You are on page 1of 7

Jurnal Hadhari 3 (1) (2011) 93-99 The National University

of Malaysia
www.ukm.my/jhadhari

ULASAN BUKU / BOOK REVIEW

TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAN KOMUNITI LUAR BANDAR

(Transformasi Pendidikan Dan Komuniti Luar Bandar penyunting Jabil


Mapjabil, Christina Andin, Julenah Ag Nurdin. Penerbit Universiti Malaysia
Sabah)

Diulas oleh Mohd Afnan (P133208)*

Pendidikan mempunyai impak yang besar terhadap peningkatan kualiti


kehidupan. Buku ini ditulis oleh Jabil Mapjabil, Christina Andin, Julenah
Ag Nurdin. Keseluruhan buku ini menceritakan tentang transformasi
pendidikan di luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
pembanggunan pendidikan di luar bandar iaitu dari segi faktor keluasan,
geografi bukit bukau, dikelilingi puali di sepanjang pantai yang sangat
pangjang,kompisisi etnik yang pelbagai dan taburan sekolah yang banyak
di kawasan luar bandar memberikan cabaran kepada pembanggunan
pendidikan di kawasan tersebut. Secara keseluruhan, organisasi buku ini
disusun dalam tiga tema yang saling berkaitan antara satu sama lain.
Tema pertama, iaitu impak pendidikan memaparkan satu bab yang
membincangkan peranan pendidikan dalam mempengaruhi mobiliti sosial
komuniti bandar luar bandar. Lima bab yang berikutnya disatukan dalam
tema yang meniliti tentang penglibatan dan peranan pelbagai dalam
pembanggunan pendidikan di luar bandar termasuk peranan pihak luar,
komuniti setempat dan guru. Tema yang ketiga, pula mengandungi tiga
bab yang yang memberikan fokus kepada usaha untuk memperkasakan
pendidikan sains dan teknologi di sekolah luar bandar, antaranya
pengintegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran,pendidikan STEM, program celik sains dan pengenalan
kepada robotik dalam pembelajaran.

Berdasarkan penulisan buku ini, terdapat banyak manfaat kepada saya


untuk memahami hubung kait antara sekolah dan masyarakat. Di dalam
bab 1 berdasarkan penulisan buku ini pada awalan bab memperkenalkan
secara ringkas mengenai latar belakang serta budaya komuniti Iban di

1
Jurnal Hadhari 3 (1) (2011) 93-
99
Sarawak. Seterusnya perkaitan hubungan masyarakat dengan sekolah
ialah dikaitkan dengan konsep pendidikan dan mobiliti sosial etnik Iban
dikaitkan dengan pengetahuan lokal dan juga perkembangan pendidikan
formal sejak pemerintahan Brooke sehinggalah menyertai gagasan
Malaysia. Di dalam bab ini juga terdapat satu kajian kes di daerah Spaoh,
Betong, Sarawak telah dipaparkan untuk menyokong penghujahan
mengenai kesan pendidikan terhadap mobiliti sosial ini. Hasil kajian
menunjukkan perkembangan pendidikan telah membantu komuniti
mengalami proses mobiliti sosial daripada aspek pendapatan,
perkahwinan, perubahan tempat tinggal dan perubahan tingkahlaku. Jadi
di dalam bab ini menunjukkan bahawa sekolah dan masyarakat memang
akan berhubung kaitan antara satu sama lain.

Seterusnya, di dalam bab seterusnya pula menceritakan tentang hubung


kait antara transformasi minda melalui kerjasama agensi luar bandar
dengan komuniti luar bandar. Isu keciciran daripada pendidikan arus
perdana telah membawa kajian yang melibatkan etnik minoriti dan
komuniti terpinggir di luar bandar, Sabah. Etnik yang terlibat ialah etnik
Bajau Laut di persisiran pantai Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Tujuan
kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesan program terhadap informasi
minda komuniti tersebut. Kajian ini membuktikan bahawa pendidikan
memberikan kesan terhadap trasnformasi minda dengan impak terhadap
penguasaan 3m, kemahiran mengurus hidup, kemahiran bersosial dan
bernegara. Oleh itu, di dalam bab ini menerangkan akan pentingan
hubungan sekolah dan masyarakat bagi membentuk komuniti yang dapat
belajar, membaca, menulis, dan menguruskan hidup.

