukan merupakan faktor mutlak untuk mendorong tingkah laku yang diinginkan
daripada murid-murid. Namun, ia perlu dikukuhkan dengan beberapa pendekatan teknik PdP
yang lain supaya kesemua murid dapat menerima manfaat pengetahuan dan pengalaman
secara adil dan seimbang.

Walaupun teori awal yang dibangunkan oleh Maslow ini mendapat banyak kritikan, beliau
telah membuat beberapa penambahbaikan bagi memperkukuhkan teori tersebut dengan
mencadangkan supaya tahap keperluan yang dinyatakan itu tidak dilihat terlalu rigid malah
fleksibel dan berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain. Hal ini kerana,
mungkin murid E dan F (aktif) masih mampu menunjukkan tingkah laku dan interaksi sosial
yang aktif walaupun keperluan fisiologi mereka belum dipenuhi (jika belum sarapan).
Manakala, murid A dan B (pasif) pula tidak mementingkan keperluan sosiologi di sekolah
walaupun keperluan fisiologi dan keselamatan mereka telah dipenuhi.

7.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya, Teori Hierarki Keperluan Maslow ini telah berdepan dengan banyak hujah
dan perdebatan. Dari perspektif pandangan Islam, teori ini dikatakan bercanggah dalam
konteks peringkat keperluan manusia. Maslow mengatakan bahawa keperluan manusia perlu
dipenuhi secara berperingkat sehingga mencapai pembangunan dalam aspek spiritual. Namun
begitu, Islam pula meletakkan asas memenuhi keperluan diri adalah selari dengan keperluan
rohani sebagai jalan seimbang menuju ke akhirat. Penyelidikan empirikal yang dijalankan
oleh Erikson pada tahun 1964 pula mendapati bahawa penemuannya bercanggah dengan

14
Teori Maslow. Erikson menjelaskan bahawa tahap peningkatan kehidupan manusia adalah
berpunca daripada faktor kebolehan manusia dalam mengendalikan pelbagai masalah dan
krisis dalam kehidupan yang nyata. Kebolehan ini juga berbeza di antara seorang individu
dengan individu yang lain. Malah, peringkat kematangan dan kemajuan hidup seseorang itu
juga berbeza daripada satu budaya kepada satu budaya yang lain.

Menurut David J. Cherington (1991) pula, tidak terdapat bukti yang menunjukkan seseorang
itu mempunyai kurang, lebih atau lima peringkat keperluan sebagaimana yang dicadangkan
oleh Abraham Maslow. Tiada juga bukti empirikal yang menyokong peringkat-peringkat
keperluan di atas wujud dalam bentuk hierarki sepertimana yang dicadangkan oleh beliau.
Sebagai contoh, sesetangah individu mungkin menganggap Keperluan Penghargaan Kendiri
(Self-Esteem) sebagai keperluan asas berbanding dengan Keperluan Keselamatan (Safety
Needs).

Namun begitu, sebagaimana yang telah disebut, Maslow telahpun memperluaskan teorinya
pada awal tahun 1970an dengan memasukkan Keperluan Kognitif dan Keperluan Estetik.
Keperluan Kognitif yang dicadangkan oleh Maslow adalah melibatkan keperluan untuk
meningkatkan kecerdasan, pengetahuan, kefahaman, makna, rasa ingin tahu, kebolehan
menyelesaikan masalah dan penerokaan. Di peringkat ini, manusia sudah mula berfikiran
terbuka dan mempunyai keinginan untuk meneroka banyak perkara dalam kehidupan mereka.
Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, manusia akan mengalami kekeliruan dan krisis
identiti. Keperluan Estetik pula merujuk kepada keperluan manusia terhadap apresiasi,
mencipta imej yang indah, mencari sebuah kecantikan dan juga keseimbangan. Keindahan
yang mereka perlukan ini dianggap sebagai sebuah kesempurnaan kerana manusia dikatakan
cenderung untuk mengamati, menyerap dan menikmati keindahan alam semula jadi semata-

mata untuk mengekstrak keindahan yang wujud dari alam ini. Maslow juga melengkapkan
teorinya dengan keperluan terhadap Transendensi Diri di mana seseorang individu itu
termotivasi melalui nilai-nilai yang berkaitan dengan hal metafizik, kebangkitan spiritual,
sains, agama, pengalaman mistik, penyatuan (Oneness), bebas dari egosentrisiti dan
seumpamanya. Beliau menjelaskan bahawa Keperluan Transendensi Diri ini merupakan
kesedaran manusia yang paling tinggi dan holistik yang mana ia bermakna bukan sahaja
untuk diri sendiri tetapi seluruh manusia, makluk lain, alam semula jadi dan seluruh kosmos.

