You are on page 1of 11

No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).

04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 1 / 11

LAMPIRAN 2
SENARAI SEMAK PENYEDIAAN DOKUMEN KONTRAK

NAMA PROJEK:

Nama Pegawai Dan Tandatangan Tarikh


Jawatan / Perunding Yang
Menyediakan Dokumen
Kontrak (PMK 1)

Nama Pegawai Dan Tandatangan Tarikh


Jawatan Yang Menyemak
Dokumen Kontrak (PMK 2)

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

1.0 AM

Secara prinsipnya setiap dokumen kontrak hendaklah


diasaskan dokumen tender pentender yang
disetujuterima dan mengandungi dokumen-dokumen
yang terkandung di dalam dokumen meja tender.

Dokumen kontrak hendaklah disiapkan dengan kadar


segera selepas surat setujuterima tender yang asal
ditandatangani oleh kontraktor dan disaksikan.

Sebelum kontrak ditandatangani pastikan perkara-


perkara berikut dikemukakan oleh kontraktor:

i. Polisi-polisi insuran beserta resit rasmi


pembayaran premium,
ii. No. kod PERKESO,
iii. Gerenti Bank/Insuran/Syarikat Kewangan
untuk Bon perlaksanaan (tidak perlu jika
kontraktor memilih Wang Jaminan
Pelaksanaan).

2.0 MUKA HADAPAN (KULIT)

2.1 Warna dan format hendaklah mengikut surat pekeliling


KPKR bertajuk Format Muka Hadapan Dokumen
Kontrak, melalui surat bil.(28)dlm. KPKR/Sulit/A/091
SJ. I bertarikh 11 Jun 1991.

2.2 Cap perkataan ASAL bagi dokumen asal.

2.3 Cap perkataan SALINAN pada naskah-naskah salinan


dan diakui sah oleh PMK yang berkenaan.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 2 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK

3.1 ARAHAN KEPADA PENTENDER.

Sebagaimana terkandung di dalam dokumen meja


tender.

3.2 BORANG TENDER :

3.2.1 Pastikan borang tender asal daripada pentender


yang disetujuterima digunakan.

3.2.2 Isikan nombor kontrak di ruangan berkaitan.

3.3 SURAT SETUJUTERIMA TENDER – Borang JKR


203D

3.3.1 Pastikan surat setujuterima asal daripada pentender


yang disetujuterima digunakan.

3.3.2 Isikan nombor kontrak di ruangan yang berkaitan.

3.4 SYARAT-SYARAT KONTRAK :

3.4.1 Pastikan borang kontrak seperti di dalam Dokumen


Meja Tender digunakan

3.4.2 Butir-butir yang perlu diisi di muka surat 1

(a) Isikan Nombor Kontrak, Kepala dan Pecahan Kepala


peruntukan di ruangan berkenaan.

(b) Nama Kerajaan Malaysia / Negeri.

(c) Nama Kontraktor dan alamat, sama seperti yang


terkandung di dalam Surat Setujuterima Tender.

(d) Nama projek, sama seperti yang terkandung di


dalam Surat Setujuterima Tender.

(e) Senarai Lukisan, sama seperti yang terkandung di


dalam Dokumen Meja Tender.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 3 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK (Samb.)

3.4 SYARAT-SYARAT KONTRAK: (Samb.)

3.4.3 Butir-butir yang perlu diisi di muka surat 2

(a) Para 2(d)

Pastikan perkataan “Addenda No. 1 hingga No. 7”


(dan Addenda-adenda lain jika ada) ditambah
selepas perkataan “Syarat-syarat Kontrak dan
Lampiran” sama seperti yang terkandung di dalam
Dokumen Meja Tender.

(b) Para 2(e)

Pastikan senarai Peruntukan Khas Syarat-syarat


Kontrak diisikan sama seperti yang terkandung di
dalam Dokumen Meja Tender.

(c) Para 2(h)

Pastikan perkataan “Spesifikasi Addenda” ditambah


selepas perkataan “Spesifikasi” sama seperti yang
terkandung di dalam Dokumen Meja Tender.

(d) Para 4

Isikan Harga Kontrak dalam perkataan dan angka


sama seperti yang terkandung di dalam Surat
Setujuterima Tender.

