You are on page 1of 16

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

BAHAN PENGAJARAN K1
SEMESTER 3 DVM TAHUN 2022

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB

KOD / KURSUS DKA3123 SYSTEM ANALYSIS AND DESIGN

KOMPETENSI 1.0 Introduction to System Analysis and Design

KOMPETENSI UNIT 1.1 Overview of system analysis and design


1.2 Information system components
1.2.1 Hardware
1.2.2 Software
1.2.3 Data
1.2.4 Processes
1.2.5 People
1.3 System Development Tools
1.3.1 Modeling
1.3.2 Prototyping
1.3.3 Computer-aided systems engineering (CASE) tools
1.4 System Development Methods
1.4.1 Structured analysis
1.4.2 Object-oriented analysis
1.4.3 Agile methods
1.4.4 Other development methods
HASIL 1. Apply various analysis techniques in system development. (C3, PLO1, C1)
PEMBELAJARAN
PLO 1 Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk
melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Sistem
Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

PLO 2 Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan
dalam bidang Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.

PLO 3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah
spesifik berkaitan bidang Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Di akhir pelajaran ini, pelajar akan dapat menerangkan:


OBJEKTIF 1. Mengenalpasti komponen dalam sistem maklumat
PENGAJARAN
2. Menjelaskan alat pembangunan system
3. Menerangkan kaedah pembangunan sistem
MAKLUMAT PELAJAR
NAMA PELAJAR
MUKA : 01
TARIKH DARIPADA: 16
PENERANGAN:

1.0 Pengenalan kepada Rekabentuk dan Analisis Sistem (Introduction to System


Analysis and Design)

Impak Teknologi Maklumat (The Impact Of Information Technology)

Teknologi maklumat (IT) merujuk kepada gabungan perkakasan, perisian, dan


perkhidmatan yang digunakan untuk mengurus, menyampaikan, dan berkongsi
maklumat. Kejayaan sesebuah perniagaan pada hari ini banyak bergantung kepada
IT.

IT menjadi pemacu kepada ekonomi digital baru, di mana kemajuan dalam


perkakasan, perisian dan penyambungan(connectivity) boleh memberi faedah yang
besar kepada perniagaan dan individu. Walaupun trend ekonomi menjejaskan tahap
perbelanjaan IT, kebanyakkan firma memberi keutamaan IT dalam belanjawan
mereka.Hal ini kerana semasa tempoh pertumbuhan, syarikat tidak mampu untuk
ketinggalan dalam kemajuan IT. Sebaliknya, apabila ekonomi perlahan, firma sering
menggunakan IT untuk mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan.

1.1 Overview of system analysis and design


Pembangunan sistem secara amnya boleh dianggap mempunyai dua komponen
utama: analisis sistem dan reka bentuk sistem. Analisis menentukan apa yang
perlu dilakukan oleh sistem. Reka bentuk menyatakan cara untuk mencapai
objektif.
Proses analisis adalah untuk memahami permasalahan dalam system. Aktiviti
yang terlibat contohnya:
• What happens in current system?
• What is required in the new system?

Ia adalah suatu proses untuk:


• Understand the organization
• Investigating its requirement, and
• Modeling them.

Page | 2
Proses rekabentuk adalah untuk menghasilkan penyelesaian yang memenuhi
keperluan yang telah dianalisis. Ia menjelaskan penyelesaian kepada
permasalahan sistem dalam fasa analisis.

Tujuan proses System Analysis and Design adalah untuk menambahbaik sistem
organisasi dengan membangunkan perisian atau sistem aplikasi yang boleh
membantu pekerja menyelesaikan tugas dengan mudah dan cekap. Selain itu:
• Meningkatkan komunikasi antara peserta
• Memenuhi keperluan organisasi
• Mengurangkan errors

1.1.1 Pembangunan Sistem (System Development)

 Sistem maklumat perniagaan(business information system) dibangunkan oleh


orang yang berkelayakan secara teknikal, berorientasikan perniagaan, dan
bermotivasi tinggi.
 Pemaju(developer) yang berjaya juga mestilah orang dapat berkomunikasi
dengan baik serta mempunyai kemahiran berfikir analitik dan kritikal yang
kuat.

