You are on page 1of 23

GARIS PANDUAN

PEMUSATAN KHIDMAT BANTUAN PENGOPERASIAN ICT


SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR

8 Januari 2019
Ver 1.0
PERKARA

Tujuan ..................................................................................................................................................... 1
Latar Belakang ...................................................................................................................................... 1
Objektif ................................................................................................................................................... 2
Pemusatan Khidmat Bantuan Pengoperasian ICT Sekolah .......................................................... 2
Program Pemusatan Khidmat Bantuan Pengoperasian ICT Sekolah .......................................... 4
Pemantauan Program .......................................................................................................................... 7
Tambah Nilai ......................................................................................................................................... 7
Pemakaian ............................................................................................................................................. 7
Tarikh Berkuat Kuasa........................................................................................................................... 7
Pertanyaan ............................................................................................................................................ 7
Senarai Lampiran ................................................................................................................................. 8
Lampiran I : Deskripsi tugas JTK KPM (Sektor Pendidikan) ................................................... 8
Lampiran II : Tatacara Permohonan Pasukan Khidmat Bantu .................................................. 8
Lampiran III : Tatacara Program Sekolah Tanggungjawab JTK ............................................... 8

i
Tujuan

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Sekolah berkaitan
Pemusatan Khidmat Bantuan Pengoperasian ICT Sekolah di Negeri Selangor.

Latar Belakang

2. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada


usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti. Pembangunan persekitaran pembelajaran yang berkesan
termasuk fasiliti ICT di sekolah seperti makmal komputer, peralatan ICT dan juga
akses internet merupakan elemen utama dalam menyokong Program TS25. Bagi
memastikan fasiliti ICT berada dalam tahap ketersediaan yang baik, penyelenggaraan
makmal komputer, peralatan aset ICT dan akses internet perlu diselaraskan di JPN,
PPD dan sekolah-sekolah.

3. Pada 4 Jun 2018, Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


telah bersetuju dengan pelaksanaan pemusatan pengurusan ICT di Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor. Pemusatan Pengurusan ICT ini melibatkan warga
pelaksana ICT yang terdiri daripada Juruteknik Komputer (JTK), Penolong Pegawai
Teknologi Maklumat - Khas Untuk Peyandang (PPTM KUP), Guru Penyelaras Bestari
(GPB), Guru Penyelaras ICT (GPICT) dan Guru Data Maklumat (GDM) di peringkat
sekolah yang diselaraskan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ICT (PPDICT)
bersama-sama Penyelia Maklumat (PYM) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
dibantu Ketua Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Juruteknik Komputer PKG dalam
daerah yang sama di negeri Selangor.

4. Struktur tadbir urus rantaian perintah (chain of command) adalah penting untuk
memastikan pihak yang bertanggungjawab jelas dalam setiap arahan atau keputusan
yang dikeluarkan dan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

1
Objektif

5. Objektif pelaksanaan adalah seperti berikut:

i. Mewujudkan peranan dan jaringan yang jelas diantara Sektor


Pengurusan Maklumat dan ICT (SPMICT), Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri (BTPN), Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), Sektor
Pengurusan Akademik (SPA), Sektor Khidmat Pengurusan dan
Pembangunan (SK2P), PPD, PKG dan sekolah agar seragam pada
semua peringkat operasi;
ii. Memperkasakan tadbir urus ICT di Unit Pengurusan Maklumat dan ICT,
Pejabat Pendidikan Daerah agar dapat merancang dan memenuhi
keperluan ICT di PPD dan sekolah;
iii. Mewujudkan pelaporan secara berkala mengenai fasiliti dan infrastruktur
ICT agar penyelarasan dapat dilaksanakan antara Kementerian
Pendidikan dan Jabatan; dan
iv. Meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan
mampan dalam penggunaan sumber sediaada serta dapat digunakan
secara optimum disekolah.

