You are on page 1of 12

TUJUAN MENGGUNAKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL NUR NASUHA ROSLAN SITI SARAH MOHD

MARZUKI

2.1

RANGSANGAN

Dalam tubuh manusia terdapat beberapa jenis deria yang bertindak untuk mengesan rangsangan daripada persekitaran. Antara deria rangsangan yang terlibat ialah deria penglihatan , pendengaran, sentuhan, bauan dan rasa. Kelima-lima deria rasa ini perlulah dipupuk penggunaannya kepada murid-murid melalui aktiviti atau proses pembelajaran dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menggunakan kelima-lima deria yang sedia ada ini. Dalam menggunakan sumber atau bahan bantu pengajaran, semua deria ini dapat dilatih contohnya bagi deria penglihatan dan pendengaran, sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dari aspek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah dengan menggunakan tayangan video. Berdasarkan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 4, tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh menunjukkan tayangan video tentang negeri-negeri di Malaysia untuk merangsang deria penglihatan dan

pendengaran murid-murid. Murid-murid dengan secara tidak langsung akan tertarik dan berminat untuk melihat dan mendengar apa yang ditayangkan dalam video yang disediakan.

Dalam tema yang sama iaitu Kenali Budaya Malaysia, deria sentuhan dapat dilatih penggunaannya melalui cara guru menggunakan bahan maujud contohnya baju-baju tradisional. Manakala dari segi bauan dan rasa pula, guru boleh membawa makanan yang beraneka jenis mengikut asal kaum-kaum yang ada di Malaysia.Contoh bagi kaum Melayu, terdapat kuih-muih seperti cucur keria, cekodok dan lain-lain. Bagi kaum india

terdapat kuih maruku dan bagi kaum cina pula guru boleh membawa kuih bulan. Semua makanan ini akan merangsang deria bau dan rangsangan deria rasa pula akan menyusul selepas guru bahagikan semua makanan tersebut antara mereka.

2.2

KEFAHAMAN DAN INTERPRETASI MAKLUMAT

Tujuan kedua penggunaan sumber P&P pula ialah untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam sesuatu pembelajaran. Tidak dinafikan walaupun tanpa penggunaan sumber P&P dalam sesuatu proses pembelajaran, murid-murid masih boleh memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru. Tetapi dengan pengguanaan sumber P&P yang sesuai, kefahaman murid-murid akan dapat ditingkatkan dengan lebih cepat berbanding tanpa menggunakan sebarang sumber P&P. Ini kerana, murid-murid atau kanak-kanak khususnya lebih cenderung dan mudah terangsang apabila melihat dan mendengar sesuatu yang berkaitan dengan alam persekitaran mereka.

Menurut teori kognitif yang disokong oleh Atkinson, McClelland dan Bruner, kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibadiannya.Ini bermakna penggunaan sumber P&P juga adalah penting di mana kefahaman seseorang itu bergantung kepada sesuatu intstitusi tersebut. Dalam hal ini, sumber P&P akan bertindak sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk mencapai kefahaman murid-murid.

Di samping kefahaman yang diterima oleh murid-murid, mereka boleh melakukan interpretasi maklumat di mana mereka akan bertukar-tukar maklumat yang diperolehi sesama mereka. Dengan kata lain setelah murid-murid memahami sesuatu pelajaran, mereka boleh mengadakan perbincangan untuk menjawab sebarang persoalan yang mungkin timbul dalam diri masing-masing. Jadi dengan cara ini juga dapat

meningkatkan lagi kefahaman mereka di dalam sesuatu subjek itu. Di samping itu murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman di mana mungkin terdapat maklumat yang tidak sampai kepada mereka semasa proses pembelajaran

berlangsung, mereka akan mendapat penambahan maklumat tersebut daripada rakanrakan diskusi mereka.

2.3

PENGEKALAN MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA

Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, setiap individu mempunyai 8 jenis kecerdasan dan kesemua jenis kecerdasan itu boleh digunakan untuk muridmurid belajar menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis sumber P&P yang ada.Tujuan seterusnya penggunaan sumber P&P ialah untuk mengekalkan minat murid-murid terhadap sesuatu subjek dan juga untuk menarik tumpuan mereka melalui pelbagai jenis sumber P&P.

