You are on page 1of 1

Sorotan Kajian

2.1 Keberkesanan pembelajaran secara PdPr kepada pelajar PLUMS secara atas talian.

2.1.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Sosial

Teori pembelajaran konstruktivisme merupakan teori pembelajaran yang


memerlukan pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Teori pembelajaran
ini merupakan teori yang sangat mencabar minda pelajar kerana teori ini memerlukan pelajar
untuk membina idea-idea sendiri. Misalnya, bertanya atau mengadakan perbincangan dengan
rakan atau pelajar perlu mencari maklumat sendiri bagi memenuhi tugasan yang diberikan oleh
pensyarah. Teori pembelajaran ini juga memerlukan pelajar untuk membina dan mengolah ayat
sendiri supaya ia membentuk satu ayat yang bermakna dan kekal. Sehubungan itu, teori
pembelajaran ini juga menekankan pelajar untuk membina keupayaan sendiri dalam
menyelesaikan masalah. Hal ini kerana, teori pembelajaran ini memerlukan pelajar untuk
berkomunikasi dengan orang lain bagi mendapatkan ataupun membina idea-idea yang baharu.
Keberkesanan pembelajaran secara atas talian kepada pelajar PLUMS melalui teori
pembelajaran ini memerlukan pelajar untuk sentiasa dalam bimbingan dan tunjuk ajar guru
serta rakan sekelas agar pelajar tidak tersasar daripada objektif kajian pelajar khususnya dalam
menyiapkan tugasan secara berkumpulan.

2.1.2 Teori Pembelajaran Pengalaman

Teori pembelajaran pengalaman ini merupakan teori yang memerlukan pelajar


untuk membuat refleksi kendiri ke atas pengalaman yang pernah dilalui dan diterjemahkan
melalui satu konsep dan teori dan menjadikannya sebagai satu panduan terhadap pengalaman
yang pernah dilalui. Misalnya, pembelajaran secara atas talian dengan pembelajaran secara
bersemuka sangat berbeza. Hal ini kerana, pembelajaran secara atas talian memudahkan
pelajar untuk bertanya secara terus kepada guru berkenaan jika pelajar mempunyai persoalan
terhadap tugasan yang diberikan manakala pembelajaran secara bersemuka pula memberikan
sedikit beban kepada pelajar kerana hal ini pelajar tidak dapat bertanyakan secara langsung
kepada guru jika mempunyai persoalan ketika berada diluar PdPr. Hal ini dapat dilihat bahawa
pelajar dapat menimba ilmu melalui dua kaedah pembelajaran iaitu kaedah pembelajaran
secara atas talian dan kaedah pembelajaran secara bersemuka.

2.1.3 Model Pembelajaran Terarah Kendiri Atas Talian

Teori pembelajaran ini memerlukan pengetahuan yang sedia ada daripada


pelajar dimana apa yang pernah dipelajari oleh pelajar sebelum ini pada peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah. Pelajar akan mengaplikasikannya semula pada peringkat
universiti. Contohnya, pelajar akan membuat jadual waktu belajar sendiri, menyenaraikan
tugasan yang perlu dihantar sebelum tarikh akhir dan merancang tarikh perbincangan ketika
mempunyai tugasan berkumpulan yang perlu disiapkan. Teori pembelajaran ini memerlukan
pelajar untuk memotivasi kendiri agar pelajar tidak larut dalam perkara-perkara yang tidak
memberikan manfaat.

You might also like