You are on page 1of 26

PENTAKSIRAN DALAM

PENDIDIKAN
EDUP2063

PENTADBIRAN UJIAN
PENTADBIRAN UJIAN
Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur
pencapaian seseorang murid atau sekumpulan murid.
Bagaimanapun, terdapat juga ujian yang dianggap sah,
tetapi gagal memberikan maklumat yang diperlukan guru
atau pihak tertentu. Hal ini berlaku mungkin disebabkan
beberapa faktor lain, seperti ujian tidak dijalankan
dengan baik.
 Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati
sesuatu matlamat penilaian, maka langkah seterusnya
ialah mentadbir ujian itu kepada para murid.
Mentadbir ujian ialah sebahagian daripada langkah
pengujian. Pentadbiran ujian dilaksanakan pada fasa
terakhir langkah pengujian.
Aspek-aspek yang berkaitan
dengan prosedur dan tatacara
bagi mentadbir sesuatu ujian
Keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian
Pelantikan pengawas ujian
Persediaan tempat ujian
Persediaan kertas ujian
Prosedur untuk melaksanakan ujian.
1.1 Keselamatan dan kerahsiaan ujian
 Pihak sekolah hendaklah dengan jelas menerangkan proses dan
prosedur pembentukan kertas soalan. Maklumat mengenai
pembentukan dan kerahsiaan kertas soalan hendaklah diterapkan
dari aspek :

 i. pihak yang bertanggungjawab membentuk kertas soalan – hanya


pihak yang berkaitan sahaja yang boleh kendalikan kertas ujian.
Salinan kertas soalan sepatutnya tidak disimpan oleh penggubal.
 ii. proses validasi/moderasi kertas soalan – panel yang
bertanggungjawab perlu menandatangani borang kerahsiaan. Kertas
ujian diteliti dengan terperinci daripada aspek teknikal dan
kandungan. Segala draf kertas soalan harus dimusnahkan selepas
tamat sesi moderasi.
 iii. proses dan prosedur pengawalan dan penyimpanan kertas soalan
– kertas ujian perlu disimpan dibilik kebal. Sekiranya tiada bilik kebal
kertas ujian boleh disimpan dalam almari yang berkunci dalam bilik
guru besar.
1.2 Pelantikan pengawas ujian
Lazimnya guru penolong kanan akademik sekolah atau pun
setiausaha ujian yang akan menyediakan jadual ujian dan sekali
gus menentukan pengawas bagi sesuatu ujian yang akan
dilaksanakan.
Bilangan pengawas yang diperlukan bergantung kepada lokasi
ujian. Sekiranya ujian itu diadakan di dewan tentunya lebih ramai
pengawas yang akan dilantik, tapi sekiranya ujian dijalankan dalam
bilik-bilik yang berasingan sekurangkurangnya seorang bagi setiap
bilik perlu dilantik.
Pengawas amat penting untuk melantik ketua pengawas yang akan
bertanggungjawab kepada keseluruhan pentadbiran ujian.
Pengawas tidak boleh menolong mana-mana calon dalam apa cara
sekalipun, misalnya menjelaskan maksud soalan kepada calon
tertentu. Semasa ujian, calon sering kali bertanya pengawas
apabila terdapat soalan yang kabur/tidak jelas. Pengawas perlu
berhati-hati semasa cuba membantu calon, agar tidak memberi klu
jawapan atau jawapan yang salah.
1.3 Persediaan tempat ujian
Diantara perkara-perkara yang perlu diambil
perhatian adalah;
a) Lokasi dewan/bilik ujian. Murid-murid perlukan
suasana yang tenang dan senyap semasa menjawab
soalan ujian. Dewan/bilik dimana ujian dijalankan
mestilah terasing dan jauh daripada kesibukan
sekolah.
b) Papan tanda/notis perlu diletakkan dikawasan ujian
itu dijalankan supaya kawasan ini tidak diganggu oleh
orang yang tidak berkenaan.
c) Kedudukan meja murid-murid dan ketua pengawas didalam
dewan perlu disusun mengikut peraturan yang dibekalkan
oleh pihak pengurusan.