Pemusatan Khidmat Bantuan Pengoperasian ICT Sekolah

6. Pemusatan Khidmat Bantuan Pengoperasian ICT diwujudkan bagi memastikan


ketersediaan maklumat dan status di antara sekolah, PKG, PPD, BTPN dan JPNS
terutama pekara berkaitan penyelenggaraan makmal komputer, peralatan aset ICT
dan akses internet dapat diselaraskan. Pemantauan dan perlaksanaan semua
program yang memerlukan ICT sama ada dari segi Pengurusan dan Pentadbiran
(PdT) atau Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) juga dapat diuruskan dengan
sistematik.

7. Tadbir urus ICT berkaitan dengan tugasan dan pelaporan bagi semua program
atau aktiviti yang dijalankan dari sekolah ke PPD dan seterusnya di jabatan
ditunjukkan seperti Gambaran tadbir urus ICT Negeri di bawah :

2
8. JTK merupakan anggota kumpulan pelaksana (AKP) yang ditempatkan di
sekolah. Perjawatan JTK diwujudkan di sekolah yang mempunyai pusat akses sahaja
dan bagi waran perjawatan pula, ianya di tadbir urus oleh PPD. Pemusatan
Pengurusan ICT ini akan meningkatkan jalinan kolaboratif strategik antara JTK di
sekolah bagi tujuan perkongsian sumber, pengalaman, kepakaran, amalan terbaik dan
juga hasil penyelidikan terkini.

9. Dengan adanya pemusatan ini, walaupun setiap JTK penempatannya di


sekolah yang mempunyai pusat akses, tadbir urus JTK dapat dipusatkan di PPD bagi
penyelarasan dan keseragaman tugas, pemantapan fungsi JTK, penyeliaan dan
pelaporan yang telus dan berfokuskan kepada keperluan ICT secara menyeluruh bagi
setiap sekolah dalam PPD masing-masing.

10. Pengurusan Laporan Nilaian Prestasi (LNPT) dan Sasaran Kerja Tahunan
(SKT) dapat diseleraskan mengikut kesesuaian dan akan disokong dengan borang
pengesahan kerja oleh PGB di sekolah tanggungjawab dan penilaian LNPT JTK akan
dinilai berdasarkan laporan yang disediakan. Walaubagaimanapun pihak PPD dan
JPNS akan memantau prestasi melalui Unit HRMIS setelah selesai tahun penilaian
LNPT. Deskripsi tugas JTK KPM (Sektor Pendidikan) adalah seperti di Lampiran I.

3
Program Pemusatan Khidmat Bantuan Pengoperasian ICT Sekolah

11. Dua (2) jenis Program Khidmat Bantuan Pemusatan Pengoperasian ICT
diwujudkan bagi memberi khidmat bantuan ICT di sekolah-sekolah yang tidak
mempunyai JTK. Program adalah:

i. Pasukan Khidmat Bantu (PKB)


ii. Program Sekolah Tanggungjawab

Pasukan Khidmat Bantu (PKB)

12. Program PKB diwujudkan bagi membantu sekolah untuk membuat kerja-kerja
penyelelenggaraan, pembaikan, penambahan keperluan perkhidmatan ICT yang
dilaksanakan secara berkumpulan antara JTK di sekolah-sekolah dalam daerah yang
sama.

13. Setiap PPD hendaklah mengujudkan empat (4) PKB yang terdiri daripada:

i. PKB Infrastruktur dan Rangkaian,


ii. PKB Multimedia dan Grafik,
iii. PKB Teknikal Perkakasan dan Aplikasi, dan
iv. PKB Inisiatif ICT

4
Pasukan Khidmat Bantu
Unit Pengurusan Maklumat dan ICT
Pejabat Pendidikan Daerah

Pegawai Pendidikan
Daerah

Timbalan Pegawai
Pendidik Daerah

Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah ICT
(PPDICT)

Ketua Juruteknik Komputer


Daerah

Infrastruktur dan Teknikal Perkakasan dan


Inisiatif ICT Multimedia dan Grafik
Rangkaian Aplikasi

Juruteknik Komputer Juruteknik Komputer Juruteknik Komputer Juruteknik Komputer


Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah
(FT 19 / FA 29(KUP)) (FT 19 / FA 29(KUP)) (FT 19 / FA 29(KUP)) (FT 19 / FA 29(KUP))