15
Beliau juga melihat kualiti fizikal, emosi, sosial dan intelektual seseorang individu itu mampu
memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan. Kumpulan tenaga pengajar yang
menghayati teori ini mula memahami keperluan sebenar murid-murid. Mereka cuba
memenuhi keperluan fisiologi asas murid-murid sebelum mencapai keperluan kognitif
mereka. Pakar psikologi kini juga mula memahami konsep motivasi melalui tingkah laku
pluralistik, yang mana setiap keperluan itu boleh dipenuhi daripada banyak peringkat secara
serentak. Dalam erti kata yang lain, seseorang individu itu mungkin termotivasi oleh
keperluan pertumbuhan yang lebih tinggi tetapi dalam masa yang sama turut termotivasi
dengan keperluan pada tahap yang rendah.

Penambahbaikan secara berterusan yang dilakukan oleh Maslow ini telah membawa
kesimpulan bahawa manusia termotivasi apabila tahap keperluan mereka dipenuhi dan boleh
menjadi fleksibel berdasarkan perbezaan latar belakang individu serta keadaan persekitaran
individu tersebut. Dalam proses PdP juga, guru-guru perlu melihat faktor keperluan ini
supaya dapat dipenuhi oleh setiap murid-murid tetapi dalam masa yang sama, guru-guru
perlu kreatif untuk menggunakan pelbagai strategi lain bagi menggalakkan tingkah laku yang
diinginkan daripada murid-murid serta menjadikan proses PdP berlangsung dalam keadaan
seronok, cekap dan berkesan.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (2013). Kurikulum ke arah penghasilan kemahiran berfikiran kritis,
kreatif dan inovatif. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(1), 10–18.
Diperolehi pada 2 Disember 2019 daripada http://www.slideshare.net/yatt87/jurnal-isu.

Aizat Khairi. (2011). Konsep 1Malaysia dan cabaran pelaksanaannya ke arah pemantapan
perpaduan sebuah negara-bangsa. Sosiohumanika, 4(1), 129–140.

16
Badrul Hisham Alang Osman, & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10, 1–23.

Davis, K. (1957). Human Relations in Business. New York: McGraw-Hill Book Company.

Eggen, P.D. dan Kauchak, D.P. (2016). Educational Psychology. 10th Edition. England:
Pearson Educational Limited.

Friedan, B. (1963.) The Feminist Mystique. New York: Dell.

Hoffman, E. (1988). Abraham Maslow: Father of Enlightened Management. Training, 25


September: 79-82.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013 - 2025. KPM. Diperolehi pada 2 Disember 2019 daripada
http://linkinghub.elsevier.com/retrieve/pii/S0742051X10001435.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Anjakan. Kementerian Pendidikan


Malaysia, (4). Diperolehi pada 2 Disember 2019 daripada
http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Bil_4_(2015)_Final.pdf.

L.Stum, David. (2001). Maslow revisited: building the employee commitment pyramid.
Strategy & Leadership 29(4): 4-9. Guerrero, S. (2010). Technological pedagogical
content knowledge in the Mathematics classroom. Journal of Digital Learning in
Teacher Education, 26(4), 132–139.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan MS ISO 9001:2008 Bil 1/2015. (2015). Laporan
maklum balas pelanggan. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah.
Santosus, M. 2004.

Tischler, Len. (1999). The growing interest in spirituality in business: A long-term socio-
economic explanation. Journal of Organizational Change Management 12 (4): 273-
280.

Yuslaini Yunus. (2012). Kemahiran Guru Abad Ke-21. Minda Pendidik, 1, 137–148.

17
Zeynep Ozguner & Mert Ozguner. (2014). A Managerial point of view on the relationship
between of Maslow’s hierarchy of needs and Herzberg’s dual factor theory.
International Journal of Business and Social Science 5(7): 207-215.

18

You might also like