You are on page 1of 7

KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN

AFZAN
Km6 Jalan Kuala Lumpur 28700,
Bentong,Pahang

LAPORAN
DBF 3143 E-DAGANG

NAMA KUMPULAN :
PUTRI NUR SHASZLEEN IRISHYA
ERDEENA BINTI MOHD AFANDI
NUR AMIRAH BALQIS BT KHAIRULNIZAM

NO K/P :
020715-06-0778
020806-14-0810
020318-14-0096

PROGRAM :
2 DVM BPP
PENGENALAN
Penggunaan internet dalam e-dagang telah menimbulkan banyak isu etika sosial dan politik
yang meluas pada skala yang belum pernah berlaku untuk teknologi komputer. Sebahagian
akhbar harian dan majalah mingguan dikhaskan untuk kesan sosial internet. Sebahagian daripada
jawatan yang telah pada ciri-ciri asas teknologi internet itu sendiri dan cara-cara dimana ia
diekplotasi oleh firma-firma perniagaan Teknologi internet dan penggunaannya dalam e-dagang
menggangu hubungan pemahaman sosial dan pernigaan yang sedia ada.

Jenayah Siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini
terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer,
pencuriaan maklumat, pengodam dan lain lain. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi
terkini menjanjikan satu kaedah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat
oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat didunia siber, berjuta-juta
laman web dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, idealogi,
promopaganda dan tidak kurang juga pornografi disebabkan melalui internet. Pasa masa yang
sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi
pihak pentadbiran sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara,
berfikir berpendapat penduduk mereka.

ISU UTAMA & SAMPINGAN BERKAITAN ICT


Serangan siber bukan perkara baru malah ia sudah menjadi ancaman peringkat nasional
memandangkan kebanyakan penggodam akan menyasarkan sistem pelayan strategik kerana ia
memberi kesan lebih tinggi . Ia bukan saja disasarkan kepada sistem pelayan utama malah turut
menjadi mangsa adalah orang awam yang kurang memahami bentuk serangan siber masa kini.
Kewujudan pelbagai jenama antivirus antara lain bertujuan mengekang sebarang bentuk
serangan sama ada ketirisan data peribadi mahupun maklumat perbankan. Malaysia tidak
terkecuali daripada serangan siber namun kepakaran yang dimiliki CyberSecurity Malaysia
sehingga kini mampu untuk menangkis sebarang bentuk acaman siber. Berdasarkan statistic
serangan siber di negeri ini, sepanjang 2018 merekodkan 5576 kes seranagan membabitkan
pelbagai bentuk dan antara yang banyak dicatatkan adalah percubaan untuk mendaftar masuk
sesuatu akaun peribadi iaitu 1805 kes. Selain itu, penghantaran kod jahat ( malicious code ) pula
merekokdkan kedua tertinggi iaitu 1700 kes dan ia adalah angka yang tinggi jika orang awam
tidak memberi perhatian kepada kemungkinan serangan siber.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN ISU BERKENAAN BERLAKU


Kejadian jenayah siber semakin berleluasa di negara kita seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Jenayah siber ini berleluasa di negara kita kerana
didorong oleh beberapa faktor penyebab. Salah satunya adalah peningkatan penggunaan internet
akan mendorong ramai pengguna internet untuk menyalahgunakan maklumat dalam internet
untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah. Misalnya, pengguna internet akan
menggunakan pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat.
Seterusnya, peningkatan pengguna internet mendorong ramai ramai pengguna internet untuk
menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) dengan cara
menggodam sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan sebagainya.

Selain itu, kekurangan pakar-pakar forensik komputer juga adalah salah satu daripada
penyebab kejadian jenayah siber ini berleluasa di negara kita. Kekurangan pakar-pakar yang
mahir dalam bidang forensic komputer menyebabkan penjenayah sukar untuk dikenalpasti dan
dikesan. Sebagai contohnya, kekurangan pakar-pakar forensic juga menyebabkan penjenayah
siber sukar untuk didakwa di mahkamah kerana pendakwa tidak mempunyai bukti yang
mencukupi untuk mendakwa mereka. Hal ini berlaku kerana pelaku jenayah siber ini
kebiasaanya berpengetahuan tinggi dalam bidang ICT.

