You are on page 1of 16

DTT5224 - Kaedah Mengajar 1.

0 Content Base

Perlakuan Mengajar Guru

1.1 Pengenalan Perlakuan mengajar guru merupakan satu skop atau isu yang sangat besar untuk dibincangkan. Ia merangkumi banyak aspek seperti definisi, kriteria-kriteria perlakuan mengajar guru, teori-teori atau model pengajaran yang sedia ada, kebaikan dan keburukan model tersebut serta cadangan atau idea bagi penambahbaikan dalam model yang telah dibincangkan. Perlakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan satu perbuatan atau apa yang dilakukan oleh seseorang individu. Manakala mengajar pula memberikan pengertian yang pelbagai. Menurut pandangan klasik, mengajar merupakan suatu proses penyampaian sejumlah pengetahuan daripada individu yang berilmu kepada individu yang tidak mengetahui apa-apa. Pengertian ini sepadan dengan pandangan Jerome S.Brunner yang mendefinisikan perkataan mengajar sebagai satu proses menyajikan idea, masalah atau pengetahuan dalam bentuk yang sederhana sehingga dapat difahami oleh pelajar. Namun terdapat beberapa pandangan ahli pendidik moden yang menolak pandangan klasik berkaitan definisi mengajar. Antara pendidik moden yang terkenal ialah seperti Nasution serta Tyson dan Caroll. Menurut Nasution, mengajar merupakan satu aktiviti mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan pengajaran sebaik mungkin untuk disampaikan kepada para pelajar, sehingga terjadinya proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala bagi Tyson dan Caroll pula, mengajar merupakan suatu proses timbal balik yang berlaku antara pelajar dengan guru yang sama-sama aktif melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Perlakuan mengajar merupakan satu aktiviti atau perbuatan menyampaikan maklumat atau ilmu yang berguna kepada individu lain. Dengan kata lain, perlakuan mengajar merupakan perbuatan yang dilakukan oleh guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui pelbagai teknik dan kaedah sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Perlakuan mengajar guru yang berkesan dan berkualiti dapat dilihat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Azizi & Siti (), pengajaran berkesan dilihat sebagai suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang akan mengubah tingkah laku seseorang pelajar secara kekal. Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran ini berkesan, guru boleh menggunakan pelbagai model, teknik, kaedah serta

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

strategi pengajaran yang ada sesuai dengan apa yang hendak diajar. Di samping itu, terdapat juga beberapa kriteria-kriteria kualiti guru berkesan yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam melakukan aktiviti pengajaran guru. Menurut Arrends (1994), guru yang berkesan berupaya mewujudkan hubungan dengan pelajar di samping memupuk suasana penyayang. Manakala Fredrikson & Rhodes (2004), pula menyatakan bahawa hubungan yang baik antara guru dan pelajar akan membantu menyemarakkan motivasi pelajar untuk belajar1.

1.2

Aspek Pedadogi Dalam Pendidikan Perlakuan mengajar guru merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping penglibatan para pelajar. Menurut Mok Song Sang (2003), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung pada corak interaksi guru dengan pelajarnya, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pembelajaran. Dengan kata lain, guru memainkan peranan penting dalam menentukan perlakuan mengajar yang baik untuk memastikan proses pengajaran dapat diterima oleh pelajar dengan sebaiknya. Untuk memastikan pengajaran adalah berkesan dan berkualiti, guru haruskan bijak menilai dan mencari bukan sahaja kekuatan para pelajarnya, tetapi juga kekuatan yang ada dalam diri guru itu sendiri untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu pengalaman yang unik dan bermakna kepada pelajarnya. Perlakuan mengajar guru yang efektif boleh dilihat melalui tiga aspek utama iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian ke atas proses dan objektif pembelajarannya. Untuk aspek perancangan, guru haruslah bijak mengenal pasti objektif pengajaran yang hendak dilaksanakan pada satu-satu masa.