1.1.2 Analisis Dan Rekabentuk Sistem(System Analysis And Design)


 Analisis dan reka bentuk sistem adalah satu proses langkah demi langkah
untuk membangunkan sistem maklumat yang berkualiti tinggi.
 Sistem maklumat menggabungkan teknologi maklumat, orang ramai, dan
 data untuk menyokong keperluan perniagaan.
 Sebagai contoh, sistem maklumat mengendalikan transaksi perniagaan
harian, meningkatkan produktiviti syarikat, dan membantu pengurus membuat
keputusan yang kukuh.
 Pasukan Jabatan IT termasuk penganalisis sistem yang merancang,
membangun, dan menyelenggara sistem maklumat.

Siapa yang membangunkan sistem maklumat?

Kebiasaanya, sesebuah syarikat membangunkan sistem maklumatnya sendiri


dipanggil sebagai in-house application, atau membelinya daripada vendor luar
dikenali sebagai software packages.
Biasanya, kerja penting akan dilakukan oleh penganalisis sistem dan professional

Page | 3
IT yang lain. Firma tidak harus mempertimbangkan opsyen pelaksanaan sehingga
ia mempunyai satu set objektif yang jelas.

1.2 Information System Component


Sistem adalah satu set komponen berkaitan yang menghasilkan keputusan
spesifik. Setiap sistem memerlukan data input. Sebagai contoh, komputer anda
menerima data apabila anda menekan kekunci atau klik arahan menu. Dalam
sistem maklumat, data terdiri daripada fakta asas iaitu bahan mentah sistem.
Maklumat adalah data yang telah diubah ke dalam output yang bernilai kepada
pengguna.

Perbezaan Data dan Maklumat


Data : Fakta mentah yang tidak bermakna yang berkaitan dengan
organisasi dan transaksi bisnes yang dijalankan.
Maklumat: Data yang telah diproses dan mempunyai makna.

5 komponen utama sistem maklumat


i. Perkakasan (hardware),
ii. Perisian (software),
iii. data,
iv. proses,
v. dan orang (people)

Page | 4
Bil Komponen Huraian
• Perkakasan merupakan lapisan fizikal(physical layer) bagi sistem
maklumat.
i Perkakasan • Contoh : servers, workstations, networks, telecommunications equipment,
fiber-optic cables, mobile devices, scanners, digital capture devices, and
other technology-based infrastructure.
• Perisian merujuk kepada program yang mengawal perkakasan dan
menghasilkan maklumat atau keputusan yang dikehendaki.
• Perisian terdiri daripada perisian sistem dan perisian aplikasi.
 Perisian sistem (system Software)
-Perisian sistem menguruskan komponen perkakasan.
-Perisian sistem dibekalkan oleh pengilang perkakasan atau
pembelian daripada vendor.
-Contoh: OS, Perisian keselamatan, driver bagi peranti, dan
utiliti program.
Perisian  Perisian Aplikasi (Application Software)
ii -Terdiri daripada program yang menyokong fungsi perniagaan
sehari-hari dan menyediakan pengguna dengan maklumat yang
mereka perlukan.
-Perisian aplikasi termasuk sistem mendatar(horizontal) dan
menegak(vertical).
-Contoh sistem mendatar sistem inventori atau sistem
aplikasi gaji, yang boleh disesuaikan untuk digunakan
dalam pelbagai jenis syarikat.
-Contoh Sistem menegak direka untuk memenuhi ciri unik
keperluan perniagaan atau industri tertentu, seperti peruncit
berasaskan Web.
• Data adalah bahan mentah yang mana sistem maklumat akan
Data mengubahnya menjadi maklumat yang berguna.
iii
• Sistem maklumat boleh menyimpan data dalam pelbagai lokasi, dipanggil
jadual(table).
• Proses menghuraikan tugas dan fungsi perniagaan yang mesti
dilaksanakan oleh pengguna, pengurus, dan ahli kakitangan IT(IT staff
Proses
iv member) untuk mencapai keputusan tertentu (specific result).
• Untuk membina sistem maklumat yang berjaya, penganalisis mesti
memahami proses perniagaan dan dokumen mereka dengan teliti.
v People • Orang yang mempunyai kepentingan dalam sistem maklumat dipanggil
stakeholders.
• Stakeholders bertanggungjawab terhadap sistem, pengguna(user/end
user) di dalam dan luar syarikat yang akan berinteraksi dengan sistem, dan
anggota staf IT(seperti penganalisis sistem, pengaturcara, dan pentadbir
rangkaian) yang membangun dan menyokong sistem.
• Kebanyakan pakar profesional IT bersetuju kejayaan dan kegagalan
sesebuah sistem bergantung samada dapat sistem yang dibina dapat
memenuhi keperluan penggunan atau tidak.
• Atas sebab itu, adalah penting untuk memahami keperluan dan jangkaan

