You are on page 1of 29

KURSUS

GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT


SEMESTER 1 2022/2023
SET 14

TAJUK
KERTAS CADANGAN PROJEK: MURID CICIR
(TEMU BUAL BERSAMA ‘UNTUK MALAYSIA’)

PENSYARAH
DR. KHAIRUL AZHAR JAMALUDIN

NAMA
ANIS SYAFIQA BINTI HAZELI (P122355)
ADAWIYAH HANIN BINTI POZLAN (P122556)
MADIHAH BINTI YAHYA (P122702)
NUREZZATUL NADHIRA BINTI MOHD FADZLUDIN (P123433)
NOOR HIDAYATUL AKHMAR BINTI ABDUL GHANI (P124241)
1

1.0 PENDAHULUAN

Keciciran murid Sekolah Rendah dan Menengah dalam pendidikan di Malaysia bukanlah isu
yang baharu tetapi ia perlu diberi perhatian kerana ia masih berlaku sehingga kini. Lebih-lebih
lagi apabila seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 dan ia memberi kesan kepada semua
negara termasuk Malaysia. Pandemik yang melanda ini juga telah memberi banyak kesan seperti
isu murid cicir serta perubahan baru dalam bidang pendidikan di negara kita. Istilah Murid Cicir
di Malaysia ialah seseorang murid dianggap tercicir apabila keluar daripada sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara faktor penyumbang kepada murid berisiko
tinggi untuk cicir ialah faktor murid dan faktor keluarga itu sendiri. Faktor murid cicir
berdasarkan kajian KPM melalui Program Sifar Murid Cicir seperti ketidakhadiran ke sekolah
disebabkan tiada minat serta motivasi belajar, tidak menguasai 3M (Membaca, Menulis &
Mengira), dan juga faktor pendapatan isi rumah yang rendah.
Oleh itu, projek yang ingin dicadangkan ialah program temu bual bersama pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) gerakan pendidikan yang dikenali sebagai “UntukMalaysia”. Melalui
program ini ia dapat memberikan lebih pendedahan kepada masyarakat tentang platform yang
dapat membantu menyelamatkan murid cicir mahupun yang berisiko untuk cicir. Selain itu, ia
juga sebagai pencerahan kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat umumnya tentang
pendekatan intervensi yang dilaksanakan “UntukMalaysia” dengan modul yang bersesuaian
kepada murid cicir ini.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Selepas mengikuti projek ini, pelajar dapat;


2.1 Mengenal pasti faktor murid cicir dalam masyarakat di Malaysia.
2.2 Menjelaskan peranan masyarakat terhadap isu murid cicir di Malaysia.
2.3 Menghuraikan cadangan bagi membantu dan mengurangkan peningkatan masalah murid
cicir di Malaysia
2

3.0 KEPENTINGAN PROGRAM

Isu Murid cicir ini menjadi perbincangan berterusan sebelum berlakunya pandemik Covid-19
hinggalah ke hari ini. Cetusan pandemik Covid-19 lebih memberi kesan kepada masalah
keciciran murid umumnya. Oleh itu, melalui program temu bual yang dijalankan ini ia akan
memberi pendedahan kepada orang ramai tentang usaha gerakan pendidikan pertubuhan bukan
kerajaan dalam mendepani isu murid cicir di Malaysia ini.
Selain itu, program yang dicadangkan ini dapat memberi peluang kepada masyarakat
untuk menyumbang dan membantu usaha mengubah pendidikan murid cicir ini dengan lebih
baik. Begitu juga, temu bual ini membolehkan kita mencari punca-punca utama kecenderungan
murid berisiko untuk cicir yang ada di kalangan masyarakat. Program yang dijalankan ini juga
dapat memastikan kelestarian pendidikan negara dalam mendepani isu-isu pendidikan yang ada
di Malaysia ini.

