You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 2 )

MURID DAN PEMBELAJARAN


EDUP 3033

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NURUL AQILAH BINTI MOHD ISA

NO. KAD
981007-02-6950
PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2017192340046

KUMPULAN: PPISMP C3

NAMA PENSYARAH
ENCIK ZULKIFLY BIN HUSSIN
AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK : APLIKASI TEORI BEHAVIORIS DALAM BILIK


PROJEK: DARJAH DI MALAYSIA

TARIKH SERAHAN: 2 MAC 2018


1.0 PENGENALAN

Pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku manusia serta proses kognitif
hasil interaksi murid dengan persekitaran manakala teori pembelajaran memberi penjelasan
tentang cara manusia dan haiwan belajar (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Teori- teori pembelajaran seperti teori behavioris, teori
kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori humanis memfokuskan aspek
pembelajaran dan daripadanya wujud idea-idea serta prinsip-prinsip tertentu yang diguna
pakai dalam pengajaran. Pada pendapat saya, teori behavioris amat sesuai diaplikasi dalam
bilik darjah di Malaysia kerana teori tersebut memberi keutamaan kepada aspek tingkah laku
pelajar. Oleh itu, pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah akan berkesan
sekiranya guru dapat mengajar secara terancang mengikut perbezaan individu berdasarkan
teori pembelajaran yang telah dipelajari.

2.0 ISI PENULISAN


2.1 Analisis Teori Behavioris

Saya memilih teori pembelajaran behavioris untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran sekarang kerana pendekatan teori behavioris terhadap pembelajaran
menekankan perubahan tingkah laku akibat latihan dan ulangan sehingga menjadi
kebiasaan [ CITATION Won16 \l 17417 ]. Contohnya, murid lantas berdiri dan mengucapkan
selamat apabila guru memasuki kelas. Perlakuan tersebut menunjukkan perubahan tingkah
laku kesan daripada pembelajaran yang diterima melalui peneguhan yang diberikan oleh
guru sebelum ini. Jelaslah, guru bertindak sebagai agen dalam membentuk tingkah laku
murid-murid seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Teori behavioris mempunyai dua bentuk pembelajaran yang utama iaitu pelaziman klasik
yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov serta pelaziman operan yang diperkenalkan oleh E. L.
Thorndike dan B.F. Skinner (Noriati A. Rashid et al., 2017). Pembelajaran dalam bentuk
pelaziman klasik melibatkan orgamisma membuat perkaitan antara rangsangan neutral
dengan rangsangan semula jadi atau perkaitan antara rangsangan terlazim dengan
rangsangan neutral sehingga membentuk gerak balas atau respons. Seterusnya,
pembelajaran dalam bentuk pelaziman operan melibatkan hasil atau kesan tingkah laku
terdahulu yang menjurus kepada tingkah laku baharu. Kedua-dua tokoh dalam pelaziman
operan berpendapat bahawa tingkah laku baharu dapat dikukuhkan melalui peneguhan
yang telah diberikan. Oleh itu, kedua-dua bentuk pembelajaran yang disarankan oleh teori
behavioris amat menekankan kepentingan perubahan tingkah laku individu.

2
2.2 Aplikasi Teori Behavioris

Pada pendapat saya, teori behavioris amat sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah di
Malaysia pada hari ini kerana;

1. Membantu guru merancang proses pdp yang berkesan.


2. Membantu guru meningkatkan motivasi pelajar.
3. Membantu guru melibatkan semua pelajar dalam proses pdp.
4. Membantu guru memastikan bilik darjah sentiasa kondusif.

Teori pelaziman operan yang dikemukakan oleh E. L. Thorndike membantu guru


merancang proses pdp supaya berkesan. Guru perlu menetapkan matlamat yang spesifik
terhadap proses pdp supaya guru lebih mudah untuk mengatur strategi bagi setiap
pelaksanaan pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Berlandaskan tiga hukum yang
diperkenalkan oleh beliau dalam Noriati A. Rashid et al. (2017), guru perlu memastikan
murid mereka bersedia dari semua aspek termasuk jasmani, emosi, rohani dan intelek
sebelum memulakan sesi pdp kerana aspek inilah yang menentukan keberkesanan proses
pdp. Seterusnya, hukum latihan dan hukum kesan boleh diaplikasikan dengan cara guru
memberikan latih tubi, kuiz, atau soal-menyoal bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid
dan memberikan pujian seperti “Bagus!’, “Pandai!” kepada mereka yang berjaya
melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Contohnya, jika murid berjaya menjawab soalan
matematik atau sains dengan betul, guru perlulah memberikan pujian seperti “Bijaklah
kamu.” kepada mereka agar respons tersebut menjadi terlazim. Jadi, guru perlu menentukan
matlamat terlebih dahulu manakala rangsangan serta gerak balas akan dibentuk ke arah
pencapaian matlamat tersebut. Oleh itu, melalui teori ini, pembelajaran berlaku mengikut
apa yang telah dirancang oleh guru.

