You are on page 1of 11

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN

ULASAN JURNAL

PENGARUH KEPIMPINAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR


Kepimpinan adalah satu bidang yang berkait dengan proses kelancaran dan
keberkesanan pengurusan dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan memainkan peranan
penting bagi memastikan sesebuah organisasi mampu mencapai matlamat yang ditetapkan.
Dalam erti kata lain, kepimpinan merupakan titik mula, asas dan dasar kepada segala proses
kerja dalam organisasi supaya pada akhirnya semua ahli organisasi saling bekerjasama untuk
menjayakan matlamat bersama. Pemimpin menjadi pemangkin kepada para pengikutnya
untuk berusaha mencapai matlamat. Pemimpin diibaratkan seperti nakhoda yang akan
mengemudi perjalanan sesebuah organisasi agar bergerak selari dan seiringan dengan visi dan
misi organisasi. Para pengikut atau ahli sesebuah organisasi akan bertumpu atau melihat
kepada gaya kepimpinan yang diamalkan dalam mereka melaksanakan tugasan yang
diamanahkan kepada mereka.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) mendefinisikan kepimpinan sebagai keupayaan
memimpin melalui teladan. Maksudnya, individu yang menjadi atau mengetuai sesuatu
organisasi hendaklah mampu memberikan contoh yang terbaik kepada orang-orang di bawah
pimpinannya. Pengaruh atau peranan yang digalas oleh pemimpin ini sangat penting kerana
ia bakal mendatangkan impak sama ada positif atau negatif di dalam organisasi. Fridayana
Yudiaatmaja (2013) pula mengatakan bahawa kepimpinan berkait dengan tindakan seseorang
individu mempengaruhi orang lain untuk suatu tujuan. Pemimpin dikatakan sebagai berkuasa
untuk menarik orang mengikutinya. Crainer di dalam Mullins (2005) di petik di dalam artikel
ini bersetuju bahawa kepimpinan ialah kegiatan mempengaruhi orang lain supaya mencapai
persetujuan bersama. Manakala Kadarusman (2012) membahagikan kepimpinan kepada tiga,
iaitu self leadership, team leadership dan organizational leadership.
Selain itu, memetik kata-kata daripada C.Turney dalam Martinis Yamin dan Maisah
(2010), kepimpinan ialah proses kumpulan yang dilaksanakan oleh seorang pemimpin untuk
mengelolakan dan menjadi inspirasi kepada pekerjanya melalui amalan-amalan pengurusan
supaya matlamat tercapai. Lebih menarik ialah George R. Terry di dalam Miftah Thoha
(2010) pula mengatakan bahawa kepimpinan tidak hanya perihal mempengaruhi tetapi
kepimpinan ialah penentuan tujuan organisasi, memberi motivasi serta mempengaruhi orang
untuk melakukan penambahbaikan. Kartini Kartono (2003) pula dipetik di dalam artikel ini