Perkara yang amat penting diberi perhatian berkaitan


bilik/dewan ujian ialah jarak tempat duduk/meja. Tempat
duduk/meja calon-calon yang mengambil ujian perlu
dijarak/dijauhkan sedikit berbanding jarak semasa PdP
berlaku. Penyusunan tempat duduk dalam jarak yang sesuai
ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya peniruan dan
memberi ruang untuk pengawas bergerak dalam bilik/dewan
ujian
d) Kemudahan yang diperlukan supaya ujian dapat
ditadbir dengan sempurna. Diantara peralatan yang
diperlukan dalam dewan ujian:

Jam Kipas

Pembesar Suara
1.4. Persiapan kertas ujian
Sebelum sesi ujian bermula, ketua pengawas ujian perlu
menyemak terlebih dahulu bilangan kertas ujian yang
disediakan agar mencukupi untuk semua calon yang
mengambil ujian.
Ketua pengawas ujian juga perlu memastikan bahawa
kertas soalan ujian adalah seperti yang dijadualkan.
Ketua pengawas juga perlu tahu prosedur tertentu
sekiranya terdapat calon/ramai calon yang datang lewat.
persediaan perlu dibuat bagi calon yang memohon untuk
mengambil ujian di hospital, yang mungkin disebabkan
mereka tidak sihat atau terlibat dalam sesuatu
kemalangan.
1.5. Prosedur Ujian
Setiap kertas ujian lazimnya mengandungi arahan tentang
cara menjawab bersama contoh soalan dan jawapan dan
juga masa yang diperuntukkan untuk menjawabnya.
Misalnya, arahan tentang bagaimana calon harus
menjawab soalan yang diberikan. Bagi sesetengah calon,
misalnya pelajar-pelajar Tahun 1 atau Tahun 2, arahan yang
jelas daripada guru diperlukan supaya mereka benar-benar
faham bentuk jawapan yang diperlukan. Contoh arahan
dalam kertas soalan adalah seperti berikut:

Jawab semua soalan dalam bahagian A dan


bahagian B dalam kertas soalan yang disediakan. •
Masa ujian 2 jam. • Sila tulis jawapan pada ruang
yang disediakan. •· Jawapan anda hendaklah tidak
kurang daripada 50 perkataan
Arahan lisan oleh ketua pengawas selepas calon
memasuki bilik/dewan ujian perlu dibuat dengan jelas
supaya semua calon dapat mendengar dan memahami
arahan yang diberikan.
Arahan berkaitan ujian wajar diberikan sebelum ujian
bermula untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
sebelum calon mula menulis jawapan.
Arahan pada peringkat awal ujian juga dapat mengelak
gangguan kepada calon-calon semasa mereka menjawab
soalan ujian. Sebagai contoh, sekiranya terdapat
kesilapan dalam soalan ujian, ketua pengawas perlu
memaklumkannya terlebih dahulu tentang kesilapan
tersebut sebelum calon mula menjawab soalan ujian
Pentadbiran Ujian Sebenar
Akur terhadap tempoh masa ujian/peperiksaan
seperti yang tercatat pada kertas ujian.
Baca arahan kepada murid dan menjawab soalan
mengenai arahan ujian sahaja sebelum memulakan
ujian.
Arahan secara lisan perlu dinyatakan dengan jelas.
Elakkan daripada bercakap tanpa sebab supaya
kerisauan ujian dikurangkan.
Kurangkan gangguan ke tahap minimum dari
segi membuat hebahan semasa ujian berjalan.
Tanda “ Peperiksaan sedang berjalan” perlu
diletakkan di luar bilik peperiksaan.
Elakkan daripada memberikan pembayang jika
murid menanyakan jawapan semasa ujian
berlangsung.
Mengawasi dengan teliti untuk mengelakkan
penipuan berlaku.
Selepas ujian/peperiksaan, kumpulkan skrip
ujian/peperiksaan secara sistematik.
Fizikal