14. Mana-mana sekolah yang menghadapi isu berkaitan penyelenggaraan ICT


boleh memohon khidmat bantuan PKB kepada PPD. Manakala bagi multimedia dan
grafik pula tertakluk kepada majlis atau program yang telah diluluskan oleh JPN atau
PPD berdasarkan keperluan. Sekolah hendaklah menyediakan keperluan peralatan
dan peruntukan setelah isu penyelengaraan ICT dikenal pasti oleh JTK dan disemak
oleh PPDICT. PPDICT akan mengenalpasti keperluan bilangan JTK yang berada di
dalam daerah yang sama untuk mewujudkan PKB bagi membantu menyelesaikan
masalah tersebut. PKB hanya melaksanakan tugas di sekolah berdasarkan Surat
Permohonan yang telah diluluskan oleh PPD.

15. Laporan hendaklah disediakan oleh Ketua Pasukan PKB setelah selesai
tugasan dan dihantar kepada PPDICT. Status perlaksanaan hendaklah dibentangkan
dalam mesyuarat PPD.

5
16. Tatacara permohonan khidmat bantuan PKB adalah seperti di Lampiran II :
Tatacara Permohonan Pasukan Khidmat Bantu.

Program Sekolah Tanggungjawab

17. Tujuan program ini diadakan untuk pemantapan profesionalisme JTK bagi
meningkatkan prestasi kerja dengan membantu sekolah yang tiada perjawatan JTK.
Pelaksanaan program ini dapat memperkemaskan pengurusan teknikal ICT di sekolah
yang tiada JTK melalui kemahiran dan kepakaran JTK berkenaan. Pengurusan
program adalah dibawah tanggungjawab Penolong Pengarah (ICT) SPMICT dan
PPDICT bagi menyedia, merancang, melaksana dan memantau tadbir urus program
Sekolah Tanggung Jawab.

18. Pemilihan Sekolah Tanggungjawab hendaklah dibuat berdasarkan sekolah


bersebelahan atau berdekatan sekolah asal/tempat tinggal JTK dan tidak melebihi
jarak tempat tinggal ke sekolah asal tempat JTK bertugas yang mana tidak akan
melibatkan tuntutan perjalanan.

19. JTK bagi sekolah tanggungjawab hendaklah bertugas di sekolah


tanggungjawab selama satu (1) hari dalam seminggu bagi setiap hari KHAMIS dan
waktu bertugas adalah mengikut Waktu Peringkat (WP) iaitu WP1, WP2, WP3 atau
WP4.

20. JTK hendaklah menyediakan dua (2) pelaporan iaitu log harian yang disahkan
oleh GPICT dan log bulanan yang disahkan oleh GPICT dan PGB. Status
perlaksanaan hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat PPD.

21. Tatacara Program Sekolah Tanggungjawab JTK adalah seperti di Lampiran III:
Tatacara Program Sekolah Tanggungjawab JTK.

6
Pemantauan Program

22. Inspektorat hendaklah diadakan sekurang-kurang dua kali setahun bagi menilai
keberkesanan pelaksanaan program ini.

23. Pelaksanaan program ini hendaklah memberi pulangan tambah nilai ke atas
tugasan yang telah dilaksanakan oleh JTK dengan memberikan :
i. Penghargaan,
ii. Pengiktirafan, dan
iii. Menyediakan Latihan/Kursus

Pemakaian

24. Pekeliling ini terpakai kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor,
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Sekolah.

Tarikh Berkuat Kuasa

25. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan dan terpakai hingga
dibatalkan, melainkan jika terdapat arahan terkini atau perkembangan baharu yang
memerlukannya dikaji semula.