Page | 5
pengguna sepanjang proses pembangunan.

1.3 System Development Tools


Selain perlu memahami operasi perniagaan, penganalisis sistem juga mesti tahu
cara menggunakan pelbagai teknik seperti pemodelan, prototaip, dan Computer-
Aided Systems Engineering Tools (CASE) untuk merancang, mereka bentuk, dan
melaksanakan sistem maklumat.
Penganalisis sistem bekerja dengan alat ini dalam persekitaran pasukan, di mana
input dari pengguna, pengurus, dan kakitangan IT menyumbang kepada reka
bentuk sistem.

1.3.1 Pemodelan (modelling)


• Menghasilkan gambaran grafik sesuatu konsep atau proses yang mana
pemaju sistem(system developer) boleh menganalisis, menguji, dan mengubah
suai.
• Penganalisis sistem boleh menerangkan dan memudahkan sistem maklumat
dengan menggunakan satu set perniagaan, data, objek, rangkaian, dan model
proses.
• Model perniagaan(business model) menerangkan maklumat yang perlu
disediakan oleh sistem.
• Penganalisis juga menghasilkan model untuk mewakili data, objek, rangkaian,
dan komponen sistem lain.
• Walaupun model mungkin kelihatan bertindih, mereka sebenarnya
bekerjasama untuk menerangkan persekitaran yang sama dari sudut
pandangan yang berbeza.
• Pemaju sistem biasanya menggunakan MS Office Visio untuk memaparkan
model berkaitan perniagaan. Visio adalah alat popular yang digunakan oleh
penganalisis sistem untuk menghasilkan rajah proses perniagaan( business
process diagram), carta alir (flowchart), carta organisasi, rajah rangkaian, pelan
lantai, garis masa projek (project timelines), dan gambar aliran kerja (work flow
diagram).

Page | 6
1.3.2 Prototyping
• Prototyping menilai konsep sistem dan menyediakan satu peluang untuk
memeriksa input, output dan antara muka sebelum keputusan akhir dibuat.
• Prototaip merupakan versi awal bagi sesuatu sistem maklumat.
• Merupakan model awal yang boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk
menilai sistem siap(finished system), atau prototaip itu sendiri boleh
berkembang menjadi versi terakhir sistem.
• Prototaip membantu mempercepat proses pembangunan sistem.
• Kelemahan - Keputusan penting mungkin dibuat terlalu awal, sebelum isu-isu
perniagaan atau isu IT difahami dengan teliti.
• Namun Prototaip berasaskan teknik pencarian fakta dan pemodelan yang
dibuat berhati-hati, bagaimanapun, boleh menjadi alat yang sangat beharga.

