You are on page 1of 16

ULASAN JURNAL

AHMAD FAQIH
BIN MOHD
SHOHIR
Modul Hayati, Eksplorasi, Berfikir Aras Tinggi (HEBAT)
Bacaan:
Strategik pengajaran dan pembelajaran membaca
LATAR BELAKANG
 Jurnal ini merupakan hasil kajian Rosdi Mat Nor, Normarini Norzan, Abdul

Jalil Othman, Mohd Rashid Mohd Saad, Riyan Hidayat dan Ahmad Rozi Abu
daripada Universiti Malaya.

 Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang Modul HEBAT Bacaan

sebagai satu strategic pengajaran dan pembelajaran membaca dalam


usaha meningkatkan literasi bacaan murid sekolah menengah daripada
murid Tingkatan Satu hingga murid Tingkatan Empat
 Dalam penulisan ini dibincangkan tentang pemikiran modul HEBAT bacaan,

kebolehlaksanaan Modul HEBAT Bacaan dan Pedagogi Abad ke-21 (PAK 21)
serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

 Modul ini mempunyai nilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P) membaca Bahasa Melayu kerana pendekatan yang digunakan adalah


menyeluruh mencakupi aspek strategik P&P, cadangan aktiviti, bahan
rangsangan/ simulasi dan projek penilaian pembelajaran. Selain itu
penekanan PAK 21 dan KBAT juga menjadikan modul ini lebih sesuai
dengan situasi P&P masa kini
SASARAN
 Murid sekolah menengah daripada murid Tingkatan Satu hingga murid

Tingkatan Empat.

 Modul hebat bacaan adalah wardah yang disediakan oleh KPM bagi

menyediakan murid untuk menjawab Literasi Bacaan PISA


RUMUSAN
 Aspirasi sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah

menggariskan lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara


keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

 Keberhasilan kualiti aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan

Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa


mengikut pengukuran Trends in Internasional Mathematics and Science Study
(TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) dalam tempoh
15 tahun yang akan datang.
 Pengukuran TIMSS dan PISA melibatkan Bacaan, Matematik dan Sains

sahaja.

 .Modul ini dibangunkan dengan mengambil kira semua tahap pencapaian

murid daripada murid lemah sehinggalah murid yang cemerlang.

 Setiap Modul HEBAT Bacaan yang dibina berdasarkan tema akan

mencakupi tiga aras mengikut tahap penguasaan bacaan murid. Tiga aras
tersebut ialah aras permulaan, aras sederhana dan aras lanjutan.

 Modul ini memberi penekanan tentang aktiviti, teknik dan proses

membaca.
RUMUSAN JURNAL
 Pada peringkat menengah kemahiran membaca lebih kompleks kerana teks bacaan yang

digunakan mempunyai struktur bahasa dan kosa kata yang tinggi .

 Teks bacaan peringkat sekolah menengah lebih bersifat ekspositori dan argumentatif serta

menjurus kepada bidang kepakaran seperti mata pelajaran matematik, sains dan teknikal.

 Modul HEBAT Bacaan yang diperkenalkan oleh KPM mempunyai persamaan dengan standard

yang dikeluarkan oleh NEAP di Amerika Syarikat.

 Modul HEBAT Bacaan dan standard yang dikeluarkan oleh NEAP adalah untuk meningkatkan

proses literasi kritkal murid-murid peringkat menengah di Malaysia ataupun di Amerika Syarikat.
 Proses literasi kritikal ini adalah satu proses yang memerlukan pemerhatian dan penelitian dua

aspek pembacaan iaitu memahami teks dan konteks, menggunakan alat-alat retorik dan simbolik
untuk menyampaikan maksud tersurat dan tersirat dan yang paling utama ialah keupayaan
seseorang itu untuk membahaskan isu secara kritikal, mengkritik sesuatu bahan bacaan dengan
penuh fakta dan rasional serta membuat penilaian mengenai kebolehpercayaan dan keesahan
sesuatu bahan bacaan.

 Dalam modul ini terdapat hubungan antara domain kognitif dengan domain bacaan yang

terdapat dalam PISA.

