You are on page 1of 12

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA
TARIKH
(akan di tetapkan)
TEMPAT
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, 82200 BENUT,
PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM
ANJURAN
PENGURUSAN KOKURIKULUM, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
TEMA
MAHASISWA PENGGERAK GENERASI,
MENERAJU SEMPADAN BUDAYA

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini adalah bertujuan memohon pertimbangan dan kerjasama serta bantuan
kewangan daripada pihak berkenaan untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat
Sejenak Bersama, Selama Terasa.
2.0 PENGENALAN
Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara
berkumpulan

dan

mempunyai

matlamat

serta

tujuan

tertentu.

Kerja-kerja

kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan


menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna.
Program ini berhasrat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah perkampungan
melayu jawa di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian. Idea ini telah
dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa masyarakat melayu jawa juga adalah
pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga antara
penyumbang kepada industri kecil di negara kita.
Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang,
mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program
ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun
secara globalnya kepada negara.
3.0 MISI
Program

yang

berteraskan

yang diterapkan dalam misi ini ialah untuk

kemasyarakatan
melahirkan pemimpin-

pemimpin muda yang berketerampilan, berwawasan tinggi dan


mampu mendukung aspirasi wawasan Negara yang mahu menuju ke arah negara
yang

berpendapatan perkapita tinggi menjelang 2020.

Seiring dengan arus pemodenan yang serba maju, program ini secara relatifnya

mahu mempraktikkan elemen sahsiah diri setiap pelajar dalam bersosial agar
kemajuan negara dituruti dengan kemajuan dalam sahsiah itu sendiri.
4.0 MATLAMAT
4.1

Merealisasikan visi UTHM iaitu, bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang


mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik,
berilmu dan berakhlak mulia.

4.2

Seiring dengan arus pemodenan yang serba maju, program ini secara relatifnya
mahu mempraktikkan elemen sahsiah diri setiap peajar dalam bersosial agar
kemajuan negara dituruti dengan kemajuan dalam sahsiah itu sendiri.

4.3

Melatih dan mendidik mahasiswa mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti


kemasyarakatan bagi menjamin keselamatan,, keharmonian dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas.
5.0 OBJEKTIF
Selari dengan lapan (8) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit
Berasaskan kontrak Pembelajaran, pihak jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai

5.1

Melatih

para

pelajar

dalam kemahiran

sosial

dan

kebertanggungjawaban.

Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang

lain, kepekaan kepada

alam sekitar dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial


seperti perpaduan dan kemiskinan.
5.2

Memperkemaskan
bukan lisan

lagi kemahiran

komunikasi.

Menunjukkan kemahiran

yang berkesan (gerak tubuh, nada suara), menyampaikan idea secara

lisan dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan kebolehan berinteraksi


berkesan dan mampuberintekasi menggunakan bahasa antarabangsa.

secara

5.3

Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang


hayat. Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran,
meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri dan
mengumpul maklumat secara kendiri.

5.4

Melahirkan pelajar

yang

mempunyai kemahiran

nilai,

etika

dan

profesionalisme. Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika ker


jaya, melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan menunjukkan
sikap kesukarelawanan.
5.5

Mencungkil

kemahiran

pemikiran

kritikal,

penyelesaian masalah dan

pendekatan saintifik.Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat,mengenal pas


ti dan mensintesiskan masalah dengan tepat dan

menilai

pelbagai

pilihan

dan

membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.


5.6

Mendedahkan kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.


Menjadi pemimpin atau pengikut

sesuai

dengan

konteks,

membina

kerja

berpasukan untuk mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan


secara proaktif.
5.7

Memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan. Mencambah


cadangan
depan

setelah meneliti pelbagai pilihan,

menetapkan

idea

matlamat masa

dengan menjajarkan perancangan, mempamerkan kemampuan untuk

melaksanakan, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik dan menyerahkan


autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu lain.
5.8

Melahirkan generasi yang

mempunyai kemahiran kreatif

dan

inovatif.

Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif / berinovasi yang menambah
nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.