Minat murid-murid terhadap sesuatu subjek itu terutamanya bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh dipupuk sekiranya guru mengaplikasikan cara pengunaan sumber P&P dengan betul. Guru perlu tahu kunci untuk menarik minat semua murid-murid. Dengan cara mempelbagaikan penggunaan sumber P&P juga dapat membantu dalam hal ini. Tumpuan murid-murid dalam proses P&P juga adalah penting dan untuk mencapai objektif ini guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan komunikasi dua hala bagi menjadikan murid lebih aktif dari segi penglibatan semasa dalam kelas.

Contohnya bagi tema Hidup Bersama Di Sekolah dan Masyarakat, dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, guru boleh menyediakan sumber P&P yang menarik di kelas untuk tujuan pembelajaran. Selain itu untuk menambahkan lagi minat murid-murid guru juga boleh membawa murid-murid untuk menyertai aktiviti kejiranan atau khidmat masyarakat seperti rumah terbuka, gotong-royong, sukaneka,

riadah di kawasan setempat. Dari situ akan timbul suasana yang berlainan dalam proses P&P di samping murid-murid akan didedahkan dengan cara hidup

bermasyarakat yang positif. Setelah minat mereka disemai dalam semua aktiviti yang diadakan, guru bertanggungjawab untuk mengekalkan minat mereka itu dengan sentiasa memaklumkan mereka dengan perkembangan aktiviti khidmat mereka kepada masyarakat di mana akan timbul perasaan mereka dihargai atas usaha yang telah dilakukan. 2.4 PENINGKATAN DAYA INGATAN

Melalui pengetahuan sedia ada pada murid-murid, penggunaan sumber P&P dapat meningkatkan lagi daya ingatan mereka terhadap sesuatu perkara yang terdapat dalam subjek ini.Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Perkara ini boleh dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada.

Oleh itu guru yang mengajar seharusnya peka kepada keperluan murid-murid dengan mengetahui tentang latar belakang atau maklumat yang perlu. Guru perlu

menggunakan sumber P&P dengan sebaik mungkin di mana selari dengan pengetahuan dan minat murid-murid.

Dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, contoh penggunaan sumber P&P yang sesuai yang boleh diambil bagi tema Sayangi Keluarga ialah guru menggunakan surat khabar iaitu bahan bercetak dan menceritakan tentang organisasi kekeluargaan di mana sudah sedia ada dalam pengetahuan murid-murid. Kemudian guru mendedahkan isu kepincangan dalam sesebuah keluarga di mana ia merupakan maklumat baru

kepada murid-murid. Kemudian perbincangan dilakukan dan di sini main peranan boleh diaplikasikan di mana murid-murid diminta untuk main peranan sebagai anggota keluarga yang bermasalah dan seterusnya mengatasi konflik tersebut. Murid-murid akan mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka untuk menyelesaikan masalah itu dan secara tidak langsung peningkatan daya ingatan murid-murid tentang tanggungjawab mereka dalam hubungan kekeluargaan akan berlaku.

2.5

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid. Ini kerana kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses P&P dijalankan, penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan muridmurid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik.

Contoh penggunaan sumber P&P yang memerlukan kemahiran berfikir daripada muridmurid ialah dengan penggunaan bahan teknologi maklumat di mana bagi tema Malaysia Negaraku, guru menggunakan paparan tentang organisasi menteri-menteri dalam kabinet kerajaan Malaysia. Kemudian murid-murid akan diminta untuk mengenal pasti semua peranan dan tanggungjawab menteri-menteri yang dipaparkan. Kemahiran berfikir ini memerlukan murid-murid menjalankan proses pengkelasan di mana mereka perlu mengetahui tentang peranan setiap menteri-menteri dan menyusunnya semula mengikut pangkat yang tertinggi sehingga ke bawah sehingga membentuk sebuah carta organisasi.

Guru yang cemerlang tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber P&P. Jadi untuk memberikan murid-murid kesan pembelajaran yang maksima, guru boleh membuat penilaian dengan mengadakan soal jawab untuk menguji sejauh mana kefahaman dan daya ingatan murid-murid tentang apa yang telah dipelajari. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui sama ada objektif kelas pada hari itu telah tercapai ataupun tidak.

