You are on page 1of 5

CADANGAN MEMBINA BANGUNAN BARU YANG MENGANDUNGI 30 BILIK

DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN MENGIKUT PIAWAI DI SMK PAGOH


PERDANA, DAERAH MUAR, NEGERI JOHOR

PROGRAM

: PENDIDIKAN MENENGAH

KOD BUTIRAN

: 00201

SUB-PROJEK

: SMK PAGOH PERDANA, MUAR

1.

LATARBELAKANG PROJEK

SMK Pagoh Perdana nama baru bagi SMK Pagoh 2 di Pekan Pagoh telah
dicadangkan dan diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 dan RMKe9.
Walaubagaimana pun projek ini tidak dapat dilaksanakan dalam RMK-9 oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia kerana masalah tapak dan peruntukan pembinaan
baru tersebut.
Oleh yang demikian, projek ini diangkat semula ke dalam Rancangan
Malaysia Ke10. Tapak bagi projek tanah ini telah dikenalpasti dan diuruskan serta
dalam Proses Pengambilan Balik tanah ( PBT) .
Sekolah ini dicadangkan kerana pertambahan pelajar di sekolah SMK Sultan
Alauddin Riayat Shah 1 dan tiada sekolah berhampiran lain di kawasan ini serta
pertambahan penduduk hasil kewujudan taman-taman baru yang dibina oleh
pamaju secara berperingkat ( Contoh : Taman Pagoh Jaya) . Antara sekolah yang
berhampiran ( dalam lingkungan 10 km ) adalah seperti berikut :BIL.
1

NAMA SEKOLAH
SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1

BIL. BD
29

ENROLMEN
1670

Sekolah ini telah dicadangkan pembinaan dengan 30 bilik darjah dan


keperluan-keperluan khas. Dengan pembinaan sekolah baru ini akan dapat
menampung limpahan pelajar di sekolah sedia ada dan mewujudkan keselesaan
kepada pelajar dan guru agar proses Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
berkesan.
2.

OBJEKTIF PROJEK
2.1 Menyediakan tempat pembelajaran yang lebih selesa ,kondusif dan
lengkap untuk pelajar-pelajar
di kawasan berkenaan dan
persekitarannya.
2.2 Menampung lebihan pelajar di sekolah berhampiran akaibat pertambahan
penduduk dan kewujudan taman-taman perumahan baru.
2.3 Mengurangkan saiz daripada lebih 40 orang kepada 30 orang bagi satu
kelas.
1

2.4 Menjadikan sekolah berhampiran dan sekolah baru yang dibina ke arah
satu sesi.
2.5 Merealisasikan matlamat 60:40 dengan penyediaan makmal yang
mencukupi, lengkap dan selesa.
3.

SKOP PROJEK
3.1 Projek sekolah baru yang dicadangkan ini merangkumi kemudahankemudahan berikut :-

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34

Pejabat Pentadbiran
Bilik Guru
Bilik Mesyuarat
Bilik perkembangan staf
Pusat sumber
Bilik kesihatan
Bilik kaunseling
Bilik Pengawas
Bilik Darjah
BilikAgama
Bilik Wuduk
Bilik Pemulihan
BilikSeni
Bilik Komputer
Makmal Bahasa
Bengkel ERT
Bengkel KH
Bilik Lukisan Kejuruteraan
Bengkel Teknologi
Makmal Sains Tulen
makmal sains Tambahan
Tandas
Bilik Salin
Bilik Buku Teks
Stor Sukan
Stor Am
Bilik Elektrik
Ruang Serbaguna
Bengkel MPV
Bengkel Pertanian
Kantin
Perabot
M&E
Infra

3.2 Status Tanah : Dalam PBT. Lot no. PTD 10217 dengan keluasan 15 ekar.
Terletak bersebelahan dengan Komplek sukan Pagoh.
2

4.

JUSTIFIKASI PROJEK
4.1 Enrolmen di SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 telah hampir mencecah
1670 orang. Pertambahan pelajar ini akan berterusan setiap tahun akibat
daripada pertambahan taman-taman perumahan baru di persekitarannya.
4.2 Tiada sekolah menegah lain yang berhampiran dengan SMK Sultan
Alauddin Riayat Shah 1 ini. Ini menyebabkan berlakunya limpahan pelajar.
4.3 Kekurang bilik darjah di Sekolah ini kerana pertambahan pelajar yang
menyebabkan kesesakan dalam kelas sehingga lebih 40 orang satu
kelas. Ini menyebabkan ketidakselesaan proses P&P. Matlamat
pembukaan sekolah baru supaya dapat menyediakan hanya 30 orang
sahaja bagi satu kelas untuk P&P yang seslesa dan berkesan.
4.4 Menyediakan kemudahan makmal sains dan kelengkapan yang terbaik
ke arah matlamat 60:40 serta kemudahan-kemudahan lain untuk
keselesaan pelajar dan guru.
4.5 Ke arah sekolah- sekolah yang berhampiran 1 sesi menjelang 2012.

5.

ANGGARAN KOS PROJEK


Berikut adalah perincian anggaran kos bagi projek sekolah baru adalah
seperti
berikut :-

Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

Brif Projek
Pejabat Pentadbiran
Bilik Guru
Bilik Mesyuarat
Bilik perkembangan staf
Pusat sumber
Bilik kesihatan
Bilik kaunseling
Bilik Pengawas
Bilik Darjah
BilikAgama
Bilik Wuduk
Bilik Pemulihan
BilikSeni
Bilik Komputer
Makmal Bahasa
Bengkel ERT
Bengkel KH
Bilik Lukisan Kejuruteraan
Bengkel Teknologi
Makmal Sains Tulen
makmal sains Tambahan
Tandas
Bilik Salin
Bilik Buku Teks
Stor Sukan
Stor Am
Bilik Elektrik
Ruang Serbaguna
Bengkel MPV
Bengkel Pertanian
Kantin

32
33
34

Perabot
M&E
Infra

Jumlah Kos
842,400.00
842,400.00
421,200.00
421,200.00
947,700.00
421,200.00
315,900.00
105,300.00
11,389,455.74
421,200.00
105,300.00
315,360.00
631,800.00
1,631,800.00
805,980.78
886,718.06
886,718.06
965,038.56
886,718.06
1,530,077.06
1,530,077.06
315,900.00
210,600.00
210,600.00
210,600.00
105,300.00
105,300.00
863,600.00
886,718.06
541,728.00
943,034.40
30,696,923.84
3,199,367.00
3,199,367.00
569,846.16
37,665,504.00

6.

OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK


6.1 Mengatasi masalah lebihan pelajar di sekolah-sekolah yang
berhampiran. Ini akan menjadikan saiz kelas yang melebihi 40 orang murid
menjdi 30 orang bagi satu kelas.
6.2
Dapat menyelesaikan masalah kekurang bilik darjah di sekolah
berhampiran akibat pertambahan pelajar. Ini juga akan menjadikan sekolah
berhampiran kearah satu sesi.
6.3
Dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan
kundusif dengan segala kemudahan dan kelengkapan yang baik . Ini akan
merealisasikan matlamat 60:40.

7.

MAKLUMAT TAMBAHAN
7.1 Bersama ini dilampirkan butiran seperti berikut :7.1.1 Pelan Lokasi tapak sekolah yang dicadangkan.
7.1.2 Surat permohonan PBT tapak sekolah baru
7.2 diharap dengan pembinaan sekolah baru ini akan dapat meningkatkan
prestasi akademik dan ko-kurikulum pelajar pelajar di daerah Muar ini.

You might also like