1.2.1

Perancangan Untuk memastikan sesuatu perancangan pengajaran berkualiti, seseorang guru

haruslah mengikuti beberapa prinsip antaranya ialah seperti; (a) menentukan objektif pengajaran dan memilih isi pelajaran serta (b) pendekatan, kaedah dan teknik hendaklah

Jurnal Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif. Selain itu, guru juga haruslah (c) bijak mengurus, memilih dan menyediakan kemudahan dan bahan pelajaran. 1.2.1.1 Menentukan objektif pengajaran dan memilih isi pelajaran

Objektif pelajaran bagi menghasilkan pengajaran yang efektif adalah objektif yang bersifat eksplisit yang ditentukan berdasarkan saranan sukatan pelajaran, pengetahuan sedia murid serta mengikut kebolehan mereka dan biasanya disediakan berdasarkan prinsip tingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid yang dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran selesai dijalankan. Selain itu, guru efektif juga harus mengambil kira pengetahuan sedia ada murid serta memastikan pengajaran dan pembelajaran efektif dapat dicapai berdasarkan keputusan dan kesan pengajaran mengikut perlakuan dan prestasi pelajar. Menurut Mok Soon Sang ( 2008: 296-297 ), pemilihan isi pelajaran melibatkan proses pemeringkatan isi pelajaran berdasarkan prinsip-prinsip dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran efektif melalui penyusunan dalam rancangan mengajar misalnya daripada senang kepada susah, konkrit kepada abstrak, dan fakta kepada teori.

1.2.1.2

Pendekatan, kaedah dan teknik hendaklah dipelbagaikan

Menurut Omardin Asahari ( 1999: 60 ), strategi dalam pendidikan merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Menurut Mok Soon Sang ( 2008: 94 ), strategi pemusatan murid adalah murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran dan guru haruslah bersikap sebagai seorang pemimpin yang membimbing dalam menjalankan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau individu dengan mengambil kira perbezaan pelajar dari segi umur, saiz badan, kematangan, pengalaman, minat, pengetahuan sedia ada dan tahap persekolahan

1.2.1.3

Bijak mengurus, memilih dan menyediakan kemudahan dan bahan pelajaran

Dari segi pemilihan bahan pelajaran dan penyediaan kemudahan pembelajaran, guru haruslah bijak memilih bahan yang bersesuaian dengan topik yang hendak diajar. Ini adalah untuk memberikan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif kepada pelajar. Menurut Henley dan Ullmer ( 1978 ) dalam Omardin Ashaari ( 1999: 140 ), pengajaran dan pembelajaran yang 3

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

efektif bergantung kepada kebolehan dan kecekapan guru dalam pemilihan bahan pengajaran ( alat bantu mengajar ) alat pandang-dengar yang dapat memenuhi keperluan dua saluran deria utama manusia, penglihatan ( 75 % ) dan pendengaran ( 13 % ) untuk memperolehi maklumat. Bahan pengajaran alat pandang-dengar atau dikenali juga sebagai audio-visual yang terdiri daripada filem, televisyen dan video yang berkaitan dengan strategi pemusatan murid menurut Mazhan Arshad ( 2008: 24 ) dapat membantu pelajar mempertingkatkan daya ingatan, pemikiran dan tanggapan. Fotografik dan elektronik merupakan sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, di mana ia menayangkan sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. Namun pemilihan bahan pengajaran yang efektif haruslah bersesuaian dengan inteklek, peringkat umur dan pengetahuan pelajar. Dalam penyediaan dan mengurus kemudahan-kemudahan dalam bilik darjah, peranan guru sebagai pengurus haruslah memastikan keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Keadaan bilik yang lebih kondusif ini dapat membantu meningkatkan minat, perhatian, tumpuan serta penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