 Dalam domain kognitif terdapat enam aras iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi,

menganalisis, menilai, dan mencipta.

 Domain bacaan pula terbahagi kepada tiga iaitu akses dan mendapatkan maklumat, mentaksir

dan mengintegrasikan maklumat dan menilai serta membuat refleksi terhadap maklumat.
TEKNIK DAN STRATEGI
 Modul ini turut disertakan panduan pengajaran dan bahan pengajaran yang

efisien untuk kegunan guru.

 Teknik dan strategi yang sesuai akan memberi impak yang positif kepada

pemahaman murid
BAHAN DAN AKTIVTI PDP
 Guru perlu memilih tema, unit dan aras yang dekat dengan pengetahuan dan kemampuan murid.

 Pemilihan bahan dan aktiviti P&P yang sesuai penting kerana murid atau pembaca akan bertindak

aktif sekiranya bahan bacaan tersebut dekat dengan pengetahuan sedia ada mereka.

 Proses P&P membaca merupakan proses yang bersifat aktif. Proses tersebut akan melibatkan tiga

jenis ingatan iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang yang perlu
berinteraksi secara seimbang dalam mentafsir maklumat yang dibaca.
KEBOLEHLAKSANAAN
MODUL
 Pemilihan teks dalam modul ini juga penting kerana teks yang sesuai dengan aras kemampuan

dan pengetahuan sedia ada mereka akan memudahkan proses pemahaman teks yang dibaca.

 Kebolehlaksanaan modul ini penting bagi memastikan modul yang dihasilkan bermanfaat serta

mempunyai nilai tambah kepada P&P membaca Bahasa Melayu.

 Bagi memastikan sesuatu modul itu dapat dilaksanakan dengan berkesan, panduan atau

manual pelaksanaan perlu disediakan bagi memastikan proses pelaksanaan dapat dilakukan
dengan sistematik dan berkesan.
PENDEKATAN BERTEMA
 Modul HEBAT Bacaan telah dibangunkan menggunakan pendekatan

bertema.

 Tema yang terdapat dalam Modul ini ialah Alam Sekitar dan Teknologi

Hijau, Sejarah dan Warisan, Pelancongan, Integriti, Jati Diri, Patriotisme dan
kewarganegaraan, Kerjaya, Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan,
Ekonomi dan Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan, Pendidikan,
Pentadbiran dan Politik, Perindustrian, Perpaduan, Pertanian, Penternakan
dan Perikanan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Bahasa dan Kesusasteraan,
 Terdapat 20 tema dalam modul ini dan setiap modul mempunyai panduan

pengajaran, bahan pengajaran, projek penilaian pembelajaran dan item ala


PISA.
KAITAN TEORI
 Pembinaan modul ini berdasarkan teori kognitif bacaan dan literasi bacaan.

 Dalam domain kognitif terdapat enam aras iaitu mengingat, memahami,

mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta. Domain bacaan pula


terbahagi kepada tiga iaitu akses dan mendapatkan maklumat, mentaksir
dan mengintegrasikan maklumat dan menilai serta membuat refleksi
terhadap maklumat.
PENUTUP
 Penghasilan modul ini memberi nilai tambah kepada guru untuk berkreatif dengan pedagogi abad ke

21 dan seterusnya merangsang pemikiran murid-murid ke arah KBAT.

 Pendekatan Modul yang mempunyai tiga aras bagi setiap tema membolehkan guru merancang P&P

dengan lebih sistematik dan tersusun mengikut kemampuan murid

 Pembinaan modul ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang

menekan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid.

 Dalam aspirasi sistem pembinaan modul ini sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kualiti

pendidikan negara dalam kelompok


 Mencakupi enam aspirasi murid terutamanya kemahiran berfikir.

 Modul kemahiran berfikir ini diterapkan di dalam strategi pengajaran.

 Dalam strategi pengajaran KBAT ditekan sebagai salah satu elemen yang
perlu dilakukan oleh guru semasa PdP membaca dilaksanakan.

You might also like