1.3.3 Computer-Aided Systems Engineering (CASE) Tools


• Juga dikenali sebagai computer-aided software engineering.
• Teknik yang menggunakan perisian yang berkuasa(powerful software),
yang dipanggil sebagai CASE tool, untuk membantu penganalisis sistem
membangun dan mengekalkan(maintain) sistem maklumat.
• CASE Tool menyediakan rangka kerja(framework) keseluruhan untuk
pembangunan sistem dan menyokong pelbagai metodologi reka bentuk,
termasuk analisis berstruktur(structured analysis) dan analisis berorientasikan
objek (object-oriented analysis).
• Penggunaan CASE tool memudahkan pembangunan sistem maklumat dan ini
dapat meningkatkan produktiviti IT dan kualiti produk akhir.
• Kebanyakan CASE tool dapat menghasilkan kod program, yang mana
meningkatkan proses perlaksanaan. (kod program dijana selepas
pembangunan model)

Page | 7
1.4 Kaedah Pembangunan Sistem (System Development Methods)
• Terdapat banyak kaedah yang ada untuk membangunkan sistem maklumat.
• Kaedah yang popular:
 Analisis berstruktur(structured analysis)
- Merupakan kaedah tradisional yang masih banyak digunakan
 Analisis berorientasikan objek(object-oriented analysis) [O-O]
-Merupakan pendekatan yang lebih baru dan disukai oleh penganalisis
 Agile Method
-Juga dikenali sebagai adaptive method
-kaedah terkini dalam pembangunan perisian.

• Pakar IT bersetuju bahawa tidak ada satu pun kaedah pembangunan adalah
terbaik dalam semua kes.
• Penting bagi memahami pelbagai kaedah, serta mengetahui kekuatan dan
kelemahan setiap pendekatan.

1.4.1 Analisis Berstruktur (Structured Analysis)


• Analisis berstruktur adalah teknik pembangunan sistem tradisional yang mudah
difahami dan masih popular walaupun telah lama.
• Menggunakan beberapa siri fasa yang dikenali sebagai System Development
Life Cycle(SDLC) untuk merancang, menganalisis, mereka bentuk,
melaksanakan, dan menyokong sistem maklumat.
• Analisis berstruktur berasaskan pelan keseluruhan (sama seperti blueprint
untuk membina sebuah bangunan) – disebut sebagai predictive approach.
• Analisis berstruktur menggunakan satu set model proses untuk
menggambarkan sistem secara grafik.
• Disebabkan ia memberi tumpuan kepada proses mengubah data menjadi
maklumat berguna, analisis berstruktur juga dipanggil process-centered
technique.
• Selain memodelkan proses, analisis berstruktur juga membahas organisasi
dan struktur data, reka bentuk pangkalan data berkaitan, dan isu antara muka
pengguna.
• Dalam model air terjun(waterfall model), hasil setiap fasa dipanggil deliverable
(mengalir ke fasa seterusnya).
• Sesetengah penganalisis melihat kelemahan dalam struktur terbina dalam
SDLC, kerana model air terjun tidak menekankan interaktiviti di antara fasa. –
berlaku sekiranya diikut terlalu rigid.

Page | 8
• Model SDLC biasanya melibatkan 5 fasa iaitu systems planning, systems
analysis, systems design, systems implementation, and systems support and
security.

Systems Planning (Perancangan Sistem)


 Fasa perancangan sistem biasanya bermula dengan permintaan(request) ke jabatan
IT, yang dipanggil system request, yang menggambarkan masalah atau perubahan
yang dikehendaki dalam sistem maklumat atau proses perniagaan.
 Perancangan sistem IT adalah sebahagian daripada keseluruhan perancangan
perniagaan di kebanyakan syarikat. Apabila pengurus dan pengguna membangunkan
rancangan perniagaan, mereka biasanya memasukkan keperluan IT yang
menghasilkan system request.
 System request ini boleh datang dari pengurusan atas, pasukan perancangan, ketua
jabatan, atau jabatan IT itu sendiri. Permintaan ini boleh menjadi sangat penting atau
agak kecil. Permintaan utama mungkin melibatkan sistem maklumat baru atau menaik
taraf sistem sedia ada. Sebaliknya, permintaan kecil mungkin meminta ciri baru atau
perubahan kepada antara muka pengguna.