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

sebagai berkata bahawa kepimpinan sangat spesifik. Setiap seorang pemimpin yang
memimpin akan mempunyai ciri khusus yang boleh diterima oleh ahli pengikutnya. Dalam
erti kata lain, gaya kepimpinan hendaklah bersesuaian dengan kelompok yang dipimpin
kerana ia adalah penentu kepada kejayaan organisasi.
Oleh yang demikian, di dalam organisasi sekolah, pengetua atau guru besar
merupakan pemimpin yang memainkan peranan utama sebagai penggerak terhadap usaha
pencapaian matlamat sekolah. Meningkatkan prestasi pelajar dan memastikan pencapaian
pelajar berada pada tahap memuaskan adalah matlamat yang dipegang oleh semua sekolah
sama ada pendidikan peringkat rendah atau menengah. Pengetua atau guru besar yang
bertindak sebagai pemimpin pula mempunyai gaya kepimpinan yang pelbagai dalam usaha
masing-masing untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran. Walaupun
begitu, pemimpin dalam organisasi sekolah boleh dikembangkan lagi kepada kepimpinan
guru yang mempunyai hubungan langsung dengan pelajar. Justeru, kepimpinan di sekolah
yang bakal mempengaruhi prestasi pelajar ialah kepimpinan oleh pengetua atau guru besar
dan juga kepimpinan guru.
Prestasi pelajar atau pencapaian pelajar telah ditakrifkan oleh Raha di dalam Zulzana
Zulkarnaian, Mohamed bin Saim dan Roslina Abd Talib (artikel Pemikiran Semula
Pembangunan Kepimpinan Sekolah, 2012) sebagai kejayaan atau kegagalan pelajar dalam
sesuatu peperiksaan atau penilaian yang direka bentuk, diberi markah dan diinterpretasikan
oleh para pakar dalam bidang yang berkenaan. Pencapaian atau prestasi pelajar ini dinyatakan
dalam bentuk skor mentah, gred dan pangkat untuk sesuatu subjek. Memastikan pencapaian
pelajar berada pada tahap yang memberangsangkan adalah matlamat semua sekolah. Hal ini
kerana, pencapaian pelajar akan mencerminkan kejayaan amalan pengajaran dan
pembelajaran serta kepimpinan sesebuah sekolah. Dr. Amin bin Senin (2012) menyatakan
bahawa pemimpin sekolah adalah faktor penentu kepada kejayaan sesebuah sekolah. Amalanamalan kepimpinan oleh para pemimpin sekolah merupakan salah satu aspek yang
mempengaruhi pencapaian pelajar.
Pencapaian pelajar telah menjadi agenda reformasi ke arah mewujudkan pendidikan
yang berkualiti sepertimana yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025. Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri dan Foo Say Fooi (2015) di dalam

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

artikel bertajuk Hubungan Kepimpinan Guru dengan Pencapaian Akademik Pelajar


mengatakan bahawa kepimpinan pendidikan di sekolah sangat penting untuk mewujudkan
pendidikan berkualiti. Kepimpinan juga tidak hanya bertumpu kepada kepimpinan pengetua
atau guru besar semata-mata tetapi melibatkan kepimpinan oleh para guru juga. Kepimpinan
yang diamalkan oleh guru diibaratkan sebagai agen perubahan yang memangkin pencapaian
pelajar. Kepimpinan guru akan menjadikan pencapaian pelajar semakin baik atau semakin
merosot sekiranya aspek seperti kesedaran kendiri, komunikasi, kepelbagaian, kemahiran
pengajaran dan penambahbaikan berterusan diabaikan oleh guru (Katzenmeyer dan
Katzenmeyer di dalam Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri dan Foo Say Fooi, 2015).
Hasil kajian di dalam Hubungan Kepimpinan Guru dengan Pencapaian Pelajar
telah menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara kedua-duanya. Kepimpinan guru
terbukti akan mempengaruhi pencapaian pelajar dan para guru wajar menghadiri kursuskursus perkembangan profesionalisme supaya dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan di
dalam diri mereka. Apatah lagi apabila pencapaian pelajar adalah matlamat sesebuah sekolah.
Sekolah yang berjaya atau mendapat anugerah-anugerah kecemerlangan terhasil daripada
sekolah yang berjaya melahirkan keputusan pencapaian akademik yang terbaik juga. Usang,
Abdul Jawi dan Kamaruddin (2010) mengatakan bahawa kepimpinan adalah asas kepada
suaha meningkatkan pencapaian pelajar. Hal ini disokong oleh Hussein dan Day et al. di
dalam artikel yang sama. Kepimpinan diangkat sebagai faktor penentu pencapaian akademik
pelajar yang cemerlang.
Penulis artikel tersebut turut memetik pendapat daripada Kowalski (2010) yang
menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah meliputi semua peringkat. Guru merupakan
pemimpin yang akan meningkatkan pencapaian pelajar melalui penambahbaikan amalan
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penulis turut menekankan peranan guru
sebagai pemimpim melalui hubungan interaksi dan kolaborasi dengan warga sekolah yang
lain seperti pengetua dan rakan sejawat. Keupayaan mereka memimpin rakan sejawat untuk
melaksanakan aktiviti bagi meningkatkan amalan pendidikan lalu menaikkan tahap
pencapaian pelajar dianggap sebagai salah satu bukti bahawa kepimpinan guru adalah
penting. Guru ialah individu yang melaksanakan (anggota pelaksana) segala dasar atau
arahan yang disampaikan oleh pemimpin atasan. Cara mereka mengaplikasikan setiap arahan

