You are on page 1of 17

HMEF5093

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HMEF5093
CURRICULUM DEVELOPMENT
DR. CHUA LEE CHUAN

NO. MATRIKULASI

CGS00987806

NO. KAD PENGNEALAN

750505136273

NO. TELEFON

014 705 4450

E-MEL

2winierfan5575@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

HMEF5093

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

TEORI PEMBELAJARAN

3-7

2.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME


2.2 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
2.3 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
2.4 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK
3.0

TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA

8 10

4.0

PEMILIHAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN 10 - 14


DAN IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.0

RUJUKAN

15

HMEF5093

1.0

Pengenalan
Kurikulum boleh didefinisikan kepada dua iaitu definisi spesifik dan definisi

umum. Menurut definisi spesifik menyatakan bahawa kurikulum merujuk kepada


pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Kurikulum berdasarkan
definisi umum ialah proses aktiviti yang dialami oleh seseorang individu dari peringkat
kematangan mentah kanak-kanak sehingga ke peringkat kematangan orang dewasa.
Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua
pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di
sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu
kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum
sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas serta
kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman
individu ataupun berkumpulan.
Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum mengandungi
segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pendidikan
bagi mencapai matlamat pendidikan. Tafsiran kurikulum yang lengkap adalah
dirumuskan bahawa kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak
nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum
secara teliti dan professional demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran sama
ada di dalam mahupun di luar bilik darjah bagi semua peringkat persekolahan.
Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata
pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan
institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Walau apa pun definisi yang
telah diberikan tentang kurikulum , dalam konteks pendidikan di Negara kita , kurikulum
sentiasa mengalami fasa perubahan supaya ianya selari dan seiring dengan keperluan
pada masa kini. Antaranya ialah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) . Pelbagai penambahbaikan telah
dimasukkan bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia supaya standing
dengan Negara maju yang lain.

HMEF5093

2.0

Teori Pembelajaran

2.1

Teori Pembelajaran Behaviorisme


Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai

faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara
persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan
dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud.
Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait,
bakat, nilai-nilai, kepercayaankepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.
Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan
dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada
peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan
gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan
dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman
operan apabila menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000).
2.2

Teori Pembelajaran Kognitif


Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai

keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula


segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman
tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat
bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya
sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini,
dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali
murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan.
Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang
menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu.
Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui,
memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat. Jadi, dalam mendidik muridmurid khas , guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan. Ada
3

HMEF5093

kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga dengan teori kognitif.
Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3

Teori Pembelajaran Konstruktivisme


Konstrukvisme merupakan satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan

tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidikan memberikan pendapat


bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima
pengetahuan daripa orang lain. ( Mabrien & Brandt, 1997 ).
Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada dan mengaplikasikan kepada
situasi baru serta mengintergrasika pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan
intelektual yang sedia wujud. ( Brinner, M. 1999 ).
Teori konstrukvisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia
dengan mensintesis pengalaman barunya kepada apa yang difahami oleh mereka sebelum
ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek
dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak memberi
apa-apa makna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa
yang mereka lihat supaya sepadan dengan peraturan yang dibentuk oleh mereka atau
menyesuaikan peraturan itu agar mereka dapat menerangkan maklumat yang diterima ini
dengan lebih baik. ( Brooks dan Brooks, 1993 ).
Kajian yang dilakukan oleh Caprio (1994), telah membuktikan pendekatan
konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk
mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan. Proses
penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah dapat dijelaskan menggunakan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
seperti berikut:
a. Orientasi (engage)
Fasa ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran secara aktif dalam bilik darjah. Guru perlu menyediakan
4

HMEF5093

suasana yang dapat menarik meminat pelajar terhadap pelajaran. Misalnya menggunakan
cara tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya. Aktiviti
ini mampu merangsang perasaan ingin tahu pelajar terhadap pelajaran yang hendak
disampaikan oleh guru.
b. Pencetusan idea (explore)
Dalam fasa ini, guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang
terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong
mereka berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Guru boleh
mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah
peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan yang baru dipelajari. Pelajar berbincang dalam kumpulan dan
berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru
hanya berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing kepada pelajar dengan
membekalkan

bahan

dan membimbing

pelajar untuk

mencapai

pembelajaran

inkuiri.Semasa pelajaran ini pelajar akan lebih seronok kerana mereka sendiri yang
membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih
faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun
menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran
sosial kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran
dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakanrakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.
c. Penstrukturan semula idea (explain)
Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada
idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai
dengan kecerdasan pelajar. Penerangan berserta dengan aktiviti yang sesuai dengan
kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep baru ini.
Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan
lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Guru perlu menyediakan aktiviti atau
memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau
5

HMEF5093

idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan
berkesan. Kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau
penyusunan semula idea

secara berurutan. Peranan guru pada fasa ini adalah

mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.