2.6

PENINGKATAN MOTIVASI

Di dalam setiap kelas yang diadakan murid-murid perlu untuk memusatkan perhatian mereka kepada apa yang diajar oleh guru. Tetapi untuk mengekalkan perhatian sepenuhnya adalah susah untuk dilakukan oleh murid-murid. Ini adalah disebabkan oleh keinginan murid-murid untuk menghadiri suatu proses pembelajaran itu yang semakin pudar. Jadi motivasi adalah perkara yang diperlukan untuk mengekalkan perhatian murid-murid terhadap pelajaran.Terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan murid-murid kurang keinginan untuk belajar. Mungkin kerana kaedah pembelajaran yang digunakan adalah sama dan murid-murid menjadi bosan atau mungkin juga kaedah pembelajaran yang digunakan adalah tidak kreatif dan tidak dapat menarik perhatian mereka.

Jadi langkah penyelesaiannya ialah dengan menggunakan sumber P&P yang sesuai dengan tahap IQ murid-murid dan disertakan dengan pengelolaan oleh guru secara kreatif supaya murid-murid mempunyai motivasi sama ada melalui cara ekstrinsik mahupun instrinsik. Pengelolaan yang baik oleh guru terbukti dapat memberikan motivasi kepada murid-murid. Melalui tema terakhir dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 6 iaitu Sedia Hadapi Cabaran, guru boleh menaikkan motivasi melalui aktiviti P&P dengan cara memberi kata-kata semangat kepada mereka. Penggunaan sumber P&P yang boleh digunakan ialah bahan bercetak di mana muridmurid sendiri yang menghasilkan bahan tersebut.Contoh bahan bercetak yang boleh

dihasilkan ialah buku panduan bertemakan Gaya Hidup Sihat. Dengan cara ini murid murid bukan sahaja mendapat pengetahuan serta maklumat yang perlu tentang isu-isu gejala sosial di negara kita, malah mereka akan lebih sedar dan akan berusaha untuk menjauhi gejala tersebut. Mereka akan mendapat motivasi untuk terus meneladani contoh yang baik di mana ia akan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain.

2.7 MENINGKATKAN KREATIVITI Meningkatkan daya kreativiti murid-murid adalah merupakan salah satu tujuan penggunaan sumber P&Pdi sekolah. Ini kerana kreativiti merupakan salah satu kemahiran halus yang boleh digilap untuk menjadikan murid-murid lebih berfikir ke arah mencipta perkara baru yang lebih bernas serta menarik. Proses pembelajaran yang memerlukan daya kreativiti daripada murid-murid. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dianjurkan oleh guru di mana aktivit itersebut boleh menguji sejauh mana daya kreativiti yang ada pada murid-murid. Selain itu guru juga boleh meningkatkan lagi daya kreativiti murid-murid dengan

menggunakan sumber P&P yang dalam tema Malaysia

sesuai.

Contoh yang boleh diberikan ialah

Negaraku di mana bahan yang boleh digunakan ialah

bahan maujud. Konsep penggabungjalinan juga boleh diaplikasikan oleh guru dimana dengan masih menggunakan tema yang sama, guru boleh menggunakan pendedahan

bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video

untuk memberi

kepada murid-murid tentang kelebihan dan keunikan tanah tumpah darah mereka sendiri. Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti

melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Selain dari kreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. Murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan folio berkenaan dengan tokoh negara, melalui cara ini persembahan folio tersebut boleh mengembangkan lagi kreativiti muridmurid dalam mencari sumber maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Di sini dengan secara tidak langsung murid-murid akan menerima input yang baru dan idea-idea baru akan mula timbul dalam kotak fikiran mereka hasil daripada pendedahan yang diterima. Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Guru juga dari masa kesemasa perlu juga memantau aktiviti murid-murid bagi melihat perkembangan mereka dan memberi sedikit tunjuk ajar untuk perkara-perkara yang perlu.

2.8 KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN

Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi P&P dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Contohnya penggunaan bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat

sejarah seperti Kota A Famosa. Ini akan menambahkan keseronokan pelajar. Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Menurut sukatan pelajaran dalam Pendididikan Sivik dan

Kewarganegaraaan, berdasarkan tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh mengubahsuai cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan bahan

maujud. Permainan perlulah direkacipta bagi menimbulkan suasana ya n g seronok di dalam kelas kerana murid-murid mudah terangsang dengan aktiviti permainan. Contoh yang boleh diberi ialah permainan dart. Akan terdapat satu

papan dart berbentuk bulatan di mana terdapat skor bagi pemain yang

membaling

panah dart tersebut. Setiap bulatan mempunyai skor yang tertentu dan jika murid-murid memanah mengenai mana-mana skor, murid tersebut perlu menjawab soalan yang terdapat di sebalik skor yang diperolehinya. Permainan ini adalah pengubahsuaian yang dilakukan untuk disesuaikan dengan proses pembelajaran di mana dapat menyampaikan isi pelajaran yang skor

berkaitan tema yang dipilih. Soalan-soalan yang dipilih untuk diletakkan disebalik

perlulah menepati aras yang telah dipilih dan bersesuaian dengan tahap murid-murid. Permainan ini boleh dikatakan sebagai kuiz tetapi dalam cara yang berbeza yang lebih menarik perhatian murid-murid.