Pertanyaan

26. Sebarang pertanyaan berhubung garis panduan ini boleh dikemukakan kepada:

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Jalan Jambu Bol 4/3E,
Seksyen4,
40604 Shah Alam
SELANGOR

No. Telefon : 03-55186500


No. Faks. : 03-55102133
E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my

7
Senarai Lampiran

Lampiran I : Deskripsi tugas JTK KPM (Sektor Pendidikan)


Lampiran II : Tatacara Permohonan Pasukan Khidmat Bantu
Lampiran III : Tatacara Program Sekolah Tanggungjawab JTK

8
LAMPIRAN I
DESKRIPSI TUGAS JTK KPM (SEKTOR PENDIDIKAN)

1. Penyelenggaraan pencegahan dan pembaikan:


a) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan (preventive
maintenance) perkakasan dan perisian secara berkala;
b) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pembaikan (corrective
maintenance) perkakasan, perisian dan rangkaian;
 Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak
seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen
dan aksesori.
c) Melaksanakan pemantauan dan mengesahkan kerja baik pulih yang
dilakukan oleh pihak ketiga serta memastikan perkakasan/perisian
berfungsi dengan baik; dan
d) Menyediakan laporan aktiviti penyelenggaraan ICT secara berkala.

2. Pelaksanaan khidmat bantuan ICT:


a) Melaksanakan pemasangan perkakasan, perisian dan aplikasi
mengikut keperluan pengguna;
b) Memberi khidmat sokongan teknikal tahap pertama bagi penggunaan
perkakasan/perisian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
serta Pengurusan dan Pentadbiran (PdT);
c) Melapor dan memohon penggantian perkakasan, perisian dan
rangkaian yang rosak;
d) Mengemaskini rekod penyelenggaraan aset ICT (perkakasan dan
perisian ICT);
 Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan
pendaftaran serta mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan
bagi perkakasan dan perisian ICT.
 Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan
proses pelupusan aset alih kerajaan bagi perkakasan ICT.

1
e) Menjadi Liaison Officer (LO) bagi meja bantuan KPM iaitu memantau
dan membantu menguruskan aduan berkaitan ICT;
 Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk
mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal,
membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
 Membantu menguruskan semua hal berkaitan dengan aduan
kerosakan perkakasan/perisian ICT di sekolah.
f) Menyediakan laporan perkhidmatan ICT secara berkala;
 Membantu memberi input dalam menyediakan keperluan
perolehan perkakasan/perisian ICT untuk pengurusan sekolah.
g) Membantu mengemaskini dan menyelenggara semua fail-fail ICT di
sekolah;
h) Membantu dalam pengurusan teknikal bagi inisiatif kerajaan digital
seperti iGFMAS, myGovUC, VLE dan lain-lain;
i) Membantu pengurusan keselamatan ICT:
 Membantu isu-isu keselamatan ICT serta mematuhi kawalan
dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan
dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh MAMPU
dan KPM.
j) Membantu pengurusan rangkaian:
 Membantu, memantau dan menyelia rangkaian internet sekolah.
 Membantu menguruskan semua aduan berkaitan talian internet
sekolah.
 Membantu, mengurus dan menyelaras pembahagian Alamat
Internet Protocol (IP Address), Router, Access Point, Switch,
Virtual Private Network (VPN) dan sebagainya.
 Membantu menyelia serta memantau rangkaian Local Area
Network (LAN) di sekolah.

2
LAMPIRAN II

TATACARA PERMOHONAN PASUKAN KHIDMAT BANTU

1. OBJEKTIF

Tatacara ini diwujudkan bagi membantu sekolah untuk membuat kerja-kerja


penyelelenggaraan, pembaikan, penambahan keperluan perkhidmatan ICT
yang dilaksanakan secara berkumpulan antara JTK di sekolah-sekolah dalam
daerah yang sama.

2. SKOP

Bertanggungjawab dalam tadbir urus ICT di Jabatan, Pejabat Daerah dan


sekolah di Negeri Selangor.