Disamping itu, sikap individu yang sukar dikawal juga adalah salah satu faktor terjadinya
peningkatan penggunaan internet yang menyebabkan berleluasanya kejadian jenayah siber. Sikap
individu yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya
golongan remaja menyebabkan mereka cuba untuk mengaplikasikan kemahiran mereka dengan
cara yang salah, seperti penyebaran virus, pengintipan, mencuri maklumat dan penggodaman
komputer. Hal ini menyebabkan, ramai masyarakat yang kurang pengetahuan tentang media
massa tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab.

KESAN-KESAN ISU BERKENAAN KEPADA KOMUNITI


Serangan siber adalah ancaman baru yang mendapat perhatian khusus banyak negara dan
kerajaan. Ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan cara serta paling membimbangkan, ia
menyerang secara senyap. Serangan siber boleh berlaku dalam bentuk penghantaran bom e-mel,
spam, gangguan, ancaman penggodam, serangan virus, penafian perkhidmatan dan
pencerobohan yang akan mengakibatkan kerugian besar serta menyebabkan kehilangan
maklumat sulit syarikat mahupun kerajaan. Ia menjadi senjata baharu yang sangat efektif untuk
menceroboh mana-mana sistem maklumat atau data sulit kerajaa, negara, jabatan atau syarikat.
Selain murah, cepat dan mudah digunakan, serangan siber boleh dilakukan hanya dengan
menggunakan telefon pintar atau komputer untuk menyerang satu atau lebih banyak sasaran
dengan menekan satu butang sahaja.

Serangan siber adalah satu isu keselamatan yang bukan sahaja dihadapi pengguna
komputer, bahkan menjadi mimpi ngeri sesebuah kerajaan memandangkan hampir semua
komputer yang ada hari ini mempunyai sambungan kepada rangkaian internet. Sebelum ini,
keselamatan negara tetumpu kepada keselamatan tradisi iaitu pertahanan fizikal di darat, laut dan
udara serta keselamatan dalaman yang kebanyakannya membabitkan orientasi keselamatan
secara fizikal.

CADANGAN PENYELESAIAN
Memastikan perkakasan dan perisian dikemas kini

 Pastikan tiada kelemahan ( sekuriti ) yang menyebabkan laman web berpotensi diserasng
dan digodam.
 Perkuatan konfigurasi dan pastikan kemas kini berkala serta menjalankan pengurusan
kemas kini ( virtual patvhing ) pada lapisan rangkaian dan hos.

Guna kata kunci yang lebih kuat

 Apabila berlaku ancaman serangan siber, laras semula kata kunci pengguna yang kritikal.
 Kata kunci yang kuat perlu merangkumi gabungan nombor, huruf dan karafter khas agar
tidak mudah diteka si penggodam.

Protokol kepercayaan sifar

 Protocol ini adalah salah satu konsep keselamatan berpusat iaitu sebarang aplikasi dari
luar jaringan perlu disahkan sebelum disambung ke pelayan.
 Gunakan protocol ini untuk terutama bagi pengguna yang mempunyai akses ke pelayaan
secara jarak jauh.
 Tmabah lapisan perlindungan pada pelayan untuk mengetatkan lagi kawalan aplikasi.

Elemen manusia

Syarikat perlu memastikan pekerja sentiasa mengemas kini amalan sekuriti siber mengikuti
polisi sekuriti korporat.

 Pastikan setiap pekerja diberikan pendedahan secukupnya dari sudut pengetahuan dan
skil untuk membina tenaga kerja mahir dalam bidang digital

Aktifkan rancangan luar jangka

 Rancangan luar jangka ( contingency ) perlu diaktifkan bagi mengurangkan kesan


serangan siber termasuk kehilangan data dan informasi.

LAMPIRAN
RUJUKAN

 https://www.astroawani.com/gaya-hidup/bagaimana-mengelak-serangan-siber-
penggodam-ini-yang-anda-perlu-tahu-280196?amp=1
 https://pendidikjalanan.blogspot.com/2020/11/faktor-berlakunya-jenayah-siber.html?m=1
 http://www.nadinegara.com/uncategorized/ancaman-serangan-siber/

You might also like