4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pensyarah: Dr. Khairul Azhar Jamaludin


Panel Jemputan: Aina Wafi binti Abd Kadir

JAWATAN NAMA NO MATRIK

Pengarah Program Madihah binti Yahya P122702

Timbalan Pengarah Nurezzatul Nadhira binti Mohd Fadzludin P123433


Program 1

Timbalan Pengarah Noor Hidayatul Akhmar binti Abdul Ghani P124241


Program 2

AJK Teknikal Anis Syafiqa binti Hazeli P122355

AJK Publisiti Adawiyah Hanin binti Pozlan P122556


3

5.0 ATUR CARA PROGRAM

Program : Temu Bual Bersama “Untuk Malaysia”


Tarikh : 29 Oktober 2022
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 am - 10.30 am
Medium : Google Meet

MASA PERKARA

9.00 am Kemasukan Panel dan ahli kumpulan ke dalam pautan yang


disediakan.

Link Meet : https://meet.google.com/prz-spvw-jib


Otherwise, to join by phone, dial +1 267-454-6943 and enter this PIN:
906 189 601#

9.15 am - Bacaan doa


- Sesi temu bual bersama panel mengenai isu Murid Cicir: Untuk
Malaysia
- Sesi soal jawab

10.30 am - Penutup
- Bersurai

6.0 OUTPUT PROGRAM

Pada penghujung temu bual, ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat akan menghasilkan satu
infografik poster menerangkan tentang pertubuhan UntukMalaysia dengan lebih terperinci. Hasil
daripada temu bual tentang objektif pertubuhan, senarai aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan
atau bakal dilakukan dan hasil dapatan setelah aktiviti-aktiviti tersebut dilancarkan akan
dinyatakan di dalam poster tersebut. Tambahan pula, pendedahan tentang pertubuhan ini serta
aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat menarik perhatian masyarakat untuk membantu daripada
segi sumbangan dana kepada pertubuhan ini dalam usaha berterusan membantu murid-murid
cicir ini.
4

Sehubungan itu, lebih ramai masyarakat dapat melibatkan diri untuk menjadi
sukarelawan bagi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pertubuhan tersebut. Antara kandungan
maklumat yang disertakan di dalam poster tersebut adalah :-
● Pengenalan Pertubuhan UntukMalaysia
● Objektif Agensi
● Kepentingan Pertubuhan ini kepada Masyarakat
● Aktiviti-aktiviti
● Maklumat Pertubuhan
● Langkah untuk menjadi sukarelawan
● Konklusi

7.0 JANGKAAN HASIL PROGRAM

Jangkaan hasil bagi program temubual ini adalah dengan membuka luas pandangan masyarakat
dalam mengetahui kewujudan isu ini serta memahami dan mengambil berat isu murid yang
tercicir. Malah, dengan mengenali projek murid cicir melalui program temu bual ini dapat
membantu para murid yang tercicir dalam meimbangkan kesamarataan dalam pembelajaran.
Oleh itu, bagi menjayakan kelangsungan projek ini, sokongan pelbagai pihak termasuklah
Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah, guru dan ibubapa amatlah penting dalam mengesan
dan membantu mengurangkan peratusan murid cicir di negara kita. Melalui program temubual
ini juga, pihak-pihak berkaitan akan lebih jelas memahami dan sudi memberi kerjasama dalam
menjayakan projek. Impaknya, objektif projek murid cicir yang dinyatakan oleh pihak
UntukMalaysia iaitu mahu menekankan dan memahami isu tentang tanggungjawab pendidikan
adalah tanggungjawab bersama dapat dijayakan dengan baik. Program ini dapat membuka mata
masyarakat dalam membantu pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga kos sara hidup rendah
dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik dengan pemberian sumbangan dan sokongan
terhadap program yang dilangsungkan oleh pihak UntukMalaysia.
5

8.0 JANGKAAN KEKANGAN/CABARAN PROGRAM

Jangkaan kekangan atau cabaran bagi program temubual ini adalah kekangan masa dan
keterbatasan penglibatan ahli kumpulan.. Pihak penganjur program bakal menghadapi cabaran
dari segi kesuntukan masa dalam melaksanakan program kerana program ini perlu diselesaikan
dalam masa beberapa bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pensyarah
universiti. Selain itu, keterbatasan penglibatan ahli kumpulan juga merupakan cabaran yang
dijangka akan dihadapi dalam menjayakan program ini. Ahli kumpulan tidak dapat untuk
melaksanakan temu bual secara fizikal disebabkan keadaan jarak tempat tinggal masing-masing.
Oleh itu, temu bual ini diadakan secara pertemuan alam maya.

