You are on page 1of 4

TERMA RUJUKAN UNTUK PERLANTIKAN PERKHIDMATAN JURUTERA PERUNDING

Kerja-kerja Tanah dan Pembinaan Jalan ke Lot Pertanian Akuakultur di Pulau Permatang Pauh,
Mukim Pahang Tua, Pekan

1.0 Pendahuluan

1.1 Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) bercadang untuk
melaksanakan Kerja-kerja Tanah dan Pembinaan Jalan ke Lot Pertanian Akuakultur di Pulau
Permatang Pauh, Mukim Pahang Tua, Pekan.

2.0 Justifikasi Projek

2.1 Penilaian terhadap perkembagan industri berkaitan akuakultur dalam negara terutamanya di
negeri Pahang yang semakin memberangsangkan dan memerlukan kawasan yang sesuai
untuk kegunaan industri berkaitan akuakultur.

2.2 Justeru itu, LKPP bercadang untuk menyediakan satu kawasan yang boleh dijadikan sebagai
pusat perkembagan industri akuakultur di Pulau Permatang Pauh, Pekan, Pahang Darul
Makmur yang berkeluasan 161.963 Ha. Tapak projek ini juga begitu hampir dengan jalan
utama Pekan-Kuantan yang dalam proses naiktaraf. Cadangan pembinaan jalan dan
jambatan tersebut akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri akuakultur di
Pulau Permatang Pauh, Pekan kerana sebelum ini tiada akses untuk ke pulau tersebut.

2.3 Bagi melaksanakan program ini, LKPP bercadang untuk melantik perkhidmatan Jurutera
Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Perkhidmatan ini adalah dari
peringkat kajian asas, rekabentuk dan seterusnya pengawasan pembinaan.

3.0 Objektif Pembangunan

3.1 Objektif utama perlantikan perunding adalah untuk membantu pihak LKPP untuk
melaksanakan pembangunan tersebut daripada peringkat kajian asas, rekabentuk dan
seterusnya pembinaan.

3.2 Perunding dikehendaki menyediakan cadangan rekabentuk sebagaimana kehendak dan


keperluan LKPP.

3.3 Perancangan, rekabentuk dan pembangunan fizikal projek tersebut mestilah memenuhi
kehendak dan keperluan LKPP dengan mengambil kira prosedur semasa, piawaian, garis
panduan dan peraturan Kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan.

3.4 Untuk memastikan bahawa jalan dan jambatan adalah selamat, berkeadaan baik dan
menarik.
4.0 Lokasi Pembangunan

4.1 Cadangan kerja-kerja ini akan dilaksanakan di atas tapak seluas 161.963 ha milik LKPP di
Pulau Permatang Pauh, Pekan, Pahang Darul Makmur.

5.0 Keperluan Rekabentuk dan Kehendak Jabatan

Terdapat beberapa keperluan dan kehendak LKPP yang perlu diambilkira di dalam
perancangan susuatur tapak dan rekabentuk jalan dan jambatan. Keperluan-keperluan
tersebut adalah sebagaimana berikut:

5.1 Jalan

5.1.1 Perunding perlu menyediakan jajaran jalan yang bersesuaian dengan keadaan tanah dan
topograpi kawasan cadangan.

5.1.2 Rekabentuk lapisan turapan jalan adalah berdasarkan Arahan Teknik Jalan (5/85) – Manual
on Pavement Design.

5.2 Saliran permukaan

5.2.1 Rekabentuk saliran permukaan perlu mematuhi keperluan terbaru Jabatan Pengairan dan
Saliran iaitu MASMA.

6.0 Terma Perlantikan

6.1 Perlantikan adalah berdasarkan Peraturan Perlantikan Perunding Awam dan Struktur untuk
Perkhidmatan Profesional dan Skala Fee sebagaimana piawaian Registration of Engineers Act
1967, Notification Scale of Fees (Revised 1998) dan semua dokumen didalamnya atau
dinyatakan atau dirujuk kepada Memorandum Perjanjian antara Kerajaan dan Perunding
Awam dan Struktur.

7.0 Skop Kerja Perunding

a) Peringkat Awalan

(i) Melaksanakan semakan dan carian terperinci latarbelakang tapak pembinaan.

(ii) Menjalankan penyiasatan awalan dan penilaian tapak pembinaan contohnya kerja-
kerja penyiasatan tanah dan ukur kejuruteraan.

b) Peringkat Analisis

(iii) Daripada maklumat-maklumat yang diperolehi, cadangan kerja-kerja pembangunan


perlu disenaraikan dan anggaran harga perlulah disediakan bagi menastikan kerja-
kerja pembangunan dijalankan dengan kos yang optima.
c) Peringkat Perlaksanaan dan Pembinaan

(iv) Melaksanakan semakan dan perbandingan kos-kos yang terlibat untuk memastikan
hanya kos yang optima untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan tersebut.

(v) Menyediakan semua dokumen-dokumen yang berkaitan untuk kerja-kerja


pembinaan tersebut termasuklah lukisan, ‘bill of quantities’ dan anggaran harga.

(vi) Menyediakan garis panduan pembinaan yang akan digunapakai oleh pihak LKPP bagi
tujuan kerja-kerja pembinaan pada masa hadapan.

8.0 Tugas dan Tanggungjawab Perunding

8.1 Perunding Awam dan Struktur adalah merupakan perunding utama bagi projek ini dan
dipertanggungjawabkan untuk perancangan keseluruhan, merekabentuk, mengurus dan
bertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan dalam semua aspek yang berada di bawah
skop kerja untuk projek ini.

8.2 Tugas dan tanggungjawab perunding mestilah mengikut kepada Memorandum Perjanjian
antara Kerajaan (LKPP) dan Jurutera serta Kot Etika institusi/badan berkanun berkaitan.

8.3 Perunding diharapkan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin dengan skil
kerja yang boleh diterima, tekun dan cekap agar mencapai standard kerja yang kebiasaannya
dicapai dan diterima.

9.0 Cadangan Teknikal dan Kewangan

9.1 Berdasarkan skop di atas, Juruperunding dikehendaki memajukan Cadangan Teknikal dan
Kewangan bagi perkhidmatan kepada pihak LKPP.

9.2 Cadangan mestilah memperincikan objektif penyiasatan dan penilaian, metodologi dan
kaedah kajian/perkhidmatan, tenaga kerja yang dikehendaki dan bayaran profesional bagi
‘man-month’ yang terlibat termasuk bayaran imbuhan balik semasa tempoh peringkat
penyiasatan, penilaian dan analisis serta di peringkat perlaksanaan.

9.3 Cadangan Teknikal perlulah menyenaraikan nama orang-orang yang terlibat di dalam
kumpulan tersebut, peranan dan tanggungjawab serta CV mereka juga perlu dilampirkan.

9.4 Satu laporan akhir perlu dikemukakan kepada pihak LKPP pada akhir perkhidmatan
juruperunding yang mengandungi keterangan keseluruhan kerja-kerja yang dilaksanakan
oleh pihak jururunding sebagai rekod dan rujukan pada masa akan datang.
10.0 Pemajuan Laporan

Cadangan Teknikal dan Kewangan perlulah dimajukan kepada pihak LKPP sebanyak lima (5)
salinan dalam masa satu (1) bulan dari tarikh Surat Niat atau Surat Pelawaan daripada pihak
LKPP.

You might also like