1.2.2 Pelaksanaan Dalam aspek pelaksanaan pula, perlakuan guru sebagai pengajar yang berkesan secara tidak langsung dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berikutan keupayaannya dapat memotivasikan pelajar agar berminat belajar yang akhirnya mencapai objektif pelajaran. Motivasi ini penting kerana bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran sama ada secara luaran (ekstrinsik) atau dalaman (intrinsik). Di sini guru boleh menggunakan pendekatan teori motivasi behaviourisme. Seterusnya guru boleh memberi peneguhan, ganjaran dan insentif sebagai suatu rangsangan untuk membentuk perubahan tingkah laku yang menumpukan perhubungan rangsangan gerak balas ( S R ) yang boleh dikekalkan berdasarkan tiga hukum Thorndike ( kesediaan, latihan dan kesan ) melalui pemberian latihan yang berulang kali. Penyusunan isi pelajaran secara sistematik mengikut peringkat berdasarkan tahap perkembangan kognitif pelajar adalah penting untuk

menggalakkan penglibatan secara aktif dalam kalangan mereka agar objektif pelajaran tercapai. Selain itu, guru juga hendaklah pandai merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. 4

DTT5224 - Kaedah Mengajar 1.2.3 Penilaian

Perlakuan Mengajar Guru

Menurut Omardin Asahaari ( 1999 : 177 ), penilaian merupakan salah satu aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi usaha menilai keberkesanan pengajaran, pembelajaran, bahan-bahan dan objektif pelajaran yang menjadi tenaga penggerak dalam proses perkembangan dan kemajuan pelajar secara sumatif dan formatif. Keberkesanan pembelajaran boleh dilihat melalui penilaian ke atas pembelajaran pelajar melalui ujian-ujian yang dilakukan. Hasil penilaian inilah yang akan menentukan guru mengesan pencapaian objektif pelajaran bagi membolehkannya merancang pengubahsuaian yang perlu untuk menambah baik pengajarannya, merangka strategi baru untuk membantu pelajar yang gagal menguasai kemahiran yang diajarkan dan menukar bahan-bahan pengajaran dengan lebih sesuai. 1.3 Kriteria kriteria Guru Yang Berkualiti Terdapat banyak kriteria mengajar guru berkualiti yang telah digariskan dalam bidang pendidikan di beberapa buah negara. Setiap negara mempunyai kriteria mengajar yang tersendiri dan tidak dinafikan ada yang mempunyai kriteria yang sama dengan negara lain termasuklah negara kita Malaysia. Dalam Jurnal Hubungan Guru Pelajar dan kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar, penulis telah menyenaraikan beberapa ciri guru berkualiti yang telah ditetapkan di beberapa buah negara dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk melihat perlakuan mengajar guru yang sebenar. Dapatan dari hasil kajian tersebut adalah seperti yang akan diterangkan di bawah ini.

1.3.1 National Board For Profesional Teaching Standard (NBPTS) Menurut National Board For Profesional Teaching Standard (NBPTS), mereka telah menggariskan lima kriteria perlakuan mengajar guru yang berkualiti yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai panduan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan luar bilik darjah. Kriteria-kriteria tersebut ialah seperti berikut; a) Guru komited terhadap pelajar dan pengajaran Guru mempercayai semua pelajarnya boleh belajar sesuatu dan melayan pelajarnya sama rata. Mereka mengiktiraf perbezaan individu yang membezakan pelajar mereka daripada 5