6.0

TEMA

MAHASISWA PENGGERAK GENERASI, MENERAJU SEMPADAN BUDAYA


Mahasiswa Penggerak Generasi, Meneraju Sempadan Budaya merupakan salah satu
tema yang diketengahkan untuk program kali ini iaitu untuk memberikan khidmat bakti
secara sukarela oleh mahasiswa kepada masyarakat kampung.
Sejajar dengan itu pemilihan tema ini juga dapat memberikan kekuatan dan
pengalaman

kepada

merealisasikan

visi

warga

KIY

Universiti

terutamanya

ahli-ahli

iaitu Mengilhamkan

keusahawanan

Harapan

Mencipta

dalam
Masa

Depan. Tema ini juga turut menekan eleman-elemen Gagasan 1 Malaysia yang
diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak .
Maka dengan pemilihan tema ini akan menghidupkan dan menyemarakkan lagi
perkembangan minda mahasiswa untuk berfikir ke hadapan dan berinovasi dalam
perniagaan untuk negara bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat serta negara
agar dapat melahirkan masyarakat Malaysia Kelas Pertama dan mengilhamkan
wawasan 2020.

7.0

ANJURAN

Pengurusan Kokurikulum
Seksion 2
Sesi 2016/2017
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
8.0

TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:


Tarikh :
Hari :

9.0

TEMPAT PROGRAM

Kampung Parit Puteri Menangis, 82200 Benut, Pontian, Johor Darul Takzim
10.0

PUBLISITI

Publisiti bagi program ini adalah dicadangkan dilaksanakan di perkarangan Universiti


menerusi

Poster

Banner
Publisiti yang dilaksanakan adalah untuk menarik lebih ramai ahli kelab Keusahawanan
untuk mengikuti program pada kali ini. Jika terdapat keperluan program ini akan dibuka
kepada pelajar untuk turut serta mengikuti program yang dilaksanakan. Publisiti ini juga
digunakan untuk menghebahkan kepada orang luar terutamanya di kawasan program
tentang tujuan kami melaksanakan program di sana.
11.0

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta yang dijangka ialah sebanyak 64 orang ahli Kelab Keusahawanan yang
akan mengikuti program pada kali ini.
12.0

TENTATIF PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN A
13.0

PERINCIAN PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN B
14.0

BELANJAWAN

RUJUK LAMPIRAN C
15.0

PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar kertas kerja ini dapat dipertimbangkan sebaik mungkin
dan seterusnya mendapat sumbangan dan penajaan untuk menjayakan program ini.
Semoga Program Khidmat Masyrakat Sejenak Bersama, Selama Terasa yang bakal
dijalankan

akan

dapat

memberi

manfaat

kepada

semua

pihak

terutamanya

mahasiswa/i. Tanggungjawab dan harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan


dengan penuh kesungguhan dan dedikasi agar program ini dapat dijayakan

sepenuhnya demi menjunjung aspirasi dan citra universiti untuk melahirkan pelajar
yang cemerlang dan seimbang bagi segenap aspek.

LAMPIRAN A
ATUR CARA PROGRAM
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA
JUMAAT / HARI PERTAMA
MASA /
3:00 PM

PROGRAM
Berkumpul di Foyer Kolej Ibrahim Yaakub
- sesi pendaftaran
- taklimat ringkas mengenai program yang dijalankan
- Pemeriksaan kelangkapan dan peralatan .
- Pembahagian kumpulan

5.00 PM

Berhenti rehat / solat

7.15 PM

Berhenti rehat /makan / solat

8.30 PM

Dijangka tiba di Kampung Parit Puteri Menangis,


Benut Pontian

9.00 PM

Taklimat program
-Sesi suai kenal bersama ketua kampung dan
peduduk

10.30 PM
Rehat / Minum malam

/ HARI KEDUA
MASA
5.30 AM

PROGRAM
Bangun pagi / solat subuh / mandi

7.00 AM

Sarapan pagi

7.30 AM

Aktiviti : Malaysia cergas

8.30 AM

Aktiviti : Terokai Ladang Kita

10.30 AM

Aktiviti : Slot Akademik Usahawan Muda

12.30 PM

Rehat / Makan Tengahari

1.15 PM

Solat zohor berjemaah bersama penduduk kampong

2.00 PM

Aktiviti : Khabar dari Kandang Ternakan

4.00 PM

Aktiviti : Eksplorasi Adat Warisan

7.00 PM

Mandi / Makan Nasi Ambeng/ Solat Maghrib


berjemaah

8.30 PM
Aktiviti : Jom Ngail
11.0 PM
Aktiviti : True Or Dare

MASA
5:00 AM

PROGRAM
Bangun pagi, solat subuh, mandi

7:00 AM

Sarapan

8:00 AM

Senaman ringan, (Aerobik)

9.00 AM

Aktiviti : Kembara IKS

11. AM

Majlis penutupan program


-Ucapan Ketua Pengarah
-Ucapan Felo Kanan
-Ucapan Pengetua
-Ucapan Ketua Kampung
-Sumbangan ikhlas