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

atau dasar tersebut akan mewakili bakat kepimpinan yang mereka miliki. Kepimpinan tidak
hanya dalam kalangan pengetua atau guru besar sahaja.
Oleh itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 melalui Anjakan
Transformasi Kelima (seperti Rajah 1) menekankan tentang kepimpinan. Anjakan ke-5
tersebut ialah berkenaan keperluan menempatkan kepimpinan berprestasi tinggi di setiap
sekolah. Sesungguhnya untuk menzahirkan proses kemenjadian pelajar maka aspek
kepimpinan diberi perhatian serius. Pemimpin yang benar-benar layak bukan ditentukan oleh
tempoh perkhidmatan tetapi ilmu, perwatakan dan kemahiran yang dimiliki. Demi
menjayakan kepimpinan berprestasi tinggi, proses kepimpinan harus diperluaskan kepada
para guru kerana guru yang berurusan paling dekat dengan pelajar lantas bertindak sebagai
pemimpin di dalam bilik darjah. Pemimpin yang berjaya dan berkaliber akan melonjakkan
pencapaian pelajar. Hal ini disokong oleh Barth di dalam Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri
dan Foo Say Fooi (2015) yakni seorang guru harus menjadi pemimpin supaya para pelajarnya
berjaya. Crowther et al., Davies, Katzenmeyer & Moller, dan Harris & Lambert di dalam
artikel yang sama turut bersetuju bahawa kepimpinan guru mempunyai perkaitan dengan
pencapaian akademik pelajar.

Rajah 1 :11 Anjakan Transformasi PPPM 2013-2025

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

Selain itu, di dalam artikel yang bertajuk Model Kepimpinan Pengajaran Pengetua
dan Kompetensi Pengajaran Guru

oleh Mohd Yusri Ibrahim dan Aziz Amin (2014)

menyatakan bahawa terdapat perhubungan yang positif di antara amalan kepimpinan


pengetua dengan pencapaian akademik pelajar. Menurut penulis, pegetua perlu berperanan
sebagai pemimpin pengajaran untuk memastikan pelajar berjaya dalam akademik dan
memperoleh keputusan yang memuaskan. Hallinger dan Murphy di dalam Mohd Yusri
Ibrahim dan Aziz Amin (2014) pula telah menyebut tentang peranan pengetua sebagai
pemimpin yang seharusnya menyelaraskan kurikulum, memantau pengajaran guru,
mengawasi kemajuan pelajar, mengawal masa pengajaran, menggalakkan perkembangan
professional guru, sentiasa berada di sekolah dan menyediakan ganjaran baik kepada guru
mahupun pelajar. Hal ini sememangnya menjadi faktor pemebntukan pemimpin berkesan
yang akan menyumbang kepada pencapaian pelajar.
Kepimpinan pengajaran telah ditakrifkan sebagai perbuatan pengetua memberi
amanah atau tanggungjawab kepada guru-guru di bawahnya untuk melaksanakan sesuatu
program, aktiviti atau perkara demi meningkatkan atau memperbaiki tahap atau keputusan
pencapaian pelajar (Bevoise di dalam Mohd Yusri Ibrahim dan Aziz Amin, 2014). Manakala
Greenfield pula telah mendefinisikan kepimpinan pengajaran sebagai suatu perkara yang
dilakukan oleh pengetua untuk memaksimumkan produktiviti guru dan mewujudkan
persekitaran kerja yang kondusif supaya guru dapat menyumbang dengan lebih efektif
terhadap pencapaian pelajar. Malah hal ini disokong oleh Lipham, Rankin dan Hoeh (1985)
yang menekankan kepimpinan pengajaran sebagai perlakuan yang akan mendorong para guru
untuk melakukan penambahbaikan terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, kepimpinan pengajaran akan menjadi titik mula kepada perubahan amalan sedia
ada supaya pencapaian pelajar dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