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

satu sama lain dan mereka mengambil kira perbezaan ini dalam amalan mereka. Guru juga memahami bagaimana pelajarnya mengembangkan potensi diri dan belajar. Guru menghormati perbezaan budaya dan latar belakang pelajarnya. Guru mengambil berat tentang konsep kendiri pelajar, motivasi dan kesan pembelajaran terhadap hubungan rakan sebaya. Guru juga mengambil berat tentang perkembangan diri dan tanggungjawab sivik terhadap masyarakat. b) Berpengetahuan dan tahu cara untuk menyampaikan isi kandungan mata pelajarannya. Guru harus mempunyai penguasaan atas subjek yang diajar dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang aplikasi sejarah, struktur dan dunia sebenar subjek tersebut. Mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pengajaran, dan dapat menjangka jurang kemahiran dan prasangka pelajar terhadap subjek. Bagi membolehkan pelajar memahami guru menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai untuk mengajar. c) Mengurus dan memantau proses pembelajaran pelajar Guru menyampaikan arahan dengan jelas dan berkesan. Guru mengajar dengan lancar melalui pelbagai teknik pengajaran, membolehkan pelajar supaya terus bermotivasi, memberikan tumpuan dan sentiasa terlibat dengan proses pengajaran. Guru tahu cara untuk mendekati pelajar bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang berdisiplin, memberikan arahan untuk memenuhi matlamat pengajaran. Guru tahu bagaimana untuk menilai kemajuan pelajar secara individu dan kelas secara keseluruhannya. Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk mengukur perkembangan dan kefahaman pelajar serta dapat menjelaskan prestasi pelajar kepada ibu bapa. d) Guru memikirkan secara sistematik tentang amalannya dan belajar dari Pengalaman. Guru mengembangkan dirinya untuk menjadi seorang yang berpendidikan - mereka membaca, menyoal, mencipta sesuatu dan bersedia untuk mencuba perkara baru. Mereka sudah biasa dengan teori-teori pembelajaran dan strategi pengajaran dan kekal mengikuti perkembangan isu-isu semasa dalam dunia pendidikan. Guru secara konsisten menilai amalannya untuk mendalamkan pengetahuan, mengembangkan segala kemahirannya, dan menggabungkan penemuan baru ke dalam amalannya.

DTT5224 - Kaedah Mengajar e) Guru adalah Ahli Komuniti Pembelajaran

Perlakuan Mengajar Guru

Guru sentiasa bekerjasama dengan orang lain untuk meningkatkan ilmu pengajarannya. Guru adalah pemimpin dan secara aktif tahu bagaimana untuk mencari dan membina perkongsian dengan kumpulan-kumpulan masyarakat dan badan lain yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Guru bekerjasama dengan badan profesional yang lain mengikut dasar pengajaran, pembangunan kurikulum dan pembangunan staf. Guru mampu menilai kemajuan sekolah dan peruntukan sumber bagi memenuhi objektif pendidikan negara dan masyarakat di kawasan sekolahnya. Guru tahu bagaimana untuk bekerjasama dengan ibu bapa untuk melibatkan diri mereka secara produktif dalam kerja sekolah.

1.3.2 New Zealand Educational Institute Selain NBPTS, New Zealand Educational Institute (NZEI, 2004) turut menyenaraikan beberapa kriteria perlakuan mengajar yang boleh diikuti oleh para pendidik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Sembilan kriteria utama yang disenaraikan oleh NZEI ialah; a) Mempunyai kelayakan akademik Profesionalisme guru adalah berpusatkan kepada pengetahuan. Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa berkhidmat. Guru sentiasa digalakkan meningkatkan pengetahuan akademiknya setiap masa. b) Mempunyai asas pedagogi yang kuat dan memahami cara pelajar belajar. Guru harus mempunyai pengetahuan untuk menjalankan proses pengajarannya, penyampaian yang berkesan dan kawalan yang baik yang menarik minat serta memperkembangkan potensi pelajarnya. Di samping itu guru harus memahami kebolehan pelajarnya, mengetahui cara pelajarnya melihat dan memahami isi kandungan subjek yang diajarnya. Guru harus mengetahui sudut pandangan pelajarnya bagi memudahkannya untuk menerangkan subjeknya.

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

c) Berupaya menggalakkan pembelajaran dan pemikiran konsepsi Guru harus pandai mendekati pelajar dan menyediakan suasana pembelajaran yang positif bagi memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. d) Mengamalkan refleksi dan komited terhadap pembelajaran Guru harus menilai semula setiap amalan dan pelajarnya efektif dalam menentukan pencapaian pelajar dan membantu serta memperbaiki jika dalam pembangunan