9.0 PENUTUP

Lazimnya, keciciran persekolahan boleh mewujudkan jurang pengetahuan, jurang pendapatan,


keterlibatan dalam masalah sosial dan mungkin mewarisi kemiskinan keluarga. Hal ini bakal
merencatkan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Seandainya isu
keciciran murid gagal ditangani dengan sebaik mungkin, impak negatif terhadap kemakmuran
negara mungkin berlaku.
Diharapkan projek ini dapat diterima dan diluluskan. Semoga projek ini berjalan dengan
lancar dan mencapai matlamat serta memberi sumbangan kepada kelestarian pendidikan
masyarakat Malaysia. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
KURSUS
GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT
SEMESTER 1 2022/2023
SET 14

TAJUK
PELAPORAN PROJEK: MURID CICIR
(TEMU BUAL BERSAMA ‘UNTUK MALAYSIA’)

PENSYARAH
DR. KHAIRUL AZHAR JAMALUDIN

NAMA
ANIS SYAFIQA BINTI HAZELI (P122355)
ADAWIYAH HANIN BINTI POZLAN (P122556)
MADIHAH BINTI YAHYA (P122702)
NUREZZATUL NADHIRA BINTI MOHD FADZLUDIN (P123433)
NOOR HIDAYATUL AKHMAR BINTI ABDUL GHANI (P124241)
1

1.0 TAJUK PROJEK

Program Murid Cicir: Temu Bual bersama “Untuk Malaysia”

2.0 PENGENALAN PROJEK

“Untuk Malaysia” adalah satu gerakan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
menumpukan dalam mengubah dan membantu pelajar yang berlatar belakang keluarga bertaraf
rendah dalam memperbaiki pendidikan mereka. Hasil daripada kajian yang dilakukan, pihak
gerakan mendapati seramai 1.6 juta murid yang tidak mampu melibatkan diri dalam
pembelajaran secara dalam talian dan ini membawa kepada peningkatan risiko murid cicir.
Pelbagai projek yang telah dilaksanakan dalam membantu pelajar-pelajar tersebut iaitu projek
Selamatkan Murid Cicir, Kita Jaga Sabah, Bantuan Siswa seperti bantuan peranti atau baucar
buku, Bantuan Mangsa Banjir dan banyak lagi. Fokus utama program temu bual ini adalah
kepada projek Selamatkan Murid Cicir. Program ini berlangsung bagi mengumpulkan maklumat
dengan lebih teliti tentang projek Selamatkan Murid Cicir, objektif gerakan, senarai bantuan
yang boleh disumbang oleh masyarakat dan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai.

Projek Selamatkan Murid Cicir dibina bagi memfokuskan kepada masalah penguasaan
kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) akibat penutupan sekolah pada waktu
pandemik. Oleh hal yang demikian, program temu bual ini mendedahkan kepada masyarakat
tentang usaha gerakan dalam membantu dan mengurangkan risiko murid cicir di Malaysia.
Malah, masyarakat boleh membantu dalam menyumbang kepada gerakan bagi menghasilkan
modul-modul pembelajaran serta menyertai sebagai sukarelawan atau digelar sebagai
“changemakers” bagi membantu dalam menjayakan projek tersebut.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Perkara yang difokuskan di dalam projek ialah:

3.1 Mengenal pasti faktor murid cicir dalam masyarakat di Malaysia.

3.2 Menjelaskan peranan masyarakat terhadap isu murid cicir di Malaysia.


2

3.3 Menghuraikan cadangan bagi membantu dan mengurangkan peningkatan masalah murid cicir di
Malaysia.

4.0 KEKUATAN PROJEK

Projek temu bual ini dilihat mempunyai beberapa kekuatan dari segi memberi kebaikan dan
manfaat kepada rakyat Malaysia secara khusus. Antaranya ialah ia dapat memberi kesedaran dan
membuka mata tentang realiti yang dihadapi oleh rakyat Malaysia di mana terdapat sejumlah
besar murid yang tidak dapat terlibat secara langsung dalam pembelajaran secara atas talian
tatkala dunia dilanda gelombang virus COVID-19 yang boleh membawa maut. Pihak kerajaan
telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat
demi menyelamatkan rakyat Malaysia daripada dijangkiti virus yang membunuh. Pelaksanaan
PKP telah menghalang murid dan guru secara khususnya daripada melalui sesi pembelajaran dan
pengajian secara langsung dan bersemuka di sekolah. Ini mengakibatkan sekelompok murid yang
tidak mendapat kemudahan teknologi dan internet di rumah tergolong dalam kategori murid cicir.

Selain itu, satu pertubuhan yang mengambil inisiatif untuk menghadapi isu yang berlaku
di Malaysia demi memenuhi hak pendidikan yang layak diterima oleh setiap seorang rakyat
Malaysia dapat diperkenalkan di dalam sesi temu bual ini melalui penyampainya saudari Aina
Wafi iaitu Untuk Malaysia. Seperti yang telah dinyatakan di atas, Untuk Malaysia ditubuhkan
bertujuan untuk memfokuskan pengusaan 3M (membaca, menulis dan mengira) terhadap
golongan murid cicir. Pertubuhan ini belum dikenali secara meluas di dalam Malaysia tetapi
pihak-pihak yang mengambil tahu dan peduli dengan keadaan rakyat Malaysia lebih cenderung
untuk mengetahui akan kewujudan gerakan ini.

Projek temu bual ini juga dapat memberi galakan kepada rakyat Malaysia untuk menjadi
lebih prihatin dengan keadaan dan isu yang dihadapi rakyat Malaysia. Apabila kesedaran dapat
diterapkan di dalam jiwa rakyat Malaysia, setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia dapat
merasai peri pentingnya peranan yang perlu dimainkan dalam mengendalikan sesuatu isu yang
berlaku di Malaysia terutama sekali isu-isu yang tidak diketengahkan oleh media massa. Melalui
temu bual ini, individu yang berminat dengan isu pendidikan di Malaysia dapat mengenali satu
ruang yang telah disediakan oleh pertubuhan Untuk Malaysia di mana seseorang boleh
mendaftarkan diri menjadi sukarelawan yang terlibat dengan gerak kerja pertubuhan ini.
3

5.0 KELEMAHAN PROJEK

Antara kelemahan perlaksanaan projek ini di mana ia tidak dibuat secara umum kepada
masyarakat kerana penerangan tentang organisasi dan isu yang diketengahkan sangat memberi
manfaat dan pencerahan kepada yang mendengar terutama kepada warga pendidik, ibu bapa &
pihak berautoriti. Projek yang dijalankan ini sebaiknya dijalankan dalam bentuk webinar di mana
semua orang boleh melibatkan diri dalam program ini kerana banyak manfaat jika masyarakat
mengetahui tentang projek ini. Projek temu bual ini juga mempunyai kesukaran untuk
dilaksanakan secara fizikal kerana faktor kedudukan kawasan tempat tinggal ahli kumpulan yang
jauh dan berlainan negeri.