Page | 9
 Tujuan fasa ini adalah untuk melakukan penyiasatan awal(preliminary
investigation) untuk menilai peluang atau masalah perniagaan yang berkaitan IT.
 Siasatan awal adalah langkah kritikal kerana hasilnya akan mempengaruhi
keseluruhan proses pembangunan.
Systems Analysis (Analisis Sistem)
 Tujuan fasa analisis sistem adalah untuk membina model logik bagi sistem baru.
 Langkah pertama ialah pemodelan keperluan(requirement modelling), di mana
penganalisis menyiasat proses dan dokumen-dokumen perniagaan untuk mengetahui
apa yang perlu dilakukan oleh sistem baru untuk memenuhi keperluan pengguna.
 Requirement modelling merupakan kesinambungan pada penyiasatan yang telah
dimulakan pada fasa perancangan sistem.
 Untuk memahami sistem, pencarian fakta(fact-finding) menggunakan teknik seperti
wawancara(Interview), tinjauan(survey), semakan dokumen(document review),
pemerhatian(observation), dan persampelan(sampling) dilakukan.
 Hasil carian fakta ini digunakan untuk membina model perniagaan, model data dan
proses, dan model objek.
 Hasil bagi fasa analisis sistem adalah dokumen keperluan sistem(system requirement
document).
 system requirement document menerangkan tentang keperluan pengurusan dan
pengguna, kos dan faedah, dan menggariskan strategi alternatif pembangunan.
Systems Design (reka Bentuk Sistem)
 Tujuan fasa reka bentuk sistem adalah untuk mencipta model fizikal yang akan
memenuhi semua keperluan yang didokumenkan untuk sistem.
 Pada peringkat ini, antara muka pengguna(user interface) direka dan input, output,
dan proses yang diperlukan dikenalpasti.
 Di samping itu, kawalan luaran(internal) dan dalaman(internal) direka bentuk,
termasuk ciri berasaskan komputer dan manual untuk menjamin bahawa sistem itu
boleh dipercayai(reliable), tepat(accurate), boleh dipelihara(maintainable), dan
selamat(secure).
 Dalam fasa ini juga, senibina aplikasi ditentukan, yang mana pengaturcara akan
menggunakannya untuk mengubah reka bentuk logik kepada modul dan kod program.
 Hasil untuk fasa ini adalah spesifikasi reka bentuk sistem(system design specification),
yang mana dikemukakan/dipersembahkan kepada pengurusan dan pengguna untuk
semakan dan kelulusan.
 Penglibatan pihak pengurusan dan pengguna adalah penting untuk mengelakkan
sebarang salah faham tentang apa yang boleh dilakukan oleh sistem baru, bagaimana
ia akan melakukannya, dan apa yang akan dikenakan. (what the new system will do,

Page | 10
how it will do it, and what it will cost)

Systems Implementation (Perlaksanaan Sistem)


 Dalam fasa perlaksanaan sistem, sistem baru di bina.
 Sama ada pemaju menggunakan analisis berstruktur atau kaedah O-O, prosedurnya
adalah sama iaitu program ditulis, diuji, dan didokumenkan, dan sistem dipasang.
 Jika sistem itu dibeli dalam bentuk pakej, penganalisis sistem akan mengkonfigurasi
perisian dan melaksanakan sebarang pengubahsuaian yang diperlukan.
 Objektif fasa pelaksanaan sistem adalah untuk menyampaikan(deliver) sistem
maklumat yang berfungsi sepenuhnya dan didokumenkan.
 Pada akhir fasa ini, sistem siap digunakan. Persiapan akhir termasuk menukar data
ke fail sistem baru, latihan kepada pengguna(training user), dan melaksanakan
peralihan sebenar ke sistem baharu.
 Fasa pelaksanaan sistem juga termasuk proses penilaian, yang disebut penilaian
sistem: yang bertujuan untuk menentukan sama ada sistem beroperasi dengan baik
dan jika kos dan faedah berada dalam jangkaan.