Satu lagi jurnal yang menyentuh tentang kepimpinan dan prestasi pelajar adalah jurnal
yang ditulis oleh ME Menon (2011) yang bertajuk Leadership theory and educational
outcomes: The case of distributive and transformational leadership. Jurnal ini adalah kajian
berbentuk kajian konsep. Jurnal ini mengumpul pandangan pengkaji-pengkaji tentang kesan
gaya kepimpinan distributif dan tranformasional terhadap pencapaian para pelajar di sekolah.
Penulis melihat kepada aspek theoretical basis atau teori yang digunapakai dengan merujuk
kepada perspektif konseptual distributif dan transformasional yang dibincangkan di dalam
kajian literatur. Menurut penulis, terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh para
pengkaji mengenai kedua-dua gaya kepimpinan yang dinyatakan.
Dari aspek distributif, penulis menilai definisi yang diberikan oleh beberapa pengkaji
seperti Gibb (1954), Gronn (2000, 2002, 2007, 2008), Spillane, Halcerson dan Diamond
(2004), Woods, Bennett, Harvey dan Wise (2004), Timperley (2005), Spillane (2006),
Leithwood, Day Sammons dan Hopkins (2007) dan Mayrowetz (2008). Ternyata idea Gibb
(1954) selaku pelopor kepada gaya kepimpinan distributif mendapat persetujuan ramai
pengkaji yang rata-rata menyokong definisi yang diberikan beliau. Namun begitu, penulis
berpendapat hasil daripada kajian literatur menunjukkan terdapat keraguan tentang perkaitan
gaya kepimpinan distributif dengan gaya kepimpinan transformasional.
Untuk gaya kepimpinan tranformasional pula, penulis memetik penerangan yang
diberikan oleh Dansereau, Yammarino dan Markham (1995) mengenai gaya kepimpinan
transformasional yang merujuk kepada peranan pemimpin di dalam mengembangkan
pengikutnya. Penulis juga menerangkan teori yang dikemukakan oleh Burns (1978) dan Bass
(1985) adalah dua teori yang sangat popular di kalangan pengkaji di dalam mendifinisikan
gaya kepimpinan transformasional. Hal ini kerana ia telah melahirkan satu instrumen yang
sangat signifikan dan digunapakai sehingga ke hari ini iaitu instrumen Multifactor Leadership
Questionnaire (MLQ) yang dicipta oleh Bass dan Avolio (1997).
Walaupun terdapat banyak pendapat tentang kedua-dua gaya kepimpinan tersebut,
namun penulis ingin melihat perkaitannya dengan prestasi pelajar khususnya atau pencapaian
sekolah amnya. Justeru, melalui jurnal ini, penulis telah mengumpul sebanyak mungkin hasil
dapatan yang berkaitan dengan pencapaian pelajar khususnya dan sekolah amnya. Penulis