Di dalam bab seterusnya, antara maklumat yang memberikan saya untuk


memahami hubungkait antara sekolah dan masyarakat adalah di dalam
bab 4. Bab ini dimulakan dengan isu kemunduran pendidikan di kawasan
luar bandar. Di sebalik kemunduran ini, di dalam bab ini mencadangkan
bahawa sekolah luar mampu membuat transformasi melalui
permuafakatan komuniti. Hal ini dibuktikan melalui kajian kes melalui
kajian kes di sebuah sekolah luar bandar di daerah keningau, Sabah.
Melalui program “Pahkutan”, daya sekolah lebih indah dan kondusif
untuk pembelajaran. Lebih membanggakan lagi ialah sekolah ini telah
menjadi contoh kepada sekolah lain di bandar dan di luar bandar. Hal ini
amat menarik oleh kerana walaupun komuniti luar bandar yang seperti
yang kita ketahui mereka tidaklah mempunyai akses teknologi yang
begitu cukup berbanding di bandar. Akan tetapi tanpa memerlukan alat
bantuan ICT pun mereka boleh melakukan hal yang di luar kotak yang
menjadikan komuniti luar bandar tidak dipandang remeh oleh komuniti
luar bandar. Di sini menunjukan bahawa pendidikan merupakan aset
2
yang penting bagi menjadikan sesuatu komuniti itu bergerak maju
walaupun persekitaran komuniti tidaklah begitu maju.

Idea-idea baru yang terdapat di dalam buku ini yang dapat


dimanfaatkan kepada Sistem Pendidikan Malaysia

Terdapat idea-idea yang cuba dikembangkan di dalam buku ini yang dapat
memberikan manfaat kepada pada pembaca bagi meningkatkan
perkembangan sistem pendidikan. Terdapat beberapa manfaat yang
terdapat antaranya, ialah di dalam bab 5 dan 6. Di dalam bab 5 diselitkan
kajian terhadap penelitian peranan guru melalui soroton kaijian. Terdapat
empat kemahiran utama pembelajaran abad ke-21 yang ditonjolkan iaitu
kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, pemekiran kreatif dan kemahiran
kolaborasi. Peranan guru dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke-21
dihuraikan berdasarkan model ASIE melalui empat komponen utama iaitu
merangka rancangan, menyediakan aktiviti pembelajaran, menjadi
fasilitator dan motivator kepada pelajar dan penggunaan pedagogi adab ke-
21 agar guru mampu menyesuaikan aktiviti pengajaran dalam persekitaran
bilik darjah di luar bandar. Penyerapan PAK ke-21 perlulah diterapkan
tidak kiralah di bandar mahupun di luar bandar. Oleh kerana PAK ke-21 ini
dapat memberikan banyak manfaat kepada guru mahupun murid lantas
dapat meningkatkan kematangan terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

Di dalam bab 6 pula antara idea-idea baru yang terdapat yang memberikan
manfaat kepada pembaca ialah berkaitan dengan peranan guru luar bandar
dalam berhadapan dengan bencana agar keselamatan murid dapat
dipertingkatkan dalam situasi kecemasan. Berikut adalah kronologi dan
kesan gempa bumi terhadap sekolah-sekolah di Sabah.