Faktor-
faktor yang
Mempenga
ruhi
Tempoh
masa ujian Psikologi
/peperiksaan
Faktor Fizikal
Keadaan dan persekitaran fizikal seperti tempat
ujian/peperiksaan yang kondusif, nyaman dan
senyap, suhu bilik darjah, peredaran udara,
pencahayaan yang baik dalam bilik darjah dan
susunan tempat duduk murid.
Faktor Psikologi
Kebimbangan dan kerisauan terhadap ujian boleh
mengganggu pemikiran murid untuk memberi
respons terbaik.
Guru harus memastikan kerisauan ujian dikurangkan.
Mengelak memberikan ugutan atau amaran kepada
murid betapa pentingnya ujian kepada mereka serta
akibatnya jika tidak lulus.
Mengelak mendesak murid untuk menjawab dengan
pantas supaya menepati masa.
Guru perlu menenangkan murid dengan
memaklumkan bahawa ujian dan pentaksiran
merupakan cara untuk menambah baik pembelajaran.
Tempoh masa ujian/peperiksaan
Mengadakan ujian pada masa yang sesuai,
bukanlah selepas satu peristiwa besar seperti hari
sukan atau satu pertandingan.
Hal ini akan menjejaskan pencapaian murid akibat
keletihan atau ketidakcukupan masa bagi
mempersiapdiri untuk menghadapi ujian.
Susunan waktu dan masa ujian serta keluwesan
menangguhkan masa jika perlu akan meningkatkan
kesahan keputusan ujian murid (Miler et al.,2009).
Penskoran, Penggredan dan Kriteria
Pentaksiran : Jenis Penskoran dan
Rubrik Pemarkahan Analitik
 PENSKORAN RUBRIK
 Skema penskoran rubrik merupakan skema yang dibuat oleh guru
atau penilai sebagai panduan untuk menganalisis hasil atau proses
yang dilakukan oleh pelajar.
Kegunaan pengskoran rubrik:

 1.        Diperlukan untuk menilai penguasaan subjek atau


aktiviti yang dilakukan oleh murid.
 2.         Digunanakan sebagai panduan untuk menilai
sampel yang dibuat oleh pelajar.
 3.         Juga digunakan untuk menilai aktiviti kumpulan,
projek dan juga pembentangan lisan oleh pelajar.
 4.         Kegunaanya bergantung kepada tujuan
penilaian bukannya bergantung kepada aras
gred atau subjek.
Pengskoran rubrik menyediakan panduan pada setiap aras
yang diperlukan untuk menilai pelajar.
Panduan penilaian ini membolehkan pelajar memahami
mengapa mereka mendapat sesuatu markah dan mereka
perlu mempertingkatkan pencapaian mereka di masa
hadapan.
Kelebihan pengskoran rubrik
 1:  Menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah dicapai.
 2: Menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka
boleh meningkatkan pencapaian mereka.
Petikan dari http://web.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/buku_pbs/buku%20dalam.pdf

Kegunaan :
1) untuk menilai penguasaan subjek atau aktiviti yang dilakukan oleh murid
2) sebagai panduan untuk menilai sampel yang dibuat oleh pelajar
3) untuk menilai aktiviti kumpulan, projek dan juga pembentangan lisan oleh
pelajar
4) Kegunaannya bergantung kepada tujuan penilaian bukannya bergantung
kepada aras gred/subjek

Kelebihan:
1) Menyokong peperiksaan di mana spesifik kriteria telah dicapai
2) Menyediakan maklumbalas kepada pelajar bagaimana mereka boleh
meningkatkan pencapaian mereka
PENSKORAN ANALITIK
 Pemarkahan secara analitik lebih
terperinci daripada holistik.
 Ia mengandungi nilai tara isi
kandungan, pengelolaan dan
proses yang lebih khusus.
 Pemarkahan secara analitik lebih
objektif berbanding dengan
holistik.
 Ia mengambil masa yang lama.
 Bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan soalan berbentuk esei, langkah yang boleh
anda lakukan sebagai seorang guru adalah dengan cara:

1.         Memahami kehendak soalan. Pemeriksa perlu benar-benar memahami kehendak


soalan.
2.         Menyediakan skema pemarkahan. skema harus fleksibel, iaitu boleh ditokok tambah
dan dibaiki apabila meninjau tindak balas calon. Murid mungkin memberikan jawapan yang
tidak terdapat dalam skema tetapi idea itu boleh diterima.
3.         Mengadakan penyelarasan sebelum peperiksaan.
4.         Memeriksa beberapa skrip jawapan murid terlebih dahulu.
5.         Memeriksa jawapan hingga selesai.
6.         Mengelak daripada mengenali nama murid.
7.         Memberikan ulasan pada kertas jawapan
Tutorial 9
Jelaskan langkah pentadbiran ujian dan jenis
penskoran rubrik pemarkahan.
 

You might also like