3.4.4 Butir-butir yang perlu diisi di muka surat 4

(a) Fasal 1(a)( i )

Sama seperti di para 2(d), 2(e) dan 2(h) di Muka


Surat 2 Syarat-syarat Kontrak.

(b) Fasal 1(a)(iv)

Pastikan Nama Pegawai Penguasa mengikut surat


pekeliling KPKR yang terkini.

LAMPIRAN KEPADA SYARAT-SYARAT


KONTRAK.

3.4.5 Butir-butir yang perlu diisi di muka surat 30

(a) Pastikan butir-butir dalam Fasal 3(a)(i) dan 3(a)(ii)


diisi sama seperti yang telah ditentukan di dalam
Dokumen Meja Tender.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 4 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK (Samb.)

3.4 SYARAT-SYARAT KONTRAK (Samb.)

LAMPIRAN KEPADA SYARAT-SYARAT


KONTRAK. (Samb.)

3.4.6 Butir-butir yang perlu diisi di muka surat 31

(a) Fasal 11(d)

Isikan tarikh tender ditutup.

(b) Fasal 33

(i) Pastikan nilai minimum Liabiliti Awam diisi


sama seperti di dalam Dokumen Meja
Tender.

(ii) Isikan no. polisi dan tempoh Insuran


(pastikan termasuk tempoh tanggungan
kecacatan dicampur 3 Bulan 14 Hari).

(c) Fasal 33(a)

Isikan amaun fasal lebihan jika ada.

(d) Fasal 35

Isikan No. Pendaftaran Skim PERKESO.

(e) Fasal 36

(i) Pastikan amaun tambahan kepada harga


kontrak diisi sama seperti di dalam Dokumen
Meja Tender.

(ii) Isikan no. polisi dan Tempoh Insuran


(pastikan meliputi tempoh kontrak ).

(f) Fasal 36(b)

Isikan amaun fasal lebihan jika ada.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 5 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK (Samb.)

3.4 SYARAT-SYARAT KONTRAK (Samb.)

LAMPIRAN KEPADA SYARAT-SYARAT


KONTRAK (Samb.)

(g) Fasal 37

(i) Isikan amaun untuk Bon perlaksanaan sama


seperti di dalam Surat Setujuterima Tender.

(ii) Isikan nama Bank/Insuran/Syarikat


Kewangan Penggerenti dan no. Gerenti jika
bon pelaksanaan dalam bentuk gerenti
Bank/Insuran/Syarikat Kewangan.

Atau

Isikan “Wang Jaminan Pelaksanaan” jika


kontraktor tidak memilih bon pelaksanaan
dalam bentuk gerenti Bank/Insuran/Syarikat
Kewangan.

(h) Fasal 38(b)

Isikan tarikh milik tapak.

(i) Fasal 39

Isikan tarikh siap bagi kesemua kerja.

(j) Fasal 40

Isikan nilai Ganti rugi tertentu dan ganti rugi


ditetapkan berdasarkan kadar sehari yang
dinyatakan di dalam Dokumen Meja Tender, dalam
bentuk “RM........./sehari”.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 6 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK (Samb.)

3.4 SYARAT-SYARAT KONTRAK (Samb.)

LAMPIRAN KEPADA SYARAT-SYARAT


KONTRAK (Samb.)

3.4.7 Butir-butir yang perlu diisi di muka surat terakhir

(a) Fasal 41

Lengkapkan jadual penyiapan bahagian-bahagian


seperti yang telah dikenalpasti di dalam Dokumen
Meja Tender, jika berkenaan.

(b) Fasal 45

Pastikan tempoh liabiliti kecacatan sama seperti di


dalam Dokumen Meja Tender.

(c ) Fasal 47(a)

Pastikan nilai kerja yang perlu dilaksanakan


termasuk bahan-bahan dan barang-barang yang
perlu diserah-hantar sebelum perakuan Interim
Pertama dan tiap-tiap perakuan interim
kemudiannya dikeluarkan sama seperti di dalam
Dokumen Meja Tender

(d) Fasal 47(d)

Pastikan tempoh menunaikan perakuan bayaran


interim sama seperti di dalam Dokumen Meja
Tender.

3.5 ADDENDA KEPADA SYARAT-SYARAT


KONTRAK

3.5.1 Pastikan Addenda No. 1 hingga 7 seperti di dalam


Dokumen Meja Tender digunakan

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 7 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK (Samb.)