3. DEFINISI

Bil Singkatan Keterangan


i. KPPD Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
ii. PPDICT Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ICT
iii. KJTKD Ketua Juruteknik Komputer Daerah
iv. JTK Juruteknik Komputer
v. PKB Pasukan Khidmat Bantu
vi. KPKB Ketua Pasukan Khidmat Bantu
vii. JPNS Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
viii. PPD Pejabat Pendidikan Daerah
ix. PGB Pengetua / Guru Besar
x. PKG Pusat Kegiatan Guru
xi. BTPN Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

4. TATACARA

Bil Proses Kerja Tanggungjawab


i. Terima Permohonan Sekolah PPDICT
ii. Semak Permohonan PPDICT
iii. Lawatan Ke Sekolah PPDICT/KJTKD
iv. Keluarkan Surat Kelulusan KPPD
v. Keluarkan Surat Arahan Bertugas KPPD
vi. Selesai Tugasan PKB
vii. Sediakan Laporan KJTK
viii. Laporkan pada PPD PPD ICT
ix. Hantar Laporan Ke JPN PPD ICT

1
5. REKOD

Bil Nama Rekod


i. Senarai Pasukan Khidmat Bantu – Lampiran A
ii. Laporan Bulanan Permohoan Pasukan Khidmat Bantu – LAMPIRAN B
iii. Laporan Kehadiran Pasukan Khidmat Bantu – Lampiran C
iv. Laporan Program Khidmat Bantu – Lampiran D

6. CARTA ALIR
CARTA ALIR
PERMOHONAN PASUKAN KHIDMAT
BANTU
MULA

TERIMA PERMOHONAN
PASUKAN KHIDMAT
BANTU

SEMAK

LAWATAN KE SEKOLAH

SEDIAKAN SURAT
KELULUSAN
PERMOHONAN

SEDIAKAN SURAT
ARAHAN BERTUGAS
PASUKAN KHIDMAT
BANTU

HANTAR PASUKAN
KHIDMAT BANTU

SEDIAKAN LAPORAN

PEMBENTANGAN
LAPORAN
MESYUARAT PPD

HANTAR LAPORAN KE
JPN

SELESAI

2
LAMPIRAN A

Pejabat Pendidikan Daerah : ___________________________________________


Nama Ketua Juruteknik Daerah: ________________________________________

Jarak Pasukan Khidmat Bantu (PKB)


Alamat Tempat Jarak
Nama Juruteknik Gred Rumah ke Nama Infrastruktur Teknikal
Bil. Kerja/Sekolah Rumah Inisiatif Multimedia
Komputer Jawatan Sekolah PKG dan Perkakasan
Asal ke PPD ICT dan Grafik
Asal Rangkaian dan Aplikasi

Pengesahan

___________________________ ___________________________
(Tandatangan KPKB) (Tandatangan PPPDICT)

Nama Ketua PKB :___________________________________ Nama Ketua PPPDICT : ___________________________________

Tarikh Disediakan :___________________________________ Tarikh Pengesahan : ___________________________________

1
LAMPIRAN B

** Pengantaran ke Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT pada hari Jumaat minggu pertama setiap bulan

Bulan

Nama PPPDICT
PPD
Tarikh Tarikh
Tarikh Surat Lawatan Perlaksanaan Catatan
Bil Nama Sekolah Permohonan Pekara Tapak PKB Ketua PKB (Isu/Cadangan)

___________________________
(Tandatangan)
Nama:
Jawatan:

2
LAMPIRAN C

LAPORAN KEHADIRAN PASUKAN KHIDMAT BANTU (PKB)


** Dapatkan pengesahan kehadiran dari Pengetua/Guru Besar dan guru yang di temui. Perlu diisi setiap hari bertugas.

Nama Ketua PKB: _______________________________________ PPD: ____________________________________________


Perkhidmatan : PKB Infrastruktur & Rangkaian PKB Multimedia & Grafik PKB Inisiatif ICT

PKB Teknikal Perkakasan&Aplikasi


Nama Sekolah : _____________________________ Tempoh: ___________________ Jumlah Hari Bertugas : ________ HARI

Nama GPB/GPICT Yang Pengesahan


Bil Tarikh/Masa Nama Juruteknik Bertugas Catatan/Ulasan
Ditemui Cop/Tandatangan PGB
1.
2.
1. 3.
4.
5.
1.
2.
2. 3.
4.
5.
1.
2.
3. 3.
4.
5.