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

bertanya apakah kesan gaya kepimpinan distributif dan transformasional ke atas pencapaian
di dalam pendidikan.
Untuk menjawab soalan berkenaan, penulis menyelitkan kajian oleh Leithwood dan
Jantzi (1999, 2000) dan mendapati gaya kepimpinan distributif di kalangan pengetua
mempunyai hubung kait yang sangat besar dengan prestasi pelajar berbanding gaya
kepimpinan distributif guru. Maka, peranan pengetua ternyata lebih signifikan ke atas
pencapaian pelajar berbanding guru. Walaubagaimanapun, satu lagi kajian yang dijalankan
oleh Leithwood dan Mascall (2008) menerusi jurnal ini yang mana kedua-dua pengkaji
melihat kepada gaya kepimpinan kolektif di sekolah di bahagian Tasmania, Kanada
mendapati gaya kepimpinan kolektif mempunyai signifikan dengan pencapaian pelajar
melalui motivasi guru. Dalam erti kata lain, pencapaian pelajar juga dipengaruhi oleh
motivasi guru yang mengajar mereka di sekolah. Jika dibandingkan kedua-dua dapatan kajian
tersebut, ianya menunjukkan perbezaan yang ketara terutama dari segi peranan pengetua dan
guru ke atas pencapaian pelajar.
Penulis juga melihat kepada kajian yang dijalankan di negara lain. Sebagai contoh,
kajian yang dilakukan di Australia oleh Silins dan Mulford (2002). Kajian dilakukan ke atas
2500 orang guru dan 35000 orang pelajar yang berumur 15 tahun di Sekolah Tinggi di
Australia. Menerusi data yang diperolehi, mereka mendapati prestasi pelajar di sekolah boleh
diperbaiki sekiranya sumber kepimpinan dibahagi di kalangan komuniti sekolah. Selain itu,
prestasi pelajar juga boleh diperbaiki sekiranya guru diagihkan dengan kuasa yang ada kaitan
dengan isu-isu yang penting kepada mereka termasuklah isu prestasi pelajar mereka. Dalam
erti kata lain, komuniti sekolah yang juga merangkumi para guru yang mengajar patut
diberikan pengagihan kuasa yang sewajarnya bagi menyumbang kepada peningkatan prestasi
pelajar di sesebuah sekolah. Jika dibandingkan sekali lagi dengan kajian oleh Leithwood dan
Mascall (2008), perbezaan yang ketara adalah kategori pemimpin yang dimaksudkan di
sesebuah sekolah di mana Silins dan Mulford (2002) menyatakan gaya kepimpinan distributif
juga merangkumi komuniti yang wujud di sekolah dan bukan hanya pengetua semata-mata.
Selain Australia, penulis juga mengajak kita untuk melihat keadaan gaya kepimpinan
distributif yang berlaku di Amerika Syarikat. Harris dan Muijs (2004) telah melakukan kajian
ke atas 13 buah sekolah rendah atau elementary schools selama empat tahun di Chicago,

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

Amerika Syarikat. Kajian menunjukkan prestasi pelajar mempunyai hubungan yang positif
dengan gaya kepimpinan distributif yang diamalkan di sekolah. Sebagai kesimpulan, gaya
kepimpinan distributif yang diamalkan di sekolah di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia
menunjukkan persamaan di mana terdapat hubungan yang positif di antara gaya kepimpinan
distributif terhadap pencapaian pelajar.
Seterusnya, menerusi jurnal ini juga penulis melihat kepada gaya kepimpinan
tranformasional sama ada ia mempunyai kaitan dengan prestasi pelajar di sekolah. Penulis
mendapati tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas pengaruh gaya kepimpinan
transformasional di sekolah. Namun begitu, antara kajian yang disertakan oleh penulis adalah
kajian yang dilakukan oleh Koh, Steers dan Terborg (1995) ke atas sekolah di Singapura.
Kajian tersebut menggunakan instrumen Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ).
Melalui data yang telah dikumpul, mereka mendapati bahawa hubungan gaya kepimpinan
transformasional dengan prestasi pelajar adalah tidak langsung. Dalam erti kata lain, ia tidak
berkait dengan pencapaian pelajar atau sekolah. Sebaliknya, ia berkait rapat dengan
komitmen organisasi dan kepuasan kerja guru. Jika kita lihat, kebanyakkan pengkaji
menggunakan Multifactor Leadership Questionnaire untuk membuat penilaian mengenai
tahap kepimpinan yang diamalkan di sekolah. Justeru, kajian yang dijalankan adalah lebih
sahih keputusannya kerana instrumen yang sama telah digunakan.
Selain itu, penulis turut melihat kepada kajian yang dilakukan di Kanada. Leithwood
dan Jantzi (1999) mendapati gaya kepimpinan trasformasional mempunyai hubungan yang
positif dengan keadaan organisasi (keadaan sekolah dan bilik darjah) dan bukannya
pencapaian pelajar. Leithwood dan Jantzi (2006) juga menjalankan kajian yang sama tetapi
kali ini di England. Dapatan kajian juga menunjukkan keputusan yang sama dengan Kanada.
Dalam erti kata lain, gaya kepimpinan transformasional tidak mempunyai perkaitan yang
langsung dengan prestasi pelajar.
Selain itu dapatan kajian oleh Barnett, McCormick dan Conners (2001) ke atas
sekolah di Australia juag menunjukkan hubungan yang sama di mana prestasi pelajar dan
gaya kepimpinan transformasional mempunyai hubungan yang negatif. Namun begitu, kajian
oleh Griffith (2004) menunjukkan terdapat hubungan yang sangat minimum di antara gaya
kepimpinan transformasional di kalangan pengetua dengan pencapaian pelajar di Amerika