d. Aplikasi Idea (evaluate)
Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam
fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang
telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia
sebenarnya. Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan untuk
menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Hasil daripada fasa ini akan mewujudkan
pemahaman baru dan menggalakkan inkuiri di kalangan pelajar. Pelajar juga akan lebih
mengingati apa yang dipelajari disebabkan mereka terlibat secara aktif semasa membina
pengetahuan baru tersebut.
e. Refleksi
Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama ada idea
terdahulu telah berubah atau tidak. Dalam fasa ini guru boleh menggunakan cara bersoal
jawab, penulisan kendiri, dan catatan peribadi pelajar untuk menilai tahap pemahaman
pelajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Pelajar juga
boleh membandingkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru serta merenung
kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka.
2.4

Teori Pembelajaran Humanistik


Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman

pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk
penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di
mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini
mementingkan pelajar sebagai individu yang

berpotensi dan menitikberatkan

pembangunan sosial dan emosi individu. Secara semula jadi setiap individu ingin belajar
dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah mempunyai kawalan kendiri ke atas
6

HMEF5093

apa yang hendak mereka pelajari. Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila
pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Menurut Choong Lean Keow, Carl Rogers menyatakan bahawa beliau percaya
bahawa setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar. Dengan kata lain
setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan dirinya.Mereka masing-masing mempunyai keinginan yang akan
mendorong mereka ke arah mencapai kesempurnaan dan kecemerlangan diri. Oleh itu,
pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran
mereka akan membolehkan individu masing-masing membentuk konsep kendiri, sama
ada positif ataupun negatif adalah bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran
tersebut.
Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya
akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat menarik minat
peribadi murid untuk mempelajarinya. Oleh itu, pembelajaran yang menarik minat
mereka akan lebih mudah diterima apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum.
Maka pembelajaran yang berlaku adalah atas usaha murid itu sendiri adalah lebih kekal
dan bermakna. Selain itu, beliau telah mengkategorikan pembelajaran kepada dua jenis
iaitu:
a) Pembelajaran kognitif yang tidak berguna ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh
individu

tidak

digunakan

dan

diaplikasikan

dalam

kehidupan

seharian

b) Pembelajaran eksperiential ilmu pengetahuan yang diperolehi dan diaplikasikan dalam


kehidupan seharian.
Menurut Mok Soon Sang pula, Abraham Harold Maslow telah mengemukakan
Hirarki Keperluan Maslow. Beliau berpendapat bahawa seseorang individu akan
memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.
Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu
keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan
kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri.
3.0

Transfomasi kurikulum pendidikan di Malaysia.


7

HMEF5093

Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses


melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan
sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas
kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan
kurikulum dan pengurusan sekolah. Perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah.
KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan
tetapi seiringan dengan KBSR.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,
Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri
daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik.
Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa
Arab.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada
penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian,
fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6)
akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
KSSR mempunyai empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan
individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan
seumur hidup. Prinsip KSSR adalah berasaskan prinsip KBSR. Disamping itu, KSSR
menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran
(P & P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna..
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu
bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang
8

HMEF5093

melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,


kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Strategi pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan
usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun
demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar
yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah
bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat
merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
Di dalam KSSR juga proses pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah
menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar atau lebih dikenali sebagai
kepelbagaian teknik. Pengajaran dan pembelajaran juga perlulah bertema ia adalah bagi
membolehkan murid menyerap pelbagai ilmu dan disiplin lain. Bagi tujuan ini
perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal
persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mengcungkil daya kreativiti
dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.
Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran
dan pembelajaran seperti hands-on learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri,
penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilikdarjah, pembelajaran
secara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, dan juga pembelajaran masteri.
Pendekatan yang digunakan mestilah memberi peluang pembelajaran yang tidak terhad
kepada murid dan juga mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid.
Dalam pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan (membaca, menulis, mengira,
menaakul). Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan
lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna.
Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti
pemikiran kritis. Sebagai contoh, untuk topik Pecahan Tahun satu, murid diajar tentang
konsep keseluruhan bagi memastikan mereka memahami tentang konsep separuh dan
suku.(Berita Harian, 30 jan 2011)

HMEF5093

4.0

Pemilihan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan implikasi dalam


PdP
Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),

antara implikasi teori konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru
hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajarandengan teliti serta mengambil
kira segala aspek yang berkaitan dengan keupayaan murid. Hal ini adalah kerana segala
pembelajaran yang dilakukan adalah lebih berpusat kepada murid di mana murid belajar
melalui segala proses membuat atau beraktiviti yang dijalankan oleh guru semasa di
dalam kelas. Jadi, hal-hal yang berkaitan dengan keupayaan murid adalah sangat
ditekankan kerana sekiranya hampir kesemua murid di dalam sesuatu kelas itu tidak
mampu menguasai sesuatu proses pembelajaran, maka, proses pembelajaran yang
dilakukan oleh guru itu adalah tidak berjaya sama sekali.
Selain itu, implikasi lain bagi teori konstruktivisme ini ialah guru haruslah dapat
mengenal pasti Zon Perkembangan terdekat ( ZPD ) atau juga dikenali sebagai Zon
Perkembangan Proksimal dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang
dijalankan di dalam kelas. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap murid tersebut sama
ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan
memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid
menguasai sesuatu sesi pembelajaran.
Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan
lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid
membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung
akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi
diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan
kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.
Guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada murid
dengan situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar,
murid secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan
oleh guru. Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman

10

HMEF5093

berasaskan konteks sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya bolehlah dijalankan oleh
guru ketika di dalam kelas.
Seterusnya,gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah
satu strategi yang baik sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan
murid-murid. Melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan, murid secara tidak
langsung dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas daripada rakanrakan yang lebih mahir serta dapat meluahkan buah fikiran mereka. Perbincangan dalam
kumpulan juga dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid
kerana setiap murid berpeluang memberikan idea serta pandangan masing-masing.
Selain itu guru haruslah sentiasa memberikan penerangan yang jelas kepada
murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penerangan yang
jelas ini adalah sangat penting kepada murid-murid kerana tanpa penerangan yang jelas,
murid berkemungkinan akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru. Hal ini secara
tidak langsung akan mengakibatkan sesi pengajaran tidak berjalan dengan lancar. Maka,
penerangan guru haruslah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid. Guru
juga adalah digalakkan sama sekali untuk menyertakan pelbagai contoh ketika sesi
perbincangan bersama murid.
Setiap teori mempunyai kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang
(opportunity) dan ancaman (threats). Oleh itu, melalui teknik SWOT, teori ini dapat
dianalisis mengenai keberkesanannya dalam sesi pembelajaran.
Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada strenghts,
weakness, opportunities, dan threats adalah kaedah perancangan strategik yang
digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek.
Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang mengetuai projek penyelidikan di
Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari
syarikat-syarikat Fortune 500.
Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori Pembelajaran
Konstruktivis. Antara Strength atau kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme,
pertama adalah, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya
berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman
murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak
11

HMEF5093

diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah
yang dilaksanakan dalam kelas. Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini ialah
nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta
bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan
dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah
ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan
menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik
tradisional seperti, syarahan, menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu
pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya
yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu
mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan
berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Keempat, peningkatan
penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru
hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan
pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman
murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di
mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.
Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai
kelemahannya atau Weakness yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan
adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak
selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan
kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru. Menurut Mok
Soon Sang (2006), kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang
strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri.
Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan
diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu
diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid.
12

HMEF5093

Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid
terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia
ada sebelum mereka memahaminya.
Cara

mengatasi

kekurangan

dalam

teori

konsruktivis

iiatu

peluang

atauopportunity ialah melalui peranan murid dan guru. Murid perlu mengambil insiatif
mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat
analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Selain itu,
murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu akan
membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika murid itu
berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,murid
tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham. Di samping itu, murid
perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat
ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka
terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori
ini, murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,manipulatif atau interaktif
untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid
untuk membina pengetahuan
Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea mereka
serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak menstruktur pelajaran untuk
mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu murid menyedari kerelevanan
kurikulum kepada kehidupan mereka melalui mentafsir pembelajaran melalui aktiviti
harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Guru perlu juga menggalakkan
murid membuat tugasan dan berbentuk penyelesaian,menganalisis, meramal,meneroka
dan membuat hipotesis serta menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan
mereka disamping menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan
bercapah dan menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir sekali, guru perlu memberi
masa yang secukupnya kepada murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah
dijana bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan. tertentu.

13

HMEF5093

Teori ini memperlihatkan beberapa ancaman atau threat dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah melalui cabaran guru konstruktivisme iaitu guru
merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis menekankan
pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis
dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan
guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru
juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak
sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan
bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru. Di samping itu,kawalan
kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina
pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasanakelas dalam
kawalan tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada
pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan
keyakinan daripada pihak sekolah.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru
akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini
akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan
murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema
pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah
tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada
pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

14

HMEF5093

5.0

Rujukan

Ab. Rahman Ab. Rashid, Hajah Wan Som Mamat (1995). Bahasa Melayu Bahasa
Dalam Konunikasi Dan Proses Komunikasi. Edisi Pertama. Selangor: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Abdullah Mohd. Noor. 1986. Cabaran Profesionalisme Perguruan. Seminar Pendidikan
Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Abdullah Sani. Y. 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Angela Anthonysamy ( 2005). Perkembangan Pemikiran Matematik Pada Peringkat Awal
Kanak-Kanak : Satu Pendekatan Konstruktivisme. Universiti Malaysia Sarawak.
Ee, A. M. 1991. Pedagogi: Satu Pengenalan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Ee Ah Meng (1998), Pedagogi III.Pengujian, Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan
Pendidikan Inklusif (Semester IV). Shah Alam : Fajar Bakti Sdn., Bhd.
Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah,
Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.
Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993). Guru dan Perguruan. Edisi
Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka - Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Noor Azizah (2006). Pengaplikasian Teori Konstruktivisme dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Matapelajaran Reka Cipta.Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

15

HMEF5093

16

You might also like