Selain itu, terdapat juga kekangan masa ahli kumpulan dalam melaksanakan projek
bersama-sama apabila tidak semua ahli kumpulan terlibat dalam temu bual atas faktor komitmen
pekerjaan atau kecemasan. Begitu juga, apabila projek ini dilaksanakan dalam bentuk temu bual
secara dalam talian, terdapatnya kesukaran kelancaran untuk menemu bual disebabkan
kekurangan capaian internet di kawasan masing-masing.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK

Berdasarkan pengamatan dan penelitian, kami telah menggariskan beberapa cadangan


penambahbaikan untuk memberikan impak yang lebih positif dan berkesan. Hal ini perlu
diutarakan agar kelemahan sepanjang pelaksanaan projek dapat menghasilkan pengajaran yang
membina kepada kami sebagai perancang, pelaksana dan pengelola sesuatu projek seperti ini
pada masa mendatang. Tambahan pula, cadangan penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk
memberikan tindak balas terhadap projek ini secara keseluruhan. Secara umum, terdapat tiga
penambahbaikan utama yang dapat dikenal pasti. Penambahbaikan yang dicadangkan ini adalah
bertujuan untuk mengatasi kelemahan yang telah dikesan sepanjang pelaksanaan projek.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh diambil ialah:

a. Mengadakan kaedah temu bual secara bersemuka/fizikal bersama panel jemputan

Jika tiada sebarang kekangan tempat dan masa, kaedah temu bual dapat dijalankan secara
bersemuka bersama panel jemputan. Kebaikannya, setiap persoalan dapat dikemukakan secara
4

terus dan serentak kepada panel. Tambahan pula, lebih banyak data yang dapat dikumpulkan
sepanjang sesi temu bual berlangsung. Selain itu, kaedah seperti ini juga dapat membina
hubungan yang lebih akrab dengan panel yang terlibat.

b. Menjadikan projek sebagai satu webinar

Penglibatan audiens yang ramai mampu membawa kepada impak kesedaran yang lebih baik.
Tambahan pula, mereka dapat didedahkan secara lanjut berkaitan gerakan yang dijalankan.
Justeru, lebih ramai individu yang celik dan mengambil berat tentang isu murid cicir yang
semakin kritikal di Malaysia kini.

c. Menganjurkan seminar terbuka di sekolah

Seminar terbuka yang memfokuskan penglibatan murid-murid di sekolah. Seminar sebegini


dapat dijalankan atas sokongan kerjasama dan kolaboratif bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) sekolah yang berkaitan. Seminar ini mampu menzahirkan nilai-nilai murni seterusnya
merangka pelan tindakan bagi meningkatkan prestasi sekolah. Tuntasnya, program ini
memberikan manfaat yang sewajarnya kepada setiap individu yang mengambil bahagian.

d. Turut serta dalam aktiviti kesukarelawanan

Penganjur melibatkan diri dan terlibat sama dalam aktiviti sukarelawan yang dianjurkan pada
masa akan datang. Hal ini bagi mendalami sendiri pengalaman dan gerak kerja sebenar dunia
seorang sukarelawan.

7.0 IMPAK PROJEK

Impak projek temu bual bersama pertubuhan ‘Untuk Malaysia’ adalah berpotensi untuk
memberikan kesedaran kepada individu, ibu bapa dan terutamanya kepada masyarakat di luar
sana mengenai tanggungjawab bersama menyediakan peluang pendidikan kepada golongan yang
memerlukan. Khususnya kepada murid cicir. Sasaran Program Selamatkan Murid Cicir yang
dilaksanakan oleh pertubuhan ini ialah murid yang berlatar belakangkan keluarga miskin atau
kurang berkemampuan.
5

Dengan adanya temu bual ini, objektif pertubuhan dan kejayaan mereka dalam usaha
membantu murid cicir akan diperkenalkan kepada masyarakat sekali gus menjadikan pertubuhan
ini dikenali ramai. Selain itu, impaknya ialah mampu menyediakan peluang kepada golongan
atau pihak tertentu untuk menjadi salah seorang individu yang perlu dibantu atau turut sama
membantu dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan. Oleh yang demikian, manfaat pertubuhan ini
dapat dirasai semua golongan terutamanya dalam bidang pendidikan dan sains sosial.

