You are on page 1of 5

PENGENALAN

Persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah sangat penting untuk diwujudkan
di sekolah terutamanya di sekolah yang mempunyai pelbagai etnik di dalam
sesebuah bilik darjah.

FIZIKAL

Bagi aspek fizikal pula, langkah mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya
ialah mewujudkan sudut meletakkan makanan dan minuman. Sudut makanan dan
minuman dapat menggalakkan murid membawa makanan ke sekolah. Guru boleh
meletakkan meja atau loker untuk murid di bahagian belakang atau hadapan kelas.
Hal ini juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan murid di sekolah. Di samping itu,
guru dapat mendidik murid untuk bertanggungjawab dengan barang sendiri dan
rakan serta menjaga kebersihan bilik darjah. Guru juga boleh mendidik murid untuk
meminta kebenaran sebelum makan atau minum di dalam bilik darjah. Sudut
makanan dan minuman ini juga membantu untuk mengelakkan daripada makanan
atau minuman tertumpuh di dalam beg atau ke atas buku kerana mempunyai sudut
yang sesuai. Guru juga boleh menggunakan sudut makanan dan minuman untuk
membantu murid yang kehidupannya susah. Guru boleh menyediakan makanan
yang dapat meringankan beban atau murid yang tidak sempat untuk sarapan pagi.
Keseluruhannya, sudut makanan dan minuman ini dapat dijadikan sebagai salah
satu langkah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Strategi pengurusan bilik darjah mesra budaya yang boleh dilaksanakan oleh
guru sekolah ialah susun atur meja dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai
kaum secara berkumpulan. Menerusi susunan tersebut murid-murid boleh
bekerjasama antara satu sama lain ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, murid-murid juga boleh berinteraksi
menggunakan satu bahasa iaitu bahasa melayu dan secara tidak langsung memberi
latihan kepada kaum lain untuk berlatih berinteraksi dalam bahasa Melayu. Secara
keseluruhannya, susun atur meja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
secara berkumpulan dapat meningkatkan persefahaman antara murid menerusi
aktiviti perbincangan secara berkumpulan yang bertepatan dengan prinsip
pembelajaran abad ke-21.

Pengurusan bilik darjah mesra budaya yang boleh dilaksanakan oleh guru
sekolah yang seterusnya ialah sudut dan ruang bacaan di dalam bilik darjah.
Pengetahuan murid akan berkembang dengan adanya pelbagai sudut pembelajaran.
Sudut ini bertujuan memberi pengetahuan kepada murid mengenai adat resam,
kebudayaan serta kepercayaan di negara ini. Guru sekolah akan menyediakan
bahan bacaan yang mengandungi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik
dengan mengaplikasikan penggunaan peta I-think yang diberi penekanan dalam
pembelajaran abad ke-21. Hal ini bertepatan dengan Noriati A. Rashid et. al.(2014)
yang mengatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang baik membolehkan murid
meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Murid juga dapat berinteraksi
antara satu sama lain mengenai isu-isu semasa seperti kosa baharu di sudut bacaan
kerana guru menyediakan surat khabar untuk dibaca setiap hari. Jelas bahawa sudut
dan ruang bacaan dapat meningkatkan pengetahuan murid.

SOSIAL

Langkah pertama mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bagi
aspek sosial ialah mewujudkan sebuah peraturan dalam bilik darjah. Kewujudan
peraturan dalam bilik darjah ini dapat menjaga kelakuan dan mendisiplinkan murid-
murid. Peraturan dapat membantu guru mengawal masalah pembelajaran yang
terdapat dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan bilik darjah yang dibuat akan diikuti
oleh murid dan akan menjadi budaya dalam bilik darjah. Antara peraturan bilik darjah
yang boleh dilakukan ialah memasukkan kerusi di bawah meja. Hal ini dapat
mendidik murid menjaga kekemasan bilik darjah seterusnya dapat diamalkan di
rumah mereka sendiri. Peraturan seterusnya yang boleh dilakukan ialah menutup
suis lampu dan kipas selepas tidak digunakan. Peraturan ini dapat membentuk murid
untuk menghargai elektrik di sekolah.
EMOSI

Langkah ketiga bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
bagi aspek emosi ialah melaksanakan aktiviti bermain sesama sesi pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti berbentuk permainan dapat memupuk nilai bekerjasama dalam
kalangan murid. Noriati A. Rashid et. al. Mengatakan bahawa aktiviti bermain
mendorong pemupukan budaya kolaboratif dan koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti bermain juga dapat menjadi satu medium untuk murid
melepaskan masalah mereka di rumah dan menjadi sebagai salah satu terapi
kepada murid. Contohnya, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
guru membuat aktiviti kotak beracun kosa kata. Murid dapat bermain bersama-sama
sambil mempelajari kosa kata baharu. Aktiviti sebegini menggalakkan murid
melakukan perbincangan untuk menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Aktiviti
bermain juga dapat menggalakkan pemikiran kritis dan memberi ruang untuk murid
menyatakan pendapat mereka sendiri. Guru juga dapat melihat pelbagai emosi murid
melalui aktiviti permainan. Oleh itu, guru perlu menyediakan lebih banyak aktiviti
berbentuk permainan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membentuk
budaya kolaboratif dan koperatif sesama murid di dalam bilik darjah yang
mempunyai pelbagai latar belakang.

SOSIOLINGUISTIK

Langkah terakhir mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya dari aspek
sosiolinguistik ialah menggunakan bahasa Melayu di dalam kelas. Hal ini kerana di
dalam kelas terdapat pelbagai kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.
Bahasa pengantaraan ini selalunya menjadi penghalang untuk mereka saling
berinteraksi. Hal ini menjadikan budaya di dalam kelas terdapat kelompok-kelompok
kecil. Melalui aktiviti ini, guru dapat melibatkan murid untuk saling berinteraksi antara
satu sama lain, khususnya kaum selain daripada melayu. Mereka tidak
menggunakan bahasa Melayu untuk berinteraksi dan itu menyebabkan mereka tidak
bergaul dengan kaum lain. Guru juga boleh menggunakan bahan-bahan seperti surat
khabar untuk menggalakkan dan membantu murid untuk mempelajari kosa kata
dalam bahasa Melayu. Bahasa mungkin dianggap remeh bagi sesetengah pihak.
4.0 Penutup

Perlaksanaan pengurusan bilik darjah mesra budaya yang dilaksanakan di


sekolah dapat memberi pelbagai manfaat kepada guru dan juga murid. Hal ini kerana
bukan sahaja dari segi kawalan kelas, malah guru dapat membentuk sahsiah murid.
Jadi, guru perlu merancang pelbagai aktiviti pengurusan bilik darjah yang lebih efektif
supaya hubungan sesama murid dan guru lebih rapat.

Rujukan

Abdul Ghaffar Mohd Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Atan Long. (1992). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing
Sdn. Bhd.

Melissa Ching & Adnan Baharom. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid et. al. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like