2.9 MEMBERI PELUANG UNTUK MAIN PERANAN DAN SIMULASI

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka kecapi apabila dewasa kelak.

2.10 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL

Kemahiran interpersonal

menurut pencetus

Teori Kecerdasan

Pelbagai serta

iaitu Howard Gardner ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat

hasrat orang lain dan kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lain. Kemahiran ini memerlukan seseorang individu itu mampu berkomunikasi

dengan baik di kalangan masyarakat yang berada di persekitaran.

Dalam konteks ini

murid-murid mampu berkomunikasi dengan baik sesama murid dan murid mampu juga berkomunikasi dengan baik kepada guru. Kemahiran intrapersonal pula didefinisikan oleh Howard Gardner sebagai kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan kehendak. Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri serta kebolehan membantu diri lebih berdisplin, beradab dan bersopan. Kemahiran ini lebih memberikan tumpuan dari segi dalaman diri individu tersebut. Dalam konteks pembelajaran, murid-murid mempunyai kebolehan untuk menangani sebarang masalah peribadi mereka serta dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran.

Sumber P&P mempunyai pelbagai jenis di mana tidak dinafikan mampu menerapkan nilai-nilai murni serta dapat melatih kemahiran interpersonal dan intrapersonal muridmurid. Gerak kerja kumpulan adalah contoh aktiviti yang dapat mengasah keduadua kemahiran interpersonal dan kemahiranintrapersonal muridmurid.Contoh yang boleh diberikan ialah aktiviti melukis poster di mana ia melibatkan bahan maujud.

2.11 KEMAHIRAN PSIKOMOTOR

Kemahiran psikomotor merupakan kemahiran pergerakan di mana memerlukan muridmurid menggunakan semua anggota badan mereka untuk melakukan kerja. Terdapat banyak jenis pergerakan psikomotor tetapi adalah

bergantung kepada guru untuk melatih mana-mana kemahiran psikomotor kepada murid-murid dengan menggunakan sumber P&P. Contoh yang boleh diambil dalam Pendidikan Sivik danKewarganegaraan, ialah daripa da tema Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat di mana aktiviti yang boleh dijalankan ialah daripada tema Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat di mana aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti gotong-

royongsamada di sekolah ataupun di kawasan setempat.

Di samping murid-murid

menaburkan khidmat mereka, mereka dapat juga menjaga kesihatan mereka dengan melakukan aktiviti yang melibatkan otot badan dan otot karvadiaskular. Aktiviti di dalam kelas juga boleh diadakan untuk melatih kemahiran psikomotor muridmurid. Melalui tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh mengadakan aktiviti seni tari mengikut budaya kaum di Malaysia. Seni tari melibatkan banyak pergerakan yang unik dan secara tidak langsung kemahiran psikomotor dapat dilatih. Di sini penggabungjalinan juga dapat dilakukan dengan menggabungkan seni muzik semasa aktiviti seni tari dijalankan. Guru perlu memantau aktiviti murid-murid dan banyak memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang perkara-

perkara baru yang masih lagi asing bagi murid-murid. Aktiviti ini memerlukan latihan yang kerap untuk memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran serta menepati tujuan penggunaan sumber P&P yang telah digunakan.

SUMBER BUKU RUJUKAN Noriati A. Rashid, (2012) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oxford Fajar, Selangor

SUMBER INTERNET http://akugpc.blogspot.com/2011/05/30-kepentingan-dan-tujuan-sumber.html http://www.academia.edu/1556797/SYARAT_YANG_MEMPERMUDAHKAN_PE NGGUNAAN_KOMPUTER_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_D ALAM_KALANGAN_GURU_SEKOLAH_MENENGAH_MALAYSIA_-_Bab_Dua http://www.scribd.com/doc/21171336/PSK-TUJUAN-PENGGUNAAN-SUMBERPENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-sid http://personajohor.blogspot.com/2010/10/pendekatan-dalam-psk.html

You might also like