Impak projek yang terakhir ialah dapat mengurangkan statistik murid cicir yang berlaku
di Malaysia. Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peratusan murid cicir pada
2019 ialah sebanyak 0.19% manakala tahun 2020 menurun kepada 0.12%. Peratusan tahun 2021
pula meningkat 0.01% yakni 0.13%. Sehubungan dengan itu, dengan adanya projek-projek yang
dilaksanakan oleh pertubuhan ‘Untuk Malaysia’ terhadap murid cicir, statistik ini dapat
dikurangkan dan mampu memberi sinar baru kepada generasi pascamerdeka terutamanya dalam
bidang pendidikan. Bukan itu sahaja, ia juga sekali gus mengurangkan jurang pengetahuan dan
pendapatan.

8.0 PENUTUP

Konklusinya, projek Temu Bual Bersama ‘Untuk Malaysia’ ini sedikit sebanyak telah membuka
mata bukan sahaja kepada para pengkaji bahkan kepada masyarakat juga mengenai murid cicir
ini. Sepenuh sokongan dan penghargaan diberikan kepada pihak pertubuhan ‘Untuk Malaysia’
kerana sanggup membanting tulang menjalankan Program Selamatkan Murid Cicir untuk
membantu murid tersebut terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah atau B40.
Tujuan utamanya adalah menyediakan jalan ke arah masa hadapan yang lebih cerah kepada
mereka. Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, perjalanan yang telah mereka lalui semestinya
mempunyai onak dan duri namun demi menyediakan jalan lurus kepada murid cicir ini, batasan
tersebut bukanlah sebuah halangan untuk mereka berhenti. Semangat ini seharusnya ditanamkan
ke dalam diri masyarakat secara holistik terutamanya kepada ibu bapa dan orang awam untuk
menjadi warga yang prihatin kepada golongan yang keciciran dalam pendidikan. Kesannya,
generasi yang bakal dilahirkan mempunyai sifat dan berkemahiran insaniah serta berkualiti
daripada pelbagai aspek terutamanya dalam bidang pendidikan.
6

9.0 LAMPIRAN

SENARAI SOALAN “TEMU BUAL BERSAMA UNTUK MALAYSIA: PROJEK


SELAMATKAN MURID CICIR"
TARIKH: 29 OKTOBER 2022 (SABTU)
1. Bolehkah Puan terangkan serba sedikit mengenai pertubuhan #UntukMalaysia?
2. Pada tahun bilakah pertubuhan ini mula bergerak aktif dan apakah fokus utama
pertubuhan ini?
3. Pada kaca mata Puan Aina, apakah isu-isu dalam pendidikan yang berlaku di Malaysia
kini yang perlu dipandang berat dalam kalangan ibu bapa, guru dan masyarakat?
4. Bagaimanakah gerakan ini boleh tercetusnya idea untuk melaksanakan program
Selamatkan murid cicir?
5. Apakah kriteria yang ditetapkan untuk mengenal pasti sama ada murid yang dibantu
adalah murid cicir? Adakah mereka di kalangan B40 atau M40.
6. Berapa ramaikah murid telah dibantu sejak ia mula ditubuhkan?
7. Apakah kaedah yang digunakan bagi menarik minat murid tersebut dalam menyertai
setiap aktiviti yang dianjurkan?
8. Sejauh manakah pencapaian dan progres pelajar yang telah dibantu?
9. Adakah projek ini ada mensasarkan negeri-negeri selain daripada selangor?
10. Berapa ramai sukarelawan atau changemakers di sekitar lembah klang?
11. Apakah kriteria dan kelebihan menjadi sukarelawan dan changemakers ini?
12. Apakah persediaan dan perancangan yang perlu dilakukan sebelum melakukan sesuatu
aktiviti sukarelawan? Adakah terdapat sebarang kursus khas?
13. Apakah hala tuju atau capaian yang pihak UntukMalaysia mahukan pada 5-10 tahun
akan datang?
14. Apakah projek lain yang dilaksanakan UntukMalaysia selain projek selamatkan murid
cicir
15. Pesanan kepada para guru, ibu bapa dan masyarakat tentang masa depan pendidikan.
7

9.1 Poster Temu Bual

9.2 Sesi Temu Bual Bersama Puan Aina


8

9.3 Poster Output Program


LAPORAN PROGRAM

GGGD5022 : SEKOLAH & MASYRAKAT


KUMPULAN 5 (SET 14)

Program Murid Cicir:


Temu Bual bersama “Untuk Malaysia”
Bersama wakil daripada "Untuk Malaysia":
Puan Aina Wafi binti Abd Kadir
PENGENALAN
Projek yang dijalankan adalah projek temu bual bersama gerakan perubahan

pendidikan iaitu "Untuk Malaysia".