Systems Support and Security (Keselamatan dan Sokongan Sistem)


 Dalam fasa sistem sokongan dan keselamatan, kakitangan IT mengekalkan(maintain),
meningkatkan(enhance), dan melindungi sistem.
 Penyelenggaraan mengubah error yang berlaku dan menyesuaikan dengan
perubahan dalam persekitaran semasa, seperti kadar cukai baru.
 Enhancement menyediakan ciri dan faedah baru.
 Objektif semasa fasa ini adalah untuk memaksimumkan pulangan pelaburan IT.
 Kawalan keselamatan(security control) melindungi sistem dari ancaman dari luar dan
dalam.
 Sistem yang direka dengan baik mestilah selamat(secure), boleh dipercayai(reliable),
diselenggara(maintainable), dan boleh skala(volume). Reka bentuk scalable boleh
berkembang untuk memenuhi keperluan dan jumlah perniagaan yang baru.
 Pembangunan sistem maklumat sentiasa merupakan kerja yang sedang berjalan.
Proses perniagaan berubah dengan cepat, dan kebanyakan sistem maklumat perlu
dikemas kini dengan ketara atau diganti selepas beberapa tahun beroperasi.
Contohnya, sistem berasaskan web mungkin memerlukan lebih banyak pelayan untuk
mengatasi peningkatan beban kerja(workload).

Page | 11
1.4.2 Analisis Berasaskan Objek (Object-Oriented Analysis)

 Berbeza dengan structured analysis, Object Oriented Analysis(O-OA)


menggabungkan data dan proses yang bertindak pada data kepada benda yang
disebut objek(objects). / Object-oriented analysis combines data and the
processes that act on the data into things called objects
 Penganalisis sistem menggunakan O-O untuk memodelkan proses dan operasi
perniagaan sebenar.
 Hasilnya adalah satu set objek perisian yang mewakili orang sebenar(actual
people), perkara(things), transaksi(transaction), dan peristiwa(event).
 Kemudiannya programmmer menulis kod untuk mewujudkan objects dengan
menggunakan O-O programming language.
 Object adalah ahli class, yang merupakan koleksi object yang serupa.
 Object mempunyai ciri-ciri yang dinamakan properties(sifat), yang diwarisinya
dari class atau miliknya sendiri.
 Dalam reka bentuk O-O, proses built-in yang dipanggil methods(kaedah) boleh
mengubah properties objek. (Methods change an object’s properties)

As shown in Figure, the class called PERSON includes INSTRUCTOR and


STUDENT. Because the PERSON class has a property called Address, a STUDENT
inherits the Address property. A STUDENT also has a property called Major that is
not shared by other members of the PERSON class

Page | 12
 Fasa-fasa model O-O adalah lebih interaktif.
 Rajah menunjukkan model pembangunan O-O yang mana tugas planning, analysis,
dan design berinteraksi untuk menghasilkan prototaip yang boleh diuji dan
dilaksanakan.
 Hasilnya, model interaktif yang dapat menggambarkan proses perniagaan dunia
sebenar dengan tepat.
 Kaedah O-O adalah popular kerana ia menyediakan peralihan yang mudah kepada
bahasa pengaturcaraan O-O seperti C ++, Java, dan Swift.

1.4.3 Agile Methods


• Merupakan kaedah terbaru
• Mengembangkan sistem secara bertahap, dengan membangun satu siri prototaip
dan selalu menyesuaikannya dengan keperluan pengguna.
• Menekankan maklum balas yang berterusan, dan setiap langkah tambahan
dipengaruhi oleh apa yang dipelajari dalam langkah-langkah sebelumnya.
• Walaupun agak baru untuk pembangunan perisian, tanggapan pembangunan
berulang(iterative development) dapat dikesan kembali ke firma auto Jepun yang
dapat meningkatkan produktiviti.
• Agile method biasanya menggunakan spiral model, yang mewakili siri
lelaran(iteration), atau semakan, berdasarkan maklum balas pengguna.
• Pendukung spiral model percaya bahawa pendekatan ini mengurangkan risiko dan
mempercepat pembangunan perisian.