3.6 PERUNTUKAN KHAS KEPADA SYARAT-


SYARAT KONTRAK

3.6.1 Pastikan Peruntukan Khas kepada Syarat-syarat


Kontrak sama seperti di dalam Dokumen Meja
Tender digunakan.

3.6.2 Lengkapkan jadual di Appendix A-1 Peruntukan


Khas Perubahan Harga ke atas Bahan-bahan
Binaan.

(Isikan Index Asas mengikut Jenis dan Kategori-


Kategori Bangunan untuk kawasan yang telah
ditetapkan).

3.7 SPESIFIKASI PIAWAI

3.7.1 Pastikan Spesifikasi Piawai Kerja-kerja Bangunan


sama seperti yang terkandung di dalam Dokumen
Meja Tender digunakan.

3.7.2 Pastikan Spesifikasi Piawai Kerja-kerja Di Sekitar


Bangunan sama seperti yang terkandung di dalam
Dokumen Meja Tender digunakan.

3.7.3 Pastikan Spesifikasi Piawai Kerja-kerja Mekanikal


dan Elektrikal sekiranya projek dipanggil secara
Pakej sama seperti yang terkandung di dalam
Dokumen Meja Tender digunakan.

3.8 SPESIFIKASI ADDENDA

3.8.1 Pastikan Spesifikasi Addenda sama seperti yang


terkandung di dalam Dokumen Meja Tender
digunakan.

3.9 PENGUKURAN DAN FAKTOR MENGHARGAKAN


SENARAI KUANTITI (PREAMBLE) – Bagi Kontrak
Berasaskan Senarai Kuantiti

3.9.1 Pastikan Pengukuran dan Faktor Menghargakan


Senarai Kuantiti sama seperti yang terkandung di
dalam Dokumen Meja Tender digunakan.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 8 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK


(Samb.)

3.10 SENARAI KUANTITI – Kontrak Berasaskan


Senarai Kuantiti

3.10.1 Harga dan kadar harga dalam Senarai Kuantiti


hendaklah diselaraskan mengikut peraturan
terkini.

3.10.2 Lampiran Kepada Kerja-kerja Awalan

Pastikan Kadar Harga Upah Loji sehari dan Kadar


Harga Upah Buruh sehari diisi dengan Kadar
Harga yang munasabah. Jika terdapat kadar
harga yang tidak munasabah, ia mestilah
diselaraskan terlebih dahulu.

3.10.3 Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan


Sementara.

Setiap Item-item Wang Kos Prima dan Wang


Peruntukan Sementara yang diisi harga oleh
Kontraktor perlu disemak. Sekiranya terdapat
kesilapan ia perlu diselaraskan dan diperbetulkan.

3.11 SENARAI LUKISAN KONTRAK

3.11.1 Isikan maklumat-maklumat berikut pada Borang


Pengesahan Lukisan :-

(a) Nama projek, sama seperti yang terkandung di


dalam Surat Setujuterima Tender.

(b) Nombor Kontrak.

(c) Jumlah mukasurat lukisan-lukisan.

3.11.2 Pastikan Senarai Lukisan Kontrak sama dengan


senarai lukisan yang digunakan untuk penyediaan
Senarai Kuantiti seperti yang terkandung di dalam
Dokumen Meja Tender.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 9 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

4.0 TANDATANGAN KONTRAK

4.1 Pastikan cap syarikat, tandatangan kontraktor


(pastikan nama yang ditauliahkan oleh PKK) dan
tandatangan saksi, beserta nama dan alamat dicap
dan diisi oleh kontraktor pada ruang yang disediakan
di muka surat 1, Borang Tender.

4.2 Dapatkan tandatangan kontraktor (pastikan nama


yang ditauliahkan oleh PKK), tandatangan saksi,
beserta nama dan alamat, cap syarikat pada ruang
yang disediakan seperti berikut :-

(a) Muka surat 1, Surat Setujuterima Tender.


(b) Muka surat 3, Syarat-syarat Kontrak.
(c) Muka surat 1, Addenda kepada Syarat-syarat
Kontrak.
(d) Muka surat i, Spesifikasi Addenda.
(e) Borang Pengesahan Lukisan.

4.3 Dapatkan tandatangan ringkas kontraktor pada


tempat-tempat pembetulan atau pelarasan atau
perubahan.