terdapat kelemahannya. Guru seharusnya membina dan menggunakan strategi penilaian yang keintelektualan dan personaliti mereka. e) Berfikiran kritikal Guru menyelesaikan masalah melalui pendekatan tidak langsung dan kreatif dalam menangani masalah perhubungan dan proses pengajaran dan pembelajaran. f) Bekerja secara kolaboratif Guru yang bersikap kolaboratif secara tidak langsung akan memupuk sikap kesejawatan yang positif. Sikap ini penting untuk memupuk semangat kekitaan yang menggalakkan guru berinteraksi di antara satu sama lain dan bertindak sebagai satu keluarga. g) Tahap profesionalisme yang tinggi dan beretika Guru adalah pendidik kepada pelajar-pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan . Maka peranan yang dimainkan oleh guru sangat penting dalam dunia pendidikan. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajarnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai kualiti dan sifat peribadi, professional dan etika yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi sahaja yang berjaya dalam menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. h) Mengenalpasti dan mengoptimakan kekuatan pelajar Guru boleh menjalankan ujian-ujian personaliti untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pelajar. Mereka juga boleh menggalakkan dan mengoptimakan kekuatan pelajar dan 8

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

menyatakan kepada mereka setia individu mempunyai kekuatan dan kelemahan masingmasing. i) Prihatin terhadap pelajar Sikap prihatin dan timbang rasa seorang guru terhadap pelajarnya membuatkan pelajarnya belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Selain pertubuhan pendidikan di atas, Vallance R. (2000) dalam kajiannya yang bertajuk Excellent Teachers: Exploring Self Construct, Role and Personel Challenges telah menyenaraikan tiga ciri-ciri guru berkualiti iaitu seperti berikut; a) Pengurusan bilik darjah yang baik Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah, dan mengawal. Ini bermakna guru sebagai pengurus bilik darjah yang baik memainkan peranan sebagai perancang, pengelola, pengarah, dan pengawal. Justeru itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, guru hendaklah memahami ciri-ciri elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha menguasai kemahiran masing-masing. b) Komitmen guru untuk terus memperbaiki diri dan para pelajarnya Guru yang mempunyai kualiti professional akan sentiasa memikir dan mencuba pendekatan dan kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya sentiasa menarik dan berkesan. c) Guru menyayangi pelajar Guru yang penyayang akan dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan pelajarpelajarnya. Secara tidak langsung ia memberi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.4

Model-Model Pengajaran Model pengajaran merupakan satu kaedah atau strategi yang boleh digunakan oleh guru

untuk membantu mereka dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Dalam bidang pendidikan, terdapat lima jenis model pengajaran telah

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

diperkenalkan dan boleh digunakan oleh guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran seperti Model Pengajaran Robert Glazer, Model Pengajaran Sim, Model Pengajaran Taba, Model Pengajaran Latihan Terus dan Model Pengajaran Inkuiri.

1.4.1 Model Pengajaran Robert Glazer Robert Glazer (1962) telah memperkenalkan model pengajarannya yang dikenali sebagai Model Pengajaran Robert Glazer. Dalam model pengajaran ini, beliau telah membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Selain itu, Robert Glazer turut menekankan maklum balas pelajar dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Rajah 1 di bawah ini menunjukkan model pengajaran Robert Glazer.

Objektif pengajaran

Pengetahuan sedia ada

Kaedah mengajar

Penilaian

Maklum balas Rajah 1: Model Pengajaran Robert Glazer a) Objektif Pengajaran Objektif pengajaran merupakan hasil yang ingin diperolehi daripada pelajar setelah mereka mengikut suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran ini merangkumi penerimaan ilmu pengetahuan, perubahan dalam tingkah laku pelajar serta pemahaman pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Ia juga melihat kepada penguasaan pelajar dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan. b) Pengetahuan sedia ada pelajar Pengetahuan sedia ada pelajar merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar berkaitan tajuk yang ingin diajar. Selain itu ia turut merujuk kepada kebolehan intelek, aras motivasi, penentu-penentu sosial serta budaya pelajar. Ia digunakan oleh guru untuk 10