Page | 13
1.4.4 Kaedah Pembangunan Lain (Other Development Method)
Profesional IT tahu bahawa kunci kejayaan adalah input pengguna-sebelum, semasa,
dan selepas sistem dibangunkan. Dari masa ke masa, banyak syarikat mendapati
bahawa pasukan pembangunan sistem yang terdiri daripada kakitangan IT, pengguna,
dan pengurus dapat menyelesaikan tugas mereka dengan lebih cepat dan
menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Dua metodologi menjadi popular: joint application development (JAD) dan


rapid application development (RAD). JAD dan RAD terdiri daripada pengguna,
pengurus, dan kakitangan IT. Perbezaannya adalah bahawa JAD memberi tumpuan
kepada penemuan fakta berasaskan pasukan(yang mana melibatkan satu fasa proses
pembangunan sahaja), sedangkan RAD adalah lebih seperti versi
termampat(compresessed) keseluruhan proses.

Structured Object-Oriented Agile


Analysis Analysis Methods
Descriptio Represents the system in Views the system in Stresses intense team-
n terms of data and the terms of objects that based effort. Breaks
processes that act upon combine data and development into
that data. System processes. The objects cycles, or iterations,
development is organized represent actual people, that add functionality.
into phases, with things, transactions, and Each cycle is designed,
deliverables and milestones events. Compared to built, and tested in an
to measure progress. The structural analysis, O-O ongoing process.
waterfall model typically phases tend to be more Attempts to reduce
consists of five phases: interactive. Can use the major risks by
requirements, design, waterfall model or a incremental steps in
construction, testing, and model that stresses short time intervals.
maintenance & evolution. greater iteration.
Iteration is possible among
the phases.
Modeling Data flow diagrams (DFDs) Various object-oriented Tools that enhance
Tools and process descriptions, diagrams depict system communication, such
Also, business process actors, methods, and as collaborative
modeling. messages. Also, software,
business process brainstorming, and
modeling. whiteborads. Business
process modeling

Page | 14
works well with agile
methods.
Pros Traditional method that has Integrates easily with Very flexible and
been very popular over object-oriented efficient in dealing with
time. Relies heavily on programming languages. change. Stresses team
written documentation. Code is modular and interaction and reflects
Frequent phase iteration reusable, which can a set of community-
can provide flexibility reduce cost and based values. Frequent
comparable to other development time. Easy deliverables constantly
methods. Well-suited to to maintain and expand validate the project and
traditional project because new objects reduce risk.
management tools and can be created using
techniques. inherited properties.
Cons Changes can be costly, Somewhat newer Team members need a
especially in later phases. method might be less high level of technical
Requirements are defined familiar to development and
early, and can change team members. communications skills.
during Interaction of objects Lack of structure and
development. Users might and classes can be documentation can
not be able to describe their complex in larger introduce risk factors.
needs until they can see systems. Overall project might
examples of features and be subject to scope
functions. change as user
requirements change.

Comparison of structured, object-oriented, and agile development methods.

SOALAN :

1. Berikan tujuan proses system analysis and design.


2. Senaraikan 5 komponen utama system maklumat.
3. Senaraikan alatan pembangunan system.
4. Terangkan alatan Computer Aided System Engineering (CASE)
5. Bincangkan kaedah pembangunan system Analis Berstruktur

Page | 15
RUJUKAN:

1. Tilley, Scott and Rosenblatt, Harry (2017). System Analysis and Design, Eleventh Edi-
tion. Published by Cengage Learining.
2. Dathan, Brahma Ramnath, Sarnath (2015). Object-Oriented Analysis, Design and Imple-
mentation: An Integrated Approach: Published by Springer International Publishing AG.
3. Dennis, Alan Wixom, Barbara Haley Tegarden, David (2015). System Analysis and
Design: An Object-Oriented Approach with UML: Published by Wiley.
4. Stephen D. Burd, John W. Satzinger, Robert Jackson (2015). System Analysis And
Design In A Changing World: Published by Cencage Learning, Inc.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Pembangun Bahan
Pengajaran dan :
Labsheet

Pembangun video
pengajaran dan :
pembelajaran

PIC :

Hak Cipta : Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV)

Page | 16

You might also like