You are on page 1of 4

 

  BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

NOTA KULIAH 7
SEMESTER SEMESTER 3 SESI 1/2020

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD/KURSUS DBF 3133 - SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

KOMPETENSI 07 KESELAMATAN SISTEM MAKLUMAT

7.1 SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT


7.2 RESPON TERHADAP ANCAMAN KESELAMATAN
7.3 PENGAWALAN TEKNIKAL MELINDUNGI TERHADAP
ANCAMAN KESELAMATAN
KOMPETENSI UNIT
7.4 PENGAWALAN DATA MELINDUNGI TERHADAP ANCAMAN
KESELAMATAN
7.5 PENGAWALAN MANUSIA MELINDUNGI TERHADAP
ANCAMAN KESELAMATAN

Pelajar harus dapat:


1. Mengaplikasikan konsep sistem maklumat pengurusan
dalam situasi yang diberi secara bertulis. (C3, PLO1)
2. Melaksanakan penggunaan internet dan teknologi maklumat
KOMPETENSI
lain untuk menyokong sistem maklumat media social secara
PEMBELAJARAN
berkumpulan. (A3, PLO5)
3. Mencadangkan pemyelesaian berkaitan dengan masalah
sistem maklumat pengurusan dalam organisasi perniagaan.
(A2, PLO6)
DBF3133/K 07/NK
NO KOD
07-09
MUKA: 01 DARIPADA 4
NO KOD JPK TIADA

1
7.0 – KESELAMATAN SISTEM MAKLUMAT
INFORMATION SYSTEMS SECURITY
7.1 : SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT

Sistem keselamatan maklumat penting dalam memastikan maklumat sulit dan maklumat
penting yang ada di dalam sebarang simpanan komputer tidak dapat diperolehi oleh orang
lain yang tidak sah dan juga selamat dari sebarang bencana yang berlaku.

7.2 RESPON ANCAMAN KESELAMATAN

Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memberikan respon kepada ancaman
keselamatan yang berlaku, antara kaedah yang boleh digunakan untuk memberikan respon
kepada sebarang ancaman keselamatan terhadap data ialah:

a) Menggunakan sistem keselamatan secara maksimum dengan cara mengambil serius


berkaitan dengan keselamatan data tersebut.
b) Mewujudkan kata laluan yang kuat – menggabungkan huruf besar, huruf kecil, nombor
dan aksara
c) Menggunakan kata laluan yang pelbagai – setiap akaun yang di wujudkan
menggunakan kata laluan yang berlainan
d) Tidak menghantar data yang penting dan berharga melalui emel atau IM
e) Menggunakan https:// yang boleh dipercayai
f) Elakkan menyimpan sebarang maklumat yang berharga di dalam komputer
g) Sentiasa mamadam History carian di komputer anda
h) Sentiasa mengemaskini antivirus yang di gunakan di dalam komputer
i) Mengikut arahan keselamatan dan prosedur yang telah di tetapkan oleh pihak syarikat
j) Mempertimbangkan aspek keselamatan untuk semua inisiatif perniagaan

7.3 PERLINDUNGAN TEKNIKAL MELINDUNGI TERHADAPAT ANCAMAN KESELAMATAN

Perlindungan teknikal adalah melibatkan komponen hardware dan software sistem


keselamatan maklumat.

1. Penggunaan user name dan kata laluan:

Pengenalan
Penggunaan kad pintar (Smart Card)- yang menggunakan microchip untuk menyimpan
data yang banyak , penggunanya perlu menggunakan pengenalan peribadi (PIN)

Pengesahan
Pengesahan biometrik – menggunakan cap jari, imbasan wajah, imbasan retina
pengguna untuk mengesahkan pengguna