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

Syarikat dengan syarat sekolah berkenaan mengamalkan gaya kepimpinan trasnformasional


yang tinggi. Justeru, hasil dapatan adalah sangat berbeza dengan apa yang dimalkan di
Kanada dan England berbanding Amerika Syarikat.
Oleh hal yang demikian, penulis menyimpulkan bahawa gaya kepimpinan
transformasional terhadap prestasi pelajar adalah negatif ataupun sangat minima. Sebaliknya,
ia berkait rapat dengan pemboleh ubah malar yang lain tetapi bukan prestasi pelajar.
Apa yang saya dapat simpulkan di sini adalah penulis mendapati bahawa gaya
kepimpinan distributif mempunyai kaitan yang sangat positif dengan prestasi pelajar.
Sementara itu pula, gaya kepimpinan transformasional pula tidak berkait rapat secara
langsung dengan prestasi pelajar. Sekiranya ada, ia adalah sangat kecil dan hanya berlaku ke
atas sekolah yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasional yang sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, tidak banyak sekolah yang mengamalkan gaya kepimpinan
transformasional yang tinggi.
Namun demikian, keputusan kajian adalah melibatkan kajian yang dijalankan di
sekolah-sekolah di luar negara seperti Kanada, Amerika Syarikat serta England. Untuk
membuat perbandingan, saya turut menyelitkan beberapa kajian yang melibatkan situasi di
Malaysia. Perkara ini membawa kita kepada jurnal yang seterusnya iaitu Leadership
Patterns among Schools Administrators in Malaysia yang ditulis oleh Mahmud, W. M. W.,
Jalil, H. A., & Murad, M. A. A., (2014). Dapatan kajian mendapati terdapat tiga jenis gaya
kepimpinan yang paling dominan di kalangan pengetua iaitu gaya kepimpinan
transformasional, gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan dan gaya kepimpinan
instruksional. Namun begitu, gaya kepimpinan transformasional adalah yang paling dominan
di kalangan pengetua di Malaysia. Jika dibandingkan dengan jurnal terdahulu, ianya
menunjukkan persamaan yang ketara. Menurut penulis, keadaan ini berlaku kerana gaya
kepimpinan transformasional adalah gaya kepimpinan yang paling sesuai digunakan ke arah
mencapai key performance indicator serta memenuhi misi dan visi sekolah yang pada masa
sekarang matlamt utama para pengetua dan bukan semata-mata mengarah kepada pencapaian
akademik pelajar.
Namun begitu, di antara ketiga-tiga gaya kepimpinan yang dinyatakan, gaya
kepimpinan instrusional mempunyai hubung kait dengan prestasi dan pencapaian pelajar.

