You are on page 1of 6

KURSUS

GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT


SEMESTER 1 2022/2023
SET 14

TAJUK
KERTAS CADANGAN PROJEK: MURID CICIR
(TEMU BUAL BERSAMA ‘UNTUK MALAYSIA’)

PENSYARAH
DR. KHAIRUL AZHAR JAMALUDIN

NAMA
ANIS SYAFIQA BINTI HAZELI (P122355)
ADAWIYAH HANIN BINTI POZLAN (P122556)
MADIHAH BINTI YAHYA (P122702)
NUREZZATUL NADHIRA BINTI MOHD FADZLUDIN (P123433)
NOOR HIDAYATUL AKHMAR BINTI ABDUL GHANI (P124241)
1

1.0 PENDAHULUAN

Keciciran murid Sekolah Rendah dan Menengah dalam pendidikan di Malaysia bukanlah isu
yang baharu tetapi ia perlu diberi perhatian kerana ia masih berlaku sehingga kini. Lebih-lebih
lagi apabila seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 dan ia memberi kesan kepada semua
negara termasuk Malaysia. Pandemik yang melanda ini juga telah memberi banyak kesan seperti
isu murid cicir serta perubahan baru dalam bidang pendidikan di negara kita. Istilah Murid Cicir
di Malaysia ialah seseorang murid dianggap tercicir apabila keluar daripada sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara faktor penyumbang kepada murid berisiko
tinggi untuk cicir ialah faktor murid dan faktor keluarga itu sendiri. Faktor murid cicir
berdasarkan kajian KPM melalui Program Sifar Murid Cicir seperti ketidakhadiran ke sekolah
disebabkan tiada minat serta motivasi belajar, tidak menguasai 3M (Membaca, Menulis &
Mengira), dan juga faktor pendapatan isi rumah yang rendah.
Oleh itu, projek yang ingin dicadangkan ialah program temu bual bersama pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) gerakan pendidikan yang dikenali sebagai “UntukMalaysia”. Melalui
program ini ia dapat memberikan lebih pendedahan kepada masyarakat tentang platform yang
dapat membantu menyelamatkan murid cicir mahupun yang berisiko untuk cicir. Selain itu, ia
juga sebagai pencerahan kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat umumnya tentang
pendekatan intervensi yang dilaksanakan “UntukMalaysia” dengan modul yang bersesuaian
kepada murid cicir ini.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Selepas mengikuti projek ini, pelajar dapat;


2.1 Mengenal pasti faktor isu murid cicir dalam masyarakat di Malaysia.
2.2 Menjelaskan peranan masyarakat terhadap isu murid cicir di Malaysia.
2.3 Menghuraikan impak program yang dijalankan kepada masyarakat di Malaysia.
2

3.0 KEPENTINGAN PROGRAM

Isu Murid cicir ini menjadi perbincangan berterusan sebelum berlakunya pandemik Covid-19
hinggalah ke hari ini. Cetusan pandemik Covid-19 lebih memberi kesan kepada masalah
keciciran murid umumnya. Oleh itu, melalui program temu bual yang dijalankan ini ia akan
memberi pendedahan kepada orang ramai tentang usaha gerakan pendidikan pertubuhan bukan
kerajaan dalam mendepani isu murid cicir di Malaysia ini.
Selain itu, program yang dicadangkan ini dapat memberi peluang kepada masyarakat
untuk menyumbang dan membantu usaha mengubah pendidikan murid cicir ini dengan lebih
baik. Begitu juga, temu bual ini membolehkan kita mencari punca-punca utama kecenderungan
murid berisiko untuk cicir yang ada di kalangan masyarakat. Program yang dijalankan ini juga
dapat memastikan kelestarian pendidikan negara dalam mendepani isu-isu pendidikan yang ada
di Malaysia ini.

4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Pensyarah: Dr. Khairul Azhar Jamaludin


Panel Jemputan: Aina Wafi binti Abd Kadir

JAWATAN NAMA NO MATRIK

Pengarah Program Madihah binti Yahya P122702

Timbalan Pengarah Nurezzatul Nadhira binti Mohd Fadzludin P123433


Program 1

Timbalan Pengarah Noor Hidayatul Akhmar binti Abdul Ghani P124241


Program 2

AJK Teknikal Anis Syafiqa binti Hazeli P122355

AJK Publisiti Adawiyah Hanin binti Pozlan P122556


3

5.0 ATUR CARA PROGRAM

Program : Temu Bual Bersama “Untuk Malaysia”


Tarikh : 29 Oktober 2022
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 am - 10.30 am
Medium : Google Meet

MASA PERKARA

9.00 am Kemasukan Panel dan ahli kumpulan ke dalam pautan yang


disediakan.