3
Jurnal Hadhari 3 (1) (2011) 93-
99
Oleh hal yang demikan, satu kajian telah dilaksanakan untuk mnegenal pasti
tahap pengetahuan guru mengenai gempa dan kesediaan mereka untuk
berhadapan dengan bencana tersebut. Kajian telah dilaksanakan di kawasan
luar bandar yang terjejas teruk dengan kejadian gempa bumi di Sabah pada
tahun 2015. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai tahap pengetahuan
yang rendah. Hal ini membawa kepada tindakan yang telah diambil bagi
mengatasi isu ini dengan mengadakan kempen kesedaran. Antara input
mengenai kempen ini adalah dengan menenangkan diri sewaktu gempa bumi,
membantu mangsa di sekeliling dan membantu kanak-kanak yang mungkin
mengalami trauma akibat gempa bumi. Selain itu, antara yang lain ialah
mengenai panduan yang diberikan tentang cara untuk keluar daripada
banggunan dengan segera kerana gegaran susulan boleh merobohkan
banggunan dan dinasihatkan tidak makan dan minum sembarangan daripada
bekas yang berdekatan dengan kaca yang remuk.
Seterusnya antara idea baru yang terdapat di dalam buku ini ialah mengenai
peralihan tema kepada memperkasakan pendidikan sains dan teknologi di
kawasan luar bandar. Tema ini dimulakan dengan bab 7 yang meninjau
secara umum tentang kepentingan penerapan celik sains terhadap komuniti
luar bandar dihuraikan berdasarkan kepentingan terhadap kehidupa manuia.
Maka itu, konsep celik sains semakin mendapat perhatian agar penggunaan
pengetahuan sainstifik secara bertangungjawab dan beretika dalam
menanggani pelbagai cabaran masa kini seperti kemiskinan, kekurangan
makanan, bekalan air bersih, cuaca yang tidak menentu dan ketdidak
cekapan pengurusan sumber. Celik sains secara tidak langsung akan
meningkatkan kesedaran komuniti luar bandar tentang kekayaan alam
sekeliling mereka yang mungkin pupus jika amalan kehidupan yang
merosakkan persekitaran tidak terkawal. Dalam masa yang sama celik sains
ini akan meningkatkan daya fikir generasi muda komuniti luar bandar
mengenai cara memanfaatkan sumber alam dengan efisien melalui
penggunaan teknologi.
Idea baru yang diketengahkan di dalam buku ini ialah mengenai penekanan
terhadap pendidikan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
dalam Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Kepentingan STEM dalam merealisasikan inisiatif yang dilakukan oeleh
kerajaan iaitu kemahiran abad ke-21, Transformasi National, dan Revolusi
Perindustrian Ke-empat (Industri 4.0). Oleh hal yang demikian, pendidikan
STEM perlu diperkukuhkan sejak daripada bangku sekolah lagi. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan pendidikan STEM berhadapan dengan cabaran
terutama sekali di sekolah kawasan luar bandar yang mempunyai fasiliti
terhad seperti tiada bekalan elektrik, kemudahan komputer dan makmal
untuk menyokong pendidikan STEM. Maka itu, bab ini berkongsi maklumat
tentang program outreach yang boleh digunakan untuk membantu
mengembangkan pendidikan STEM di kawasan luar bandar. Program ini
telah dilaksanakan di sepuluh buah sekolah menengah luar bandar di Sabah
pada tahun 2015 sehingga 2017, Program ini melibat projek hands-on yang
memerlukan murid untuk mencipta sesuatu yang produktif, menyeronokkan
4
dan mencabar. Murid juga perlu menjawab soalan Kemahiran Aras Tinggi
(KBAT). Impak
program outreach ini terhadap murid termasuklah mengetahui prinsip dan
hukum sains dalam reka cipta, menguji potensi diri untuk mengaplikasikan
hukum sains dengan mencipta sesuatu dan peningkatan KBAT.
Akhir sekali, antara idea baharu yang terdapat di dalam buku ini ialah pada
bab 9 yang berkongsi maklumat mengenai pengendalian program Robotik
Minimalis di kawasan luar bandar. Program ini merupakan satu inisiatif
yang sejajar dengan keperluan melahirkan pelajar yang berkemahiran abad
ke-21 dan cekap mengaplikasikan teknologi selaras dengan keperluan
Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0). Gerak kerja program Robotik ini
dikendalikan mengikut empat fasa utama iaitu penyediaan kertas kerja,
pembangunan modul dan robotik, persiapan dan pelaksanaan yang diakhiri
dengan Karnival Jom Robot. Penyediaan kertas kerja melibatkan penetapan
hala tuju dan skop pelaksanaan Fasa pembinaan modul pula memberi fokus
kepada jenis aktiviti yang akan dilakukan. Seterusnya, persiapan dilakukan
dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa, pemilihan peserta, Training
of Trainer (TOT) dan bengkel pemantapan. Pelaksanaan program diisi
dengan bengkel aktiviti pelajar yang melibatkan dua fasa Bengkel fasa 1
memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pendidikan berasaskan
robotik sebelum mereka berhadapan dengan tahap yang lebih kompleks
pada bengkel fasa 2. Seterusnya, fasa terakhir merupakan Karnival Jom
Robot yang diisi dengan pelbagai aktiviti seperi pameran, Robonators
Championship, cabaran robotik, cerpen, dan video pendek. Progam ini
adalah satu inisiatif untuk menyokong penambahbaikan proses pengajaran
dan pembelajaran subjek STEAM di sekolah menengah dan seterusnya
memupuk minat murid luar bandar terhadap mata pelajaran sains agar
mereka memilih aliran sains apabila masuk ke menengah atas. Berikut
adalah gambar aktivti yang dijalankan mengenai pengendalian program
Robotik Minamilis.