Seterusnya, B. F. Skinner dalam Noriati A. Rashid et al. (2017), berpendapat keadaan


dalaman iaitu perasaan akan memberi kesan terhadap tingkah laku. Justeru itu,
berdasarkan teori ini, guru dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar serta
membentuk tingkah laku yang diingini semasa proses pdp. Contohnya, seorang murid
membuang sampah ke dalam bakul sampah di dalam kelas, perlakuan tersebut perlu diberi
peneguhan positif (rangsangan) oleh guru sejurus murid tersebut melakukan perlakuannya.
Menurut B. F. Skinner, hal ini akan menyebabkan murid berkenaan melakukan perlakuan
tersebut dan menghasilkan gerak balas terlazim. Oleh itu, guru disaran untuk melakukan
peneguhan secara berkala nisbah atau jeda masa berubah kerana murid akan sentiasa
bermotivasi dan memberikan perhatian kepada aktiviti pembelajaran kerana mereka tidak
dapat menjangkakan bila mereka akan diuji. Kajian yang dilakukan oleh Khalim Zainal

3
(2008) membuktikan bahawa pemberian ganjaran merupakan pembentuk tingkah laku yang
berkesan. Jadi, tingkah laku sebenarnya boleh dibentuk, diurus serta dihapuskan melalui
ganjaran atau hukuman yang diterima oleh individu.

Teori behavioris sesuai diaplikasikan dalam kelas kerana setiap proses pdp perlu
melibatkan semua pelajar seperti pelaksanaan pembelajaran secara koperatif. Hal ini selari
dengan kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) yang menekankan amalan koperatif
(Mokhzani Fadir, 2014). Amalan koperatif ini membantu murid berinteraksi antara satu sama
lain untuk mencapai satu matlamat khusus [CITATION Wan13 \l 17417 ]. Melalui aktiviti
tersebut, murid menerima pembelajaran melalui pengalaman dan latihan. Ivan Pavlov
dalam Noriati A. Rashid et al. (2017) mengemukakan 5 konsep asas pelaziman klasik iaitu
pengulangan, generalisasi, diskriminasi, penghapusan dan pembelajaran semula perlu
diamalkan oleh guru dalam pengajarannya. Contohnya, guru mengajarkan subjek matematik
berkenaan konsep wang menggunakan kaedah main peranan. Oleh itu, konsep generalisasi
dapat dikuasai murid melalui proses jual beli di kantin sekolah. Di akhir pengajaran, guru
boleh melaksanakan konsep pembelajaran semula dengan menyuruh murid membuat
kesimpulan tentang apa yang telah dipelajarinya. Dengan itu, guru dapat memastikan setiap
murid mencapai objektif pembelajaran serta mengukuhkan pemahaman mereka agar
mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, guru juga akan memastikan bilik darjah sentiasa kondusif bagi memupuk
persekitaran dan pengalaman yang menyeronokkan kepada pelajar. Mohd Hasani Dali &
Mohamad Johdi Salleh (2009) menghuraikan bilik darjah yang kondusif bukan sahaja
tertumpu kepada susunan meja dan kerusi tetapi iklim dalam kelas tersebut seperti
hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid itu sendiri. Ivan pavlov dalam Noriati
A. Rashid et al. (2017) menyatakan pembelajaran dalam bentuk pelaziman klasik melibatkan
pengalaman positif dan pengalaman negatif. Murid yang dibiasakan dengan rangsangan
yang menyeronokkan seperti penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang interaktif
serta aktiviti pembelajaran yang menarik, mereka akan menghubungkaitkan pengalaman
tersebut dengan keselesaan bilik darjah dan sebaliknya. Hal ini akan menyebabkan murid
ternanti-nanti sesi pdp yang seterusnya. Namun, sesi pdp akan menjadi bosan apabila guru
tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan minat murid untuk belajar akan berkurangan.
Ivan Pavlov dalam Noriati A. Rashid et al. (2017) menggalakkan rangsangan diberikan untuk
membentuk tingkah laku positif. Oleh itu, rangsangan haruslah dapat menimbulkan
perasaan seronok dan selesa dalam diri pelajar agar mereka terus bersemangat untuk
belajar.

4
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, teori behavioris memberi penekanan kepada tingkah laku yang boleh
diperhatikan dan teknik-teknik seperti peneguhan positif dan negatif serta hukuman
membantu dalam proses mengawal, membentuk dan menguruskan tingkah laku pelajar.
Namun begitu, teori ini tidak bersifat universal kerana teori ini tidak boleh digunakan untuk
menjelaskan kesemua pembelajaran yang berlaku kerana teori ini tidak menyokong aktiviti
mental seperti teori kognitif. Justeru itu, teori ini memfokuskan bahawa segala proses
pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan dan tingkah laku
pelajar sama ada baik mahupun sebaliknya dan tingkah laku ini boleh diperhatikan, dikawal
dan diramal. Oleh itu, setiap guru harus memain peranan sebagai pembimbing kepada
murid-murid. Contohnya, guru boleh menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini seperti
membuli dengan cara mengenakan denda atau hukuman kepada murid tersebut. Namun,
menurut Khalim Zainal (2008) dendaan hanya menghasilkan perubahan jangka masa
pendek sahaja. Jadi, untuk menghasilkan perubahan jangka masa panjang, guru boleh
memberikan peneguhan positif atau negatif kepada murid.

5
RUJUKAN

BUKU

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Wan Hasmah Wan Mamat & Nor Munirah Teoh Abdullah. (2013). Pembelajaran koperatif.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanak-kanak.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

JURNAL/ARTIKEL

Khalim Zainal. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif teori
tingkah laku, humanistik, psikoanalitik & tret personaliti. Jurnal Pengajian Umum Bil
9, 43-56.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh . (2009). Pengurusan bilik darjah. Pengajaran
dan Pembelajaran : Teori dan Praktis, 1-22.

INTERNET

Mokhzani Fadir. (1 Ogos, 2014). Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Dipetik daripada
Slide share: https://www.slideshare.net/morkie/kelas-abad-ke-21

You might also like