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan tahap pengetahuan pelajar serta merancang dan melaksanakan rancangan pengajaran. c) Kaedah mengajar Kaedah mengajar merupakan satu aktiviti atau strategi yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Ia dipilih berdasarkan kepada objektif serta pengetahuan sedia ada pelajar. Kaedah mengajar yang sesuai amat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan untuk memastikan objektif pengajaran tercapai. d) Penilaian Penilaian ialah satu proses yang digunakan untuk melihat sejauh manakah proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mencapai objektifnya. Ia juga digunakan untuk melihat sama ada pengetahuan sedia ada dan kaedah mengajar yang dipilih bertepatan dengan objektif pembelajaran. Secara kesimpulannya, model pengajaran ini juga dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

1.4.2 Model Pengajaran Sim Model pengajaran ini menyatakan bahawa proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara empat komponen utama iaitu guru, murid, isi pelajaran dan objektif. Ia turut dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi iaitu interaksi guru dan murid dengan objektif serta isi pelajaran dalam suatu persekitaran yang tertentu. Rajah 2 di bawah menunjukkan Model Pengajaran Sim.

11

DTT5224 - Kaedah Mengajar OBJEKTIF

Perlakuan Mengajar Guru

GURU

MURID

ISI Rajah 2: Model Pengajaran Sim Melalui model ini, objektif pengajaran biasanya akan ditentukan secara eksplisit dan mengikut kebolehan pelajar. Selain objektif, model ini turut menekankan kepada persekitaran pembelajaran dan isi kandungan pelajaran yang ingin diajar. Semasa interaksi berlaku, hanya salah satu komponen yang akan menjadi fokus utama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. a) Objektif Menjadi Fokus Utama OBJEKTIF

GURU Rajah 3 Objektif menjadi fokus

MURID

Dalam rajah di atas, objektif pelajaran merupakan fokus utama semasa interaksi antara guru dan pelajar berlaku. Di sini, objektif pelajaran haruslah dibuat dengan melihat kemampuan pelajar tersebut dari segi fizikal dan mental mereka. Selain itu guru juga harus memastikan bahawa objektif pelajaran yang telah ditetapkan boleh dicapai oleh pelajar di akhir sesi pembelajaran dan berlaku perubahan pada pelajar tersebut sama ada dari segi tingkah laku dan pemikiran. b) Isi Kandungan Menjadi Fokus Utama

12

DTT5224 - Kaedah Mengajar ISI KANDUNGAN

Perlakuan Mengajar Guru

GURU

MURID

Rajah 4 Isi menjadi fokus utama Dalam interaksi ini, guru harus memastikan isi kandungan pelajaran yang ingin diajar boleh diterima dan mengikut minat serta kebolehan pelajar. Selain itu guru juga harus memastikan bahawa isi pelajaran yang ingin diajar bersesuaian dengan kaedah dan strategi pengajaran yang ingin digunakan. Ini adalah penting bagi memastikan proses pembelajaran berlaku dengan berkesan. c) Persekitaran Menjadi Fokus Utama PERSEKITARAN

GURU

MURID

Rajah 5 Persekitaran Menjadi Fokus Utama Di sini, guru harus memastikan persekitaran pembelajaran berada dalam keadaan kondusif agar pelajar lebih selesa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

1.4.3 Model Pengajaran Taba Dalam model pengajaran Taba, pembentukan konsep sesuatu yang sangat ditekankan. Pembentukan konsep ini boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. Penyusunan bahan ini sangat penting untuk meningkatkan kemahiran kognitif pelajar dan ia haruslah melalui empat peringkat utama iaitu menyusun data atau fakta, mengelas dan menggolongkan data atau fakta, membuat generalisasi atau kesimpulan dan yang terakhir mengaplikasikan generalisasi yang diperoehi.