___________________________ ___________________________
(Tandatangan KPKB) (Tandatangan PPDICT)
Nama Ketua PKB :___________________________________ Nama Ketua PPDICT : ___________________________________

Tarikh Disediakan :___________________________________ Tarikh Pengesahan : ___________________________________

3
LAMPIRAN D

Tempat:_____________________________________________________________
Tarikh : ___________Masa: _________ Pejabat Pendidikan Daerah : ________________
Nama PPDICT: __________________________ Nama KTJK : ______________________

Maklumat
Program/Aduan/Isu
Sekolah

Nama Pegawai Tempat Bertugas


Nama Ketua Pasukan
Khidmat Bantu
Ahli Pasukan: 1.

2.

3.

4.

5.

Pelan Tindakan /
Cadangan
Penyelesaian / Aktiviti
Dicadangkan

Laporan bergambar

Ulasan

___________________________ ___________________________
(Tandatangan KPKB) (Tandatangan PPDICT)
Nama KPKB :____________________ Nama PPDICT:_____________________
Tarikh Disediakan :_______________ Tarikh Pengesahan :_______________

1
LAMPIRAN III

TATACARA PROGRAM SEKOLAH TANGGUNGJAWAB JTK

1. OBJEKTIF

Tujuan tatacara ini diadakan untuk pengurusan teknikal ICT di sekolah yang
tidak mempunyai JTK bagi melaksanakan program Sekolah Tanggung Jawab.

2. SKOP

Bertanggungjawab dalam tadbir urus ICT di Jabatan, Pejabat Daerah dan


sekolah di Negeri Selangor.

3. DEFINISI
Bil Singkatan Keterangan
i. PPD Pegawai Pendidikan Daerah
ii. PPDICT Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ICT
iii. KJTKD Ketua Juruteknik Komputer Daerah
iv. JTK Juruteknik Komputer
v. PKB Pasukan Khidmat Bantu
vi. KPKB Ketua Pasukan Khidmat Bantu
vii. JPNS Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
viii. PPD Pejabat Pendidikan Daerah
ix. PGB Pegetua / Guru Besar
x. PKG Pusat Kegiatan Guru
xi. BTPN Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

4. TATACARA
Bil Proses Kerja Tanggungjawab
Sediakan Perancangan Perlaksanaan Program Penolong Pengarah
i.
Sekolah Tanggunjawab JTK (ICT) SPMICT
Surat Arahan Perlaksanaan Program Sekolah Pengarah Pendidikan
ii.
Tanggungjawab JTK Negeri Selangor
Terima Arahan Perlaksanaan Program Sekolah
iii. PPD
Tanggungjawab JTK
iv. Pelan Perlaksanaan Sekolah Tanggungjawab JTK PPDICT
Surat Arahan Bertugas di Sekolah Tanggungjawab
v. PPD
JTK
Perlepasan JTK ke Program Sekolah Tanggungjawab
vi. PGB
JTK
vii. Bertugas di Sekolah Tanggungjawab JTK JTK
viii. Pemantauan Program Sekolah Tanggungjawab JTK PPDICT

1
Pembentangan Laporan Status Sekolah
ix. PPDICT
Tanggungjawab JTK ke Mesyuarat PPD
x. Hantar Laporan Sekolah Tanggungjawab JTK ke JPN PPDICT
Pembentangan Status Laporan Sekolah
Penolong Pengarah
xi. Tanggungjawab JTK ke Mesyuarat Pengurusan
(ICT) SPMICT
Tertinggi JPNS

5. REKOD

Bil Nama Rekod


i. BORANG PERSETUJUAN MENJALANKAN TUGAS RASMI – LAMPIRAN A
ii. LOG BULANAN JTK – LAMPIRAN B
iii. LOG HARIAN JTK – LAMPIRAN C