12.00 PM
HARI KETIGA

Berkumpul / Bertolak balik

LAMPIRAN B
PERINCIAN PROGRAM
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA
AKTIVITI : MALAYSIA CERGAS
Program dimulakan dengan aktiviti Malaysia Cergas. Para peserta dibawa melawat
kawasan kampung dengan berjalan kaki.. Lawatan ini dijangka mengambil masa kirakira 1 jam. Di sepanjang perjalanan, pelajar akan diberi penerangan tentang kawasan
dan aktiviti penduduk di Kampung Parit Puteri Menangis .
AKTIVITI : TEROKAI LADANG KITA
Di Kampung Parit Puteri Menangis, penanaman nenas sudah menjadi sebahagian
daripada usaha menambah sumber pendapatan mereka. Pelajar akan diberi peluang
untuk menanam sendiri buah nenas di kawasan yang telah disediakan oleh penduduk
kampung. Pelajar juga akan didedahkan tentang pelbagai kegunaan buah nenas
terhadap industri kecil-kecilan (IKS).

AKTIVITI : SLOT AKADEMIK USAHAWAN MUDA


Slot akademik ini akan dilakukan bersama anak-anak muda Kampung Parit Puteri
Menangis. Para pelajar akan berkongsi cara-cara dan kemandirian untuk menjadi
usahawan yang berjaya kepada anak-anak kampung. Pelajar juga akan berkongsi
tentang halangan dan cabaran yang akan dihadapi usahawan di peringkat global.
AKTIVITI : KHABAR DARI KANDANG TERNAKAN
Menjaga dan memelihara haiwan ternakan bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah
namun ia tetap menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk kampung. Pelajar
akan diberi tunjuk ajar oleh penduduk kampung tentang pengurusan haiwan ternakan
tersebut. Pelajar juga akan memberi bantuan dari segi penjagaan dan persekitaran
haiwan ternakan tersebut.
AKTIVITI : EKSPLORASI ADAT WARISAN
Penduduk kampung akan mendedahkan kepada pelajar tentang aktiviti kebudayaan di
kampung tersebut. Antaranya ialah tarian zapin dan kuda kepang. Pelajar juga
berpeluang untuk mencuba permainan tradisional seperti congkak, gasing dan layanglayang. Seterusnya penduduk akan mengajar sedikit sebanyak tentang ilmu pertahanan
diri kepada pelajar iaitu silat.
AKTIVITI : JOM NGAIL
Ternakan ikan juga menjadi sebahagian sumber pendapatan penduduk. Pelajar
berpeluang untuk menangkap sendiri ikan di waktu malam.Aktiviti ini dilakukan pada
waktu malam untuk menimbulkan suasana nostalgia yang dialami oleh penduduk
kampung ketika melaksanakan urusan seharian mereka di waktu malam dengan
ditemani nyalaan obor.

AKTIVITI : TRUTH OR DARE

Aktiviti ini adalah sebuah permainan dimana peserta perlu bercakap benar apabila
memilih truth dan menyahut cabaran apabila memilih dare. Aktiviti ini bertujuan untuk
mengeratkan

hubungan

silaturrahim

antara

kami

sebagai

sebuah

keluarga

keusahawanan kerana dalam permainan ini, kejujuran menjadi keutamaan.


AKTIVITI : KEMBARA IKS
Pelajar akan membuat lawatan di industri kecil kampung ini untuk melihat sendiri
penghasilan produk kaum ibu seperti kuih siput, pelbagai jenis kerepek dan kuih
tradisional seperti baulu dan bangkit. Kaum ibu turut sama memajukan ekonomi
keluarga dalam bidang IKS ketika kaum bapa memerah keringat di kebun kelapa sawit
dan nenas. Pelajar akan berpeluang untuk menggoreng kerepek dan juga belajar
membuat kuih tradisional.
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
1. Publisiti
Banner (RM 100.00 x 2)
Poster (RM 10.00 x 15)
2.

3.

4.

Cenderamata
Sumbangan kepada orang kampung
Sumbangan kepada imam untuk kegunaan surau
Jamuan
Sarapan pagi (64 x RM4.00 x 2)
Makan tengah hari (64 x RM7.00 x 2)
Makan malam (64 x RM7.00 x 2)
Minum malam (64 x RM2.70 x 2)
Pengurusan
Penginapan Homestay
Rumah lelaki (RM 300.00 x 2)
Rumah perempuan (RM 350.00 x 2 x 2)
Jumlah

RM
200
150

800
200

512
896
896
345.60

600
1400
5999.60

You might also like