4.4 Pastikan Cap Pegawai yang diberi kuasa


menandatangani Kontrak dan saksi beserta nama
dan alamat dicap dan diisi pada ruang yang
disediakan seperti berikut :-

(a) Muka surat 1, Borang Tender.


(b) Muka surat 1, Surat Setujuterima Tender.
(c) Muka surat 3, Syarat-syarat Kontrak.
(d) Muka surat 1, Addenda kepada Syarat-syarat
Kontrak.
(e) Muka surat i, Spesifikasi Addenda.
(f) Borang Pengesahan Lukisan.

4.5 Dapatkan tandatangan ringkas pegawai yang diberi


kuasa pada tempat-tempat pembetulan atau
pelarasan atau perubahan.

4.6 Dapatkan tandatangan Pegawai yang diberi kuasa


menandatangani kontrak dan saksi.

4.7 Isikan tarikh kontrak pada ruang yang disediakan,


iaitu tarikh semasa kontrak ditandatangani oleh
Pegawai yang diberi kuasa menandatangani
kontrak.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 10 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

5.0 PENCETAKAN DAN PENJILIDAN

5.1 Buat pencetakan dan penjilidan dokumen kontrak


secukupnya.

5.2 Buat penjilidan lukisan kontrak.

6.0 PENGEDARAN DOKUMEN-DOKUMEN KONTRAK

6.1 Buat edaran kepada pihak-pihak yang berkenaan


seperti berikut :-

(a) Pejabat yang menyediakan Dokumen Kontrak


- Satu salinan dengan Lukisan.

(b) Kontraktor Utama


- Satu salinan dengan Lukisan.

(c) Pegawai Penguasa


- Satu salinan dengan Lukisan dan Satu
salinan tanpa Lukisan.

(d) Wakil Pegawai Penguasa Utama.


- Satu salinan dengan Lukisan dan Satu
salinan tanpa Lukisan.

(e) Wakil Pegawai Penguasa Pakar (Ukur Bahan)


(Jika dilantik mengawasi Projek)
- Satu salinan dengan Lukisan dan Satu
salinan tanpa Lukisan.

(f) Cawangan Berkenaan di Ibu Pejabat JKR.


- Satu salinan dengan Lukisan dan Satu
salinan tanpa Lukisan.

(g) Cawangan Kontrak dan Ukur bahan JKR Negeri.


(Jika dilantik mengawasi Projek)
- Satu salinan dengan Lukisan dan Satu
salinan tanpa Lukisan.

(h) Ketua Audit Negara


- Satu salinan tanpa Lukisan.

(i) Akauntan Perbendaharaan.


- Satu salinan tanpa Lukisan

(j) Bank atau Syarikat yang mengeluarkan Bon


Perlaksanaan.
- Satu salinan tanpa Lukisan

(k) Kementerian/Jabatan Pelanggan


- Satu salinan tanpa Lukisan (jika diminta)

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL
No. Ruj. Dokumen : JKR.PK(O).04A-2
PROSEDUR No. Keluaran : 02
PENTADBIRAN No. Pindaan : 00
KONTRAK Tarikh : 3 Januari 2013
JKR MALAYSIA Muka Surat : 11 / 11

DISEDIAKAN DISEMAK
BIL. SENARAI SEMAKAN ULASAN
PMK 1 PMK 2

7.0 PENYIMPANAN DOKUMEN KONTRAK ASAL


DAN BON PERLAKSANAAN

7.1 Dokumen Kontrak Asal hendaklah disimpan dengan


selamat di pejabat di mana Dokumen Kontrak
disediakan dan disimpan di tempat yang mudah
untuk mendapatkannya apabila ianya dikehendaki.

7.2 Di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan biasanya


Dokumen Kontrak Asal disimpan di Bahagian
Khidmat Pengurusan dan Pentadbiran.

7.3 Bon Perlaksanaan hendaklah disimpan dengan


selamat dalam Peti Keselamatan atau kabinet kalis
api dan ianya mudah didapatkan apabila
dikehendaki.

7.4 Di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan biasanya


Bon Perlaksanaan yang asal disimpan di pejabat
Pengarah Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan.

© HAKCIPTA JKR MALAYSIA


DOKUMEN TERKAWAL

You might also like