Link Meet : https://meet.google.com/prz-spvw-jib


Otherwise, to join by phone, dial +1 267-454-6943 and enter this PIN:
906 189 601#

9.15 am - Bacaan doa


- Sesi temu bual bersama panel mengenai isu Murid Cicir: Untuk
Malaysia
- Sesi soal jawab

10.30 am - Penutup
- Bersurai

6.0 OUTPUT PROGRAM

Pada penghujung temu bual, ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat akan menghasilkan satu
infografik poster menerangkan tentang pertubuhan UntukMalaysia dengan lebih terperinci. Hasil
daripada temu bual tentang objektif pertubuhan, senarai aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan
atau bakal dilakukan dan hasil dapatan setelah aktiviti-aktiviti tersebut dilancarkan akan
dinyatakan di dalam poster tersebut. Tambahan pula, pendedahan tentang pertubuhan ini serta
aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat menarik perhatian masyarakat untuk membantu daripada
segi sumbangan dana kepada pertubuhan ini dalam usaha berterusan membantu murid-murid
cicir ini.
4

Sehubungan itu, lebih ramai masyarakat dapat melibatkan diri untuk menjadi
sukarelawan bagi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pertubuhan tersebut. Antara kandungan
maklumat yang disertakan di dalam poster tersebut adalah :-
● Pengenalan Pertubuhan UntukMalaysia
● Objektif Agensi
● Kepentingan Pertubuhan ini kepada Masyarakat
● Aktiviti-aktiviti
● Maklumat Pertubuhan
● Langkah untuk menjadi sukarelawan
● Konklusi

7.0 JANGKAAN HASIL PROGRAM

Jangkaan hasil bagi program temubual ini adalah dengan membuka luas pandangan masyarakat
dalam mengetahui kewujudan isu ini serta memahami dan mengambil berat isu murid yang
tercicir. Malah, dengan mengenali projek murid cicir melalui program temu bual ini dapat
membantu para murid yang tercicir dalam meimbangkan kesamarataan dalam pembelajaran.
Oleh itu, bagi menjayakan kelangsungan projek ini, sokongan pelbagai pihak termasuklah
Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah, guru dan ibubapa amatlah penting dalam mengesan
dan membantu mengurangkan peratusan murid cicir di negara kita. Melalui program temubual
ini juga, pihak-pihak berkaitan akan lebih jelas memahami dan sudi memberi kerjasama dalam
menjayakan projek. Impaknya, objektif projek murid cicir yang dinyatakan oleh pihak
UntukMalaysia iaitu mahu menekankan dan memahami isu tentang tanggungjawab pendidikan
adalah tanggungjawab bersama dapat dijayakan dengan baik. Program ini dapat membuka mata
masyarakat dalam membantu pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga kos sara hidup rendah
dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik dengan pemberian sumbangan dan sokongan
terhadap program yang dilangsungkan oleh pihak UntukMalaysia.
5

8.0 JANGKAAN KEKANGAN/CABARAN PROGRAM

Jangkaan kekangan atau cabaran bagi program temubual ini adalah kekangan masa dan
keterbatasan penglibatan ahli kumpulan.. Pihak penganjur program bakal menghadapi cabaran
dari segi kesuntukan masa dalam melaksanakan program kerana program ini perlu diselesaikan
dalam masa beberapa bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pensyarah
universiti. Selain itu, keterbatasan penglibatan ahli kumpulan juga merupakan cabaran yang
dijangka akan dihadapi dalam menjayakan program ini. Ahli kumpulan tidak dapat untuk
melaksanakan temu bual secara fizikal disebabkan keadaan jarak tempat tinggal masing-masing.
Oleh itu, temu bual ini diadakan secara pertemuan alam maya.

9.0 PENUTUP

Lazimnya, keciciran persekolahan boleh mewujudkan jurang pengetahuan, jurang pendapatan,


keterlibatan dalam masalah sosial dan mungkin mewarisi kemiskinan keluarga. Hal ini bakal
merencatkan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Seandainya isu
keciciran murid gagal ditangani dengan sebaik mungkin, impak negatif terhadap kemakmuran
negara mungkin berlaku.
Diharapkan projek ini dapat diterima dan diluluskan. Semoga projek ini berjalan dengan
lancar dan mencapai matlamat serta memberi sumbangan kepada kelestarian pendidikan
masyarakat Malaysia. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

You might also like