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

Penulis menyatakan hal ini adalah kerana pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan
tersebut melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan instruksional adalah pengetua yang
sentiasa memfokuskan pencapaian akademik dengan memastikan sekolah memainkan
peranan utama mereka iaitu sebagai organisasi pembelajaran.
Penulis juga menyatakan gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan mempunyai
hubung kait dengan pencapaian sekolah amnya dan hubungan yang tidak langsung dengan
prestasi pelajar. Pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan sedemikian akan melibatkan
diri secara aktif di dalam sebarang program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. Dalam
erti kata lain, mereka akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sekolah
terutama yang berkaitan dengan pencapaian sekolah.
Menyentuh tentang gaya kepimpinan transformasional sekali lagi, penulis mendapati
pengetua yang mengamalkannya lebih mementingkan hubungan mereka dengan guru agar
segala maklumat yang disampaikan tidak disalah ertikan sehingga mendatangkan kesan
negatif kepada sekolah. Pengetua sebegini akan sedaya upaya mengubah pentadbiran sekolah
ke arah yang lebih berkonsepkan teamwork atau semangat berpasukan. Menurut penulis,
mereka mahu dilihat sebagai role model kepada pekarja di bawahnya. Justeru, fokusnya
sangat minima ke atas pencapaian pelajar.
Berbalik kepada gaya kepimpinan instruksional yang mempunyai hubung kait yang
positif dengan prestasi pelajar, jurnal yang ditulis oleh Subarino (2011) yang bertajuk
Kepemimpinan Integratif: Sebuah Kajian Teori turut menyatakan perkara yang sama.
Menurut penulis ini menerusi Hallinger & Murphy (1985), konsep kepemimpinan
instruksional berfokus kepada aspek-aspek tindakan kepemimpinan sekolah yang
bersangkutan dengan kemajuan belajar dari siswa. Selain itu, penulis turut menyelitkan
kajian Donmoyer & Wagstaff (1990) yang mendukung perkara yang sama di mana mereka
menyatakan kepemimpinan instruksional ini merujuk kepada semua fungsi lain yang
berkontribusi untuk siswa belajar. Dalam erti kata lain, penulis cuba untuk menyatakan
bahawa prestasi pelajar mempunyai hubung kait dengan gaya kepimpinan instruksional.
Sebagai kesimpulan, gaya kepimpinan instruksional dan distributif merupakan dua
gaya kepimpinan yang menunjukkan hubungan yang sangat positif dengan prestasi atau

10

PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN


ULASAN JURNAL

pencapaian pelajar di sekolah. Sementara itu, gaya kepimpinan yang berorientasikan kejayaan
pula mempunyai perkaitan dengan prestasi sekolah secara amnya dan tidak secara khusus
kepada pencapaian pelajar. Akhir sekali gaya kepimpinan transformasional menunjukkan
hubungan yang sama ada sangat lemah atau tiada langsung perkaitan dengan prestasi pelajar
kerana menurut pendapat penulis melalui jurnal mereka menyatakan gaya kepimpinan
transformasional mempunyai hubungan dengan pemboleh ubah malar yang lain seperti
kepuasan guru, motivasi guru, komitmen sekolah, keadaan sekolah dan sebagainya tetapi
tidak kepada prestasi pelajar.

RUJUKAN
Ali, A. J., & Ngang, T. K. (2015). KEPEMIMPINAN INTEGRATIF: SEBUAH KAJIAN
TEORI. JURNAL MANAJEMEN PENDIDIKAN, 7(1).
Menon, M. E. (2011), Leadership theory and educational outcomes: The case of distributive
and transformational leadership.
W. M. W., Jalil, H. A., & Murad, M. A. A., (2014). Leadership Patterns among Schools
Administrators in Malaysia.
Yamin, Martinis dan Maisah. (2010). Standarisasi Kinerja Guru. Jakarta: Gaung Persada.
Thoha, Miftah. (2010). Kepemimpinan dalam Menejemen. Jakarta: PT Rajagrafindo Persada.

11

You might also like