5
Jurnal Hadhari 3 (1) (2011) 93-
99

Jurang atau kekurangan yang terdapat dalam buku ini


Rumusannya, buku ini dapat memberikan maklumat yang boleh
dimanfaatkan untuk memperkasakan pembangunan pendidikan di kawasan
luar bandar khususnya berkaitan dengan kerjasama pihak luar dengan
komuniti serta pendidikan sains dan teknologi. Namun begitu, terdapat
beberapa isu lain berkaitan dengan memperkasakan pendidikan luar bandar
yang masih tidak dicakupi dalam koleksi himpunan buku ini, antaranya ialah
cabaran guru, rekod dan rahsia kejayaan pelajar luar bandar, penerimaan
komuniti luar bandar terhadap teknologi dan pemodenan. Mengenai isu lain
yang berkaitan ialah mengenai cabaran guru yang tidak menghuraikan
dengan lebih khusus mengenai cabaran yang guru-guru perlu tanggani
sekiranya mengajar di kawasan luar bandar. Contohnya seperti dari segi
kemudahan, keselamatan, makanan, dan akses kelengkapan di sekolah.
Cabaran guru mengajar di kawasan luar bandar adalah sangat mencabar dari
segi kemudahan kenderaan dan kemudahan harian. Di kawasan luar bandar
sangat susah untuk mengakses kenderaan untuk ke sekolah. Terdapat guru
yang perlu mengharungi jalan-jalan yang lecak dan berdebu dan terdapat
juga guru yang perlu mengharungi sungai dengan menaiki bot untuk ke
sekolah selama berjam-jam lamanya. Selain itu, rekod dan rahsia kejayaan
pelajar luar bandar tidak dinyatakan dengan sepenuhnya di dalam buku ini.
Kalau mengikut data, Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk
Dr Mistirine Radin, 60 sekolah yang terletak di bandar mencatat pencapaian
lulus sebanyak 91.12 peratus, manakala 151 sekolah di luar bandar pula
berjaya merekodkan kadar lulus sebanyak 90.59 peratus.Tambahnya
menerusi Laporan Keputusan Peperiksaan 2020, secara keseluruhannya
pencapaian calon SPM negeri Sabah mencatatkan peningkatan dari segi
kualiti yang diukur melalui pencapaian Gred Purata Negeri (GPN).
Seterusnya ialah mengenai penerimaan komuniti luar bandar terhadap
teknologi dan pemodenan.

Apapun, buku ini sesuai dan relevan sebagai bahan bacaan dan rujukan
kepada mereka ang berminat dalam usaha memperkasakan pendidikan luar
bandar.

Prof. Dr. Jawiah Dakir*


Timbalan Pengarah
6
Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor, MALAYSIA
Mel-e: jawiah@ukm.my

You might also like