Menumpukan kepada projek Selamatkan Murid Cicir yang dilaksanakan oleh

gerakan.
Mendedahkan kepada masyarakat tentang peningkatan risiko murid cicir ketika

waktu pandemik dan selepas pandemik.


Risiko murid cicir yang mampu mengugat pendidikan di Malaysia serta masa

depan negara.
Masyarakat dapat membantu projek dalam pemberian sumbangan atau menyertai

sebagai sukarelawan atau dikenali sebagai "changemakers".


OBJEKTIF PROJEK

Mengenal pasti faktor murid cicir Menjelaskan peranan masyarakat

dalam masyarakat di Malaysia. terhadap isu murid cicir di Malaysia

Menghuraikan cadangan bagi membantu


dan mengurangkan peningkatan masalah
murid cicir di Malaysia.
KEKUATAN PROJEK

Memberi galakan
Memperkenalkan
Memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia
pertubuhan
kepada rakyat Malaysia untuk memainkan
Untuk Malaysia
tentang isu murid cicir peranan dalam
di Malaysia menghadapi isu murid
cicir
KELEMAHAN PROJEK

Perlaksanaan kesukaran untuk


projek tidak dibuat dilaksanakan
secara umum secara fizikal

Penglibatan ahli
kekurangan
kumpulan -
capaian internet
kekangan masa
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK

Menjadikan projek
Mengadakan kaedah Menganjurkan
sebagai satu webinar
temu bual secara seminar terbuka di
bersemuka bersama sekolah
panel jemputan
Terlibat dengan
aktiviti sukarelawan
Impak Projek
Temu Bual Bersama Panel Pertubuhan 'Untuk
Malaysia' berkaitan Murid Cicir

Berpotensi untuk memberikan kesedaran kepada individu, ibu bapa dan terutamanya kepada masyarakat di
luar sana mengenai tanggungjawab bersama untuk menyediakan peluang pendidikan kepada golongan yang
memerlukan.

Mampu menyediakan peluang kepada golongan atau pihak tertentu untuk menjadi salah seorang individu
yang perlu dibantu atau turut sama membantu dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan.

Dapat mengurangkan statistik murid cicir yang berlaku di Malaysia. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), peratusan murid cicir pada 2019 ialah sebanyak 0.19% manakala tahun 2020 menurun kepada 0.12%.
Namun, peratusan tahun 2021 pula meningkat 0.01% yakni sebanyak 0.13%.
n u t u p . .
PeKonklusinya, projek Temu Bual Bersama ‘Untuk Malaysia’ ini sedikit sebanyak telah
membuka mata bukan sahaja kepada para pengkaji bahkan kepada masyarakat juga
mengenai murid cicir ini.Tujuan utamanya adalah menyediakan jalan ke arah masa
hadapan yang lebih cerah kepada mereka. Tanpa mengharapkan sebarang ganjaran,
perjalanan yang telah mereka lalui semestinya mempunyai onak dan duri namun demi
menyediakan jalan lurus kepada murid cicir ini, batasan tersebut bukanlah sebuah
halangan untuk mereka berhenti. Semangat ini seharusnya ditanamkan ke dalam diri
masyarakat secara holistik terutamanya kepada ibu bapa dan orang awam untuk
menjadi warga yang prihatin kepada golongan yang keciciran dalam pendidikan.
Kesannya, generasi yang bakal dilahirkan mempunyai sifat dan berkemahiran insaniah
serta berkualiti daripada pelbagai aspek terutamanya dalam bidang pendidikan.
LA MP IR AN
L A M P I R A N

s am a
a l B er
u B u
i T e m n e l .
S es P a
Poster Output
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like