You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN 2 TAMAN KERAMAT

JALAN ENGGANG TIMUR 1, TAMAN KERAMAT


54200 KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
MENAIK TARAF MAKMAL, PEMULIHAN SISTEM RANGKAIAN,
DAN PENGGANTIAN KOMPUTER.

DISEDIAKAN OLEH :

JAWATANKUASA ICT SK(2) TAMAN KERAMAT


KERTAS KERJA MENAIK TARAF MAKMAL, PEMULIHAN SISTEM
RANGKAIAN, DAN PENGGANTIAN KOMPUTER.

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Makmal komputer sekolah dibangunkan pada tahun 2008 yang mengandungi 2 buah
makmal dan sebuah bilik akses. Oleh kerana penggunaan yang kerap dan maksimum
projek naik taraf gabungan makmal dan bilik akses ini perlu disegerakan bagi kemudahan
murid murid.

Pada ketika ini, makmal komputer hanya mempunyai 35 buah netbook yang boleh
digunakan pada satu satu masa. Masalah yang dihadapi ialah apabila penggunaan makmal
digunakan serentak 35 buah netbook tersebut adalah tidak mencukupi.

Begitu juga dengan keadaan makmal yang tidak kondusif. Makmal mengalami kerosakan
pendingin hawa yang menyebabkan keadaan tidak selesa untuk proses pembelajaran dan
agak berisiko untuk peralatan komputer yang akan cepat rosak.

BIODATA SEKOLAH
Nama Sekolah : SK 2 TAMAN KERAMAT
Kod Sekolah : BBA7103
Daerah : Gombak
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Enrolmen Murid : 480
Bil Kelas : 16
Bil.Makmal : 2 buah, 1 bilik akses
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Bandar
2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

i. Keadaan makmal yang tidak kondusif untuk pembelajaran murid murid


ii. Kekurangan netbook dan komputer .
iii. Sistem rangkaian yang perlu dinaiktaraf.
iv. Kerosakan perabot

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK SERTA ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan bangunan kekal kelas yang sedia
ada dengan kelengkapan perabot dan peralatan seperti berikut:

ANGGARAN KOS
BIL. ITEM
1. i. Membaiki dan memulihkan sistem RM150,000.00
rangkaian wayar sedia ada.
ii. Membeli 50 unit komputer meja dan 3
buah Printer bagi kemudahan 2 buah
makmal dan sebuah bilik akses.
.
Penggantian 8 buah pendingin hawa sedia ada
2. yang mengalami kerosakan. RM50,000.00

Membeli 50 buah kerusi baru bagi menggantikan


3. kerusi kerusi yang patah. RM10,000.00

4. Pembelian 3 buah Peranti (hotspot) untuk RM 2,000.00


capaian wifi ke seluruh sekolah.
5. Pemasangan Tile bagi makmal dan bilik akses RM 20,000

JUMLAH KESELURUHAN RM232,000.00


4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:


i. Menjamin keselamatan dan keselesaan murid dan guru semasa pembelajaran
berlangsung.
ii. Membudayakan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat kepada murid.
iii. Meningkatkan kemahiran murid seawal 5 tahun menggunakan komputer sebagai
bahan bantu belajar.
iv. Membantu pengurusan kelas dengan lancar apabila komputer meja digunakan
berbanding komputer netbook yang perlu dicharge semula.

5. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional Naik taraf Projek ini adalah bertujuan

i. Menyahut anjakan ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-


2025) Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan pembelajaran di Malaysia
ii. Memudahkan pengurusan makmal dan pembelajaran.
iii.

6. IMPLIKASI SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

i. Keselamatan di kalangan murid dan guru kurang terjamin kerana bangunan yang
telah lama dan memerlukan penambahbaikan daripada pendawaian semula
elektrik serta aspek-aspek keselamatan seperti grill dan penutup longkang.
ii. Suasana pembelajaran kurang kondusif dan kurang selesa kerana tiada
kemudahan asas terutamanya tandas, bilik aktiviti dan dapur.
iii. Memerlukan banyak masa untuk membantu menguruskan pelajar ke tandas
kerana kedudukannya yang agak jauh.
iv. Ibu bapa atau penjaga kurang berkeyakinan untuk menghantar anak-anak mereka
mendaftar ke program pendidikan khas kerana kemudahan asas yang tidak
disediakan.

7. PENUTUP

Cadangan projek menaik taraf kelas dan bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) diharapkan dapat meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan
keselamatan dan keselesaan murid pendidikan khas. Golongan murid ini memerlukan dan
mempunyai hak yang sama dengan murid – murid lain di arus perdana agar mereka dapat
memberi sumbangan yang bermakna terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama
dan negara.

Disediakan oleh,

(NABILAH BINTI ZAINAL)

Penyelaras

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Ulasan Guru Besar :

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Disahkan oleh,

(ZAITON BINTI AHMAD)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat

8.0 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

You might also like