You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN PERDANA

55300 AMPANG SELANGOR

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN KELENGKAPAN ICT


MAKMAL KOMPUTER SKPP

DISEDIAKAN OLEH :
FAKHRULAZRUL BIN ISMAIL @ ABD RAHMAN
GURU ICT SK PANDAN PERDANA
KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN KELENGKAPAN ICT MAKMAL KOMPUTER SKPP

1.0 NAMA SEKOLAH

SK Pandan Perdana merupakan sebuah sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan


Daerah Hulu Langat yang terletak di Zon Ampang. Mempunyai seramai 28 orang guru
dan 4 orang staf sokongan serta. Murid pula seramai 227 orang arus perdana dan 25
orang murid prasekolah.

2.0 NAMA PROJEK/PROGRAM

Permohohonan Kelengkapan ICT Makmal Komputer SKPP

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon sumbangan daripada pihak Bank
Pembangunan Malaysia Berhad untuk menaiktaraf dan melengkapkan peralatan ICT
seperti para 7.0

4.0 PENDAHULUAN

SK Pandan Perdana mempunya 2 makmal ICT yang mana hanya satu digunakan
disebabkan kekurangan peralatan. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang terkini
menurut Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana menerapkan Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK21) sangat memerlukan guru dan murid menggunakan kemudahan
ICT untuk capaian yang lebih luas dalam mencari sumber pendidikan sebagai
penambahan dalam silibus buku teks. Walaubagaimanapun, kemudahan makmal
yang tidak mencukupi dan uzur perlu pembaikan menyebabkan KPI penggunaan
makmal dibawah kemampuan sebenar. Dalam erti kata lain, banyak kemudahan yang
perlu ditambah untuk menjadikan makmal ini lebih kondusif untuk tujuan
pembelajaran.

5.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mahir dan celik IT dan seterusnya dapat


mengembangkan potensi diri mereka.
6.0 OBJEKTIF

6.1 Melahirkan murid yang celik dan mahir IT dalam sebarang urusan harian.
6.2 Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam membangkitkan budaya baharu
pembelajaran kendiri murid.
6.3 Mengembangkan potensi individu murid.
6.4 Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada semua murid dalam
penyertaan menjayakan aspirasi kerajaan dalam bidang ICT.
6.5 Membuka minda murid agar membudayakan ICT dalam membantu
pembelajaran mereka.
6.6 Menaikkan KPI SKPP dalam portal pendidikan FROG VLE.

6.0 PERINCIAN PROJEK

Makmal 1 SKPP tidak digunakan disebabkan faktor fasiliti dan Makmal 2 masih
digunakan tetapi hanya ada 6 komputer riba yang berfungsi dengan baik. Pihak kami
mempunyai 23 unit PC yang tidak berfungsi yang mana telah dibuat permohonan
untuk pelupusan tetapi masih dalam proses. Perkara ini membantutkan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang mana murid perlu berkongsi untuk melakukan
tugasan.

Dari segi capaian internet,SKPP mendapat capaian internet dari YTL Network yang
telah menyediakan Direct Feed MikroTik untuk makmal yang boleh dianggap lancar,
tetapi dipersiakan kerana tiada komputer yang stabil dan mampu digunakan bagi
tujuan pembelajaran.
Penghawa dingin Makmal 1 tidak berfungsi kesemuanya dan Makmal 2 hanya 2 unit
yang berfungsi. Makmal 1 memerlukan pengubahsuaian sepenuhnya dari segi
perabot dan kelengkapan ICT kerana perabot sebelumnya telah dimusnahkan oleh
anai-anai.
7.0 SUMBANGAN DIPOHON

BIL ITEM
1 KOMPUTER PERIBADI
2 LCD PROJEKTOR
3 MEJA KOMPUTER DAN KERUSI
4 PENGHAWA DINGIN
5 PENCETAK
6 CCTV

8.0 PENUTUP

Projek ini amat wajar dilaksanakan untuk perkembangan potensi diri murid. Semoga
projek ini dapat dilaksanakan untuk kebaikan murid-murid. Semoga sumbangan
pihak Bank Pembangunan Malaysia Berhad dapat melahirkan anak-anak bangsa
bermaklumat dan berilmu yang bakal menjadi penentu masa hadapan negara kita.
9.0 LAMPIRAN

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_________________________ ___________________________

You might also like