2. Log masuk tunggal untuk pelbagai sistem (single on for multiple system) – hanya
seorang sahaj yang boleh log masuk ke dalam mana-mana akaun pengguna, tunggal
dan hanya orang yang terlibat sahaja boleh menggunakannya
3. Encyption – proses mengubah teks kepada kod-kod yang boleh difahami
4. Firewall - peranti komputer yang menghalang akses rangkaian tanpa kebenaran untuk
masuk kedalam sesuatu sistem tanpa kebenaran
5. Perlindungan Malware - berkaitan dengan virus, spyware dan adware - scan Hard drive
dan emel

2
7.4 PERLINDUNGAN DATA MELINDUNGI TERHADAPAT ANCAMAN KESELAMATAN

Pentadbiran data
pula merujuk kepada fungsi organisasi keseluruhan yang bertanggungjawab untuk
memabngunkan dasar data dan menguatkuasakan standard data.

Pentadbiran pengkalan data


merujuk kepada fungsi yang berkaitan dengan pangkalan data tertentu. Pentadbiran data
menbangunkan prosedur dan amalan untuk memastikan pemprosesan pelbagai pengguna
yang cekap dan teratur pangkalan data, untuk mengawal perubahan kepada struktur
pangkalan data dan untuk melindungi pangkalan data.

Kaedah untuk melindungi data ialah:

a. Mentakrif polisi data – key escrow


b. Membuat backup - semak keupayaan-simpanan di pejabat
c. Hak dan tanggungjawab data
d. Dikuatkuasakan oleh pengguna akan yang disahkan oleh kata laluan yang betul
e. Encyption data
f. Prosedur sandaran dan pemulihan
g. Sekuriti fizikal – kunci dan kawal kemasukan ke dalam kemudahan yang di sediakan

7.5 PERLINDUNGAN MANUSIA MELINDUNGI TERHADAPAT ANCAMAN KESELAMATAN

Perlindungan manusia melibatkan komponen orang dan prosedur sistem maklumat. Pada
umumnya, perlindungan manusia berlaku apabila pengguna yang diberi kuasa mematuhi
prosedur yang sesuai untuk penggunaan sistem dan pemulihan.

1. Perlindungan terhadap manusia kepada pekerja syarikat:

- definisi jawatan yang betul, penjawatan dan deskripsi tugasan berkaitan jawatan yang
disandang
- menggajikan dan membuat saringan – semasa proses mengambil pekerja sama ada
pekerja baru atau pekerja yang naik pangkat
- penyebaran dan penguatkuasaan – pekerja mesti dimaklumkan berkenaan
penggunaan kata laluan, sentiasa menyebarkan aspek keselamatan syarikat
supaya pekerja sentiasa berwaspada
- penamatan pekerja – akaun yang ada perlu di tutup sebelum pekerja diberi nota
berhenti supaya data yang diketahui tidak akan bocor dan dibawa keluar untuk
kegunaan sendiri dan masa hadapan

2. Perlindungan manusia kepada orang yang bukan kakitangan syarikat:

- Berkait rapat dengan rakan niaga, vendor, pekerja sementara, kakitangan rakan
kongsi dan awam
- setiap kontrak yang di keluarkan perlu dinyatakan mengenai sistem keselamatan
yang di amalkan oleh pihak syarikat
- Syarikat akan mewujudkan satu akaun data untuk vendor yang berkait dengan
syarikat, jika berlaku penamatan kontrak akaun akan terbatal serta merta.

3
3. Pentadbir akaun:

- Pengurus akaun: melibatkan membuka akaun baru, pengubah suaian akaun,


penghapusan akaun

Pengurusan kata laluan:untuk mengesahkan masuk ke dalam akaun data. Pengguna


perlu mengubah kata laluan untuk menggunakan akaun yang telah di bangunkan,
perlu menukar kata laluan secara berkala

Polisi help desk : membantu jika berlaku kehilangan kata laluan, mengelakkan data
keluar kepada penggodam pengguna perlu menjawab soalan keselamatan yang
berkait dengan peribadi supaya data adalah selamat

You might also like