13

DTT5224 - Kaedah Mengajar

Perlakuan Mengajar Guru

Rajah di bawah menunjukkan peringkat penyusunan bahan pengajaran mengikut Model Pengajaran Taba. Menyusun data atau fakta; Penyusunan bahan atau data mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan

Mengelas dan menggolong data atau fakta; Bahan dan data yang disusun akan dikategorikan dan diberi label

Membuat generalisasi atau kesimpulan; Kesimpulan ke atas hubungan-hubungan antara kategori dibuat

Mengaplikasikan generalisasi yang diperolehi

Rajah 2.3 Model Pengajaran Taba

1.4.4 Model Pengajaran Latihan Terus Dalam model pengajaran latihan terus, guru akan melakukan proses pengajaran secara berperingkat atau langkah demi langkah. Model pengajaran ini bertujuan untuk memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dari peringkat awal sehingga tamat pengajaran pada masa tersebut. Di sini perlakuan mengajar guru menekankan agar guru menerangkan isi kandungan pembelajaran secara langkah demi langkah sebelum pelajar mengikutinya sendiri. Contoh mata pelajaran yang sesuai menggunakan model pengajaran ini ialah mata pelajaran matematik di mana guru akan menerangkan secara berperingkat operasi matematik yang sedang diajar. Dengan cara ini, perlakuan mengajar guru akan memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar dan secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

14

DTT5224 - Kaedah Mengajar 1.4.5 Model Pengajaran Inkuiri

Perlakuan Mengajar Guru

Model pengajaran inkuiri pula lebih banyak menekankan kepada proses soal selidik untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau pengetahuan yang baru. Dalam model ini ia melibatkan beberapa proses seperti mengenalpasti soalan yang bermasalah, membentuk hipotesis kepada masalah yang timbul, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian, mendapatkan jawapan seterusnya membuat kesimpulan ke atas permasalahan yang telah dikaji. Dalam model pengajaran ini, terdapat 2 bentuk yang boleh digunakan oleh guru iaitu Model Inkuiri Terbimbing dan Model Inkuiri Terbuka. Model inkuiri terbimbing biasanya sesuai digunakan apabila mengajar pelajar di peringkat rendah dan menengah manakala model inkuiri terbuka pula, ia lebih sesuai digunakan di peringkat pengajian tinggi. Model Inkuiri terbuka memberi peluang kepada para pelajar untuk mencari sendiri masalah yang ada seterusnya membuat penyelesaian ke atas masalah tersebut tanpa bimbingan daripada guru. Guru hanya bertindak sebagai penasihat kepada para pelajar.

2.0 Applied Knowledge Dalam bahagian kedua ini kami akan membuat kritikan terhadap model-model pengajaran sedia ada seperti yang telah di nyatakan di bahagian 1.7 di atas. Kritikan ini merangkumi kebaikan dan kelemahan yang sedia ada dalam model-model pengajaran tersebut. Jadual di bawah merupakan ringkasan terhadap kelemahan yang terdapat dalam Model Pengajaran Robert Glazer, Model Pengajaran Sim, Model Pengajaran Taba, Model Pengajaran Inkuiri dan Model Pengajaran Latihan Terus. Model Pengajaran Model Glazer Model Pengajaran Sim Pengajaran Robert Model ini Kelemahan Model tidak mengambil kira persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ini menekankan hubungan yang baik antara guru dan pelajar tanpa mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dalam pembentukan objektif pembelajaran.

15

DTT5224 - Kaedah Mengajar Model Pengajaran Taba Ia turut menekankan

Perlakuan Mengajar Guru unsur-unsur persekitaran

pembelajaran semata-mata. Model ini menekankan kepada penyusunan bahanbahan pengajaran sahaja. Selain itu, ia turut menekankan pembangunan kognitif tanpa melibatkan aspek psikomotor, tingkah laku dan afektif. Model Terus Model Pengajaran Inkuiri Pengajaran Latihan Model ini lebih bersifat pembelajaran berpusatkan pelajar. Ia lebih mementingkan pengajaran yang dibuat langkah demi langkah. Model ini lebih berpusatkan pelajar. Ia hanya sesuai digunakan ke atas pelajar-pelajar yang cerdik manakala pelajar-pelajar yang kurang cerdik akan ketinggalan.

16

You might also like