6. CARTA ALIR
CARTA ALIR
PROGRAM SEKOLAH TANGGUNG JAWAB JTK

MULA

PROGRAM SEKOLAH
TANGGUNGJAWAB JTK

SURAT ARAHAN PROGRAM SEKOLAH


TANGGUNG JAWAB JTK

PELAN PERLAKSANAAN PROGRAM


SEKOLAH TANGGUNG JAWAB JTK

SURAT ARAH BERTUGAS SEKOLAH


TANGGUNG JAWAB JTK

SEDIAKAN SURAT ARAHAN


BERTUGAS PASUKAN KHIDMAT
BANTU

PELEPASAN JTK KE PROGRAM


SEKOLAH TANGGUNGJAWAB JTK

BERTUGAS DI PROGRAM SEKOLAH


TANGGUNGJAWAB JTK

PEMANTAUAN PROGRAM SEKOLAH


TANGGUNGJAWAB JTK

PEMBENTANGAN LAPORAN
MESYUARAT PPD

PEMBENTANGAN LAPORAN
MESYUARAT TERTINGGI JPNS

SELESAI

2
LAMPIRAN A

3
LAMPIRAN B
PROGRAM SEKOLAH TANGGUNGJAWAB
JURUTEKNIK KOMPUTER NEGERI SELANGOR

LOG BULANAN JTK 2018


BULAN
Sekolah Tanggungjawab
Nama Pegawai
Jawatan/Gred
Sekolah Asal
TIDAK
BIDANG TUGAS/PERALATAN JUMLAH SELESAI CATATAN
SELESAI
A SELENGGARA PERALATAN ICT DAN RANGKAIAN KOMPUTER
1 CPU/KOMPUTER
2 PRINTER/PENCETAK
3 SISTEM
4 PERISIAN
5 CHROMEBOOK
6 NOTEBOOK/KOMPUTER RIBA
7 SWITCH
8 AP (ACCESS POINT)
9 PROJEKTOR
10 NODE NETWORK
11 TALIAN INTERNET
B ASET ICT
12 SEMAKAN PENDAFTARAN ASET
Membantu membuat semakan kad daftar
harta modal KEW.PA-2. Pastikan pihak
sekolah tahu dan dapat menunjukkan
peralatan ICT tersebut ditempatkan.
Bukan tugas JTK mencari peralatan
tersebut di sekitar sekolah jika tidak
ditemui.
13 SEMAKAN SENARAI PELUPUSAN
ASET ICT
Semakan senarai yang disediakan oleh
pihak sekolah dan peralatan ICT yang
telah dikumpulkan. Bukan tugas JTK
mencari peralatan tersebut disekitar
sekolah jika tidak ditemui.
C PENGESAHAN

………………………………….. …………………………………..
Cap Sekolah
Guru Penyelaras ICT Pengetua / Guru Besar
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

4
LAMPIRAN C
PROGRAM SEKOLAH TANGGUNGJAWAB JURUTEKNIK
LOG HARIAN JTK KOMPUTER NEGERI SELANGOR
SENARAI TUGAS HARIAN
JANUARI 2019
Sekolah :
Tanggungjawab
Nama Pegawai :
Jawatan :
Sekolah Asal :

Tarikh Tugas Saya Hari Ini Catatan


Minggu 1:

Khamis
(Tarikh)

Minggu 2:

Khamis
(Tarikh)

Minggu 3:

Khamis
(Tarikh)

Minggu 4:

Khamis
(Tarikh)

Minggu 5:

Khamis
(Tarikh)

PENGESAHAN
Disahkan oleh: Cap Sekolah:

……………………………………………….
Nama:

Jawatan:

Tarikh:
1. Sila tambahkan lampiran sekiranya ruangan tidak mencukupi.
2. Pengesahan Log Harian JTK hendaklah ditandatangani oleh Guru Penyelaras ICT (GPICT)
pada setiap akhir bulan

You might also like